CODE MUSIC ANDA

Tuesday, 17 September 2013

Bangun Pagi

"Belajar bertafakur dengan alam. Belajar melihat kebesaran Allah dengan menghayati keindahan ciptaan-Nya. Tahu tak apa keindahan ciptaan Allah yang paling mudah untuk dilihat tapi sering orang abaikan? 
Keindahan yang dimaksudkan ini adalah suasana pagi"

Nasihat Ustaz Mansor. Yang aku panggil Abi.

Suasana pagi. Kita sebenarnya adalah manusia yang rugi jika kita tidak menghayati nikmat suasana pagi. 
Pada mulanya, aku pun sulit untuk terus terjaga selepas solat Subuh.
Bangun, cuci muka, solat Subuh, lepastu doom. Bungkus badan tidur sampai tengahari.
Berkali2 jugak cuba untuk segarkan mata. Tak boleh. Takkanlah nak lepaskan nikmat tidur masa cuti.

Aku tanya Abi. Abi kata, "Ubahlah kebiasaan gemar tidur tu. Cuba berjanji pada diri sendiri untuk berubah dan berdoalah kepada Allah, mintak tolong agar diberikan kekuatan"
Satu2nya cara ialah berdoa, semoga Allah jauhkan aku dari godaan iblis dan syaitan. Kuatkan aku untuk jadi manusia yang lebih baik.

Ada suatu pagi aku ambil langkah mandi pagi, solat Subuh dan keluar joging.

6.35am
Masih gelap. Sudahlah seorang. Aku baling batu kat bilik Azim. "Sape la ni?!" "Boi jom joging" "Kau ni Bu. Wa nak tido la Bu. Awal lagi ni" Dia tutup tingkap. Cis. 
Baling batu lagi, "Apa lagi setan?!" "Boi ustad cakap kena nikmati suasana pagi"  Dia tutup tingkap lagi. 
"Pergi baliklah!!"
Aku joginglah seorang. Takkan aku nak balik. Alang2. Turun kat kawasan bukit. Lari je. Tak toleh kiri kanan. Seram. Berlari jumpa padang, surau, kedai roti canai, sungai, jalan raya, traffic light. U turn. Jauh pulak aku joging.

Ketuk tingkap bilik Wan. Panggil nama dia. Dia bukak tingkap tapi... "Wan jom makan roti canai.."
Dia menguap. "Nantilah. Kau balik dulu, nanti calling2". Hish apanya nak calling2? Orang dah lapar.

Naik bukit. Aku duduk sekejap kat tepi bukit. Matahari mengintip dan menyapa dengan cahaya merahnya. Udara terasa segar. Burung2 berkicauan seakan menyambut kedatangan matahari. Subhanallah. Indahnya. Bersyukur ya Allah aku masih boleh bernafas dan melihat keindahan alam ini. 

Pak Hamid lalu dengan motornya. "Eh Zal! Buat apa duduk tepi jalan ni?" "Menikmati suasana pagi pakcik"
"Kau ni macam2". Mesti pakcik tu pelik tengok aku duduk tepi jalan.

Aku pulang. Tapi rumah2 masih banyak yang tertutup rapi pintu dan tingkapnya. Masih banyak orang memilih untuk menyambung tidur selepas Subuh. Dan semakin lama aku amalkan keluar melihat suasana pagi selepas Subuh, aku mula sedar yang perbuatan tidur selepas Subuh hanya akan membuat kita malas. Pagi akan jadi tidak produktif. Badan tak sihat.

Seperti kata Abi, orang yang tidak pernah memahami dan tak berusaha menghayati ciptaan Allah ini adalah orang yang buta hati. Sedangkan orang buta begitu ingin melihat alam, kenapa manusia yang boleh melihat terang ini enggan untuk bertafakur dengan alam? Bangun pagi dan menikmati suasana pagi adalah keadaan yang sangat indah. Tidak ingin aku mensia2kannya. 

- Firdie


No comments:

Post a Comment