BAB 7
KRINGGGGGG
Waktu rehat…
“Dah lama rasanya
aku tak makan kat kantin sekolah” bisik Faizal kepada Bob semasa mereka sedang
beratur untuk membeli makanan.
Entah kenapa hari itu Bob secara
tiba-tiba mengajak Faizal untuk makan di kantin. Faizal merasa berat hati
tetapi kerana sahabatnya itu terus mendesak, akhirnya Faizal turutkan jua.
Kalau ikutkan hati Faizal, dia lebih suka makan seorang di dewan sekolah. Dia
sendiri tidak mahu terserempak dengan Along di kantin.
Faizal membeli sepinggan nasi goreng
dan secawan teh tarik.
“Mok, aku cari
tempat dulu” Faizal berkata kepada Bob. Bob hanya mengangguk.
Semasa Faizal
sedang berjalan di kawasan tengah yang di mana kiri dan kanannya meja yang
dipenuhi para pelajar…
PANG!!!!
Faizal terjatuh. Nasi goreng dan air teh
tarik yang dipegang tadi telahpun bertaburan di atas lantai. Faizal melihat
kiri dan kanannya. Semua mata kini tertumpu padanya. ‘Malunya’. Along yang
duduk di tepi pula merasa seronok mentertawakan Faizal. Dialah yang telah
membuat Faizal tersandung dengan menghalakan kakinya sewaktu Faizal berjalan di
situ.
Faizal mengutip saki baki nasi goreng
yang jatuh ke lantai. Tidak sanggup rasanya dia untuk membiarkan nasi itu
meskipun mak cik kantin boleh membersihkannya.
‘Mungkin bukan
rezeki aku untuk makan nasi goreng ni’
“Woi. Angkat pinggan
kecik macam tu pun tak larat ke?” jerit Along bersama ketawa kecilnya.
“Hish Zal. Apa dah
jadi ni?” Bob terus meluru kepada Faizal.
“Aku rasa… Ada
orang sandungkan kaki aku tadi…” Faizal memberitahu dengan suara perlahan.
Bob memandang Along
dengan wajah tak puas hati. Dia lalu bangun dan menyergah Along.
“Weh ini mesti kau
yang buat dia sampai jatuh kan?!”
“Ek elen Mok ni…
Kau apesal hah? Kau nak cari pasal dengan aku ke?!” Along berhenti makan.
“Wei sebelum kau
nak cari pasal dengan aku, kau kempiskan perut kau tu dulu” Along mengejek Bob.
“Mok janganlah…”
Faizal cuba menarik lengan Bob.
“Hish kau diamlah. Budak
yang tak tahu sopan santun dan suka cari pasal macam dia ni memang patut
diajar. Kena sula lagi bagus. Tak layak hidup di muka bumi” Bob berkata dengan
perasaan geram.
“Aku malas nak
layan kaulah! Apa kata Faizal je lawan dengan aku one on one kat depan sekolah
nanti?”
Faizal menggeleng
laju.
“Kau tengok! Kawan kau
ni. Bukan jantan” sindir Along.
“Aku tak nak
bergaduh dengan sesiapa…” Faizal masih cuba untuk bercakap lembut.
“Kalau takut, cakap
jelah takut!! Kau dengan keluarga kau menyibuk je duduk Malaysia ni. Lagi-lagi
mak kau tu!”
“Kau dah
melampau!!!” Faizal tidak mampu untuk menahan kesabarannya lagi tatkala nama
ibunya disebut-sebut.
Faizal mengambil
secawan air di tepinya lalu dicurahkan ke muka Along. Faizal sendiri tidak tahu
air milik siapakah yang diambilnya.
“Kau boleh ejek
aku, tapi bukan mak aku, setan!”
Along yang terkejut
terus menerpa Faizal dan menumbuknya. Mereka bergelut di lantai kantin. Suasana
hingar bingar di kantin sekolah.
***
“You’re fighting
again?” Suryati bertanya lembut kepada Faizal sambil meletakkan kain basah di
tepi bibir Faizal yang lebam.
“Please don’t let
this kind of things happen again. People go to school to learn, not to fight”
Faizal masih
berdiam diri. Terasa sakit di bibirnya. Sakit juga hatinya. Rasanya ini mungkin
sudah keseratus kali dia pulang ke rumah dengan muka bengkak dan lebam. Mungkin
keseratus. Mungkin juga kedua ratus.
“You hear what I
said?”
Faizal mengangguk.
“Now, go and
prepare yourself for your sports event. I will send you to school”
“No… I don’t want
to go!!”
“Nicholas!! You
have to! Listen to what I said!”
Suryati bertegas supaya Faizal pergi ke
acara sukan tara petang itu. Pada mulanya, Faizal sememangnya berhasrat untuk
pergi ke acara tersebut. Tetapi setelah insiden pergaduhan pagi tadi, moodnya hilang
serta merta.
‘Menyesal bagitahu
Mama aku ada sukan tara. Kan sekarang dah kena paksa’
***
“You’ve passed your
100 metre running… Will you enter any competition during sports day?” Suryati
bertanya kepada Faizal sewaktu membawa Faizal pulang dari sukan tara.
Ibu Faizal telah menghantarnya ke
sekolah untuk sukan tara, malah menunggu sehingga sukan tara itu tamat. Takut juga
jika terserempak dengan Along. Pasti dia akan mengejek Faizal dengan gelaran “Anak
Emak”. Namun, bayang-bayang Along tidak kelihatan petang itu.
‘Eleh. Dia yang
marah lebih-lebih kalau aku tak datang latihan rumah sukan. Tapi waktu sukan
tara, dia yang tak tunjuk muka. Kan sukan tara lebih penting. Dapat bagi markah
kat rumah sukan. Dia tu pandai bercakap je. Padahal…’
“Urm. No. I’m not
interested” jawab Faizal ringkas kepada ibunya.
Suryati hanya
menggeleng-geleng kepala. Hairan dengan sikap dingin anaknya.
“I think you should
involve yourself more in your outside the class activities. So besides
learning, you can enjoy and getting along with more friends… Oh.. You loves
playing guitar and singing. Why don’t you enter any singing competition..? Or
drama maybe? Musical theater? Your school has that kind of competition isn’t
it?”
“I don’t have any
friends. Who I’m supposed to get along with?”
Kata-kata Faizal itu telah membuatkan
Suryati terdiam. Benarkah anaknya ini langsung tidak mempunyai kawan seperti
kata-katanya sebentar tadi?
“Do you really mean
what you’re saying just now?”
“Please don’t ask
me. Just… Please don’t!”
Sikap Faizal yang suka memendam perasaan
dan berdiam diri membuatkan Suryati sukar untuk mengetahui isi hati anaknya
itu. Puas dipujuk. Namun, Faizal lebih rela diam. Faizal lebih rela menyimpan
segala dukanya di dalam hati. Tetapi jika dipendam berterusan, keadaan Faizal
akan menjadi semakin parah!
Suryati juga
mengerti jika Faizal berkata ‘Tidak’, maka selamanya akan ‘Tidak’. Hmmm,
betul-betul seperti ayahnya!
***
“Assalamualaikum….”
Nadiya mengetuk pintu rumah Faizal yang tertutup rapi.
“Waalaikumsalam…”
Kedengaran suara wanita menyambut salam itu dari dalam rumah.
Nadiya merasa berdebar-debar menanti di
luar rumah. Dia tahu suara itu adalah suara ibu Faizal. Nadiya sendiri tidak
pernah berdepan dengan ibu kekasih hatinya itu. Maklumlah, ibu Faizal pula
orang Australia. Nadiya sudah bersiap sedia untuk membuka telinganya
lebar-lebar sekiranya wanita itu bercakap dalam Bahasa Inggeris.
Seperti diduga, ibu
Faizal bercakap dalam Bahasa Inggeris. Sudah pastilah Nadiya harus ‘speaking’
juga!
“Who are you?”
“Err…. Err… Nad…
Nadiya!” Lambat-lambat Nadiya menjawab.
Faizal yang selesai
menunaikan solat Asar sedar akan situasi itu.
“Nad..” Faizal
menegur.
‘Kuss semangat. Nasib
baik kau datang Zal..!’ Nadiya merasa cukup lega.
“Apa Nad buat kat
sini?” Faizal bertanya dengan wajah yang serius.
‘Eh. Dia tak suka
ke aku kat sini?’
“Nad bawak… Laksa…”
sambil menunjukkan laksa yang berada di dalam plastik.
“Nick… Why don’t
you invite your girlfriend in?” Suryati menegur Faizal yang masih berwajah
masam.
“Come in” Suryati
senyum dan mengajak Nadiya masuk.
Kini, Nadiya ingin menangis dengan
kelakuan Faizal yang langsung tidak menghiraukannya. Tiada sambutan. Tiada senyuman.
Tiada kata-kata. Mata Faizal tertumpu pada televisyen. ‘Penat aku bawakkan
laksa nak bagi dia try. Dia buat tak tahu aje. Dari tengahari sampailah
sekarang dah nak dekat pukul 6, orang call tak nak angkat. Orang call lagi, dia
matikan handphone. Dah habis sukan tara pun tak nak cakap. Sakitnya hati!!’
“Nadiya… Come…”
Suryati memanggil Nadiya ke ruangan dapur.
“Kamu bawa banyak
laksanya. Pasti enak”
“Hah? Aunty boleh
cakap Melayu?” Nadiya sedikit terperanjat.
“Ya bisa dong. Kan
sudah lama tinggal di Indonesia. Terima kasih banyak ya sudah bawakan laksa ini”
“Mak Nadiya masak
semalam. Dan… Nadiya bawakan untuk Aunty, Nicky dan…” Nadiya menoleh ke arah
Faizal yang masih khusyuk menonton televisyen dan berbaring di sofa.
Suryati memahami
akan gelora anak-anak muda itu. Dia hanya mampu senyum.
“Oh ya. Nicky mana?”
“Dia lagi tidur. Sudah
minum susu. Langsung tidur. Seperti bayi”
“Lama dah Nad tak
jumpa dia. Rindu”
“Kamu pernah ketemu
Nicky? Kapan? Kan baru pertama kali kamu ke sini?”
“Urm. Faizal pernah
bawak Nicky jumpa Nad”
“Oh…”
“Aunty tahu ke yang
Nad dengan Faizal…”
“Ya tahulah”
“Faizal cerita?”
“Tidak. Tapi dari
pandangan kalian di depan rumah juga Aunty sudah ngerti banget. Nah. Berikan laksa
ini kepada dia. Dia sekarang lagi merenggut. Lagi datang bulan”
Nadiya tersenyum
kecil. ‘Datang bulan? Mamat tu memang tak ada mood nampaknya’
Nadiya membawa
mangkuk berisi laksa kepada Faizal.
“Nah! Laksa! Orang
belum jadi bini dia lagi tapi dah hantarkan makanan kat dia! Dia pulak… Yelah
siapalah Nad…”
Faizal seakan ingin ketawa dengan telatah
Nadiya, tetapi tawanya ditahan. Bukanlah dia mahu bersikap dingin dengan Nadiya
tetapi dia sangatlah tidak bersemangat untuk melayani sesiapa. Apa yang berlaku
padanya hari ini sudah cukup membuatkan Faizal hilang mood!
Faizal lantas
kembali duduk.
“Izal… Kenapa bibir
tu?” Nadiya tidak jadi untuk marah setelah melihat lebam di bibir Faizal.
Faizal masih diam.
Lalu, dia membalas pandangan Nadiya.
“Apasal pakai
anting-anting panjang-panjang ni?” Faizal bertanya serius.
“Cantiklah! Nad
beli”
“Cantik apanya? Dah
macam orang India!” Faizal masih serius. Sangat serius!
“Mana Nad punya
laksa?”
“Nad tengok Izal
makan jelah”
“Hish. Jangan nak
manja-manja. Izal tengah tak ada mood ni”
Nadiya sedih. Kali
ini Faizal tidak seperti biasa. Meskipun laju mulutnya menjamah laksa itu,
tetapi mukanya… Nadiya juga mendiamkan diri.
***
“Nad… Izal
hantarkan balik ya?”
“Tak payahlah. Nad
tunggu Abang Nad”
“Betul ni?”
Soalan Faizal tidak
dijawab oleh Nadiya. Hatinya geram tidak terkata kepada Faizal. Faizal mendekati
Nadiya yang duduk bertenggek di bahagian hadapan kereta Kembara milik Faizal.
“Nad… Faizal mintak
maaf pasal tadi…”
Nadiya masih
mendiamkan diri.
Tut….
“Izal kentut!!!!!!”
Nadiya menjerit sambil memukul-mukul badan Faizal.
“Eeeee busuk. Comot
betul dia ni….!”
Faizal ketawa
berdekah-dekah. “Yelah busuk. Bau telur”
“Tuan puteri. Patik
mintak maaf atas kelakuan patik. Patik tak sengaja nak naik angin tuan puteri. Lagipun
laksa yang tuan puteri bawak tu sedap sangat. Terima kasih yang tak terhingga
dari patik. Patik berjanji yang patik tidak akan comot-comot lagi. Lagipun tuan
puteri kan tau yang patik sayangkan tuan puteri. Kalau Britney Spears nakkan
patik pun, patik tak layan. Sebab patik sayang banget sama tuan puteri” Faizal
berkata sambil mengangkat tangan tanda berjanji.
Nadiya pula ketawa
geli hati mendengar kata-kata itu.
“Ok. Janji tak
boleh kentut dan sendawa kuat-kuat lagi?”
“Err… Yang itu
patik akan cuba… Sebab angin-angin dalam badan tak boleh disimpan. Kena keluarkan”
Seraya itu Nadiya
tergelak besar.
“Bila Izal nak bawak
Nad jalan-jalan naik kereta? Selalu Nad tengok Izal drive sorang-sorang je…”
“Izal takutlah nak
bawak sesiapa jalan-jalan”
“Kenapa..?”
“Sebab… Izal tengok
Izal je budak sekolah yang bawak kereta kat sini”
“Itulah pasal.
Abang Nad pun terkejut tau”
“Hmm… Kalau macam
tu minggu depan kita jalan-jalan tengok kunang-kunang nak?”
“Hah? Betul…?”
“Tapi… Tempat tu
jauh. Kena cakap baik-baik dengan mak bapak Nad… Kalau mereka tak bagi,
takpelah. Izal tak kisah. Mama Izal dengan adik pun ikut. Ini percutian
keluarga. Bukanlah Izal dengan Nad berdua je”
“Kalau macam tu…
Nad ada idea!!”
BERSAMBUNG…
No comments:
Post a Comment