CODE MUSIC ANDA

Wednesday, 25 September 2013

Cinta dan Keinginan Untuk Menikah

Di usia yang muda begini, aku telah pun mempunyai keinginan untuk menikah. 
Aku tahu, banyak pihak memberi respon kalau aku miang, dan keinginan aku itu tak masuk akal.
Kebanyakan mereka menganggap orang yang menikah muda itu selalunya remaja terlanjur. 
Selain daripada itu, orang yang menikah muda terikat dengan rumahtangga, sehingga tak meneruskan pelajaran, duduk di rumah sebagai suri rumahtangga, tiada masa depan.
Alasan mereka sukar disangkal kerana itu yang berlaku dalam kalangan masyarakat melayu.

Bagi aku, jika seseorang itu telah bersedia dari segi fizikal, mental, mempunyai ilmu dan kewangan, orang itu tidak sepatutnya menunda niatnya untuk bernikah. Jadi, sekiranya usiaku baru 20 tahun, tetapi aku telahpun bersedia, kenapa tidak?

Namun terlalu ramai yang menyangkal tentang nikah muda ini dan aku sendiri memilih untuk berdiam diri. 

Paling penting untuk memahami apa sebenarnya makna disebalik cinta.
Pandangan peribadi aku, cinta itu lebih bukanlah sekadar ucapan I Love You.
Cinta bukanlah apabila kita ke sana ke mari bersama kekasih.

Cinta itu memang bermula apabila bertemu, bertentang mata, saling berkata, tersenyum, tertawa.
Dari pertemuan yang satu itu wujud perasaan rindu.
Seakan terbelah jiwa jika tidak bertemu.
Terucaplah kata, aku tidak bisa hidup tanpamu sayang.
Manisnya cinta bila saling memuji. Oh cantiknya sayang abang.
Bila sedang jatuh cinta, secara automatik akal fikiran kita akan jadi bodoh seketika.
Keburukannya pun dipandang bagus. Nampak yang manis aje. Yang buruk tutup mata. Pura-pura tak melihat.
Bila kemana-mana, wajah si dia yang kelihatan. Dikala nak tidur, termimpi-mimpi. Buka mata bangun pagi, wajah kekasihlah yang pertama terbayang.
Makan tak basah, mandi tak kenyang, bak kata sahabatku yang suka menterbalikkan ayat itu.

Aku sendiri sulit untuk menjelaskan maksud cinta. 
Sebab itulah jawapan aku selalu "It's more than just saying I Love You"
Baru-baru ini aku telah belajar akan maksud cinta.
Cinta itu adalah apabila penderitaan dan kesedihan dijadikan nikmat.

Dalam dunia ini, tak akan ada kenikmatan sejati. Maksudnya, tak ada seorangpun yang hidup di dunia sentiasa berada di 'atas'. Akan ada masanya dia di 'bawah'. Kemudian, di 'atas' lagi.
Jadi jika manusia menerima segala penderitaan dan kesedihan dengan lapang dada, orang itu menjadikan akhirat sebagai tujuan, berbahagialah orang itu. Dan itulah nikmat cinta yang sebenarnya. Cinta Illahi. 

Dunia juga bukan tempat untuk bersenang lenang. Ini adalah tempatnya untuk manusia berusaha keras, bersusah payah kerana kenikmatan sejati hanya ada di syurga.
Contoh, Rasulullah SAW sanggup menahan lapar, walaupun Allah SWT menawarkan emas segunung uhud tetapi baginda menolak.  Baginda memilih untuk menjadi hamba yang fakir.
Dan bermacam-macam lagi contoh dari Umar, Khadijah dan lain-lain.
Mereka menjadikan penderitaan dan kesedihan sebagai nikmat. Menuju cinta yang hakiki, syahid dan menuju syurga. 

Subhanallah.

"Kami adakan bagi mereka dinding yang mempunyai pintu. Disebelah dalamnya ada rahmat, disebelah luarnya ada seksa" (Al hadid, 13)

Nikah adalah sunnah Nabi. Ia adalah ibadah.
Tindakan sekecil apapun adalah berkat dan pahala.
Kalau macam ni, lalu dimanakah sebenarnya nikmat bercinta?
Dunia bercinta selepas bernikah begitu indah sebenarnya.
Banyak yang semasa bercinta terlalu berlebihan, apabila sudah menikah, kehidupan rumahtangga menjadi membosankan. 
Jadi jika mencintai, cintailah sewajarnya. Berpada-pada. Jika terlampau cinta, takut kelak menjadi benci. Jika terlampau benci, nanti jadi suka.

Ada juga yang berkata, tak boleh bercinta selepas kahwin sebab tak mengenali pasangan itu sedalam-dalamnya. Bagi aku, ini bukanlah permasalahan. Siapapun pasangan itu, keberjayaan sesuatu perhubungan terletak dari cara pasangan mengindahkan lagi hubungan yang terjalin. Bukan mencintai yang sempurna, tetapi bagaimana mencintai dengan sempurna.

"Wanita yang baik untuk lelaki yang baik" (An Nur,26)

Bernikah kerana ingin mendapat keredhaan Allah.

Nikah itu tidak wajib bagi yang belum benar-benar mampu. 
Perkataan mampu banyak juga disalahertikan. 
Ada yang kata tak mampu itu bukan sebab dia tak bekerja. Tapi kerana majlis kahwin nak buat besar-besaran dan mahar yang tinggi.
Ini tak sepatutnya berlaku. Lakukanlah yang wajib dan sederhana sahaja. Kalau buat majlis besar-besaran pun kelak boleh menimbulkan riak dan iri hati.
Soal kewangan selepas nikah juga tidak seharusnya terlalu dirisaukan. Jika niat kerana Allah, Allah pasti memudahkan segala urusan. Percaya akan janji Allah dan harus usaha.

Mempunyai ilmu rumahtangga dan agama juga penting. Terutama lelaki. Bagaimana untuk membimbing keluarga jika diri sendiri cetek? Wanita, bagaimana untuk menunjukkan ciri-ciri yang baik kepada anak jika diri sendiri masih jahil? 
Pendapat aku, mempunyai ilmu asas itu tersangat penting.
Sebagai manusia yang serba serbi kekurangan, manusia mesti teruskan belajar agama, pergi majlis-majlis ilmu, mendengar kisah nabi dan para sahabat tidak kira berkahwin atau tak.
Manusia mesti terus memperbaiki diri dari segi ibadah. Sepanjang masa.
Contoh, kalau menikah muda, hanya tahu ilmu asas, seperti fardu ain, tak semestinya orang itu tak boleh belajar lebih dalam lagi kan?
Lebih-lebih lagi ilmu Allah begitu luas. Jangankan nak kata ilmu sains, matematik.
Sedangkan maksud-maksud dalam ayat AlQuran mengambil masa bertahun-tahun untuk ditelaah. 
Ilmu itu tak akan pernah habis.

Akhir, dalam Islam tiada istilah bercinta, pacaran dan couple.

Hal ini terlalu sulit untuk diungkapkan kepada kawan-kawan yang syok bercinta. Aku juga pernah bercinta.
Takkan aku nak kata, mana boleh bercinta. 
Nanti aku akan dibalas, bajet alim pula.
Kalau tidakpun, mereka akan kata, bercinta tu bolehlah. Asalkan tak pegang-pegang, tak cium-cium, tak ada blue-blue. Kitorang pandai jaga dirilah.

Dari apa yang aku belajar, tiada bercinta dalam Islam. 
Matlamat tidak menghalalkan cara bak kata Abi.
Jika fikir, macam mana kita nak pasti yang kita betul-betul jaga batas pergaulan kita? 
 
"Zinanya mata adalah dengan memandang yang haram, zinanya lisan adalah dengan berbicara. Jiwa itu berangan-angan dan berkeinginan. Sedangkan kemaluan membenarkan semua itu" HR Bukhari no 6243, Muslim no 2657

Ayat itu sungguh jelas.

Ada firman Allah dalam surah Al-Ahzab yang menunjukkan wanita tidak semestinya memperdengarkan suara kepada lelaki yang bukan mahram. Melainkan dalam keadaan yang memerlukan.


Jadi fikir balik. Kalau bercinta, mestilah bertentang mata, bercakap di telefon mendayu-dayu, berangan-angan, naik motor sama-sama. Semua itu bukanlah cara Islam kan. Gerun hati ini.
Aku juga ingin naik motor bersama-sama awek tapi.... lepas belajar ni, takutlah pulak. Nasib tak ada awek. 

Malah bila Abi berkata, jika lelaki melakukan surat menyurat  dengan wanita ajnabiyah, hingga jatuh cinta juga tidak boleh dilakukan kerana ia menimbulkan syahwat dan zina di dalam hati.
Tak ingat dalil itu dari siapa. Ada catat tapi tak tahu letak kat mana. 

Jika telah benar-benar mengenal cinta, jemputlah ia dengan cara yang halal.
Semoga Allah sentiasa merahmati.

- Firdie
Mungkin tulisan ku ini banyak kekurangannya.

















Sunday, 22 September 2013

Untuk Sayangku

Ya Allah,
Kenapa setiap kali aku menatap bulan itu, ia mendatangkan seribu rasa sayu di hatiku?
Apakah yang tidak kena pada bulan itu?
Kenapa setiap kali aku menatap bulan itu, ia mendatangkan perasaan rindu?

Bulan,
Kau begitu cantik. Indah. Kau terlihat amat dekat tapi sebenarnya jauh.
Kau mengingatkan aku pada seseorang.
Aku menggambarkan dirinya sebagai bulan.

Dia kelihatan dekat denganku.
Dia di depan mataku.
Aku melihatnya setiap hari.
Tapi aku kekal menjadi orang yang asing baginya.
Hakikatnya, kami jauh.

Dia indah seperti bulan.
Dia mempunyai seribu satu keindahan yang tak ada pada gadis lain.
Yang sukar untuk aku huraikan.
Aku berharap dia tak akan pernah bertanya, kenapa aku berkata dia indah dan cantik.
Aku cuma mahu dia percaya, yang dia istimewa buatku.

Aku ingin menjadi matahari yang selalu memancarkan cahayaku untuknya.
Supaya dia sentiasa dapat bersinar.
Aku tidak mahu menjadi bintang.
Meskipun bintang sering berada bersebelahan bulan,
Tapi... Bintang tidak memberikan apa apa manfaat pada bulan.
Bintang juga hanya menumpang cahaya dari matahari.
Terkadang bintang tidak setia.
Dalam banyak banyak bintang, terkadang hanya sebutir sahaja yang bercahaya.

Matahari tenggelam, agar bulan bisa menampakkan dirinya.
Aku sanggup tenggelam, agar dia dapat terus maju ke hadapan.
Biarlah aku tenggelam, namun harus kau tahu kau masih punya cahayaku.
Yang akan terus menemanimu.
Aku akan selalu berada di sampingmu. Seperti bulan.
Meskipun dia tidak dapat melihat matahari di kala gelapnya malam, tapi dia masih dapat merasakan kehangatan cahaya itu.
Aku ingin kehadiranku bermanfaat untukmu.

Indahnya kehidupan.
Hanya perlu lihat pada alam.
Segalanya telah tersusun dengan indah.
Seperti pertemuan kita, perpisahan kita, segala isi hati kita.
Allah tahu segala galanya.
Bulan itu saksi rinduku.

Aku mahu kau mencintai dengan sepenuh hati.
Hidup dengan sepenuh hati.
Setiap kali kau memerlukan aku, aku akan selalu ada.
Meskipun gelap, percayalah. Aku ada.

Untuk sayangku M. Will always love you.

- Firdie



Saturday, 21 September 2013

Realiti penderita hepatitis B

Mungkin ramai diantara kawan sebaya aku yang kurang tahu tentang penyakit hepatitis b. Tapi apabila mereka tahu penyakit ini seperti apa, mereka menjadi gerun. Gerun dengan apa yang aku alami. Sekaligus wujud rasa gerun dalam hati mereka. Untuk mendekati aku. Inilah realiti pesakit hepatitis b. Realitinya pesakit hepatitis b di seluruh dunia sering mengalami diskriminasi. Termasuk aku.

Aku menghidap hepatitis b sejak lahir lagi. Sedih untuk aku mengaku yang kami tiga beradik alami penyakit yang sama. Kerana Mama dan Papa juga pembawa virus ini. Pendek kata, kami sekeluarga lengkap ada penyakit ini. Mungkin bagi adikku yang masih kecil, dia tak mengerti apa2. Syukur juga kerana antibodi badan adik seakan2 melawan virus ini. Dia juga jarang sakit. Dia sangat beruntung. Tidak seperti aku dan kakak.

Diskriminasi yang aku alami bukan saja datang dari orang luar, malah keluarga aku sendiri. Semasa kecik dulu, aku dapat rasakan yang Eyang, panggilan untuk Nenek, langsung tidak suka pada kami tiga beradik. Aku masih kecil, aku tak faham apa2. Aku ingat Eyang marah sebab aku mungkin buat salah. Lama kelamaan aku faham, dia memang tak sukakan aku. Aku cuba untuk bercakap dengannya. Pegang tangannya. Dia tak suka malah maki hamun yang aku terima. Aku tengok, sepupuku yang lain bermanja dengan Eyang, tapi aku tidak. Salah apakah aku? Aku sering berfikir. Mungkin aku terlampau nakal. Tapi jenis nakal apa yang sudah aku perbuat?

Saat aku tidur beramai2 dengan sepupuku yang lain, Eyang menarik tangan dan mengheret aku keluar. Dia tak mahu aku tidur bercampur dengan saudaraku. Masih terngiang2 di telinga, katanya, aku budak berpenyakit. Aku kembali tidur di samping Mama. Aku tak faham. Mungkin aku buat salah sebab tu Eyang marah padaku.

Masa makan, Eyang menyuruh aku cuci pinggan sendiri. Aku dimakinya. Beria ia bibik mahu membantuku. Tapi bibik pula diherdik. Alasan Eyang, penyakitku mungkin tertinggal pada sisa2 makananku. Nanti tersebar. Aku menangis sebab tak faham kenapa aku kena cuci pinggan. Mama berusaha membela aku. Tapi apalah kuasa Mama sedangkan dia umpama kuasa minoriti di rumah itu. Mama pula jenis yang tak suka bergaduh dengan orang lebih tua. Mama bertahan kerana rumah itu adalah keluarga Papa. Keluarga suaminya.

Satu hari, saudara jauh datang ke rumah. Bertanyakan aku. Selamba Eyang berkata, untuk apa berjumpa denganku. Apakah tak takut terkena penyakitku. Aku mendengar dari celah2 tangga.

Kakak selalu berkata, “They are all bad people. I want to go back to Sydney”
Itu ajelah ayat yang selalu kakakku tuturkan. Dia selalu berkata pada Mama, Let’s go back to our home. This is not our home.
Kakak memilih untuk bersendirian. Dia memilih untuk tak bergaul dengan saudara dan makcik pakcikku yang lain.

Pernah juga aku dipukul kerana sesuatu yang bukan salah aku. Aku hanya pergi makan buah rambutan. Tanpa dipinta, aku disebat. Kononnya akulah ketua yang mengajak makan buah rambutan. Padahal aku hanya ikut Maman.
Aku selalu kelihatan bersalah. Aku selalu kelihatan berdosa. Aku tahu Kakek sayang dan peduli pada aku. Tapi kebiasaannya pun dia membiarkan saja perbuatan Eyang. Papa mengerti keadaan itu. Pernah papa mengajak Mama untuk berpindah saja. Tapi Mama fikir tak baik untuk meninggalkan Kakek. Mama berusaha menjaga hati keluarga Papa.

Pengalaman di sekolah Gombak setia dulu adalah diskriminasi terbesar yang aku pernah rasa. Mulanya aku memang dapat kawan dekat sana. Tiba2 aku jatuh sakit. Seminggu tak datang sekolah. Aku terkena penyakit kuning. Mama berjumpa dengan cikgu untuk beritahu keadaan aku.

Selepas aku masuk sekolah, aku masih belum sihat sepenuhnya. Tiba2, semua kawan2 menjauh. Mereka macam tak nak bercakap dengan aku. Kenapa ya. Aku dah tersalah cakap ke. Hanya Bulat yang masih mahu baik dan kawan dengan aku. Bulat kata, masa aku tak datang, Cikgu A ada cakap kat kelas, penyakit aku lebih mudah berjangkit dari Aids. Hati menangis.

Ketara dari wajah Cikgu A, yang dia tak sukakan aku. Percaya tak kalau aku kata yang dia tak nak memandang wajahku? Aku benar2 perlukan bantuan masa tu. Banyak subjek yang aku tidak faham. Aku terlalu confuse dengan perbezaan bahasa. Tapi seakan2 berat untuk aku bertanya. Macam takde orang nak tolong. Akibatnya, ujian aku selalu dapat D atau E.

Aku tahu gara2 aku ada penyakit kuning, mata menjadi kekuningan, budak2 kata aku ni macam alien. Setan bermata kuning macam dalam cerita orang putih katanya.
Meja tempat duduk aku ada 3. Tapi semenjak mereka tahu tentang penyakit aku, aku dibiarkan seorang. Lagi dua kawanku selalu ambil tempat didepan. Drastik mereka berubah.
Rehat juga selalu aku makan seorang di dewan. 
Aku tahu, mereka gerun dengan penyakit aku. Mereka takut terjangkiti. Aku sunyi.

Masa subjek Pendidikan Islam, belajar tilawah AlQuran. Aku disuruh baca ayat Quran dalam buku teks. Aku cuma diam. Nak menangis rasanya sebab aku memang tak tahu baca Quran. Abi baru mengajarkan aku muqaddam aje. Belum tamat lagi. Bila aku diam, ustazah tanya, kenapa diam. Aku tak jawab.
Ustazah naik suara, AWAK TAK TAHU BACA ALQURAN FAIZAL???!!. Aku geleng.
Aku tunduk je. Semua memandang. Ustazah menggeleng2 kepala. Macam dia benci aku.
Tiba2 aku seakan nampak muka Eyang pada muka Ustazah. Semenjak penyakit aku diketahui, aku dilayan buruk. Padahal dalam kelas tu bukan aku seorang yang tak tahu baca quran….

Satu hari, aku pulang. Van tinggalkan aku. Menangis jugak aku dekat situ sebab mustahil nak jalan kaki. Jauh. Kalau ikutkan, aku tak keluar lambat sangat pun. Apa boleh buat. Aku jalan kaki. Tapi Allah membantu. Abi menjumpaiku tepi jalan. Dia membawa aku pulang.
Mama bertanya pada pemandu van. Pemandu itu cakap, maaf kak, bukan saya tak nak bawak anak akak, tapi saya takut budak2 lain terancam. Saya harap akak faham yang saya bawak banyak budak sekolah menengah, sekolah rendah. Kalau ada apa2 nanti, saya yang kena.
Hati Mama pilu. Aku mula putus asa.

Bila aku pindah sekolah, aku lebih mudah diterima. Gara2 selalu ada sokongan dari sahabatku azim, aku jadi lebih semangat dan gembira. Dia tahu keadaan aku. Entah kenapa dengan dia aku mudah untuk bercerita apa2.

Lama kelamaan kawan2 disekolah baru ini tahu jugak tentang penyakit aku. Masa nilah Nadia meninggalkan aku. Hubungan aku dengan Nadia sangat baik. Takde masalah apapun. Dia ajak makan. Kami makan. Dia ajak jogging. Kami jogging. Hubungan kami lebih dari kawan.
Sekelip mata, out of the blue, dia berubah.
Aku call, taknak angkat. Aku mesej, taknak balas. Aku fikir takde topup kot. Aku topupkanlah. Tapi takde respon.
Mungkin dia sakit. Aku pergi cari dia. Tapi dia macam nak lari.
Dan akhirnya, dia kata dia taknak jumpa aku. Dia nak kami jadi kawan je.
Hati aku terluka sebab tak tau dimana salah aku. Aku pasrah.

Kawan2 aku yang lain, terima aku seadanya walaupun agak terkejut mulanya. Mereka pernah dengar istilah hepatitis tapi tak pernah mendalami tentang penyakitku. Mereka tunjukkan rasa caring. Aku pernah pengsan masa hari sukan dan mereka tak galakkan aku bersukan.

Waktu demi waktu, aku masuk drama pentas. Bermain gitar dan menyanyi. Mereka memuji kebolehan aku. Aku mula dapat tempat di sekolah. Boleh belajar dengan baik. Untuk seketika, aku rasa aku dah bebas dari penghinaan. Sebenarnya tak.

Tanpa sengaja, aku terdengar seorang kawan berkata, faizal tu memanglah baik.tapi korang pernah bayangkan hidup dia macam mana?kaya pun tak guna kalau ada penyakit yang tak boleh sembuh.hensem pun tak guna kalau… haaa korang faham kan?

Aku tak marahkan dia. Aku terima kata2 dia. Memang betulpun.
Walaupun banyak kawan2 lain membantu aku, memberi galakan, tapi suara2 tidak suka itu tetap ada. Kita tak dapat nak puaskan hati orang di sekeliling kita.

Hakikatnya dalam dunia ni, pesakit hepatitis B susah nak kerja. Macam aku yang bercita2 untuk menjadi doktor. Itu angan2 yang tak akan tercapai. Mana boleh doktor ada penyakit macam ni. Serta merta dibuang kerja. Aku pernah dengar kes doktor yang dikesan dengan penyakit hepatitis b dipecat serta merta. Malah kat amerika, pelajar yang ada hepatitis b, permohonan pelajar tu dilambat2kan, malah ditolak.

Rawatan untuk penyembuhan juga masih belum ada. Hepatitis b masih belum ada penawarnya. Rasa fed up ulang alik check up tapi doktor takdepun cakap, ada harapan untuk sembuh. Takde pun. Orang lain yang sakit demam makan ubat. Ubat pahit pun ditelan sebab nak sembuh kan. Apa rasanya kalau kita makan ubat tiap2 hari tapi kita tahu kita takkan sembuh? Segelintir orang sahaja yang faham bagaimana sedihnya lalui semua ini.

Realiti penderita hepatitis b. aku harap semua penderita virus ni di luar sana akan terus gagah berjuang melawan penyakit ini. aku juga harap akan ada penawarnya suatu hari nanti. 
Allah menguji kerana manusia mampu menghadapinya
Bersyukur atas segala ujian Nya yang membantu jiwa kita kembali kepada Allah


-     - Firdie

The Early Days Part 2



With dad

With dad during sunset


Watching games with fellow cousins


Cuddle with sister




With mom

Evening walk with dad


Teach Flynn how to swim


WIth Leo


Fishing with Dad

Fall asleep during haircut




Hong Kong with Dad

Sister Astrid with her horse, La Luna

Sister Astrid with cousin, Michelle (left)

Sister Astrid doing some artwork



Jackie, first Astrid's pet

Tuesday, 17 September 2013

The Early Days







Playing with little sister



Brother Love

Spring season

With Aunt Sandra

Being hospitalised


Showing off muscle


Playing at the beach

With Flynn

Girlfriend? :)

Mother and son




Halloween