CODE MUSIC ANDA

Monday, 30 December 2013

BAB 12 : Kisah Seorang Sahabat

“Baris!! Kehadapan!! Pusing!!”

        Faizal merasa lega kerana pasukan Kadet Remaja Sekolah SMK Cheras Jaya(SMKCJ) telahpun selesai melakukan persembahan kawad di pertandingan kawad kaki peringkat zon Cheras yang bertempat di SMK Perimbun.

        Sedar tak sedar, Faizal sudah bersekolah di SMKCJ selama 4 bulan. Kehadiran Faizal di sekolah itu menjadi buah mulut para pelajar terutamanya pelajar perempuan. Kebanyakannya terpesona dengan wajah bersih Faizal dan rambutnya yang keperangan. Selama 4 bulan ini jugalah ramai insan yang tidak dikenali menghantar mesej pesanan ringkas kepada Faizal. Sehingga dia sendiri merasa hairan bagaimana mereka mendapat nombor telefon bimbitnya.

        Azim menyedari akan situasi itu. Dia menyedari bahawa rakan yang dibawa masuk ke SMKCJ ini telah berjaya mencuri perhatian ramai orang. Apatah lagi, sikap Faizal yang tidak sombong dan mudah tersenyum. Semakin menggeliatlah para gadis! Setiap kali ada yang mahukan nombor telefon bimbit Faizal, pasti Azim yang akan dicari. Jangankan hanya pelajar Tingkatan 2, pelajar Tingkatan 4 pun ada yang ingin mengenali si Faizal! ‘Ish dasyhat betul mamat ni’.

        Selama 4 bulan inilah, Faizal secara tidak sengaja menyertai Kadet Remaja Sekolah (KRS). Semuanya bermula apabila Azim mula sibuk dengan latihan kawad kakinya bersama pasukan Kadet Bomba. Faizal yang setiap hari menumpang motosikal Azim pergi dan pulang dari sekolah tiada pilihan lain melainkan menunggu Azim selesai latihan kawad kaki. Sharmila akan pulang sekolah bersama ibunya yang bekerja sebagai guru di sekolah tersebut. Manakala Wan Elham hanya perlu berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya di Taman Cheras Jaya. Faizal? Alamatnya mahu tak mahu dia harus menunggu Azim!

        
“Rasa aku belum kenal kau lagilah. Aku Mior Akmal. Panggil aku Noisy” Akmal duduk di sebelah Faizal dan mereka bersalaman.

“Oh… Aku Faizal Firdie”

“Faizal? Kau kawan Azim ke? Tiap hari aku nampak kau naik motor dengan dia”

“A’ah. Kitorang sama-sama tinggal kat Gombak Sungai Chinchin. Apa nama kau tadi?”

“Panggil aku Noisy”

“Kenapa panggil kau macam tu?” Faizal bertanya pelik.

“Nama panggilan budak-budak kat sini memang pelik-pelik belaka” Akmal seraya ketawa.

“Noi… Noi… Sy… Err… Kau kelas apa ya?”

“Aku? 2 D. Weh tak nak join kawad ke?”

“Aku… Tak pandailah. Tapi… Aku memang minat tengok kawad tu”

“Apa kata kalau kau join kawad?”


***

         Ya. Faizal akhirnya menyertai kawad kaki KRS bersama Akmal, Haime dan Radzi. Antara individu yang rapat dengannya di dalam pasukan itu.

          Minggu pertama latihan kawad kaki adalah yang paling sukar buat Faizal.
‘Ah! Susah gila! Aku tengok ingatkan senang! Bila dah masuk ni, adoi letih gila kena jalan macam robot! Panas pulak tu!’

“Kenapa kau kawad macam tu?!”
“Ini kawad! Bukan tarian zapin!!”
“Hentak kaki kuat-kuatlah weh! Macam korang tengah marah!”
“Jahanam jahanam formasi aku!”
“Faizal! Bumping sekarang!”

        ‘Alamak. Aku kena lagi’
Begitulah antara luahan-luahan kemarahan yang sering terpacul dari mulut Abang Aziz, bekas pelajar SMKCJ. Menurut Akmal, Aziz sentiasa turun padang setiap tahun bagi mengajar kawad kaki kepada pelajar-pelajar Cheras Jaya. Faizal sering menjadi sasaran Aziz kerana sering terlupa langkah.

“Ok Zal. Kau ni lupa sana. Lupa sini. Orang ke kanan. Kau ke depan. Abang tahu kau baru lagi. So try lagi ok?” begitulah antara nasihat Abang Aziz kepadanya.

“Zal!! Kau bumping sekarang!”
“Zal! Tali but tu! Kau betulkan tali but kau!”

“Zal! Bumping lagi!”

“Zal! Ketuk ketampi!”

             Sekelip mata nama Faizal menjadi popular di kalangan pelajar KRS kerana sering didenda oleh Abang Aziz.

***

“Nak tarik dirilah…”
“Awatnya? Pertandingan dah dekat ni” pujuk Radzi.
“Pertandingan apanya? Letihlah. Hari-hari Abang Aziz akan jerit… Faizal!! Faizal!! Alamak… Nanti pasukan kita kalah sebab aku buat silap. Aku jugak yang malu”

Radzi tergelak.
“Tengok. Kau pun gelakkan aku” Faizal memuncungkan bibirnya.
“Kau tak rasa ke. Kawad kaki ni menguji mental dan fizikal kita?” Akmal bertanya.
“Menguji? Aku dah terlebih diuji ni. Cukup berat ujian ni”

Radzi dan Akmal menyambung ketawa.
“Muka pun dah macam India jual putu mayam ni… Aku sampai rumah je… Mesti aku cari katil… Terus aku terlentang tak ingat apa dah. Aku ingat dulu macam macho je jadi KRS masa kawad. Bila dah join, aku rasa macam nak demam” Faizal masih merungut.

“Rileklah weh. Kau kena buktikan dengan Abang Aziz yang kau boleh buat!”

“Aku tak peduli dah. Biarlah. Aku nak stop. KRS nak lingkup pun aku tak peduli”

Faizal nekad.

***

“Why? Why you want to quit?” Suryati merasa cukup terkejut dengan keputusan anaknya untuk berhenti dari latihan kawad kaki.

“I’m tired Ma. I don’t think I can do it. I can’t even memorise the simple steps…”

“Lame excuses!”
“Ma. It’s not an excuses! It’s true! I don’t have any experience in marching before… And it’s quite hard to learn…  Especially the formation… Whenever I do mistakes, the commander will ask me to do bumping 20 times! The commander will just simply yell at us when the steps went wrong… And…”

“And your face turns black” Nicky menyambung sambil ketawa mengejek. Faizal menjegilkan matanya kepada adik kecilnya itu.

“Nick… Listen to me this time. I used to admire your strong mentality really. You’re the type of person whom very good handling with pressure. You’ve prove it to me. But now… Why you want to give up so soon?! Marching is all about discipline and teamwork. You said you don’t have any experience? Everything in this world starting with zero. Since you were baby. You need to learn on how to crawl first, then only you can walk. You can’t just walk. It’s not how the way people do it. It must step by step. And continuously learning.

Why giving an excuses, since with a little bit more effort, I know you can achieve your goal! Just change how the way you think. I really wanted to see you grow. The meaning of growth is not only depends on what you have achieve, but also your personality. If simple things like this you can’t handle, how you supposed to face a lot more difficult situation? You’re a boy with strong heart. Prove it to me once again”


Kata-kata seorang ibu yang cukup membuatkan Faizal berfikir panjang.

***

“Zal! Tahniah” Abang Aziz menepuk-nepuk bahu Faizal.

“Tahniah apanya bang? Pasukan kita kalah pun”

“Memanglah kalah. Yang penting kita semua dah berusaha sedaya upaya. Kau pun… Gigih. Kena marah hari-hari pun tetap teruskan jugak”

“Telinga saya ni dah lali dah dengan jeritan abang tu. Lepas ni abang nak jerit pun jeritlah. Saya akan terus berjuang untuk KRS kita!”

“Hah! Macam nilah!”


Perjuangan dan usaha yang akhirnya membuahkan kenangan yang paling manis dalam hidup Faizal.

No comments:

Post a Comment