Along
dan Lakleng ketawa senang hati. Terlihat di tangan mereka memegang sebuah gitar
tong berwarna putih. Along sibuk membelek-belek gitar putih itu. Azim yang
melihat dari jauh berasa tertarik untuk mendekati Along. Maklumlah. Azim sangat
menggemari gitar. Ingin juga dia menyuarakan hasratnya untuk membeli sebuah gitar
kepada ayahnya. Tetapi kerana risau ayahnya akan marah, hasrat itu tidak
terluah. Kini, Azim terpegun kerana Along sudahpun memiliki sebuah gitar!
Azim
: FUYOOOOOO!!! Cantiklah.. Colour putih lak tu. Bila kau beli ni? Berapa weh?
Along
: (ketawa besar)
Belum
sempat Along berkata-kata, datang seorang budak lelaki memakai baju melayu
berwarna merah menyergah Along.
“Kembalikan
gitarku!!”
Dia
berasa marah dan menarik gitar tersebut dari tangan Along.
‘Eh?
Gitar dia? Jadi gitar ni bukan gitar Along?’ Azim pelik.
“Weh
budak indon. Kau jangan cari pasal dengan aku. Aku nak gitar ni, jadi kau nak
buat apa sekarang?!” Along menuding tangannya ke muka budak itu.
Lakleng
cuba merampas gitar itu. Tetapi nampaknya, budak lelaki itu memegang erat
gitarnya seakan tak mahu melepaskan.
‘Alamak. Ni petanda
tak baik’ Azim bermonolog.
Azim berganjak ke
tepi menandakan dia tidak mahu masuk campur dalam pergaduhan yang bakal
terjadi. Siapa tidak kenal dengan perangai Along, yang mahu menang sahaja. Asal
siapa melawan, penumbuk menjadi habuan. Kalau dah pembuli namanya.
Nampaknya,
kedegilan budak itu membuat Lakleng menjadi tidak sabar. Lakleng menolak tubuh
budak itu.
Gedebuk!! Budak itu
tersungkur.
Lakleng merampas
gitar tersebut.
Budak itu segera
bangun untuk mendapatkan kembali gitarnya dari Lakleng dan…
BUKK!!!!
Sebuah penumbuk
dilayangkan tepat ke muka budak itu dan dia terjatuh lagi.
Penumbuk dari Along
menyebabkan budak-budak lain bersorak. Bersorak seakan-akan perlawanan WWF.
Memberi kata-kata hasutan supaya ketiga remaja itu terus bergaduh.
“Belasah lagi
Along!! Belasah lagi!!”
Itu antara
suara-suara yang kedengaran.
Azim terpinga-pinga
melihat suasana yang sungguh tak menyenangkan itu.
Budak malang itu
bangun dan terus meluru ke arah Along. Dia juga menghadiahkan penumbuknya tepat
ke muka Along. Mereka bergelut sampai berguling-guling atas tanah dan berbalas
tumbukan. Nampaknya Along yang menang sebab tubuhnya yang lebih tinggi.
Lakleng yang
berdiri di tepi tiba-tiba menjerit,
“WEH FAIZAL FIRDIE!
NAH AMBIK GITAR KAU!!!!”
Lakleng membaling
gitar itu tepat mengenai tiang elektrik.
“Astaghfirullahalazim!!”
Ustaz Mansor datang bersama Maisarah.
Ustaz menarik Along
dan menampar Along.
“Kali ni kau dah
melampau!!!”
Kemarahan Ustaz
Mansor terhadap anaknya, Along, tak dapat dibendung lagi. Dia selalu mendengar
cerita-cerita tidak enak tentang Along. Cuma baru kali ini dia melihat dengan
mata kepalanya sendiri.
Budak-budak lain
yang awalnya bersorak bertempiaran pergi.
Azim menghampiri
Faizal dan cuba untuk membantunya bangun. Azim sendiri dari tadi tidak sampai
hati melihat budak itu dibelasah. Tetapi apakan daya. Tak berani pula nak
melawan si Along buana itu.
“Zal….” Suara Maisarah
seakan sedih melihat Faizal dalam keadaan begitu.
“Kamu balik
sekarang!!! Awas kalau Abi sampai rumah nanti tapi kamu tak ada!”
Along memegang
pipinya bekas tamparan dengan wajah tidak puas hati.
“BALIK!!!!!” Jerit
Ustaz sekali lagi.
“Ya Allah, Zal.
Maafkan kelakuan Along. Mari Abi bantu”
Abi memapah Faizal.
“Zim, tolong
angkatkan gitar tu. Tu gitar Faizal kan?” Faizal mengangguk.
“Abi, Sarah nak
ikut….”
Abi hanya
mengangguk tanpa berkata apa.
Sampai sahaja di
rumah Faizal, seorang wanita berambut perang dan cantik keluar dengan wajah
yang sangat terkejut.
“Oh god what happen
to you?!” Wanita itu bertanyakan kepada Faizal.
‘Minah saleh tu
sape?’ Azim hairan.
“Suryati, I feel
very sorry about this. My son…” Ustaz Mansor teragak-agak untuk menghabiskan
ayatnya.
‘Sejak bila Ustaz
pandai cakap omputih?’ Azim bertambah hairan.
“This is not the
first time your son doing this to Faizal. I think Faizal doesn’t have to go and
learn Quran from you anymore! You’re not even can teach your son properly, how
do you want to guide other’s ??”
Faizal berjalan
lemah masuk ke dalam rumah. Seakan tidak kuasa untuk mendengar perdebatan yang
berlaku.
‘Mamat nih. Tak nak
amik gitar dia ke?’ Azim bermonolog. Gitar Faizal masih ada di tangannya.
“Please don’t do
that. I feel very guilty and apologize once again. Faizal loves to read Quran
and I believe he can finish the Quran by end of this year. He’s a very good
boy. I don’t know why Along dislike him and I will talk to him. I really want
to help Faizal in religious matters. I don’t know. I can feel that he’s very
special..”
“My decision is,
Faizal will not go to your place anymore. I will find other ustaz to teach him”
Wanita minah saleh
itu terus masuk ke dalam rumah. Jelas kelihatan dia sangat marah. Pintu
dihempas kuat.
‘Sombongnya’ Azim
jadi blur, gitar ni nak buat apa?
Ustaz Mansor
kelihatan sedih. “Ya Allah. Kenapalah jadi macam ni? Suryati dah tak percayakan
aku untuk mengajar Faizal lagi”
“Abi…. Izal dah
takkan datang lagi…?”
“Marilah kita balik
Sarah, yang itu, Abi tak pasti. Azim. Kamu ketuk pintu rumah tu dan kembalikan
gitar tu. Perempuan tadi mak Faizal. Jangan takut, dia baik”
Ustaz berlalu
pergi.
Azim
terpinga-pinga.
Alamak. Aku pulak
yang kena.
Tok tok tok.
Pintu dikuak.
Wajah seorang
kanak-kanak kecil berambut tocang mengintai di balik pintu.
Sungguh comel.
Wanita minah saleh tadi
datang menghampiri. Membawa kotak first aid di tangannya.
“Who are you?”
“Errr…..” Agak-agak
dia faham bahasa melayu tak?
“Gitar…” Azim
bersuara.
“Oh… Thank you...”
Wanita itu mengambil gitar tersebut dan tersenyum.
“Ok. I go” Azim
meminta diri untuk pulang.
‘Ok I go??? Errrr
pelik je ok I go tu. Betul ke BI aku?’
‘Oh. Nama dia
Faizal. Yang tadi tu mak dia? Asal mak dia orang putih ar? Tapi tadi Along
panggil dia budak indon. Muka dia? Tak macam melayu pun! Asal nama dia Faizal? Weh
gilalah. Tapi nampak macam kacukan. Hah!
Kacukan kot! Entah-entah dia orang putih asal indon! Ada kaitan ke? Macam tak logik.
Asal Along tak suka dia? Asal… Asal…’
Tak terkira berapa
banyak pertanyaan yang muncul di benak Azim. Banyak perkara yang memelikkan
Azim malam ini.
Azim sempat
menoleh. Dari atas balkoni, Faizal sedang berdiri memandang tepat kepada Azim.
Kelihatan Faizal memegang tuala untuk menutupi hidungnya.
Azim teringat,
hidung Faizal berdarah kerana ditumbuk.
Langkah Azim
terhenti tetapi,
Faizal masuk ke
dalam biliknya dan terus menutup sliding door.
‘Eh? Sombong kau
eh. Senyum pun takde. Aku dah tolonglah ni kan’
‘Hmm.... Nama dia Faizal. Siapa
sebenarnya kau Faizal?’
No comments:
Post a Comment