CODE MUSIC ANDA

Thursday, 29 August 2013

Pulang Kampung Part 2

22/12/2004 :

Aku cuma ada hari ini dan esok di Sydney. Singkatnya masa. Apa boleh buat. Sekolah sudah memanggil. Aktiviti hari ini adalah BERENANG dan MANDI LAUT YUHUU. Bukan senang utk dapat keizinan dari Mama. Aku perlu dengar omelan Mama yg lebih panjang dr forum perdana ehwal islam. 

Dari Circular Quay, aku naik bas ke Bondi. Aku, Mama dan Nicky naik bas sebab parking kat kawasan pantai terhad. Dahlah terhad, boleh parking sekejap je. Fikir banyak kali nak naik kereta ke sana. Harga parking juga mampu membunuh dan menyebabkan orang sakit jantung. Bas tu bergerak ke Watsons Bay dan stop dekat Bondi. Dalam setengah jam. Bas ni betul2 berhenti kat Bondi Junction.

Sampai2 kat sana, orang yg maha ramai. Duduk melepak, dating, berjemur. Cukup seksa2 semua wanita di sana. Terjojol biji mata. Sebab ombak kat sini kuat, jadi ada pool dibina khas untuk mandi. Aku pun terjun je kat pool. Pool ni laut jugak. Dia ada buat sedikit penghadang supaya tak terkena arus. Lebih kuranglah. Jadi itulah pool. Berendamlah kat situ. Sejuk tak terkata. Bestnya tengok orang surfing. Nak belajar surfing. Tapi bila? 

Nicky seronok pulak dengan istana pasir dia. Hajat di hati , Ma jum kita pergi Coogee. Mama tak mau. Suruh balik. Coogee beach lagi cantik sebenarnya sebab banyak batu bata. Jervis Bay apatah lagi. Pasir putih. Rasa tamak nak jelajah semua. Apakan daya.

Ninong ninong ninong ada pulak van berwarna warni jual aiskrim. 

Sebelum pulang, kami sempat makan koktel kat kafe area Bondi tu. Dekat Campbell Parade. Sambil tengok matahari terbenam. Lupa apa nama kafe.

- Firdie






No comments:

Post a Comment