Langkah Azim di
hadapan surau terhenti tatkala dia mendengar suara seseorang mengaji. ‘Suara
siapa yang merdu sangat tu?’
Iza wa qa ‘atil waqiah
Lai sa liwa’ qa’atiha kazibah
Ha fi zathurr rafi’ah
Iza rujjatil ‘ardhu rajja
Faizal sedang
membaca surah Al-Waqiah di hadapan Ustaz Mansor.
Azim pula sedang
khusyuk melihat Faizal dari luar surau.
‘Aik. Merdu suara
dia’
Tanpa Azim sedar,
dia leka mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh Faizal.
“Faizal… Dah
berminggu-minggu rasanya Faizal mengaji depan Abi.. Dan Abi tak ada jumpa
kesalahan dalam bacaan Faizal. Mungkin tajwid tu… Faizal kena mendalami lagi dan
ingat balik apa yang Abi pernah ajar Faizal… Tapi kalau dari segi bacaan,
Faizal dah boleh membaca Al-Quran dengan fasih. Alhamdulillah. Dan yang
bagusnya, cara Faizal mengalunkan tu pun bagus. Merdu”
Faizal tersenyum
gembira di hadapan Abi. Kembang kuncup jadinya apabila dipuji oleh Abi.
“Jika kita membaca
Al-Quran, kita hendaklah menjaga setiap huruf yang kita baca. Dan mengikut
Sunnah Nabi, membacalah dengan tadabbur. Maksudnya, membaca satu persatu. Dan berhenti
berhenti. Begitu juga dalam solat. Bacalah ayat Al-Quran di dalam solat dengan
tadabbur”
Panjang lebar Ustaz
Mansor menerangkan kepada Faizal tentang bacaan Al-Quran. Di dalam surau itu
kelihatannya hanya Faizal yang meluangkan masa bersama Ustaz.
“Abi nak Faizal
balik dan esok cuba bagitahu Abi maksud ayat-ayat di dalam surah Al-Waqiah. Boleh?”
“Insyaallah boleh
Abi. Faizal akan cuba”
Faizal menyalami
Ustaz Mansor lalu beransur pulang.
***
“Ehem ehem…”
Faizal tak
mempedulikan suara itu.
“Weh!! Kau ingat
kau siapa?? Aku panggil kaulah!!!” Along naik marah kerana Faizal terus
berjalan tanpa mempedulikannya. Dia menghalang laluan Faizal.
“Aku nak balik”
“Ada aku tanya?”
Along tersengih.
“Ala rileklah Zal…
Meh sini kita borak-borak” Along menarik kasar Faizal dan memaksa Faizal untuk
duduk.
“Ni aku nak tanya. Kau
dah belajar ngaji dah sampai juzuk berapa?”
“Urm… Juzuk 27… ”
“Oh… Laju eh kau
belajar… Dah juzuk 27 dah? Weh. Tak yah nak banggalah. Budak belum potong anu
pun dah khatam Al-Quran. Ni kan lagi kau”
“Along. Kenapa kau
tak suka aku…? Apa salah aku?”
“Kau tanya aku
kenapa? Kau tu buat aku menyampah”
“Apa yang aku dah
buat sampai kau menyampah…”
“Memang aku
menyampah dengan kau. Menyampah gila. Abi. Dengan Umi. Tiba-tiba jadikan kau
anak angkat. Padahal kau tiba-tiba datang dari Indon. Entah asal dari mana. Muka
bajet baik. Punyalah puji kau bagai nak rak. Faizal tu baik Along. Cubalah kamu
contohi dia tiap malam gigih mengaji. Faizal tu baik Along. Rajin budaknya. Hormat
orang tua. Ceh pergi jalanlah!! Weh. Kau ni pembohong besar. Kau ingat aku tak
tahu ke nama kau sebenarnya bukan Faizal? IC kau pun sebab kau suap orang kat
JPN kan?”
“Aku tak tahu…”
Faizal menggeleng dan merasa cukup sedih.
“Awek kau.. Tahu
tak kau ni berpenyakit? Dia tahu tak? Kau pernah cium dia? Macam mana la
perasaan dia kalau tahu kau ni ada penyakit berjangkit? Hah… Confirm confirm
dia menyesal kenal dengan kau!”
“Jadi kau tak payah
nak bajet berlagak bagus sangatlah kat sini” Along menepuk-nepuk bahu Faizal. Meskipun
kali ini Along tidak mengganggunya dengan penumbuk, ataupun mengambil barang
miliknya, tetapi Along mengganggu dengan kata-katanya yang cukup menyakitkan. Cukup
mengguris hati Faizal.
***
“Ya… Nama aku
sebenarnya bukanlah Faizal. Tapi Firdie tu nama aku”
“Hah? Apa cerita keling
yang lu cakap ni? Faizal tu bukan nama lu. Tapi Firdie tu nama lu. Tak paham wa”
Azim menggaru-garu kepala kerana pelik.
“Sebenarnya, nama
aku Raden Nicholas Firdie”
“Ooi. Apa ke
canggih nama tu? Dah tu? Macam mana boleh tertukar kepada Faizal pulak?”
“Masa aku baru
pindah ke sini, Pak Cik Sabidin cadangkan agar aku bersekolah dan terus menetap
di sini. Untuk membolehkan aku sekolah, aku perlu ada IC. Sebab… Hanya
warganegara je yang boleh bersekolah”
Azim mengangguk.
“Pak Cik Sabidin
cadangkan supaya aku tukar nama. Aku tak tahu macam mana. Tiba-tiba je aku ada
IC bernama Faizal Firdie…”
“Oh. Jadi… Betullah
yang pasal suap…”
“Aku tak pernah
tanya Pak Cik… Rasanya betul kot. Dia yang uruskan semua. Sampailah pendaftaran
aku kat sekolah. Semua dia yang tolong”
“Tapi apasal lu
pindah sini? Apa pasal lu tak duduk dekat Indonesia?”
“Hmm… Yang itu… Aku
belum bersedia nak cerita kat kau. Panjang sangat ceritanya. Melibatkan peribadi
keluarga aku jugak… Tapi satu hal yang aku nak beritahu kau. Aku memang
berpenyakit. Hepatitis B. Penyakit radang hati”
“Heppa apa?? Pelik
benor bunyinya”
“Hepatitis…
Penyakit ni memang berjangkit. Kalau orang kongsi makanan dengan aku, atau… Tidur
dengan aku…”
“Tidur? Oh tidur
yang ehem ehem…”
Faizal mengangguk
lemah.
“Kalau kau dah tak
nak dekat dengan aku, aku tak kisah… Aku terima… Lagipun untuk keselamatan kau
jugak… Nanti tak pasal-pasal penyakit aku berjangkit dengan kau…”
“Ish lu cakap apa
ni? Lu jangan fikir macam tulah. Lu kena fikir yang Allah bagi lu penyakit
macam ni sebab Dia nak bagi ujian kat lu. Sebab Dia sayangkan lu. Lu kenalah
banyak sabar. Lagipun wa bukan orang jenis macam tulah. Asal lu tak kasi wa
panas, wa ok je dengan lu. Wa kawan dengan semua oranglah. Kalau lu perlukan
apa-apa, lu boleh cakap dengan wa. Dengan kawan wa, Wan E pun boleh. Rumah dia
belakang surau tu je”
“Wan E?”
“Yelah yang
tinggi-tinggi macam galah, kurus kering, bontot pun tak ada tu. Lu pun sama
kurus. Tapi lu ada bontot. Yang si Wan ni tak ada bontot”
Faizal tergelak. ‘Suka
hati betul mamat ni bercakap’
“Tapi dia jarang
kat sini. Dia selalu duduk rumah dia kat Cheras Jaya. Maklumlah orang banyak
duit ada dua rumah… Dia kawan wa satu sekolah. Kat Cheras Jaya… Dengan awek
manis Mila tu…”
“Kalau lu terjumpa
Wan tu, senang sangatlah nak kenal dia! Lu tengok ada budak kurus rambut macam
Awie Sembilu dengan tak ada bontot tu, hah Wan la tu” seloroh Azim yang
membuatkan Faizal ketawa. ‘Bontot pun jadi isu’
“Tahu cerita Sembilu
tak?”
Faizal menggeleng.
Dengan nada… Lagu dan irama… Ku luahkan jua!!!!! RASA KECEWA!!!
“Woi Azim! Itu
nyanyi ke memekik?” tanya Faizal sambil tergelak.
Azim dan Faizal sudah mula bercerita
tentang diri masing-masing. Entah kenapa. Seakan telah lama kenal… Mereka mampu
berbicara dengan selesa. Terasa rapat meskipun hakikatnya, perkenalan itu masih
baru.
BERSAMBUNG…
No comments:
Post a Comment