CODE MUSIC ANDA

Thursday, 29 August 2013

Pulang Kampung

Mama bersetuju untuk pulang kampung. Haha aku senyum lebar. Walaupun cuma sekejap, cukuplah. Rindu nak jumpa grandma, Uncle Steven, Aunt Sandra dan Flynn. Aku tahu aku tak boleh lama2 dekat sana. Sebab sekolah dah nak mula. Baju apa semua tak beli lagi. Tapi bila lagi boleh pulang kan? Jadi, aku sempat catat perjalanan pendek aku di sana.

20/12/2004 :

Gara2 nak pulang kampung yg boleh kata aku rindu sangat2, malam tak boleh tidur. Termimpi2 anggur kat ladang. Termimpi2 sungai. Hutan. Kuda. Spageti. Pantai. Aku rasa aku tak tidur pun. Kring kring jam loceng berbunyi. Pukul 4 pagi. Mandi2. Siap suruh mama cepat sikit nanti ketinggalan flight. Inilah budak yg jakun nak balik kampung. 

Sampai2 kat KLIA, beratur panjang gila. Aku agak lebih kurang setengah jam jugak baru sampai giliran aku. Orang tu check beg besar. Kemudian gerak ke balai berlepas antarabangsa. Kena check passport. Lepastu scanning. Scanning ada dua kali. Barulah dapat masuk kabin. Naik MAS.

Aku tak ingat pukul berapa bertolak. Pukul 9 lebih kot. Perjalanan 8 jam. Kami akan sampai di Sydney jam 5 waktu Malaysia. Maksudnya kat Sydney jam 7 atau 8 malam kot. Tak pastilah pulak. Sarapan pagi nasi lemak. Nasib baik adik aku tak buat perangai dalam flight ni. Dia diam je minum susu. Lepastu tidur. Dia duduk diam2 je. Yg aku ni, tengok movie hantu. Ju On, Ju On : The Grudge dengan The Ring. Haha Mama geleng kepala. Aku dengan adik memang lumrah suka tengok movie hantu. Adik aku lagilah. Orang nampak hantu jadi seram. Dia nampak hantu dalam movie dia ketawa. Aku pun tak jadi nak rasa seram. Bila fikir balik, orang Jepun ni bagus gak buat filem. 

Sydney Airport. Sampai. Welcome to Sydney. Grandma I'm Home. Imigresen check. Aku dah agak biasa juga dengan check2 di airport. Airport ni sangat busy. Mama yg cakap. Aku pun tengok ramai gila orang. Balai ketibaan. Uncle Steven yg berkumis tebal melambai2. Dia terus memeluk aku. Dia dah macam ayah kedua aku. Orang yg senantiasa mengambil berat meskipun jauh.

Naik kereta. Menuju ke rumah Grandma. Perjalanan cuma setengah jam. Rumah Grandma lamannya cantik. Hijau. Grandma suka bercucuk tanam. Dia sambut aku dgn hati yg gembira, "Oh my boy Nicholas" "What you want to eat darling?" hahahaha. Rindu terubat. Grandma dah masak daging rusa. Alamak. Memang lainlah dengan selera aku. Tapi demi Grandma aku telan juga. Akhirnya aku berada di bilik tidur yg sememangnya bilik aku sewaktu aku kecil dulu. Tempat aku membesar. Bilik kecil, katil kayu, almari lama, gitar butut.  Begitu banyak memori di sini. Walaupun kecik, inilah tempat paling nyaman di dunia.

21/12/2004 :

Aktiviti hari ini adalah jalan2 bersama Flynn dan Nicky. Flynn satu2nya sepupu lelaki keluarga belah Mama. Sememangnya yg paling rapat. Aku akan cilok barang dia bawak balik Malaysia selalunya. Hihi. Nak keluar ni naik bas. Sebab aku dgn Flynn tak berani nak pinjam kereta Uncle Stanley. Naik bas dekat Sydney memang best sebab bas datang on time. Kalau bas kat Malaysia tak macam tu. Bas kat Indonesia lagilah. Kami naik feri di Wharf 2. Untuk pusing2 sekitar Sydney Opera House dan pergi ke Darling Harbour. Suatu tempat yg menjadi kebanggaan Australia. Mercu tandalah kiranya. Perjalanan selama 30 minit. Menuju ke Manly. Boleh nampak rumah2 di Manly dan Opera House yg tersergam indah. Harbour Bridge. Indah sangat pemandangannya. 

Sampai kat Darling Harbour, ada dua stop. Aku pilih stop yg pertama. Ada sydney sea life, wildlife sydney zoo dan madame tussaud. Total tiket nak masuk ke situ 2 orang dewasa dan 1 kanak2 boleh dikatakan mencecah RM1,000. Mahal. Sakit dada.

Masuk Wild Life Zoo boleh jumpa kangaru dan koala. Aku sakit hati sebab dia tak benarkan aku pegang koala tu. Banyak binatang dekat sini letak dalam kaca. Hampa. Dapat pegang kangaru itupun sekejap.

Madame Tussaud - tempat patung lilin. Jakun sikit sebenarnya tengok patung2 berupa manusia dekat situ. Seram pun.

Last, Sydney Sea Life Aquarium. Besarnya berganda2 dari Aquaria KLCC. Banyak betul spesies ikan. Waktu ni aku betul2 tak larat nak jalan. Lenguh. Rasa nak tidur kat situ. Nicky yg excited tengok ikan siap berlari2. Aku rasa lutut dah nak tercabut. Duit dah habis seribu. Gagahkan jugak berjalan.

Malam. Aku dan Flynn lepak dekat Darling Harbour. Tepi tasik. Tepi laut. Inilah pemandangan paling best. Sydney pada waktu malam teramat cantik. Sejuk2 pun aku tahan. 

Sebelum balik, kami singgah di McDonald. Haha macam takde benda lain je aku nak makan. Lapar. Restoran halal kat George Street. Memang dah tak larat nak pergi sana. Bedal McDonald cukup. Itupun dah cecah RM100. Mati pokai. Sekelip mata. 

- Firdie






No comments:

Post a Comment