Bila terasa
hidup ini terlalu menyakitkan, aku harus melihat ke atas. Apalah ertinya iman
seseorang tanpa diuji. Ujian itu adalah tarbiyah dan kerana Allah sayangkan
hambanya. Pasti ada ganjaran besar bagi orang yg sabar.
Bila terasa
hidup ini terlalu menyenangkan, aku harus melihat ke bawah. Masih banyak orang
yg kurang beruntung dari aku. Ada yg tidak cukup makan dan pakai. Ada yg tidak
cukup biaya utk rawatan. Ada yg kehilangan ahli keluarga dan terus jadi
sebatang kara. Terlalu banyak.
Hidup ini
sederhana. Andai aku rasa hidup ini terlalu menyakitkan, diluar sana pasti ada
secebis kesenangan.
Ya Allah.
Aku bersyukur.
Orang selalu
kata, ada hikmah disebalik apa yg berlaku. Mungkin… ada yg aku tahu. Ada yg aku
tak tahu. Aku hamba yg hina. Ilmuku terbatas. Mungkin dengan tidak tahu itulah,
ada hikmah yg Allah belum tunjukkan padaku. Aku harus yakin. Kadang2 hikmah tu
dah pun ditunjukkan depan mata kita, tapi kita tak sedar. Sebab manusia sering
dibutakan oleh kehidupan yg fana. Manusia sukar menerima jika keinginannya tak
tercapai. Manusia inginkan semuanya mengikut kehendak mereka. Jika berlaku
sebaliknya, mereka melenting. Aku juga. Sedangkan ilmu manusia… terbatas. Allah
lebih tahu akan apa yg terbaik utk kita. Sedangkan manusia hanya mampu
merancang, namun sebaik baik perancang adalah Allah.
Jika inilah
yg terbaik Ya Allah, aku ikhlas.
Kalau Tuhan
menginginkannya terjadi, ia pasti akan terjadi. Walau seluruh isi perut bumi
mengatakan tidak.
Kalau Tuhan
tidak menginginkannya, ia tak akan terjadi. Buatlah macam mana sekalipun, ia
tak akan berlaku.
Kenapa aku
berprasangka buruk? Manusia sering fikir buruk dari yang baik kan.
Kita biarkan
hati kita tertanya tanya, mengutuk, menyalahkan. Atas segala sesuatu.
Sedangkan yg
baik datang dr Allah, yg buruk datang dr diri kita sendiri.
Adilkah
hidup? Jika semalam aku akan jawab, tak, hidup aku tak adil. Aku dihasut rasa
marah dan terluka. Syaitan berjaya memperdayakan aku.
Hari ni, aku
akan tulis hidup ini selalu adil. Keadilan itu aku boleh nampak dari ciptaan
Allah sendiri. Seperti malam,ada siang. Bulan, ada bintang. Matahari, ada awan.
Susah,ada senang. Nangis, ada ketawa. Hujan, ada pelangi. Subhanallah.
Kenapa kita
masih bertanya sdgkan segalanya sudah dibentangkan didepan kita?
Adakah kita
benar2 menggunakan nikmat mata, mulut dan deria2 lain kurniaan Allah dgn
sebaiknya?
Kadang2
manusia tak mengerti kehidupan ni. Takkan pernah sia2 melakukan sesuatu yg
baik, walaupun sekecil zarah. Kehidupan ini tidak sia2.
Biarlah aku
melalui semua ini. Sebab semuanya sudah ditentukan. Jika inilah perjalanan
hidup yg aku harus tempuhi, aku redha. Jika inilah caranya utk aku mendapat
keredhaan Allah, akan aku lakukan apa sahaja agar aku dapat ke syurgaMu yg aku
sendiri rasakan aku tak layak. Hidup ini cukup indah.
Seolah olah
aku belayar, dengan satu tujuan, dapat pergi ke satu tempat abadi yg indah.
Pelayaran aku hanyalah sementara. Tapi tempat tujuan itulah yg akan aku diami
selamanya. Pelayaran aku adalah dunia. Tempat tujuan aku itu adalah syurga yg
kekal abadi. Pelayaran aku tak mudah. Aku harus melalui ombak dan arus yg
selalu cuba utk melemaskan aku. Seringkali pelayaran aku menemui jalan buntu.
Kerana aku tersesat. Tapi Allah sering menunjukkan aku jalan.
Begitu kasih
Allah pada hambanya.
Semua kesedihan adalah harga yg perlu dibayar utk
mendapatkan tujuan itu. Semua orang diberi peluang utk kembali ke pangkal
jalan.
Sebelum benar2 terlambat. Tergantung pada diri, adakah kita masih mahu
pelayaran yg buntu tanpa arah tuju ataupun belayar mengikut haluan yg benar.
Aku berharap
semoga aku dapat sampai ke tempat tujuan aku. Insyaallah.
-Firdie
No comments:
Post a Comment