CODE MUSIC ANDA

Sunday, 29 December 2013

BAB 10 : KISAH SEORANG SAHABAT


       Sudah hampir 2 minggu Faizal tidak bersekolah. Hari-harinya dihabiskan dengan berada di rumah. Setiap pagi selepas solat Subuh, Faizal akan menguruskan adik kecilnya. Dia akan membuat kerja-kerja rumah seperti membuang sampah, menjemur kain dan mengemas. Semua itu dilakukan bagi meringankan beban ibunya yang bekerja di Restoran Ros Fatimah yang berdekatan dengan Pasar Besar Gombak.

“F A I .. FAI! Z A L ZAL..! FAIZAL!”
        Nicky bersemangat mengeja nama yang tertera di buku Faizal. Sekali sekala dia akan meminta Faizal bermain tutup botol dan landasan kereta api bersamanya. Faizal hanya menurutkan sahaja telatah adik kecilnya itu. Baginya, ia dapat membantu untuk melupakan seketika masalah yang bertubi-tubi melanda dirinya.

        Faizal masih belum membuat keputusan sama ada teruskan bersekolah di Malaysia ataupun pulang sahaja ke Sydney. Dia buntu.

***

“Ahhhh!!!” Nadiya menjerit terkejut kerana Faizal tiba-tiba datang dari arah belakang dan menggoyang-goyangkan tali buaiannya.

“Eee suka buat orang terkejut!” Nadiya merasa sangat geram. Faizal menyambutnya dengan tawa lalu duduk di buaian sebelah Nadiya.

Nadiya yang ketika itu sedang membaca novel melihat Faizal yang bermain buaian di sebelahnya.

‘Semangat sangat mamat ni’

“Izal! Tak pernah jumpa buaian ke?”

“Tak pernah main sebelum ni”

Nadiya ketawa kecil. “Yelah. Budak lelaki. Mestilah tak main buaian punya. Yang Izal main dulu mestilah kereta-kereta, pistol air… Kan?”

“Salah. Masa Izal kecik, Izal tak main pun benda-benda tu semua. Izal main dengan ular, singa dan kuda”
“Hah? Ular? Eeeee….. Singa??” Nadiya kegelian.

“Yup. Izal suka ular. Tak susah nak jaga. Tak macam kucing. Nanti Izal nak cari anak ular. Anak ular Izal yang dulu dah mati. Singa Izal pulak sekarang dah jual kat sarkas. Kuda pulak… Hmmm…”

“Kuda Izal kat kampung Australia ya?”

Faizal mengangguk sambil tersenyum.

“Nanti kalau kita kahwin, Izal bawak Nad jumpa kuda Izal. Nak?”

“Kenapa nak tunggu sampai kahwin? Dekat Malaysia banyak kuda…”

“Ala tak sama… Ni ladang kuda kat kampung. Suasananya lain…”

“Nad baca buku apa tu?” tanya Faizal seraya melihat buku di genggaman Nadiya.

“Ni? Novel Lagenda Budak Setan! Best! Izal tahu tak. Cerita ni mengisahkan Akasyah yang mencintai Ayu. Dia tetap mencintai Ayu meskipun terpisah bertahun-tahun lamanya. Dan… Walaupun Ayu kahwin dengan orang lain, Akasyah tak cari pengganti Ayu! Hebat kan?” terang Nadiya beria-ria.

“Eleh… Macam boring je… Meh!” Faizal mengambil buku itu dari tangan Nadiya dan membaca sinopsis di belakang kulit buku.

“Mengisahkan cinta sedekad Akasyah terhadap Ayu. Eleh… Tebalnya buku ni…” Faizal mencebik.

“Izal akan sayangkan Nad macam tu tak? Sampai sedekad?” Nadiya bertanya lembut kepada Faizal.

“Nad. Kita mesti percaya yang aturan Allah tu adalah yang terbaik buat kita. Buat masa ni, memanglah Izal sayangkan Nad. Tapi kita tak tahu apa yang akan jadi lepas ni. Lagipun perjalanan kita masih panjang kan. Kalau Nad yang ditakdirkan untuk Izal, sudah pastilah Izal akan terus menyayangi Nad. Sampai bila-bila. Tapi jika bukan, kita kena terima. Jadi, Izal tak berani nak janji apa-apa. Kita jalani apa adanya dan serahkan semuanya pada yang di atas. Boleh?”

Nadiya tersenyum dan mengangguk. “Bila Izal akan bertolak ke Perancis?”

“Selasa pagi”

“Izal… Balik cepat tau”

“Insyaallah… Nanti Izal bawak balik menara Eiffel tu. Izal pikul sampai Gombak ni…”

Nadiya ketawa kecil. Dalam hatinya, dia tidak biasa berjauhan dengan lelaki di hadapannya ini…

***

“Jadi macam mana? Apa kata kau?” Wan Elham, atau lebih dikenali dengan nama gelaran, Wan E bertanya kepada Faizal.

Kini, Wan E, Azim dan Faizal berada di sebuah restoran di kawasan perumahan Greenwood.

“Aku mesti bincang hal ni dengan mak aku dulu” tenang Faizal menjawab.

“Oklah, kau fikir baik-baik. Memang sekolah kat SMKCJ jauh. Makan masa setengah jam perjalanan jugaklah. So, tiap pagi tu kau kena bangun awal. Kalau tak, lewat. Tapi, at least, kau ada Azim. Kau ada aku. Kau ada Sharmila. Tak adalah kau sorang-sorang macam dulu. Kau tahu tak, aku rasa bukanlah sesuatu yang baik kalau kau disisihkan sebab berpenyakit. Aku betul-betul tak setuju bila dengar cerita dari mulut Azim. Sampai boleh dituduh mencuri. Kau dah separuh jalan belajar kat sini. Apa kata kau habiskan? Kau jangan lupa. Kau dah ada IC sini”

‘Betul jugak kata-kata Wan E. Punyalah susah payah Pak Cik Sabidin nak sekolahkan aku dulu. Sekarang aku nak give up macam tu je’

“Tapi kalau kau dah fikirkan untuk bersekolah di tempat lain pun, kitorang tak halang. Aku dah cakap hal ni dengan konco-konco aku. Dorang boleh accept kau punya”

“Konco-konco?”  Faizal kehairanan. Bunyinya macam geng gangster.

“Nanti lama-lama lu kenal la sama itu konco-konco. Kalau pasal transport, lu jangan bimbang. Lu boleh tumpang motor wa. Tapi duit minyak. Lu paham-paham la. Lagipun, wa rasa lu tak ada masalah punya. Lu banyak duit” Azim mencelah.

“Terima kasih banyak-banyak atas cadangan korang. Aku hargai sangat-sangat. Cuma… Berikan aku masa. Lagi dua hari aku sekeluarga akan ke Perancis”

“PERANCIS??!” Wan E dan Azim saling berpandangan.


***

“Mommy!! Yuk kita naik Epel Tower!” Nicky merengek pada ibunya.

“Nicky. I’m tired already” Suryati enggan. Setelah seharian berjalan di kota Paris, hampir mahu tercabut rasanya kaki. Tidak sanggup rasanya untuk menaiki Eiffel Tower yang tersergam indah di hadapan mereka.

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Kota Paris disinari cahaya-cahaya bangunan dan lampu berwarna warni Eiffel Tower. Waktu siang lebih panjang daripada waktu malam. Mungkin sebab itulah seharian mereka menghabiskan waktu berjalan-jalan di sekeliling kota. Tanpa mereka sedari, masa berlalu dengan begitu pantas.

“Nicky… Come” Faizal memanggil lembut adiknya dan memangku Nicky di ribanya.

“Look. What do you see?”

“Epel Tower!”

“How was the Eiffel Tower looks like?”

“Urm. Very beautiful!!”

“It looks beautiful like you…” Faizal menggeletek Nicky sehingga anak kecil itu ketawa.

“Look what I’ve got! Tadaa!!” Raden Astrid, kakak kepada Faizal datang dengan wajah ceria sambil memegang 4 cawan aiskrim di tangannya.

“Yeay! Ice cream!! Do you have the one with peanut?” Nicky bertanya kepada kakak sulungnya.

“Of course I have” Astrid menghulurkan aiskrim vanilla dengan atasnya bersalutkan kacang tanah kepada Nicky. Lalu dia menghulurkan aiskrim strawberi kepada ibunya dan Faizal.

“Nick. What’s wrong?”

“Why strawberry?? I hate strawberry”

“Hah? I forgot. Sorry. But what is it?”

“What do you mean? I’m fine”

“Come on. I’m your sister. You can lie to everyone but not to me”

Faizal berhenti menyuapkan aiskrim itu ke mulutnya.

“I knew it! You won’t tell me! You’re so damn hard to yourself” Astrid menjangkakan Faizal akan berdiam diri.

“I’m just thinking. This place… People call it city of love… Urm… Will I ever come back to this place with the woman I love? Will that woman accept me for who I am? Accept me and this disease inside me…?”

Astrid memeluk adik kesayangannya itu. “You know what? Of course yes! One day you will come here again.. With someone you love the most… With your true love. Just like Mommy and Daddy. We were born because of their love. I believe there is a man and woman out there… That God has written their names and our name together… Whom will accept us, the way we are. And disease inside our body. You must believe that will happen someday. I love you so much” Astrid lantas mencium pipi Faizal.

“I love you too. It’s so stinking cold in here. And the tower…”

“It’s beautiful. Gorgeous. This tower remind me of Eiffel I’m In Love movie. That movie is quite boring though, but do you remember the song?”

Burung berkicau tanda setia pada pagi

Ku dengan engkau tak bisa dipisahkan lagi

Jantungku kau mintapun kan ku berikan

Betapa dalamnya cinta untukmu…

Astrid memulakan nyanyiannya sambil berdiri. Faizal hanya memerhati.
“Sis. I didn’t bring my guitar okay”

“Shut up. Come on. Get up and sing your part” Astrid mengajak supaya Faizal turut berdiri dan nyanyi.

“Sis…. Okay. Fine” Faizal pada mulanya tidak mahu. Rasa pelik pula menyanyi tanpa gitar di tangan.

Andaikan malam tiada pernahkan berakhir

Setiapku bersamamu mungkin tak berujung

Betapa rindu ini tak pernah mati

Kekasih hatiku hanyalah engkau


Memetik gitar menyanyi syair yang tulus

Persembahan kalbuku…

Nantikan dikau di tidur lelapku

Pujaanku…

Persembahan kalbuku…

Nantikan dikau di tidur lelapku

Pujaanku…


         Bagai Paris mereka yang punya. Faizal dan Astrid menyanyi dengan riang. Meskipun duduk berjauhan, itu bukanlah penghalang bagi mereka adik beradik. Malah mengeratkan lagi hubungan persaudaraan tatkala bertemu.

‘Paris. Till we meet again’



BERSAMBUNG…

No comments:

Post a Comment