CODE MUSIC ANDA

Wednesday, 28 August 2013

Hidup Ini Sederhana

Setiap orang inginkan kehidupan yang bermakna. Setiap orang.

Tapi adakah manusia di luar sana yang langsung tidak mengimpikannya? Ada ke?

Bagi manusia yang mengimpikan kehidupan yang bermakna, apakah "makna" yang dia inginkan itu? Mungkin dari segi mendapat segulung ijazah, kemudian kerja hebat2 gaji tinggi, kahwin, mempunyai anak, kaya raya, bahagia. Inilah impian begitu banyak orang di luar sana. 

Pernahkah kita tanya pada diri sendiri, pada hati kita, apa tujuan hidup kita. Apa yang kita nak dalam hidup. Mahukah kita hidup tanpa ada arah dan cita2?

Ada pula yang berkata, "Mau kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat". Tapi, bagaimana dengan persiapan kita ke arah itu? Sudah mula buat persiapan ke? Baru sedikit? Atau langsung tidak sedar? 

Kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Nampak sukar untuk menyeimbangi antara keduanya. Kita manusia biasa. Terkadang leka. Terlampau leka. Sehingga yang ada di dalam kotak fikiran kita hanya memikirkan dunia sahaja. Terlampau mengejar cita2 dan kemewahan. Sehingga lupa sebagai khalifah Allah di muka bumi kita mempunyai tanggungjawab yang besar. Fikir logik, jika terlalu asyik bekerja, badan letih, solat ditinggalkan. Bekerja siang malam, solat terabai, AlQuran menjadi perhiasan. Besok bangun pagi, buka mata, pergi kerja. Subuh? Tak ada. 

Terbalik pulak dengan orang yang tidak mahu mencari kemewahan, dan hanya mahu beribadah. Betul ke jalan yang dipilih ini? Sedangkan Islam tidak melarang umatnya mencari apa sahaja yang bermanfaat untuk kehidupan ini. Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk kita mencari dan memanfaatkannya. Supaya kita berusaha. Bukan dengan berpeluk tubuh.

Tanyalah hati kecil. Dimanakah kita berada sekarang. Dan lihat bagaimana kehidupan kita. Adakah kita menjalaninya dengan sebaik mungkin.

Kehidupan yang bermakna dan sempurna itu bukan datang dari rumah mewah, kereta 6 biji, poket tebal, dikelilingi wanita. Kita sibuk mencari kemewahan, tang ting tong bekerja siang malam membesarkan empayar syarikat. Rupa rupanya untuk mendapatkan kehidupan yang bermakna tu datangnya cuma dari kesederhanaan.

Hidup ini sederhana. Kejar cita2. Gapai kejayaan di dunia. Jangan membelakangkan agama. Solat seakan akan ini solat terakhir kita. Berusaha dan bertawakal. Jalani setiap hari andai esok tiada lagi buat kita. Hargai setiap perkara dan setiap insan yang ada dalam hidup kita. Berbahagialah.

-Firdie



No comments:

Post a Comment