Di suatu malam yang
sunyi, Faizal yang tidak dapat tidur menghabiskan waktunya dengan solat sunat
dan mengaji. Dia rindukan Al-Quran. Lalu, dia cuba untuk membaca sebanyak mana
yang boleh. Setelah selesai membaca Al-Quran, dia menadah tangan memohon doa.
‘Ya Allah. Kau yang
Maha Besar. Maha mengetahui. Maha penyayang lagi maha pemurah. Aku seorang
hamba Mu yang lemah. Aku mohon kau sejahterakanlah ibuku, adik dan kakakku.
Berikanlah mereka kesihatan yang baik. Peliharalah mereka dari kesesatan.
Bimbinglah mereka ke jalan Mu. Ampunkanlah dosa-dosa ahli keluargaku.
Kurniakanlah rahmat Mu kepada kami sekeluarga.
Ya Allah.
Jagakanlah Mila.
Peliharalah setiap langkahnya. Kuatkanlah hati dan teguhkanlah imannya. Berikanlah
dia jodoh dari kalangan-kalangan lelaki yang baik, yang akan setia menjaganya
dan mencintai Mu dan Rasullullah. Berikanlah dia keturunan yang soleh dan
solehah. Panjangkanlah umurnya dan murahkanlah rezekinya. Berikanlah
pengakhiran yang baik dalam hidupnya. Sampaikanlah rinduku padanya meskipun
hanya sekelumit. Biarlah semua orang tak tahu. Yang penting Allah tahu. Cukup bagiku.
Ya Allah.
Cukuplah engkau
menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat. Aku ingin bertemu dengan Mu dan
kekasih Mu, Rasullullah. Amin ya rabbal alamin’
Faizal berjalan
keluar dan membuka pintu bilik Nicky. Dilihat adiknya sedang nyenyak tidur di
samping Ariel yang tidur di sebelahnya. Faizal menghampiri Nicky lalu mencium
dahi adiknya. Nicky terjaga.
“Nicky…”
Nicky bangun dan
mengusap-ngusap matanya. “Kakak… Kakak tak tidur lagi?”
“Tak sayang. Kakak
jadi bodyguard Nicky”
Nicky tersengih.
“Malam ni sejuk”
“Sejuk?”
Nicky mengangguk.
“Baiklah. Nicky
tidur. Kakak selimutkan ya. Mari kakak dodoikan”
Nicky menuruti
kata-kata abangnya. Sepanjang malam, Faizal menemani Nicky…
***
“Azim, Ustaz nak
tanya sikit ni” kata Ustaz Mansor kepada Azim yang menemuinya setelah selesai
solat berjemaah Maghrib di surau.
“Ada apa Ustaz?”
“Macam mana keadaan
Faizal? Dia dah dapat penderma ke? Beberapa hari lepas Ustaz ada tengok keadaan
dia, tapi masih tak ada perubahan”
“Macam yang Ustaz
cakaplah. Tak ada perubahan. Belum pun dapat penderma. Esok dia masud kena
duduk wad. Kena inject”
“Aik? Inject pun
kena sampai duduk dekat wad?”
“Inject bukan
sebarang inject Ustaz. Bukan inject yang biasa tu. Ini inject kat perut”
“Ya Allah. Dengar
macam dah teruk sangat tu. Azim… Kamu kan yang paling rapat dengan dia. Kalau
kamu ada masa terluang tu, kamu temankanlah dia. Bagi sokongan dekat dia. Dia
perlu sokongan dari kita semua. Supaya dia menjadi lebih bersemangat. Sejak dua
menjak ni, bila Ustaz tengok wajah Faizal, hati Ustaz tak sedap”
Kata-kata Ustaz
Mansor itu berlegar-legar di ruang fikiran Azim. Entah kenapa, hatinya tidak
tenteram. Sepanjang malam dia memikirkan hal tersebut dan dia telah membuat
keputusan.
***
Seawal jam 7 pagi,
Suryati memimpin Faizal menuruni tangga dan mempersiapkan barangan yang perlu
dibawa. Hari itu, Faizal akan dimasukkan ke wad untuk menjalani rawatan
paracentesis.
“Kakak!” Nicky
berlari ke arah Faizal sambil memegang anak patungnya. Faizal lantas memeluk
Nicky. Pelukannya sangat erat.
“Kakak nak pergi
mana? Kakak nak pergi jogging ke?” tanya Nicky.
“Err… Kakak nak
keluar kejap dengan Mama”
“Kakak nak keluar?
Nicky nak ikut…”
“Sayang… Tak boleh.
Kakak keluar kejap je. Nanti kakak balik ya?”
“Janji?”
Faizal mengangguk.
“Janji…”. Faizal kembali memeluk adiknya. Dia masuk ke dalam keretanya lalu
melambai kepada adiknya. Faizal langsung tidak melepaskan pandangan matanya
dari memandang Nicky. Seolah-olah itu adalah yang terakhir baginya.
“Assalamualaikum!”
Azim tiba-tiba masuk ke dalam kereta Faizal dan duduk di tepinya. Faizal dan
Suryati terkejut.
“Azim! Tak sekolah
ke hari ni?” tanya Suryati.
“Tak. Ibu! Saya
ikut Ibu dengan Faizal la” jawab Azim.
“Apa kau cakap ni
Zim? Hari ni kan sekolah. Nanti kau ketinggalan pelajaran” Faizal pula
mencelah.
“Ala kau diam jelah
bro. Aku ikut kau hari ni”
Faizal akur. Azim
telah memutuskan untuk berada di sisi Faizal hari itu. Dia ingin berada di sisi
sahabatnya dalam saat-saat sukar seperti mana Faizal yang selalu bersamanya
sewaktu ibunya mula-mula jatuh sakit dulu. Dia sudah terlalu banyak terhutang
budi kepada Faizal. Dan Azim menyetujui kata-kata Ustaz Mansor. Faizal perlukan
sokongan darinya.
Sampai sahaja di
hospital, Faizal diletakkan di wad 4B dan menjalani pemeriksaan awal. Baju hospital
dipakaikan ke tubuhnya. Tiub dipasang di tangan, manakala tiub pernafasan
diletakkan di bahagian hidung Faizal. Dr. Haikal menjalankan kerjanya tanpa
berlengah. Tidak sampai satu jam kemudian, Dr. Haikal memberitahu Suryati
bahawa dia akan meneruskan rawatan paracentesis terhadap Faizal.
“Puan, saya akan
teruskan paracentesis. Saya minta puan untuk tunggu di luar”. Suryati dan Azim
keluar dari wad itu dan duduk di kerusi yang disediakan di luar wad.
Paracentesis adalah
satu rawatan di mana perut pesakit akan disuntik dengan jarum yang saiznya
sejengkal untuk mengeluarkan cecair asites yang terkumpul dalam perut pesakit.
Faizal telah berulang kali mengadu sakit di kawasan perutnya. Ubat yang
diambilnya juga tidak mendatangkan sebarang kesan. Sebagai alternatif terakhir,
Dr. Haikal menyarankan agar rawatan paracentesis dilakukan dengan segera.
Dr. Haikal keluar
dari wad Faizal 30 minit kemudian…
“Doctor, is
everything alright?”
“Yes. Saya berjaya
keluarkan cecair dari badan Faizal. Tapi… Denyutan nadi Faizal lemah”
“Tapi dia tak
apa-apa kan doktor?”
“Buat masa ni,
keadaan dia stabil puan”
“Doktor, masih
belum ada ke penderma hati untuk anak saya?”
“Maafkan saya Puan.
Belum ada. Bukan cuma anak puan. Ramai lagi pesakit di luar sana yang menunggu penderma
organ. Kira-kira lebih dari 10 ribu pesakit. Dan angka ini semakin meningkat
setiap hari. Saya harap puan banyakkan bersabar ya”
Suryati mengangguk
lemah.
“Puan, saya pergi
dulu. Puan boleh jenguk Faizal. Tapi jangan ajak dia banyak bercakap. Dia perlu
berehat”
“Baiklah doktor…”
Suryati dan Azim
masuk ke dalam wad Faizal. Mereka menghampiri Faizal dan Faizal membalasnya
dengan senyuman.
“Macam mana keadaan
kamu sayang? How you feel?” tanya Suryati sambil mengusap-ngusap ubun kepala
Faizal. Faizal cuba bangun. “Argh…”
“Nick… Jangan
bangun” pujuk Suryati.
“Ya Zal. Kau
rehatlah” kata Azim pula.
“Bekas injection tu
sakit Ma… Nick tak boleh gerak…” Faizal mengadu kesakitan. Suryati menyelak
baju Faizal dan melihat bekas suntikannya. “Sakit Ma…” Air mata Faizal
berlinang.
“Nick… Tenang
sayang. Kamu kena baring dan tak boleh banyak bergerak”. Pilu hatinya melihat
Faizal dalam keadaan begitu. Faizal menuruti kata-kata ibunya lalu memejam
matanya.
***
“Mama, how’s Nick”
tanya Astrid yang baru sahaja tiba di hospital.
“He’s sleeping now.
Paracentesis done. But, he told me that it really hurts him”
“Supposed the
paracentesis will cause no pain right Mama?”
“Maybe the
procedure not suits him well. I don’t know… Nicky? Did you ask Shamsul to look
after her?”
“Yes Mama. But,
she’s non-stop asking about where we’re going…”
***
Faizal tersedar
perlahan-lahan dari tidurnya.
“Zal… Amboi-amboi.
Sedap kau tidur. Dah macam baby” usik Azim.
“Azim… Dah pukul
berapa ni?”
“Dah pukul 3 bro.
Mak dengan kakak kau dekat luar. Kau nak aku panggil dorang? Atau… Kau nak
makan ke? Kau lapar?”
Faizal tersenyum.
“Tak. Kenapa kau tak balik lagi Zim?”
“Takpelah. Aku
temankan kau sampai habis waktu melawat nanti”
Faizal masih
tersenyum. “Terima kasih Zim… Kau… Kau kawan terbaik yang aku pernah ada. Kawan
aku… Dunia dan akhirat…”
“Bro. Dahlah.
Jangan buat aku touching dekat sini…”
“Kau kawan aku
susah dan senang… Kau kawan menangis aku. Kau kawan ketawa aku. Kau lebih
mengenali aku lebih dari sesiapa pun dalam dunia ni”
“Kau pun sama Zal.
Kau pun kawan terbaik yang aku pernah ada” Azim lalu memegang lengan Faizal
tanda memberikannya sokongan.
“Tadi aku tidur
lena sangat… Dah lama aku tak tidur lena macam tu…”
“Baguslah bro.
Kalau kau nak makan, aku bagitahu Mak kau. Atau nurse”
“Takpe Zim… Boleh
tak aku mintak tolong sesuatu?”
“Apa dia?”
“Aku nak
sembahyang. Boleh tak kau tolong aku untuk berwudhu? Aku tak dapat bangun.
Perut aku sakit…”
“Ok. Aku bantu kau
sekarang”
Azim membantu
Faizal untuk berwudhu. Dan membiarkan Faizal solat dalam keadaan terbaring di
atas katil. Dalam masa yang sama, Wahab datang untuk melawat Faizal.
“Azim. Faizal
mana?” sapa Wahab.
“Hoi opocot.
Terkejut aku! Eh kau buat apa kat sini?”
“Nak tengok Faizal
la. Aku langsung tak sempat nak jenguk dia. Aku dari sekolah tadi terus datang
sini”
“Oh… Faizal ada kat
dalam. Tapi kau tunggu jap. Dia tengah solat”
“Hah?” Wahab yang
sedikit kurang percaya mengintai Faizal dari cermin di luar pintu wad. Dia
melihat Faizal sedang mengangkat tangannya tanda melakukan takbir.
“Zim. Dia
sembahyang baring ke?”
“Iye… Dia tak boleh
bangun. Perut dia kena suntik tadi. Dengan jarum panjang bro!”
“Ee! Ngeri aku!
Bagusnya dia. Jarang nak jumpa orang sakit masih ingat akan solat. Lebih-lebih
lagi yang duduk hospital”
Azim terdiam.
‘Orang macam Faizal memang jarang nak jumpa’
***
“Aku gembira korang
datang. Terima kasih. Terima kasih Wahab. Kirimkan salam aku dekat kawan-kawan
yang lain” kata Faizal.
“No hal bro. Kau
jaga diri kau baik-baik. Banyakkan sabar” Wahab memegang bahu Faizal. Faizal
mengangguk.
Suryati dan Astrid
masuk ke dalam wad itu.
“Wahab? Nak balik
ke?” sapa Suryati.
“Ya Ibu. Waktu
melawat dah nak habis” jawab Wahab.
“Terima kasih
banyak-banyak Wahab. Ibu hargai kedatangan kamu”
“Ibu jangan
risaulah… Hal kecik je ni…”
“Ibu, saya pun dah
kena balik…” kata Azim. Dia menghampiri Faizal dan memeluknya. “Aku tahu kau
kuat bro”.
“Azim, thanks” kata
Faizal pula.
Azim dan Wahab
menyalami tangan Suryati lalu meninggalkan ruang wad itu. Faizal tetap
memandang kelibat Azim dan Wahab sehingga mereka berdua hilang dari pandangan.
“Nick… Mari makan
sayang…” Suryati menghidangkan nasi berlaukkan ikan goreng kepada Faizal.
“Boleh tak Mama
suapkan Nick? Macam dulu-dulu? Nick
rindukan suapan Mama…”
“Boleh. Of course
you can…”
No comments:
Post a Comment