CODE MUSIC ANDA

Tuesday, 24 December 2013

Kisah Seorang Sahabat

BAB 2

Datanglah sayang…

Dan biarkan ku berbaring

Di pelukan mu, walaupun tuk sejenak..

Usaplah dahiku dan kan ku katakan semua

Bila ku lelah tetaplah di sini

Jangan tinggalkan aku sendiri

Bila ku marah biarkan ku bersandar

Jangan kau pergi untuk menghindar…

Rasakan resahku dan buat aku tersenyum…

Dengan canda tawamu… Walaupun tuk sekejap…

Karna hanya engkaulah yang sanggup redakan aku

Karna engkaulah satu-satunya untukku

Dan pastikan kita selalu bersama

          Gitar dipetik. Lagu dikumandangkan oleh Faizal yang kini duduk di atas batuan di tepi sungai. Sebatang sungai cetek dan tidak seberapa jernih di belakang surau… Sudah menjadi kebiasaan bagi Faizal untuk meluangkan masanya bersendirian di situ. Tetapi kini, Nadiya, menjadi penemannya.

“Yeah….!” Nadiya bertepuk tangan gembira selepas Faizal habis mendendangkan lagunya. Mereka yang duduk bertentangan saling tersenyum.

“Apa senyum-senyum?!” tanya Faizal.
Nadiya ketawa kecil.
“Sedap tak lagu tu?”
“Boleh tahan”
“Boleh tahan je?”
“Boleh tahan”
“Kedekut”
Nadiya ketawa kecil lagi.

“Zal… Tahun depan kita ambik PMR”
“PMR itu susah tak?”
“Entah, tapi soalan peperiksaan tu dari subjek tingkatan satu sampai tiga”
“Hmmm… Biarkanlah”
“Apa? Biarkanlah….?”
“Izal tak pedulilah”
“Kenapa tak peduli pulak??”
“Tak payah sekolah lagi bagus”
“Zal jangan cakap macam tu. Kita kan boleh belajar sama-sama”
 “Tak payahlah”
“Kenapa?”
Faizal hanya mendiamkan diri.

        Nadiya tahu Faizal mengalami kesukaran dalam pembelajaran. Faizal yang baru sahaja berpindah dari Indonesia tahun lepas dan mula belajar di Tingkatan Satu, sukar memahami subjek yang diajarkan di sekolah. Sungguh berbeza rasanya dengan suasana di Indonesia. Nadiya juga tahu bahawa Faizal tidak pandai membaca Al-Quran dan tulisan jawi. Serba serbi Faizal tidak tahu.

        Di sebalik semua itu, Nadiya tidak mengetahui yang Faizal kerap dibuli di sekolah dan tidak mempunyai kawan. Semuanya ditelan bulat-bulat oleh Faizal. Tanpa sedikitpun bercerita pada Nadiya. Nadiya kini beranggapan bahawa Faizal sendiri yang malas belajar.
Faizal sendiri hilang semangatnya untuk ke sekolah namun dipaksakan jua.
‘Orang lain tidak mengerti’

“PAFA Izal dah sampai mana?”
“Tak start lagi”
“Hah? Izal dah kena start buat…”
“KOKO? Izal masuk apa tahun ni?”
“KRS”
“Oh! Izal nak masuk kawad tak?”
“Tak. Izal tak cakap pun nak masuk kawad” Faizal mula mengerutkan dahi dengan soalan bertubi-tubi dari Nadiya.
“Habistu? Izal nak…”
“Tak nak apa-apa”
“Nad tak habis cakap lagilah”
“Yang Nad asyik tanya pasal sekolah ni kenapa?”
“Nad nak tahu je…” suara Nadiya menjadi perlahan tatkala dilihatnya wajah Faizal berubah merah. ‘Aik, marah ke?’

“Sebab tahun lepas Izal tak aktif kan. Izal kena kumpul markah KOKO jugak. Penting tu. Nad fikir Nad nak masuk sekolah berasrama penuh. Jadi markah KOKO diambil kira. Izal tak nak ke nanti masuk sekolah menengah sains ke… SMK Sains Seri Puteri~~~”
“Sekolah asrama penuh? Apa tu?”
“Ala… Duduk kat asrama. Yang tinggal kat sekolah tak balik rumah tu…”

Perbezaan bahasa menyebabkan Faizal terkadang kurang mengerti akan apa yang dituturkan Nadiya.

“You mean boarding school?”
“Err… Yelah kot”
“Kalau Nad masuk boarding school, nanti kita nak jumpa macam mana? Nad tak payahlah…”
“Eee. Buat apa Nad nak duduk sini dengan Izal? Tengok muka Izal je… Macam tu??”
“Oh. Nad bosan ke tengok muka Izal?”

Alamak. Salah cakap. Faizal ni. Selalu terlebih sensitif.

“Zal… Nad main-main je”
“Yelah”
“Nad cakap sikit pun nak marah!”
“Izal tahu siapa diri Izal ni. Pendatang je”
“Zal!! Eeee. Orang main-main jelah”
“Hmm. Izal nak baliklah. Tiba-tiba langit kelihatan mendung macam nak hujan”

‘Hujan? Eeeee mamat ni. Panas terik dikatanya mendung’

Faizal berlalu pergi. Merajuk hatinya.

“Zal!!!” Nadiya terus bangun dan memanggil nama Faizal. Geram tak terkata. Merajuk kalah perempuan.
Nadiya menunggu sekejap. Manalah tahu Faizal akan berpatah balik.
Ah! Dia tak U-turn! Mamat ni!!!

TING TING TING TING

Bunyi motor itu menyebabkan Nadiya lari mengejar Faizal.
Tangan Faizal ditariknya.

“Eh!!! Apa ni?”
Faizal terpinga-pinga kerana ditarik tiba-tiba.

***

        “Nah, Nad dah bahagi dua. Izal gaulkan dengan gula tu tau” suara Nadiya riang.
Nadiya akhirnya berjaya menarik Faizal duduk di pondok belakang surau tersebut.
Faizal memandang pelik akan makanan yang terhidang di hadapannya.

“Apa ni? Bihun India ya?”
(ketawa) “Ini putu mayam!! Sedap… Nad suka…”

Faizal masih membelek-belek ‘bihun India’ itu. Mukanya pelik seribu.

“Zal! Cubalah!”

Akhirnya, meskipun teragak-agak, Faizal memasukkan sedikit putu mayam itu ke dalam mulutnya.

“Hah… Sedap tak?”
“Sedap”
Nadia ketawa.
Faizal senyum kepadanya.
“Hah… Tahu pun senyum. Tadi merajuk. Lain kali Nad pujuk Izal dengan putu mayamlah kalau Izal merajuk lagi”
“Siapa kata Izal merajuk?”
“Tadi tu…”
“Mana ada. Izal memang nak balik pun”
“Eeee Izal ni…”
“Jangan perasan”
“Eeee, benci!! Kalau tahu, tak payah belikan putu mayam ni!”
“Tak suruh pun Nad belikan bihun india ni untuk Izal. Tak suruh pun”
Nadiya mencebik. Geram dengan lelaki di hadapannya ini. Kalau diikutkan hati, ingin dicekik-cekik lelaki ini. Kalau diikutkan hati, ingin dicakar wajah lelaki ini. Tetapi, setiap kali lelaki ini senyum kepadanya, hilang segala rasa marahnya. Dia sangat handsome…

“Hoi…. Fikir apa tu?”
Faizal menjentik hidung Nadiya.
“Ouch!! Sakitlah!!”
“Fikir apa tadi? Janganlah marah. Muka tu dah macam nenek tua si bongkok tiga”

Nenek nenek si bongkok tiga
Siang malam asyik berjaga

Faizal menyanyi mengajuk lagu Nenek Si Bongkok Tiga.
Nadiya terus ketawa.

“Kalau marah mulut tu jangan muncung sangat. Kahwinkan dengan India jual bihun ni nanti… Patutlah muka pun macam India… Suka makan bihun India rupanya”

Nadiya ketawa bercampur geram.

Begitulah Nadiya dan Faizal setiap kali berjumpa.
Bergaduh, berbaik, ketawa. Sakit hati, gembira, semua perasaan ada. Bercampur menjadi satu. Waktu seakan terhenti. Hanya mereka yang lebih mengerti akan perasaan yang terbit jauh di sudut hati mereka…



BERSAMBUNG... 

No comments:

Post a Comment