CODE MUSIC ANDA

Monday, 30 December 2013

BAB 12 : Kisah Seorang Sahabat

“Baris!! Kehadapan!! Pusing!!”

        Faizal merasa lega kerana pasukan Kadet Remaja Sekolah SMK Cheras Jaya(SMKCJ) telahpun selesai melakukan persembahan kawad di pertandingan kawad kaki peringkat zon Cheras yang bertempat di SMK Perimbun.

        Sedar tak sedar, Faizal sudah bersekolah di SMKCJ selama 4 bulan. Kehadiran Faizal di sekolah itu menjadi buah mulut para pelajar terutamanya pelajar perempuan. Kebanyakannya terpesona dengan wajah bersih Faizal dan rambutnya yang keperangan. Selama 4 bulan ini jugalah ramai insan yang tidak dikenali menghantar mesej pesanan ringkas kepada Faizal. Sehingga dia sendiri merasa hairan bagaimana mereka mendapat nombor telefon bimbitnya.

        Azim menyedari akan situasi itu. Dia menyedari bahawa rakan yang dibawa masuk ke SMKCJ ini telah berjaya mencuri perhatian ramai orang. Apatah lagi, sikap Faizal yang tidak sombong dan mudah tersenyum. Semakin menggeliatlah para gadis! Setiap kali ada yang mahukan nombor telefon bimbit Faizal, pasti Azim yang akan dicari. Jangankan hanya pelajar Tingkatan 2, pelajar Tingkatan 4 pun ada yang ingin mengenali si Faizal! ‘Ish dasyhat betul mamat ni’.

        Selama 4 bulan inilah, Faizal secara tidak sengaja menyertai Kadet Remaja Sekolah (KRS). Semuanya bermula apabila Azim mula sibuk dengan latihan kawad kakinya bersama pasukan Kadet Bomba. Faizal yang setiap hari menumpang motosikal Azim pergi dan pulang dari sekolah tiada pilihan lain melainkan menunggu Azim selesai latihan kawad kaki. Sharmila akan pulang sekolah bersama ibunya yang bekerja sebagai guru di sekolah tersebut. Manakala Wan Elham hanya perlu berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya di Taman Cheras Jaya. Faizal? Alamatnya mahu tak mahu dia harus menunggu Azim!

        
“Rasa aku belum kenal kau lagilah. Aku Mior Akmal. Panggil aku Noisy” Akmal duduk di sebelah Faizal dan mereka bersalaman.

“Oh… Aku Faizal Firdie”

“Faizal? Kau kawan Azim ke? Tiap hari aku nampak kau naik motor dengan dia”

“A’ah. Kitorang sama-sama tinggal kat Gombak Sungai Chinchin. Apa nama kau tadi?”

“Panggil aku Noisy”

“Kenapa panggil kau macam tu?” Faizal bertanya pelik.

“Nama panggilan budak-budak kat sini memang pelik-pelik belaka” Akmal seraya ketawa.

“Noi… Noi… Sy… Err… Kau kelas apa ya?”

“Aku? 2 D. Weh tak nak join kawad ke?”

“Aku… Tak pandailah. Tapi… Aku memang minat tengok kawad tu”

“Apa kata kalau kau join kawad?”


***

         Ya. Faizal akhirnya menyertai kawad kaki KRS bersama Akmal, Haime dan Radzi. Antara individu yang rapat dengannya di dalam pasukan itu.

          Minggu pertama latihan kawad kaki adalah yang paling sukar buat Faizal.
‘Ah! Susah gila! Aku tengok ingatkan senang! Bila dah masuk ni, adoi letih gila kena jalan macam robot! Panas pulak tu!’

“Kenapa kau kawad macam tu?!”
“Ini kawad! Bukan tarian zapin!!”
“Hentak kaki kuat-kuatlah weh! Macam korang tengah marah!”
“Jahanam jahanam formasi aku!”
“Faizal! Bumping sekarang!”

        ‘Alamak. Aku kena lagi’
Begitulah antara luahan-luahan kemarahan yang sering terpacul dari mulut Abang Aziz, bekas pelajar SMKCJ. Menurut Akmal, Aziz sentiasa turun padang setiap tahun bagi mengajar kawad kaki kepada pelajar-pelajar Cheras Jaya. Faizal sering menjadi sasaran Aziz kerana sering terlupa langkah.

“Ok Zal. Kau ni lupa sana. Lupa sini. Orang ke kanan. Kau ke depan. Abang tahu kau baru lagi. So try lagi ok?” begitulah antara nasihat Abang Aziz kepadanya.

“Zal!! Kau bumping sekarang!”
“Zal! Tali but tu! Kau betulkan tali but kau!”

“Zal! Bumping lagi!”

“Zal! Ketuk ketampi!”

             Sekelip mata nama Faizal menjadi popular di kalangan pelajar KRS kerana sering didenda oleh Abang Aziz.

***

“Nak tarik dirilah…”
“Awatnya? Pertandingan dah dekat ni” pujuk Radzi.
“Pertandingan apanya? Letihlah. Hari-hari Abang Aziz akan jerit… Faizal!! Faizal!! Alamak… Nanti pasukan kita kalah sebab aku buat silap. Aku jugak yang malu”

Radzi tergelak.
“Tengok. Kau pun gelakkan aku” Faizal memuncungkan bibirnya.
“Kau tak rasa ke. Kawad kaki ni menguji mental dan fizikal kita?” Akmal bertanya.
“Menguji? Aku dah terlebih diuji ni. Cukup berat ujian ni”

Radzi dan Akmal menyambung ketawa.
“Muka pun dah macam India jual putu mayam ni… Aku sampai rumah je… Mesti aku cari katil… Terus aku terlentang tak ingat apa dah. Aku ingat dulu macam macho je jadi KRS masa kawad. Bila dah join, aku rasa macam nak demam” Faizal masih merungut.

“Rileklah weh. Kau kena buktikan dengan Abang Aziz yang kau boleh buat!”

“Aku tak peduli dah. Biarlah. Aku nak stop. KRS nak lingkup pun aku tak peduli”

Faizal nekad.

***

“Why? Why you want to quit?” Suryati merasa cukup terkejut dengan keputusan anaknya untuk berhenti dari latihan kawad kaki.

“I’m tired Ma. I don’t think I can do it. I can’t even memorise the simple steps…”

“Lame excuses!”
“Ma. It’s not an excuses! It’s true! I don’t have any experience in marching before… And it’s quite hard to learn…  Especially the formation… Whenever I do mistakes, the commander will ask me to do bumping 20 times! The commander will just simply yell at us when the steps went wrong… And…”

“And your face turns black” Nicky menyambung sambil ketawa mengejek. Faizal menjegilkan matanya kepada adik kecilnya itu.

“Nick… Listen to me this time. I used to admire your strong mentality really. You’re the type of person whom very good handling with pressure. You’ve prove it to me. But now… Why you want to give up so soon?! Marching is all about discipline and teamwork. You said you don’t have any experience? Everything in this world starting with zero. Since you were baby. You need to learn on how to crawl first, then only you can walk. You can’t just walk. It’s not how the way people do it. It must step by step. And continuously learning.

Why giving an excuses, since with a little bit more effort, I know you can achieve your goal! Just change how the way you think. I really wanted to see you grow. The meaning of growth is not only depends on what you have achieve, but also your personality. If simple things like this you can’t handle, how you supposed to face a lot more difficult situation? You’re a boy with strong heart. Prove it to me once again”


Kata-kata seorang ibu yang cukup membuatkan Faizal berfikir panjang.

***

“Zal! Tahniah” Abang Aziz menepuk-nepuk bahu Faizal.

“Tahniah apanya bang? Pasukan kita kalah pun”

“Memanglah kalah. Yang penting kita semua dah berusaha sedaya upaya. Kau pun… Gigih. Kena marah hari-hari pun tetap teruskan jugak”

“Telinga saya ni dah lali dah dengan jeritan abang tu. Lepas ni abang nak jerit pun jeritlah. Saya akan terus berjuang untuk KRS kita!”

“Hah! Macam nilah!”


Perjuangan dan usaha yang akhirnya membuahkan kenangan yang paling manis dalam hidup Faizal.

Sunday, 29 December 2013

BAB 11 : Kisah Seorang Sahabat

“Mana menara Eiffel-nya? Tak nampak pun…” Nadiya menuntut janjinya dari Faizal.

“Nah” Faizal menghulurkan ‘menara’ itu kepada Nadiya.

Sebuah perhiasan berbentuk menara Eiffel. Perhiasan itu mempunyai air di bawahnya.

“Cantiknya… Nad suka”

“Betul Nad suka?”

Nadiya mengangguk gembira.

“Maafkan Izal. Izal hanya manusia biasa. Tak ada kuasa Superman. Tak larat rasanya nak pikul menara Eiffel tu. Lagipun… Macam mana nak bawak naik kapal terbang? Tunggulah Izal jadi Superman nanti. Jadi Izal bawakkan menara Eiffel tipu-tipu je”

Nadiya ketawa kecil dengan telatah Faizal. “Nad pun ada barang nak bagi kat Faizal. Tadaaa”

Sebuah cap jenama Nike ditunjukkan kepada Faizal.

“Meh Nad pakaikan”

“Nad… Ya Allah ketatnya. Betulkan tali belakang tu dulu”

Nadiya membetulkan tali belakang cap tersebut dan dipakaikan semula ke kepala Faizal.

“Handsome”

“Izal tahu Izal handsome. Terima kasih Nad”

“Eee menyampahnya. Tapi… Nad beli ni kat pasar malam je tau. Maafkan Nad. Nad hanya gadis biasa. Tak kaya. Tak mampu rasanya nak beli barang mahal-mahal. Mana Nad ada duit. Jadi Nad beli cap Nike tipu-tipu je”

“Eh. Ayat Izal tu”

“Yeke?”

Mereka ketawa bersama.

***

“Ok. Hari ni kita ada student baru. Faizal. Perkenalkan diri” Cikgu Zaidah hatta guru kelas 2 Amanah meminta Faizal memperkenalkan diri.

Faizal mara ke hadapan kelas.

“Assalamualaikum. Nama saya Faizal Firdie bin Yunus. Saya tinggal kat Gombak. Saya kawan Azim”

Seraya itu ada beberapa pelajar yang tersenyum, ketawa dan mereka menoleh kepada Azim yang duduk di barisan paling belakang.

‘Cis. Dia sebut nama wa. Budak ni memang nak kena’ Azim bermonolog.

“Ok Faizal. Awak boleh duduk… Di sebelah Ng” Cikgu Zaidah menunjukkan tempat duduk kosong untuk Faizal di sebelah pelajar perempuan Cina.

Pelajar Cina bernama Ng itu melambai-lambai kepada Faizal.
“Hai Faizal”
“Hai… Ng right?”
“Yes. You pakai shirt lengan panjang. Nampak segak wor…” Ng memuji Faizal. Faizal tersenyum.
“Thanks Ng”

“Azim…. Handsome gila… Kau kawan dia kan? Ada no dia tak?” Puteri yang duduk di hadapan Azim mengjongketkan kerusinya dan berbisik kepada Azim.

“Takdelah”

“Mintaklah… Aku nak kenal…”

“Kalau aku mintak, aku bagi kau, apa aku dapat?”

“Aku belanja kau nasi ayam”

“Ok. Nanti aku tanya dia”

Begitulah Azim. Jika mahu menyuruhnya untuk melakukan sesuatu, pasti harus menyediakan upah.


***

“Faizal! Hai!” Puteri menegur Faizal.

Faizal yang berdiri di luar pintu kelas disapa oleh Puteri.

“Saya Puteri. Puteri Liyana. Faizal….”

Belum sempat Puteri menghabiskan ayatnya…

“Wei aku nak bawak Faizal pergi koperasi!” Azim terus menarik Faizal.

“Eeee…. Aku baru nak cakap Hai!” Puteri merasa geram.

Di koperasi…

“Beli lencana. Tie! Tempah name tag!” Azim menyuruh Faizal seperti bos.

“Urm… Saya nak buat name tag…”

Seorang pelajar yang bertugas di koperasi berpaling kepada Faizal. Dia tersenyum.

“Student baru ke? Tak pernah nampak awak pun. Nah tulis nama awak kat sini”

Faizal hanya membalas dengan anggukan lantas menulis namanya.

“Faizal Firdie… Ok. Saya Ika. Kelas apa?”

“2 Amanah”

“Wau. Kelas budak pandai”

“Hah? Yeke? Errr… Saya yang cakap dengan cikgu penolong kanan nak masuk kelas tu. Sebab ada kawan saya. Tak tahu pulak kelas tu kelas budak pandai”
“Oh yeke. Itu kelas pertama. Saya kelas 2 Cerdas”

Faizal terkedu. ‘Aku dah salah masuk kelas ke?’

***

“Wei. Mentang-mentang lu handsome. Semua budak sengih-sengih kat lu” Azim berkata garang.

“Azim. Aku tak buat apa-apa pun. Kau janganlah tak kawan aku”

Faizal takut jika Azim ada merasa sakit hati dengannya.

“Lu boleh menggatal dengan mana-mana awek kat CJ ni. Tapi yang budak koop tu, lu tak boleh kacau dia. Ada paham?”

“Faham. Azim. Aku tak gatal dengan sape-sape. Aku dah ada Nadiya”

“Yeke? Weh. Kasi nombor tepon lu. Nanti ada apa-apa, senang wa call lu”

“Azim. Betul ke kelas kita tu kelas pertama? Kelas budak pandai?”

“Betullah. Wa… Bukan calang-calang tau. Apasal?”

“Aku tak pandai. Nanti aku…”

“Ha… Nanti confirm lu dapat nombot tercorot…”

***


“Nasi ayam jangan lupa” kata Azim kepada Puteri.

“Jangan risau ok. Wau. Faizal pakai Celcom. Huh. Mahal kot Maxis ke Celcom…” Puteri sedikit mengeluh.

“Yang itu aku tak tahu. Yang kau beria-ria nak nombor dia ni apahal?”

“Azim. Dia handsome gila! Muka dia… Eeeeee licinnya….”

‘Sabar jelah. Gedik betul. Dia dah berpunya weh. Jangan mimpilah’



***

‘Alhamdulillah Ya Allah. Tak lama lagi aku akan khatam Al-Quran. Syukur syukur’

Faizal mencium Al-Quran di tangannya. Dia baru sahaja pulang dari mengaji di surau.

“Nick. How your first day?” Suryati memasuki bilik Faizal.

“Ma. It’s good”

“Just good?”

“Yeah, I guess. Everyone is treating me nicely. And I hope they always will…”

“I’m glad to hear that”

“Can you help me with the school badges Ma?”

“Yeah. Of course. I will put them in your school shirts”

        Faizal berharap hari-harinya di sekolah baru akan menjadi bertambah baik. Baik pada hari pertama tidak bermakna akan berterusan begitu. Gentar masih ada di dalam hatinya.

       Sementara ibu Faizal membantu menjahitkan lencana sekolah di bajunya, Faizal pula sibuk menulis namanya pada buku tulis baru.

‘2 Amanah. Errr tempat tercorot? Seramnya’


Tit tit tit tit…

 Telefon bimbit Faizal berbunyi menandakan mesej pesanan ringkas.

‘Hai Zal! Ni Puteri! Tgh buat pe tu?’

‘Macam mana dia dapat nombor aku?’

BERSAMBUNG…


BAB 10 : KISAH SEORANG SAHABAT


       Sudah hampir 2 minggu Faizal tidak bersekolah. Hari-harinya dihabiskan dengan berada di rumah. Setiap pagi selepas solat Subuh, Faizal akan menguruskan adik kecilnya. Dia akan membuat kerja-kerja rumah seperti membuang sampah, menjemur kain dan mengemas. Semua itu dilakukan bagi meringankan beban ibunya yang bekerja di Restoran Ros Fatimah yang berdekatan dengan Pasar Besar Gombak.

“F A I .. FAI! Z A L ZAL..! FAIZAL!”
        Nicky bersemangat mengeja nama yang tertera di buku Faizal. Sekali sekala dia akan meminta Faizal bermain tutup botol dan landasan kereta api bersamanya. Faizal hanya menurutkan sahaja telatah adik kecilnya itu. Baginya, ia dapat membantu untuk melupakan seketika masalah yang bertubi-tubi melanda dirinya.

        Faizal masih belum membuat keputusan sama ada teruskan bersekolah di Malaysia ataupun pulang sahaja ke Sydney. Dia buntu.

***

“Ahhhh!!!” Nadiya menjerit terkejut kerana Faizal tiba-tiba datang dari arah belakang dan menggoyang-goyangkan tali buaiannya.

“Eee suka buat orang terkejut!” Nadiya merasa sangat geram. Faizal menyambutnya dengan tawa lalu duduk di buaian sebelah Nadiya.

Nadiya yang ketika itu sedang membaca novel melihat Faizal yang bermain buaian di sebelahnya.

‘Semangat sangat mamat ni’

“Izal! Tak pernah jumpa buaian ke?”

“Tak pernah main sebelum ni”

Nadiya ketawa kecil. “Yelah. Budak lelaki. Mestilah tak main buaian punya. Yang Izal main dulu mestilah kereta-kereta, pistol air… Kan?”

“Salah. Masa Izal kecik, Izal tak main pun benda-benda tu semua. Izal main dengan ular, singa dan kuda”
“Hah? Ular? Eeeee….. Singa??” Nadiya kegelian.

“Yup. Izal suka ular. Tak susah nak jaga. Tak macam kucing. Nanti Izal nak cari anak ular. Anak ular Izal yang dulu dah mati. Singa Izal pulak sekarang dah jual kat sarkas. Kuda pulak… Hmmm…”

“Kuda Izal kat kampung Australia ya?”

Faizal mengangguk sambil tersenyum.

“Nanti kalau kita kahwin, Izal bawak Nad jumpa kuda Izal. Nak?”

“Kenapa nak tunggu sampai kahwin? Dekat Malaysia banyak kuda…”

“Ala tak sama… Ni ladang kuda kat kampung. Suasananya lain…”

“Nad baca buku apa tu?” tanya Faizal seraya melihat buku di genggaman Nadiya.

“Ni? Novel Lagenda Budak Setan! Best! Izal tahu tak. Cerita ni mengisahkan Akasyah yang mencintai Ayu. Dia tetap mencintai Ayu meskipun terpisah bertahun-tahun lamanya. Dan… Walaupun Ayu kahwin dengan orang lain, Akasyah tak cari pengganti Ayu! Hebat kan?” terang Nadiya beria-ria.

“Eleh… Macam boring je… Meh!” Faizal mengambil buku itu dari tangan Nadiya dan membaca sinopsis di belakang kulit buku.

“Mengisahkan cinta sedekad Akasyah terhadap Ayu. Eleh… Tebalnya buku ni…” Faizal mencebik.

“Izal akan sayangkan Nad macam tu tak? Sampai sedekad?” Nadiya bertanya lembut kepada Faizal.

“Nad. Kita mesti percaya yang aturan Allah tu adalah yang terbaik buat kita. Buat masa ni, memanglah Izal sayangkan Nad. Tapi kita tak tahu apa yang akan jadi lepas ni. Lagipun perjalanan kita masih panjang kan. Kalau Nad yang ditakdirkan untuk Izal, sudah pastilah Izal akan terus menyayangi Nad. Sampai bila-bila. Tapi jika bukan, kita kena terima. Jadi, Izal tak berani nak janji apa-apa. Kita jalani apa adanya dan serahkan semuanya pada yang di atas. Boleh?”

Nadiya tersenyum dan mengangguk. “Bila Izal akan bertolak ke Perancis?”

“Selasa pagi”

“Izal… Balik cepat tau”

“Insyaallah… Nanti Izal bawak balik menara Eiffel tu. Izal pikul sampai Gombak ni…”

Nadiya ketawa kecil. Dalam hatinya, dia tidak biasa berjauhan dengan lelaki di hadapannya ini…

***

“Jadi macam mana? Apa kata kau?” Wan Elham, atau lebih dikenali dengan nama gelaran, Wan E bertanya kepada Faizal.

Kini, Wan E, Azim dan Faizal berada di sebuah restoran di kawasan perumahan Greenwood.

“Aku mesti bincang hal ni dengan mak aku dulu” tenang Faizal menjawab.

“Oklah, kau fikir baik-baik. Memang sekolah kat SMKCJ jauh. Makan masa setengah jam perjalanan jugaklah. So, tiap pagi tu kau kena bangun awal. Kalau tak, lewat. Tapi, at least, kau ada Azim. Kau ada aku. Kau ada Sharmila. Tak adalah kau sorang-sorang macam dulu. Kau tahu tak, aku rasa bukanlah sesuatu yang baik kalau kau disisihkan sebab berpenyakit. Aku betul-betul tak setuju bila dengar cerita dari mulut Azim. Sampai boleh dituduh mencuri. Kau dah separuh jalan belajar kat sini. Apa kata kau habiskan? Kau jangan lupa. Kau dah ada IC sini”

‘Betul jugak kata-kata Wan E. Punyalah susah payah Pak Cik Sabidin nak sekolahkan aku dulu. Sekarang aku nak give up macam tu je’

“Tapi kalau kau dah fikirkan untuk bersekolah di tempat lain pun, kitorang tak halang. Aku dah cakap hal ni dengan konco-konco aku. Dorang boleh accept kau punya”

“Konco-konco?”  Faizal kehairanan. Bunyinya macam geng gangster.

“Nanti lama-lama lu kenal la sama itu konco-konco. Kalau pasal transport, lu jangan bimbang. Lu boleh tumpang motor wa. Tapi duit minyak. Lu paham-paham la. Lagipun, wa rasa lu tak ada masalah punya. Lu banyak duit” Azim mencelah.

“Terima kasih banyak-banyak atas cadangan korang. Aku hargai sangat-sangat. Cuma… Berikan aku masa. Lagi dua hari aku sekeluarga akan ke Perancis”

“PERANCIS??!” Wan E dan Azim saling berpandangan.


***

“Mommy!! Yuk kita naik Epel Tower!” Nicky merengek pada ibunya.

“Nicky. I’m tired already” Suryati enggan. Setelah seharian berjalan di kota Paris, hampir mahu tercabut rasanya kaki. Tidak sanggup rasanya untuk menaiki Eiffel Tower yang tersergam indah di hadapan mereka.

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Kota Paris disinari cahaya-cahaya bangunan dan lampu berwarna warni Eiffel Tower. Waktu siang lebih panjang daripada waktu malam. Mungkin sebab itulah seharian mereka menghabiskan waktu berjalan-jalan di sekeliling kota. Tanpa mereka sedari, masa berlalu dengan begitu pantas.

“Nicky… Come” Faizal memanggil lembut adiknya dan memangku Nicky di ribanya.

“Look. What do you see?”

“Epel Tower!”

“How was the Eiffel Tower looks like?”

“Urm. Very beautiful!!”

“It looks beautiful like you…” Faizal menggeletek Nicky sehingga anak kecil itu ketawa.

“Look what I’ve got! Tadaa!!” Raden Astrid, kakak kepada Faizal datang dengan wajah ceria sambil memegang 4 cawan aiskrim di tangannya.

“Yeay! Ice cream!! Do you have the one with peanut?” Nicky bertanya kepada kakak sulungnya.

“Of course I have” Astrid menghulurkan aiskrim vanilla dengan atasnya bersalutkan kacang tanah kepada Nicky. Lalu dia menghulurkan aiskrim strawberi kepada ibunya dan Faizal.

“Nick. What’s wrong?”

“Why strawberry?? I hate strawberry”

“Hah? I forgot. Sorry. But what is it?”

“What do you mean? I’m fine”

“Come on. I’m your sister. You can lie to everyone but not to me”

Faizal berhenti menyuapkan aiskrim itu ke mulutnya.

“I knew it! You won’t tell me! You’re so damn hard to yourself” Astrid menjangkakan Faizal akan berdiam diri.

“I’m just thinking. This place… People call it city of love… Urm… Will I ever come back to this place with the woman I love? Will that woman accept me for who I am? Accept me and this disease inside me…?”

Astrid memeluk adik kesayangannya itu. “You know what? Of course yes! One day you will come here again.. With someone you love the most… With your true love. Just like Mommy and Daddy. We were born because of their love. I believe there is a man and woman out there… That God has written their names and our name together… Whom will accept us, the way we are. And disease inside our body. You must believe that will happen someday. I love you so much” Astrid lantas mencium pipi Faizal.

“I love you too. It’s so stinking cold in here. And the tower…”

“It’s beautiful. Gorgeous. This tower remind me of Eiffel I’m In Love movie. That movie is quite boring though, but do you remember the song?”

Burung berkicau tanda setia pada pagi

Ku dengan engkau tak bisa dipisahkan lagi

Jantungku kau mintapun kan ku berikan

Betapa dalamnya cinta untukmu…

Astrid memulakan nyanyiannya sambil berdiri. Faizal hanya memerhati.
“Sis. I didn’t bring my guitar okay”

“Shut up. Come on. Get up and sing your part” Astrid mengajak supaya Faizal turut berdiri dan nyanyi.

“Sis…. Okay. Fine” Faizal pada mulanya tidak mahu. Rasa pelik pula menyanyi tanpa gitar di tangan.

Andaikan malam tiada pernahkan berakhir

Setiapku bersamamu mungkin tak berujung

Betapa rindu ini tak pernah mati

Kekasih hatiku hanyalah engkau


Memetik gitar menyanyi syair yang tulus

Persembahan kalbuku…

Nantikan dikau di tidur lelapku

Pujaanku…

Persembahan kalbuku…

Nantikan dikau di tidur lelapku

Pujaanku…


         Bagai Paris mereka yang punya. Faizal dan Astrid menyanyi dengan riang. Meskipun duduk berjauhan, itu bukanlah penghalang bagi mereka adik beradik. Malah mengeratkan lagi hubungan persaudaraan tatkala bertemu.

‘Paris. Till we meet again’



BERSAMBUNG…