CODE MUSIC ANDA

Tuesday, 17 September 2013

Mama

Aku menjenguk jiranku, kak izzah yang baru lepas melahirkan anak pertama. Mama melawat kak izzah. Jiran yang cukup rapat dengan mama. Aku pun tengok juga. Terdengar perbualan kak izzah dengan mama.

"sakitlah kak. saya serik dah beranak"
"takkanlah nak anak satu je? suami izzah takkan nak anak 1 je" mama bergurau. Sampai kak izzah tersenyum pahit.
"suami saya sedap je dia tahu, saya yang tanggung sakit ni kak"
Mulalah kak izzah bercerita dengan mama pengalaman dia bersalin.
Aku satu2nya teruna di situ berasa ngeri pula, betapa seksa wanita yang hendak bersalin.
Dari saat air ketuban pecah, sampai tunggu tut tut terbuka, semua kak izzah cerita.
Bibik sofi mula cakap dengan aku, "dengar tu zal! dah kawin nanti jaga bini tu elok2, jangan sesuka hati kau melayan bini, beri kasih sayang secukupnya pada bini!"
"Saya akan sayang bini saya bik..."
"Itu kau cakap sekarang! Lelaki ni mulut manis. Belum dapat dipuja2, dah dapat, disepak terajang pun ada. Betapa besar pengorbanan seorang perempuan. Lelaki dapat perempuan yang lagi cantik, bini yang baik ditinggalkan. Macam jiran depan rumah tu! "
Itulah bibik. Riuh2.

Pulang ke rumah, terpacul soalan, "ma, deliver a baby, is that hurt so much?"
Jawapan mama, bila beranak, 40 urat terputus. Sebab itulah wanita perlu berehat 40 hari untuk mengembalikan tenaga dan sihat semula. Terfikir mama bersalin kami tiga beradik. Maksudnya tiga kalilah mama merasai kesakitan yang sangat hebat itu. Macam mana pulak yang ada 10 anak? Tak dapat nak bayang.

Mula terbayang, betapa susahnya mama dari saat mengandung, melahirkan. Menyusukan. Setia menjaga aku ketika sakit. Jika aku dimasukkan ke hospital, setia mama menunggu. Aku terjaga malam kerana haus, mama juga terjaga, mencari air untukku.

Pernah juga aku balik dari keluar dengan kawan. "ma dah makan?" "mama tunggu kamu. Have you eat sayang? Lets eat together" Nak menangis rasanya. Ma, anakmu ini sudah makan di luar. Masa makan, anakmu ini tak teringat langsung akan ibunya di rumah yang sedang menanti. Tak aku khabarkan pun pada mama di mana aku berada. Sedangkan mama duduk di ruang tamu menunggu aku balik. Makanan yang dimasak tak terjamah pun. Mama senantiasa masak untuk aku. Dia tak mahu aku makan sembarangan. Sungguh besar kasih sayang mama.

Mama, satu2nya insan yang menyayangiku tanpa syarat.

Mama "I know you have something that bothering you. It's okay if you don't want to tell me. But, whenever you wanna talk about it, I will listen"
 "You're the best thing that happened in my life, I'm a proud mother"
"I see the brightness of your heart"
"If you could possibly understand how hard it is for me to let you grow"

Mama adalah ibu dan ayahku. Dia adalah segala2nya buatku.

Ya Allah, tolong kasihi mama. Kasihi dia seperti mana dia mengasihiku. Jagakanlah mama. Tempatkan dia di syurga abadimu kelak.

- Firdie

No comments:

Post a Comment