CODE MUSIC ANDA

Friday, 24 January 2014

BAB 54

“Mama, I think it’s better if you rest at home. Poor Nicky alone. Tonight I will stay with Nick” Astrid berkata kepada ibunya.

“As… I want to stay with him…”

“Mama… It’s okay. I will take care of Nick”

“Mama… Cakap kakak tu betul. Mama rehat ya” Faizal mencelah.

Suryati merasa tidak sanggup untuk meninggalkan Faizal. Dia memandang wajah anaknya sayu. Faizal senyum kepadanya.

“Mama… I’m fine. Mama balik ya Ma… Kalau tidur kat hospital, nanti Mama letih…”

“Bagaimana kamu masih boleh tersenyum dan masih memikirkan keadaan orang lain sedangkan kamu sedang sakit Nick?”

“Mama… Nick sayangkan Mama. Mama ampunkanlah Nick untuk setiap kesalahan Nick. Halalkan makan minum Nick selama ni…”

“Jangan cakap macam tu. Kamu tak ada berbuat salah kepada Mama. Oh ya, esok kamu nak makan apa? Biar Mama masakkan sebelum Mama datang sini…”

“Tak payah susah-susah Ma…”

“It’s okay Nick. Tell me what you would like to eat…”

“Tak apa Mama… Nick cuma nak Mama datang sini awal esok. Mama datang awal ya”

“Baiklah”

***

“Okay Nicholas Firdie! I will accompany you tonight! So, don’t make such a noise ya!” kata Astrid sambil tersenyum.

“Kakak yang berdengkur kan. Not me”

“Eh! How dare you!”

Faizal dan Astrid ketawa.

“Have I ever told you that you’re the prettiest sister in the world?”

“No. You never told me. You always call me Jelek instead”

“I’m sorry. I didn’t mean it”

“It’s okay. I know you’re just kidding. Okay, I will read magazine first. Only then, I go to sleep. They don’t prepare any TV in this hospital. Aren’t they?”

“There’s TV outside…”

“Outside? Urm. It’s okay. I will just read the magazine. I will not leave you”

“Sis… I love you…”

“Aww. I love you too handsome boy”

“Tomorrow, can you wake me up?”

“Yeah. Sure. Okay. You go to sleep ya. Have a nice dream”

Faizal mengucap dua kalimah syahadah dan membaca doa tidur lalu memejamkan matanya.

***

Allahuakbar Allahuakbar

Azan berkumandang menandakan telah masuk waktu Subuh. Telinga Astrid mendengar namun matanya begitu berat untuk dibuka. Dia tidur di samping Faizal namun tidurnya tidak begitu lena. Sepanjang malam, hampir dua tiga kali juga jururawat datang untuk memeriksa tekanan darah Faizal. Lehernya juga sedikit letih kerana harus tidur dalam keadaan duduk.

TIT. TIT. TIT. TIT. TIT. TITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

Bunyi mesin itu membuatkan Astrid terjaga. Dia mendongak dan melihat ke arah sebuah mesin pernafasan yang terletak di sebelah katil Faizal. Serta merta dia menjadi panik. Mesin pernafasan itu menunjukkan denyutan nadi Faizal telah berhenti.

“Doktor!! Nurse!!!”

Astrid berlari ke luar wad dan meminta bantuan seorang jururawat. “Nurse!! Please help me! My brother…!”

***

“Maaf Cik. Faizal dah tak ada”

Begitulah kata seorang doktor wanita yang baru sahaja memeriksa Faizal. Astrid menangis dan masuk semula ke dalam wad. Jururawat mula menanggalkan setiap tiub yang ada di badan Faizal dan mahu menutup keseluruhan tubuh Faizal dengan selimut.

“Tak! Jangan! Jangan tutup!” Astrid menghalang jururawat itu.

“Nick… Nick… Wake up. You can’t leave me! Wake up Nick!! Wake up!!!” Astrid meraung semahunya sambil menggoncang-goncang tubuh Faizal. Dia menangis sambil memeluk adiknya itu.

PANGGGGG

Sebuah cawan jatuh ke lantai. Suryati bergegas ke dapur. Dia melihat Nicky sedang berdiri di atas kerusi untuk mengambil sebuah cawan yang diletakkan di atas almari. Nicky memandang ibunya dengan wajah takut.

“Nicky…”

“Mama… Nicky cuma nak ambil cawan Mickey Mouse Nicky…”

Suryati tunduk lalu mula mengutip serpihan-serpihan cawan yang bertaburan itu.

“It’s okay. Let me clean this”

KRING KRING KRING KRING

Suryati berlalu ke ruang tamu untuk mengangkat panggilan telefon itu.

“Hello. Yes As. Apa…?”

Hari Jumaat itu diawali dengan berita yang cukup menyedihkan. Suryati meletakkan gagang telefon itu. Dia terduduk. Air matanya deras mengalir. Bagaikan tidak percaya. Hatinya hancur luluh.

“Ya Allah anak aku…” rintih Suryati.

“Mama… Kenapa Mama nangis?” tanya Nicky yang kehairanan melihat ibunya.

“Come here darling”

Nicky datang menghampiri Suryati lalu Suryati memeluknya erat.

***

“Mama!”

Astrid berlari ke arah ibunya lantas memeluk Suryati apabila melihat ibunya sampai di hospital.

“Where’s Nick?”

“Let me show you”

Faizal ditempatkan di sebuah bilik. Jenazahnya telah pun ditutup sepenuhnya. Suryati berjalan perlahan-lahan menghampiri jenazah anaknya, diikuti oleh Pak Cik Sabidin dan Shamsul. Lalu dia membuka kain yang menutupi tubuh Faizal. Hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya sanubari Suryati apabila melihat wajah anaknya yang tidak lagi bernyawa.

“Ya Allah Nick…. Nick bangun nak… Jangan tinggalkan Mama… Kamu tak boleh tinggalkan Mama…”

Suryati merayu agar Faizal ‘kembali’ kepadanya. Dia memeluk dan mencium wajah anaknya itu.

“Yati. Jangan macam ni. Ikhlaskanlah. Kalau kamu meraung macam ni, Faizal akan jadi semakin merana” Sabidin cuba untuk menenangkan Suryati.

“Anak saya tak boleh mati…” Suryati menangis teresak-esak. Begitu juga dengan Astrid. Suryati memegang tangan Faizal. Dia tidak mahu melepaskan anaknya. Dia tidak mahu berpisah dengan anaknya.

“Ibu. Jangan macam ni Ibu” pujuk Shamsul pula. Astrid memeluk ibunya dan memintanya supaya bersabar. Dia membawa ibunya keluar dari bilik itu. Tiba-tiba, Suryati jatuh pengsan.

“Mama!!!”

***

“Assalamualaikum semua. Pagi ini saya baru dapat khabar yang salah seorang pelajar kita, Faizal Firdie telah pun kembali ke rahmatullah. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya”

Puan Rozita berucap di hadapan semua pelajar Cheras Jaya. Azim tercengang. Begitu juga dengan para sahabat yang lain. Dia hampir tidak percaya. Dia segera menemui Puan Rozita selepas tamat perhimpunan.

“Cikgu! Cikgu! Betul ke apa yang cikgu cakap tadi? Pasal Faizal?” tanya Azim dengan muka yang sangat cemas. Dia ditemani oleh sahabat-sahabat yang lain.

“Azim. Takkanlah saya nak main-main tentang hidup dan mati seseorang. Dia meninggal pagi tadi”

Azim tidak dapat menahan air matanya. “Cikgu… Boleh tak saya nak balik tengok dia?”

“Cikgu. Saya pun nak tengok Faizal” kata Noisy.

“Saya pun cikgu!” kata Wan pula.

“Saya pun!” sambung Awie.

Puan Rozita terkejut. “Tapi takkan awak semua…”

“Cikgu, saya merayu. Ini soal kematian… Cikgu tolonglah” Azim menyusun sepuluh jarinya merayu kepada pengetua itu.

“Baiklah. Tapi awak kena balik selepas waktu rehat”
Tanpa membuang masa, sahabat-sahabat bergegas ke Gombak untuk melihat jenazah arwah Faizal.

***

Pilu. Muram. Itulah suasana rumah Faizal kini. Semua sahabat-sahabatnya datang menjenguk. Tidak kurang juga guru-gurunya turut hadir. Selepas solat Jumaat, jenazah Faizal disembahyangkan oleh para penduduk. Jenazahnya akan dikebumikan di Indonesia pada petang itu juga.

“Yati. Van sudah sampai” kata Sabidin.

Wajah Suryati pucat. Tiada kesedihan yang mampu menandingi penderitaannya ketika itu. Dia menghampiri Faizal lalu mencium dahi Faizal buat kali terakhir. Diikuti oleh Astrid.

“Nicky. Cium kakak…” Suryati memanggil Nicky dengan lembut.

Nicky menangis. “Kakak…” Dia memegang pipi Faizal.

“Shhh… Nicky tak boleh nangis…” pujuk Suryati. Anak kecil itu mengesat air matanya lalu mencium pipi dan dahi abangnya. Lalu, dia memeluk tubuh abangnya dan air matanya tumpah juga.

“Kakak jangan tinggalkan Nicky…”

Nicky meraung dengan kuat dan Pak Cik Sabidin menariknya dari terus memeluk mayat Faizal. “Kakak…”. Bagaikan anak kecil itu mengerti bahawa dia telah kehilangan abangnya buat selama-lamanya. Tangisan Nicky menimbulkan rasa sebak dalam kalangan insan-insan lain yang hadir. Begitu hiba.

“Mila. Dah Mila. Jangan nangis” Umizza dan Puteri memeluk Sharmila yang sudah bengkak matanya kerana menangis. Manakala Nana pula menangis berjauhan dari rakan-rakannya.


Akhirnya, jenazah Faizal diangkat ke atas van dan van itu membawa Faizal pergi untuk selamanya…

No comments:

Post a Comment