“Ok! Tiket dah
dapat!! Jeng jeng jeng” Faizal berkata riang sambil menunjukkan tiket berharga
RM50 itu kepada Nadiya.
“RM50? Mahal…”
“Taklah. RM50 ni
untuk 4 orang satu sampan. Nah ambil air mineral ni” Faizal tersenyum sambil
memberikan air mineral kepada Nadiya.
Faizal, Nadiya, ibu Faizal dan juga
Nicky kini berada di Kampung Kuantan, Kuala Selangor untuk melihat kunang-kunang.
Ia merupakan percutian keluarga Faizal yang turut disertai Nadiya. Mereka
beratur panjang di jeti untuk naik ke atas sampan. Faizal sempat merasa ragu.
‘Panjangnya queue ni. Lama ke tunggu ni?’
Risau juga Faizal jika terpaksa
menunggu lama. Kasihan dengan Mama dan adik kecilnya. Tetapi sangkaan Faizal
meleset kerana hampir 20 sampan akan jalan pada satu trip. Menunggu hanya 10
minit, Faizal dan keluarga kini dapat naik sampan dan dibawa menyelusuri sungai
selama 20 minit. Mereka dipakaikan jaket keselamatan kerana diberitahu
kedalaman sungai adalah sebanyak 20 kaki.
Apa yang menyeronokkan adalah sampan
itu hanya boleh memuatkan 4 orang sahaja. Jadi, Faizal mendapat lebih privasi
bersama keluarganya. Sampan yang digunakan tidak mempunyai bumbung dan
kelihatan lama. Air juga mudah untuk memasuki sampan.
“Ada buaya tak?”
soalan yang terpacul dari mulut Nicky membuatkan Nadiya sedikit gusar. Berada
di sungai dalam keadaan gelap sememangnya sedikit menyeramkan. Sampan itu pula
akan mudah terbalik jika buaya menghentam mereka.
Keindahan kunang-kunang di waktu malam
teramat mengasyikkan. Bagaimana haiwan sekecil itu mampu mengeluarkan cahaya
terang seperti lampu-lampu neon? Faizal bertanya sendiri. Faizal yang cuba
untuk menangkap gambar dan video tidak berjaya untuk merakam apapun. Hanya imej
hitam gelap.
“You need a high
resolution camera to take photos I guess…” Suryati menegur Faizal yang dari
tadi terkial-kial dengan kameranya.
“Mommy!! Look!
Kakak! Nicky mau! Tangkap satu dong…” Nicky teruja sehinggakan suaranya kuat
merengek.
“Shhhh sayang…”
Suryati cuba untuk memujuk anak kecilnya.
“Izal… Cantiknya…”
Nadiya sangat bersyukur dapat melihat kunang-kunang bersama Faizal. Pengalaman
yang dia tak mungkin akan lupakan.
***
Faizal memandu keretanya ke restoran
Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor. Meskipun jam telah menunjukkan pukul 10.30
malam, Faizal merasa sangat lapar dan cadangannya itu dipersetujui oleh ibunya.
“Call mak dulu Nad…
Beritahu dia yang Izal bawak Nad makan…” Faizal berkata kepada Nadiya. Nadiya hanya
menurut.
“Wau… Banyaknya
orang…” Faizal sedikit terkejut.
Banyak meja disediakan dan banyak juga
keluarga sedang menghabiskan malam minggu mereka di restoran tersebut. Faizal hanya
memilih meja di tengah kerana meja di teratak bamboo dan dok yang berdekatan
dengan laut sudahpun dipenuhi orang ramai. Restoran itu terletak di Jeram,
Kuala Selangor. Perjalanan dari Kampung Kuantan ke Jeram mengambil masa hampir
45 minit. Nadiya merasa terkejut kerana Faizal sanggup memandu jauh hanya untuk
makan! Sebenarnya Nadiya sendiri tidak biasa untuk makan malam selewat itu
tetapi dia akur dengan Faizal yang sudah sangat kebulur. Lagipula, itu adalah
tempat paling jauh yang Nadiya pernah pergi.
Faizal mengajak Nadiya untuk beratur
memilih makanan laut segar. Mereka memilih 4 ekor ketam, udang dan ikan
cencaru. Tatkala makanan dihidang, Nadiya yang awalnya tidak merasa lapar kini
menjadi sangat berselera. Ketam masak cili… Udang goreng tepung… Dan ikan
cencaru bakar. Faizal tekun mencubit isi-isi ikan dan mengupas kulit udang untuk
diberikan kepada adiknya. Terserlah sikap penyayang yang ada pada diri Faizal. Nadiya
meneliti sikap Faizal. Jauh di sudut hati, dia sangat kagum akan jejaka itu.
***
“Nad… Nad… Bangun
Nad…” Nadiya tertidur di dalam kereta. Dia melihat jam di dashboard kereta
menunjukkan pukul 2 pagi.
“Hah?? Pukul 2!
Izal!! Apa Nad nak jawab dekat mak Nad nanti?!” Nadiya menjadi panik.
“Shhhhhh…. Mama
dengan Nicky tengah tidur tu… Mari Izal hantar Nad ke depan pintu”
Faizal menghantarkan Nadiya ke depan
pintu apartmen. Sepanjang berada di dalam lif, tidak berhenti-henti Nadiya
membebel kepada Faizal.
“Eeee ini semua
Izal punya pasal. Nak sangat makan ikan bakar kan. Sampai ke Jeram jauhnya. Kenapa
tak bawak Nad pergi Thailand terus je.”
“Kalau pergi
Thailand terus, kita bolehlah kahwin…” Faizal tergelak.
“Eeeee geramnya
dengan si comot ni!!” Nadiya memukul-mukul bahu Faizal.
Pintu rumah Nadiya
dibuka oleh ibunya.
“Ya Allah Nadiya!
Kamu pergi mana ni…?!”
Faizal menyalami
ibu Nadiya. “Mak cik, saya mintak maaf. Tadi saya bawak Nad pergi makan kat
Jeram. Saya mintak maaf kalau saya buat mak cik sekeluarga risau”
“Sampai ke Jeram? Jauhnya
nak Faizal oi. Tapi takpelah, Nadiya sudah selamat sampai rumah. Kamu pun balik
hati-hati ya nak”
Sejurus selepas ibu
Nadiya masuk ke dalam rumah…
“Zal, terima kasih
untuk malam ni”
“Sama-sama sayang”
“Apa..?” Nadiya
seakan tidak percaya dengan perkataan ‘sayang’ yang didengarnya. Faizal tidak
pernah menuturkan perkataan itu kepadanya sebelum ini.
“Izal cakap sama-sama”
“Bukan yang itu. Yang
ayat paling last sekali”
“Mana ada. Izal
cakap sama-sama je tadi. Nah ambil ni” Faizal mengeluarkan kotak yang dibalut
dengan kertas hadiah daripada dalam jaketnya kepada Nadiya.
“Apa ni?”
“Tengoklah nanti. Dah
Izal nak balik dulu”
“Eh nanti!!” Nadiya
menarik tangan Faizal.
“Tadi yang ayat
terakhir tu…”
“Hish dia ni. Dah pergi
masuk tidur! Orang nak baliklah!”
‘Dia ni kan. Sekejap
panggil sayang. Sekejap senyum. Sekejap serius. Tak faham betul. Apa dalam
kotak ni?’
Nadiya terus
mengoyakkan kertas pembalut hadiah itu. ‘Pencil box??’
Di kad itu
tertulis,
Selamat
ulang tahun Nur Nadiya binti Hasan. Mungkin Izal akan menjadi orang terakhir
yang ucapkan kata-kata ini pada Nad hari ini. Semoga Nad terus berbahagia dan menjadi
seorang wanita yang lebih baik. Memandangkan pencil box Nad dah buruk, Izal
belikan yang baru
-
RNF
Nadiya berlari
menuju beranda di biliknya. Dia melihat kereta Kembara milik Faizal berlalu
meninggalkan kawasan apartmennya.
“Semoga Izal juga
terus berbahagia”
‘Dia wish lambat. Yang
paling last sekali. Hadiah pulak pencil box. Tapi dia bawa aku tengok kunang-kunang
dan makan kat Jeram. Thank You RNF!!’
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment