Masa lalu adalah pengungkap sejarah yang ikut menentukan sebuah masa depan.
Namun adakalanya bayangan masa lalu harus dicampakkan jauh jauh bahkan dikubur dalam dalam.
Demi masa depan itu sendiri
Hanya kitalah yang tahu mana yang harus dikenang
Dan mana yang harus dibuang
Puing puing kenangan masa lalu
Mimpi mimpi indah hanyalah semu
Lupakan itu semua yang berlalu biarlah berlalu
Biarkan itu semua terkubur bersama waktu
Dan anggaplah semua tak pernah terjadi
Dan marilah membina hidup baru lagi
Kemilau salah harta bukan itu harapan
Gemilang ketenaran bukan itu tujuan
Namun yang kudamba kedamaian
Hanya yang ku damba ketenteraman
CODE MUSIC ANDA
Sunday, 20 April 2014
Friday, 24 January 2014
BAB 54
“Mama, I think it’s
better if you rest at home. Poor Nicky alone. Tonight I will stay with Nick”
Astrid berkata kepada ibunya.
“As… I want to stay
with him…”
“Mama… It’s okay. I
will take care of Nick”
“Mama… Cakap kakak
tu betul. Mama rehat ya” Faizal mencelah.
Suryati merasa
tidak sanggup untuk meninggalkan Faizal. Dia memandang wajah anaknya sayu.
Faizal senyum kepadanya.
“Mama… I’m fine.
Mama balik ya Ma… Kalau tidur kat hospital, nanti Mama letih…”
“Bagaimana kamu
masih boleh tersenyum dan masih memikirkan keadaan orang lain sedangkan kamu
sedang sakit Nick?”
“Mama… Nick
sayangkan Mama. Mama ampunkanlah Nick untuk setiap kesalahan Nick. Halalkan
makan minum Nick selama ni…”
“Jangan cakap macam
tu. Kamu tak ada berbuat salah kepada Mama. Oh ya, esok kamu nak makan apa?
Biar Mama masakkan sebelum Mama datang sini…”
“Tak payah
susah-susah Ma…”
“It’s okay Nick.
Tell me what you would like to eat…”
“Tak apa Mama… Nick
cuma nak Mama datang sini awal esok. Mama datang awal ya”
“Baiklah”
***
“Okay Nicholas
Firdie! I will accompany you tonight! So, don’t make such a noise ya!” kata
Astrid sambil tersenyum.
“Kakak yang
berdengkur kan. Not me”
“Eh! How dare you!”
Faizal dan Astrid
ketawa.
“Have I ever told
you that you’re the prettiest sister in the world?”
“No. You never told
me. You always call me Jelek instead”
“I’m sorry. I
didn’t mean it”
“It’s okay. I know
you’re just kidding. Okay, I will read magazine first. Only then, I go to
sleep. They don’t prepare any TV in this hospital. Aren’t they?”
“There’s TV
outside…”
“Outside? Urm. It’s
okay. I will just read the magazine. I will not leave you”
“Sis… I love you…”
“Aww. I love you
too handsome boy”
“Tomorrow, can you
wake me up?”
“Yeah. Sure. Okay.
You go to sleep ya. Have a nice dream”
Faizal mengucap dua
kalimah syahadah dan membaca doa tidur lalu memejamkan matanya.
***
Allahuakbar
Allahuakbar
Azan berkumandang
menandakan telah masuk waktu Subuh. Telinga Astrid mendengar namun matanya
begitu berat untuk dibuka. Dia tidur di samping Faizal namun tidurnya tidak
begitu lena. Sepanjang malam, hampir dua tiga kali juga jururawat datang untuk
memeriksa tekanan darah Faizal. Lehernya juga sedikit letih kerana harus tidur
dalam keadaan duduk.
TIT. TIT. TIT. TIT.
TIT. TITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
Bunyi mesin itu
membuatkan Astrid terjaga. Dia mendongak dan melihat ke arah sebuah mesin
pernafasan yang terletak di sebelah katil Faizal. Serta merta dia menjadi
panik. Mesin pernafasan itu menunjukkan denyutan nadi Faizal telah berhenti.
“Doktor!! Nurse!!!”
Astrid berlari ke
luar wad dan meminta bantuan seorang jururawat. “Nurse!! Please help me! My
brother…!”
***
“Maaf Cik. Faizal
dah tak ada”
Begitulah kata
seorang doktor wanita yang baru sahaja memeriksa Faizal. Astrid menangis dan
masuk semula ke dalam wad. Jururawat mula menanggalkan setiap tiub yang ada di
badan Faizal dan mahu menutup keseluruhan tubuh Faizal dengan selimut.
“Tak! Jangan!
Jangan tutup!” Astrid menghalang jururawat itu.
“Nick… Nick… Wake
up. You can’t leave me! Wake up Nick!! Wake up!!!” Astrid meraung semahunya
sambil menggoncang-goncang tubuh Faizal. Dia menangis sambil memeluk adiknya
itu.
PANGGGGG
Sebuah cawan jatuh
ke lantai. Suryati bergegas ke dapur. Dia melihat Nicky sedang berdiri di atas
kerusi untuk mengambil sebuah cawan yang diletakkan di atas almari. Nicky
memandang ibunya dengan wajah takut.
“Nicky…”
“Mama… Nicky cuma
nak ambil cawan Mickey Mouse Nicky…”
Suryati tunduk lalu
mula mengutip serpihan-serpihan cawan yang bertaburan itu.
“It’s okay. Let me
clean this”
KRING KRING KRING
KRING
Suryati berlalu ke
ruang tamu untuk mengangkat panggilan telefon itu.
“Hello. Yes As.
Apa…?”
Hari Jumaat itu diawali
dengan berita yang cukup menyedihkan. Suryati meletakkan gagang telefon itu.
Dia terduduk. Air matanya deras mengalir. Bagaikan tidak percaya. Hatinya
hancur luluh.
“Ya Allah anak
aku…” rintih Suryati.
“Mama… Kenapa Mama
nangis?” tanya Nicky yang kehairanan melihat ibunya.
“Come here darling”
Nicky datang
menghampiri Suryati lalu Suryati memeluknya erat.
***
“Mama!”
Astrid berlari ke
arah ibunya lantas memeluk Suryati apabila melihat ibunya sampai di hospital.
“Where’s Nick?”
“Let me show you”
Faizal ditempatkan
di sebuah bilik. Jenazahnya telah pun ditutup sepenuhnya. Suryati berjalan
perlahan-lahan menghampiri jenazah anaknya, diikuti oleh Pak Cik Sabidin dan
Shamsul. Lalu dia membuka kain yang menutupi tubuh Faizal. Hanya Tuhan yang tahu
betapa sakitnya sanubari Suryati apabila melihat wajah anaknya yang tidak lagi
bernyawa.
“Ya Allah Nick….
Nick bangun nak… Jangan tinggalkan Mama… Kamu tak boleh tinggalkan Mama…”
Suryati merayu agar
Faizal ‘kembali’ kepadanya. Dia memeluk dan mencium wajah anaknya itu.
“Yati. Jangan macam
ni. Ikhlaskanlah. Kalau kamu meraung macam ni, Faizal akan jadi semakin merana”
Sabidin cuba untuk menenangkan Suryati.
“Anak saya tak
boleh mati…” Suryati menangis teresak-esak. Begitu juga dengan Astrid. Suryati memegang
tangan Faizal. Dia tidak mahu melepaskan anaknya. Dia tidak mahu berpisah
dengan anaknya.
“Ibu. Jangan macam
ni Ibu” pujuk Shamsul pula. Astrid memeluk ibunya dan memintanya supaya
bersabar. Dia membawa ibunya keluar dari bilik itu. Tiba-tiba, Suryati jatuh
pengsan.
“Mama!!!”
***
“Assalamualaikum
semua. Pagi ini saya baru dapat khabar yang salah seorang pelajar kita, Faizal
Firdie telah pun kembali ke rahmatullah. Sama-samalah kita sedekahkan
Al-Fatihah kepadanya”
Puan Rozita berucap
di hadapan semua pelajar Cheras Jaya. Azim tercengang. Begitu juga dengan para
sahabat yang lain. Dia hampir tidak percaya. Dia segera menemui Puan Rozita
selepas tamat perhimpunan.
“Cikgu! Cikgu!
Betul ke apa yang cikgu cakap tadi? Pasal Faizal?” tanya Azim dengan muka yang
sangat cemas. Dia ditemani oleh sahabat-sahabat yang lain.
“Azim. Takkanlah
saya nak main-main tentang hidup dan mati seseorang. Dia meninggal pagi tadi”
Azim tidak dapat
menahan air matanya. “Cikgu… Boleh tak saya nak balik tengok dia?”
“Cikgu. Saya pun
nak tengok Faizal” kata Noisy.
“Saya pun cikgu!”
kata Wan pula.
“Saya pun!” sambung
Awie.
Puan Rozita
terkejut. “Tapi takkan awak semua…”
“Cikgu, saya
merayu. Ini soal kematian… Cikgu tolonglah” Azim menyusun sepuluh jarinya
merayu kepada pengetua itu.
“Baiklah. Tapi awak
kena balik selepas waktu rehat”
Tanpa membuang
masa, sahabat-sahabat bergegas ke Gombak untuk melihat jenazah arwah Faizal.
***
Pilu. Muram. Itulah
suasana rumah Faizal kini. Semua sahabat-sahabatnya datang menjenguk. Tidak
kurang juga guru-gurunya turut hadir. Selepas solat Jumaat, jenazah Faizal
disembahyangkan oleh para penduduk. Jenazahnya akan dikebumikan di Indonesia
pada petang itu juga.
“Yati. Van sudah
sampai” kata Sabidin.
Wajah Suryati
pucat. Tiada kesedihan yang mampu menandingi penderitaannya ketika itu. Dia
menghampiri Faizal lalu mencium dahi Faizal buat kali terakhir. Diikuti oleh
Astrid.
“Nicky. Cium
kakak…” Suryati memanggil Nicky dengan lembut.
Nicky menangis.
“Kakak…” Dia memegang pipi Faizal.
“Shhh… Nicky tak
boleh nangis…” pujuk Suryati. Anak kecil itu mengesat air matanya lalu mencium
pipi dan dahi abangnya. Lalu, dia memeluk tubuh abangnya dan air matanya tumpah
juga.
“Kakak jangan
tinggalkan Nicky…”
Nicky meraung
dengan kuat dan Pak Cik Sabidin menariknya dari terus memeluk mayat Faizal. “Kakak…”.
Bagaikan anak kecil itu mengerti bahawa dia telah kehilangan abangnya buat
selama-lamanya. Tangisan Nicky menimbulkan rasa sebak dalam kalangan
insan-insan lain yang hadir. Begitu hiba.
“Mila. Dah Mila.
Jangan nangis” Umizza dan Puteri memeluk Sharmila yang sudah bengkak matanya
kerana menangis. Manakala Nana pula menangis berjauhan dari rakan-rakannya.
Akhirnya, jenazah
Faizal diangkat ke atas van dan van itu membawa Faizal pergi untuk selamanya…
BAB 53
Di suatu malam yang
sunyi, Faizal yang tidak dapat tidur menghabiskan waktunya dengan solat sunat
dan mengaji. Dia rindukan Al-Quran. Lalu, dia cuba untuk membaca sebanyak mana
yang boleh. Setelah selesai membaca Al-Quran, dia menadah tangan memohon doa.
‘Ya Allah. Kau yang
Maha Besar. Maha mengetahui. Maha penyayang lagi maha pemurah. Aku seorang
hamba Mu yang lemah. Aku mohon kau sejahterakanlah ibuku, adik dan kakakku.
Berikanlah mereka kesihatan yang baik. Peliharalah mereka dari kesesatan.
Bimbinglah mereka ke jalan Mu. Ampunkanlah dosa-dosa ahli keluargaku.
Kurniakanlah rahmat Mu kepada kami sekeluarga.
Ya Allah.
Jagakanlah Mila.
Peliharalah setiap langkahnya. Kuatkanlah hati dan teguhkanlah imannya. Berikanlah
dia jodoh dari kalangan-kalangan lelaki yang baik, yang akan setia menjaganya
dan mencintai Mu dan Rasullullah. Berikanlah dia keturunan yang soleh dan
solehah. Panjangkanlah umurnya dan murahkanlah rezekinya. Berikanlah
pengakhiran yang baik dalam hidupnya. Sampaikanlah rinduku padanya meskipun
hanya sekelumit. Biarlah semua orang tak tahu. Yang penting Allah tahu. Cukup bagiku.
Ya Allah.
Cukuplah engkau
menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat. Aku ingin bertemu dengan Mu dan
kekasih Mu, Rasullullah. Amin ya rabbal alamin’
Faizal berjalan
keluar dan membuka pintu bilik Nicky. Dilihat adiknya sedang nyenyak tidur di
samping Ariel yang tidur di sebelahnya. Faizal menghampiri Nicky lalu mencium
dahi adiknya. Nicky terjaga.
“Nicky…”
Nicky bangun dan
mengusap-ngusap matanya. “Kakak… Kakak tak tidur lagi?”
“Tak sayang. Kakak
jadi bodyguard Nicky”
Nicky tersengih.
“Malam ni sejuk”
“Sejuk?”
Nicky mengangguk.
“Baiklah. Nicky
tidur. Kakak selimutkan ya. Mari kakak dodoikan”
Nicky menuruti
kata-kata abangnya. Sepanjang malam, Faizal menemani Nicky…
***
“Azim, Ustaz nak
tanya sikit ni” kata Ustaz Mansor kepada Azim yang menemuinya setelah selesai
solat berjemaah Maghrib di surau.
“Ada apa Ustaz?”
“Macam mana keadaan
Faizal? Dia dah dapat penderma ke? Beberapa hari lepas Ustaz ada tengok keadaan
dia, tapi masih tak ada perubahan”
“Macam yang Ustaz
cakaplah. Tak ada perubahan. Belum pun dapat penderma. Esok dia masud kena
duduk wad. Kena inject”
“Aik? Inject pun
kena sampai duduk dekat wad?”
“Inject bukan
sebarang inject Ustaz. Bukan inject yang biasa tu. Ini inject kat perut”
“Ya Allah. Dengar
macam dah teruk sangat tu. Azim… Kamu kan yang paling rapat dengan dia. Kalau
kamu ada masa terluang tu, kamu temankanlah dia. Bagi sokongan dekat dia. Dia
perlu sokongan dari kita semua. Supaya dia menjadi lebih bersemangat. Sejak dua
menjak ni, bila Ustaz tengok wajah Faizal, hati Ustaz tak sedap”
Kata-kata Ustaz
Mansor itu berlegar-legar di ruang fikiran Azim. Entah kenapa, hatinya tidak
tenteram. Sepanjang malam dia memikirkan hal tersebut dan dia telah membuat
keputusan.
***
Seawal jam 7 pagi,
Suryati memimpin Faizal menuruni tangga dan mempersiapkan barangan yang perlu
dibawa. Hari itu, Faizal akan dimasukkan ke wad untuk menjalani rawatan
paracentesis.
“Kakak!” Nicky
berlari ke arah Faizal sambil memegang anak patungnya. Faizal lantas memeluk
Nicky. Pelukannya sangat erat.
“Kakak nak pergi
mana? Kakak nak pergi jogging ke?” tanya Nicky.
“Err… Kakak nak
keluar kejap dengan Mama”
“Kakak nak keluar?
Nicky nak ikut…”
“Sayang… Tak boleh.
Kakak keluar kejap je. Nanti kakak balik ya?”
“Janji?”
Faizal mengangguk.
“Janji…”. Faizal kembali memeluk adiknya. Dia masuk ke dalam keretanya lalu
melambai kepada adiknya. Faizal langsung tidak melepaskan pandangan matanya
dari memandang Nicky. Seolah-olah itu adalah yang terakhir baginya.
“Assalamualaikum!”
Azim tiba-tiba masuk ke dalam kereta Faizal dan duduk di tepinya. Faizal dan
Suryati terkejut.
“Azim! Tak sekolah
ke hari ni?” tanya Suryati.
“Tak. Ibu! Saya
ikut Ibu dengan Faizal la” jawab Azim.
“Apa kau cakap ni
Zim? Hari ni kan sekolah. Nanti kau ketinggalan pelajaran” Faizal pula
mencelah.
“Ala kau diam jelah
bro. Aku ikut kau hari ni”
Faizal akur. Azim
telah memutuskan untuk berada di sisi Faizal hari itu. Dia ingin berada di sisi
sahabatnya dalam saat-saat sukar seperti mana Faizal yang selalu bersamanya
sewaktu ibunya mula-mula jatuh sakit dulu. Dia sudah terlalu banyak terhutang
budi kepada Faizal. Dan Azim menyetujui kata-kata Ustaz Mansor. Faizal perlukan
sokongan darinya.
Sampai sahaja di
hospital, Faizal diletakkan di wad 4B dan menjalani pemeriksaan awal. Baju hospital
dipakaikan ke tubuhnya. Tiub dipasang di tangan, manakala tiub pernafasan
diletakkan di bahagian hidung Faizal. Dr. Haikal menjalankan kerjanya tanpa
berlengah. Tidak sampai satu jam kemudian, Dr. Haikal memberitahu Suryati
bahawa dia akan meneruskan rawatan paracentesis terhadap Faizal.
“Puan, saya akan
teruskan paracentesis. Saya minta puan untuk tunggu di luar”. Suryati dan Azim
keluar dari wad itu dan duduk di kerusi yang disediakan di luar wad.
Paracentesis adalah
satu rawatan di mana perut pesakit akan disuntik dengan jarum yang saiznya
sejengkal untuk mengeluarkan cecair asites yang terkumpul dalam perut pesakit.
Faizal telah berulang kali mengadu sakit di kawasan perutnya. Ubat yang
diambilnya juga tidak mendatangkan sebarang kesan. Sebagai alternatif terakhir,
Dr. Haikal menyarankan agar rawatan paracentesis dilakukan dengan segera.
Dr. Haikal keluar
dari wad Faizal 30 minit kemudian…
“Doctor, is
everything alright?”
“Yes. Saya berjaya
keluarkan cecair dari badan Faizal. Tapi… Denyutan nadi Faizal lemah”
“Tapi dia tak
apa-apa kan doktor?”
“Buat masa ni,
keadaan dia stabil puan”
“Doktor, masih
belum ada ke penderma hati untuk anak saya?”
“Maafkan saya Puan.
Belum ada. Bukan cuma anak puan. Ramai lagi pesakit di luar sana yang menunggu penderma
organ. Kira-kira lebih dari 10 ribu pesakit. Dan angka ini semakin meningkat
setiap hari. Saya harap puan banyakkan bersabar ya”
Suryati mengangguk
lemah.
“Puan, saya pergi
dulu. Puan boleh jenguk Faizal. Tapi jangan ajak dia banyak bercakap. Dia perlu
berehat”
“Baiklah doktor…”
Suryati dan Azim
masuk ke dalam wad Faizal. Mereka menghampiri Faizal dan Faizal membalasnya
dengan senyuman.
“Macam mana keadaan
kamu sayang? How you feel?” tanya Suryati sambil mengusap-ngusap ubun kepala
Faizal. Faizal cuba bangun. “Argh…”
“Nick… Jangan
bangun” pujuk Suryati.
“Ya Zal. Kau
rehatlah” kata Azim pula.
“Bekas injection tu
sakit Ma… Nick tak boleh gerak…” Faizal mengadu kesakitan. Suryati menyelak
baju Faizal dan melihat bekas suntikannya. “Sakit Ma…” Air mata Faizal
berlinang.
“Nick… Tenang
sayang. Kamu kena baring dan tak boleh banyak bergerak”. Pilu hatinya melihat
Faizal dalam keadaan begitu. Faizal menuruti kata-kata ibunya lalu memejam
matanya.
***
“Mama, how’s Nick”
tanya Astrid yang baru sahaja tiba di hospital.
“He’s sleeping now.
Paracentesis done. But, he told me that it really hurts him”
“Supposed the
paracentesis will cause no pain right Mama?”
“Maybe the
procedure not suits him well. I don’t know… Nicky? Did you ask Shamsul to look
after her?”
“Yes Mama. But,
she’s non-stop asking about where we’re going…”
***
Faizal tersedar
perlahan-lahan dari tidurnya.
“Zal… Amboi-amboi.
Sedap kau tidur. Dah macam baby” usik Azim.
“Azim… Dah pukul
berapa ni?”
“Dah pukul 3 bro.
Mak dengan kakak kau dekat luar. Kau nak aku panggil dorang? Atau… Kau nak
makan ke? Kau lapar?”
Faizal tersenyum.
“Tak. Kenapa kau tak balik lagi Zim?”
“Takpelah. Aku
temankan kau sampai habis waktu melawat nanti”
Faizal masih
tersenyum. “Terima kasih Zim… Kau… Kau kawan terbaik yang aku pernah ada. Kawan
aku… Dunia dan akhirat…”
“Bro. Dahlah.
Jangan buat aku touching dekat sini…”
“Kau kawan aku
susah dan senang… Kau kawan menangis aku. Kau kawan ketawa aku. Kau lebih
mengenali aku lebih dari sesiapa pun dalam dunia ni”
“Kau pun sama Zal.
Kau pun kawan terbaik yang aku pernah ada” Azim lalu memegang lengan Faizal
tanda memberikannya sokongan.
“Tadi aku tidur
lena sangat… Dah lama aku tak tidur lena macam tu…”
“Baguslah bro.
Kalau kau nak makan, aku bagitahu Mak kau. Atau nurse”
“Takpe Zim… Boleh
tak aku mintak tolong sesuatu?”
“Apa dia?”
“Aku nak
sembahyang. Boleh tak kau tolong aku untuk berwudhu? Aku tak dapat bangun.
Perut aku sakit…”
“Ok. Aku bantu kau
sekarang”
Azim membantu
Faizal untuk berwudhu. Dan membiarkan Faizal solat dalam keadaan terbaring di
atas katil. Dalam masa yang sama, Wahab datang untuk melawat Faizal.
“Azim. Faizal
mana?” sapa Wahab.
“Hoi opocot.
Terkejut aku! Eh kau buat apa kat sini?”
“Nak tengok Faizal
la. Aku langsung tak sempat nak jenguk dia. Aku dari sekolah tadi terus datang
sini”
“Oh… Faizal ada kat
dalam. Tapi kau tunggu jap. Dia tengah solat”
“Hah?” Wahab yang
sedikit kurang percaya mengintai Faizal dari cermin di luar pintu wad. Dia
melihat Faizal sedang mengangkat tangannya tanda melakukan takbir.
“Zim. Dia
sembahyang baring ke?”
“Iye… Dia tak boleh
bangun. Perut dia kena suntik tadi. Dengan jarum panjang bro!”
“Ee! Ngeri aku!
Bagusnya dia. Jarang nak jumpa orang sakit masih ingat akan solat. Lebih-lebih
lagi yang duduk hospital”
Azim terdiam.
‘Orang macam Faizal memang jarang nak jumpa’
***
“Aku gembira korang
datang. Terima kasih. Terima kasih Wahab. Kirimkan salam aku dekat kawan-kawan
yang lain” kata Faizal.
“No hal bro. Kau
jaga diri kau baik-baik. Banyakkan sabar” Wahab memegang bahu Faizal. Faizal
mengangguk.
Suryati dan Astrid
masuk ke dalam wad itu.
“Wahab? Nak balik
ke?” sapa Suryati.
“Ya Ibu. Waktu
melawat dah nak habis” jawab Wahab.
“Terima kasih
banyak-banyak Wahab. Ibu hargai kedatangan kamu”
“Ibu jangan
risaulah… Hal kecik je ni…”
“Ibu, saya pun dah
kena balik…” kata Azim. Dia menghampiri Faizal dan memeluknya. “Aku tahu kau
kuat bro”.
“Azim, thanks” kata
Faizal pula.
Azim dan Wahab
menyalami tangan Suryati lalu meninggalkan ruang wad itu. Faizal tetap
memandang kelibat Azim dan Wahab sehingga mereka berdua hilang dari pandangan.
“Nick… Mari makan
sayang…” Suryati menghidangkan nasi berlaukkan ikan goreng kepada Faizal.
“Boleh tak Mama
suapkan Nick? Macam dulu-dulu? Nick
rindukan suapan Mama…”
“Boleh. Of course
you can…”
BAB 52
Kata-kata ibunya
membuatkan Faizal terdiam sepi dan kini fikirannya menerawang jauh. Dia duduk
di beranda biliknya. Sambil merenung langit yang indah. Masih dapat terlihat
kepulan-kepulan awan. ‘Ya Allah… Kerdilnya diriku’
“Nick…”
“Kak…”
“What you’re
thinking?”
“Thinking of
hospital. I don’t want to go to the hospital… I hate hospital”
“You know… There
are times that I feel Mom loves you more than me and Nicky. You know what? It’s
true. She loves you. She always loves you more. Don’t disappoint her. Go to the
hospital…”
“If say so, okay. I
will not disappoint her. I feel blessed ‘cause surrounded by three beautiful
ladies. You, Nicky and Mom. Who always be there for me. Comfort me with your
love and support”
“I don’t want to
lose you. I can’t bear to lose you…”
“Death is in God’s
hand…”
“Do you still
remember about the one bedtime story that Papa always told us? He told us that
you were the sun, I was the moon and Nicky was the star. Sun, moon and star
depends on each other and can’t be separated. Because without the sun, the moon
and stars can’t shine. Moon and star needs the sun. So, you were the sun. If I
lose you, how am I and Nicky? We will never be shine anymore. We will live in
darkness”
Faizal memandang
kakaknya sayu. Lalu, dia senyum.
“Even though in
such darkness, the moon and stars will never ever leave the sun. They won’t go
anywhere. If someday I’m not here anymore, I want you to know that I will
always live inside you. Inside your heart. I pray to Allah everyday so that we
can meet in hereafter. I love you so much”
Astrid yang sudah
menitiskan air mata memeluk Faizal. “I love you too”
***
“Cantiknya adik
kakak. Cuba butangkan baju tu” kata Faizal sambil tersenyum kepada adiknya.
“Kakak
butangkanlah…” rengek Nicky pula.
“Nicky cuba belajar
butang baju sendiri”
“Tak mahu!”
“Nicky… Sayang…
Nicky kena belajar pakai baju sendiri. Pagi-pagi bangun mandi. Gosok gigi.
Sikat rambut. Lepas tu pakai baju sendiri”
“Tak mahu. Kenapa
kakak tak nak pakaikan baju Nicky lagi?”
“Sayang kena
belajar buat semuanya tau”
“Kakak dah tak
sayangkan Nicky. Kakak dah tak mahu jaga Nicky!”
“Bukan macam tu…”
“Kakak bohong!
Sekarang kakak langsung dah tak main dengan Nicky! Terus kakak dah tak nak jaga
Nicky. Kakak tak sayang Nicky!”
Nicky yang muram
keluar dari biliknya meninggalkan Faizal.
“Nicky! Nicky!”
‘Ya Allah. Kau
jagakanlah adikku. Aku cuma mahu mempersiapkannya agar dia berdikari semasa
ketiadaanku nanti’
***
‘Kau akan menjadi
suamiku kelak. Jika tidak di dunia, kau akan menjadi suamiku di akhirat’
Faizal leka membaca
sebuah buku karya Hamka di belakang rumahnya yang berhadapan dengan kawasan
hutan. Tatkala dia membaca petikan ayat itu, dia lantas menutup buku tersebut.
Dia tidak sanggup untuk meneruskan pembacaannya. Sedangkan hatinya dipagut
pilu.
‘Aku juga berharap
kau akan menjadi pendamping aku di akhirat kelak. Tapi, tak mungkin. Kita tak
ditakdirkan bersama. Aku nak kau teruskan hidup. Kahwin. Dapat anak. Dan
berbahagia. Suami kau yang akan menjadi pendamping kau di dunia mahupun di
akhirat. Mila, aku rindukan kau. Dapat ke kau rasa apa yang aku rasa?’
Faizal mula merasa
sebak. Dia merenung langit. ‘Allah, kenapa setiap kali aku rindukan dia, bulan
mesti penuh. Kenapa…?’
“Faizal…” satu
suara menyapa dari belakang.
“Mila… Buat apa
dekat sini?”
“Mila minta maaf
sebab petang tadi Mila tak ikut budak-budak lain menjenguk Faizal”
“Eh takpelah Mila.
Kan sekarang Mila dah datang jenguk” kata Faizal seraya tersenyum.
“Macam mana keadaan
Faizal sekarang? Ni Mila bawakkan bubur kacang hijau. Masih panas. Faizal
makanlah…”
“Terima kasih. Mila
sangat baik…”
‘Andainya Mila yang
berada di hadapan aku sekarang adalah Mila yang aku cintai, pasti hidup ini
terasa indah’
Faizal merenung
wajah Sharmila. “Zal… Zal ok?” tegur Sharmila.
“Hah? Ok. Ok”
“Pucatnya muka
Faizal…”
“Biasalah Mila. Dah
nak sampai kot…” sengih Faizal sambil menyuapkan bubur itu ke mulutnya.
“Faizal jangan
cakap macam tu…”. Sharmila sebak. Dia mengesat air matanya yang tumpah.
“Mila… Kenapa
nangis ni?”
“Mila sedih dengar
apa yang menimpa Faizal sekarang”
“Mila janganlah
sedih…”
“Mila sayangkan
Faizal. Mila tak nak Faizal mati”
Faizal juga sudah
mulai sebak. Dia menahan perasaannya lalu senyum kepada Sharmila.
“Mila… Pertemuan,
jodoh dan ajal tu Allah dah tentukan. Faizal bersyukur sempat mengenali gadis
sebaik Mila. Mila seorang yang cantik, berbudi bahasa. Pandai memasak pulak tu.
Sudah pastilah Mila akan dapat bakal suami yang standing dengan Mila nanti”
“Untuk pertama kali
dalam hidup Mila, Mila lupakan perasaan segan di depan Faizal. Mila rasa Mila
takkan dapat lupakan Faizal…”
“Astaghfirullahalazim
Mila… Kalau Mila betul-betul sayangkan Faizal, Mila percayalah. Jodoh Mila ada
kat luar sana. Dia jauh lebih baik dari Faizal. Dia menanti Mila supaya Mila
membalas cintanya. Setiap hari dia tengok Mila. Setiap hari dia tunggu Mila.
Faizal nak Mila membuka hati Mila untuk orang lain satu hari nanti”
“Hah? Siapa yang
tengok Mila?”
“Kalau dia adalah
jodoh Mila, insyaallah Mila akan tahu”
Setelah Sharmila
pulang, Faizal masih terdiam duduk merenung bulan. Matanya tak berkelip.
Apabila teringat pada Sharmila, hiba hatinya apabila mengingatkan gadis itu
amat menyayangi dirinya. Sudah terlalu lama dia memendam perasaan. Faizal
membayangkan betapa terlukanya hati Sharmila.
“Nick… Why you
don’t eat the porridge that Mila gave you?” tanya Suryati.
“It’s okay Ma. I’m
full”
“Nick. Is
everything alright?” Suryati duduk di sebelah Faizal.
“Ma, when you miss
Papa, what did you do?”
“When I miss your
Dad, I will pray to Allah. Mama meminta supaya Tuhan menyampaikan rasa rindu
Mama kepada Papa…”
Subscribe to:
Posts (Atom)