BAB 4
“Zal sabar weh” Bob
meletakkan tangannya ke atas bahu Faizal tanda memberi sokongan.
“Urm. Takpelah. Terima
kasih Mok…” Faizal tersenyum pahit.
“Memang tak patut
betullah cikgu tu. Kalau ya pun nak marah kau, tak yah la sampai nak baling
buku. Buku tu ilmu. Dia tu kan orang yang mendidik kita. Apa pasal la dia nak
tunjuk teladan macam tu? Heran aku” bebel Bob.
“Urm. Tak pelah Mok…
Memang salah aku pun sebab tak siapkan kerja yang dia bagi. Mestilah dia marah…”
‘Hish Faizal, kenapalah kau ni baik
sangat…’ Bob merasa hairan. Dia yakin Faizal yang berada di hadapannya ini
seorang yang baik hati. Tapi sayang, tak ramai yang nampak semua tu. Apa yang
mereka nampak, budak berpenyakit. Kesian Faizal.
Petang itu…
‘Aku nak siapkan
sekaranglah kerja Math ni. Kalau buat malam, nanti tertidur lagi’
Faizal membawa bukunya menuju kawasan
berdekatan pokok rambutan di tepi rumah Mak Cik Norlinie. Di situ terdapat meja
dan kerusi yang selesa. Suasana yang sepoi-sepoi bahasa tersangatlah nyaman. Kerap
kali juga Faizal duduk di situ bersendirian.
Sampai sahaja Faizal di situ…
Dilihatnya ada seorang budak lelaki dan budak perempuan sedang duduk di meja
itu.
‘Alamak. Ada oranglah.
Hmmm… Eh? Budak lelaki tu macam kenal je’
Baru sahaja Faizal
ingin melangkah pergi…
“Hoi!! Lu nak guna
meja ni ke? Sinilah join kitorang” Azim mempelawa. Gadis di sebelahnya juga
tersenyum manis.
Faizal menghampiri
mereka.
“Weh, Faizal kan?”
Azim bertanya.
Faizal angguk
sahaja.
‘Aik budak ni. Takut
dengan aku ke?’ Azim hairan kerana Faizal membisu.
“Weh! Lu tak payah
takut dengan wa. Wa bukannya macam Along tu. Along memang macam tulah. Lu pulak
diam je. Lain kalilah lu kasi tarik sama anu dia. Biar dia rasa sikit” selamba
Azim berkata.
Faizal merasa ingin
ketawa dengan ‘lu’ dan ‘wa’ yang digunakan oleh Azim. Tetapi dia masih menahan
tawanya. Masih steady.
“Hish Jim…
Agak-agaklah” gadis yang duduk di sebelah Azim menegurnya kerana berkata sesuka
hati.
“Ala Mila. Betul apa.
Along tu orang takut dengan dia sebab konon dia anak Ustaz. Anak orang
terhormatlah kan. Puihhh. Buat malu Ustaz-Ustaz kat Malaysia je ada anak macam
dia. Entah-entah. Aku terpikirlah kan. Dia tu jangan-jangan bukan anak kandung
Ustaz. Anak pungut kot. Kau cuba tengok muka dia dengan Maisarah. Tak iras pun”
“Azim!!!!” Kali ini
nada suara Sharmila sedikit tinggi dengan keceluparan mulut sahabatnya itu.
Hish. Mulut tak ada insurans langsung.
Seraya dengan itu
Faizal tersembur ketawa dengan cara percakapan Azim yang beria-ria dan lucu.
“Weh! Lu gelakkan
wa…. Oh…. ~~~” Azim turut ketawa.
Sharmila, tersangatlah memahami sikap
Azim. Meskipun mulutnya bercakap macam tak ada brek, tetapi hatinya baik. Dia juga
berasa gembira dengan kehadiran Faizal di situ. Sudah lama Sharmila ingin
menegur Faizal, jirannya itu. Hanya beberapa buah rumah yang memisahkan rumah
mereka. Tapi…
‘Hish handsomenya
dia… Gigi dia, mulut dia, kening dia. Oh my God. Mata dia’
“Nama kau Azim?
Azim. Aku nak ucap terima kasih sebab tolong aku malam tu. Dan… Sorry sebab aku
tak tegur kau langsung” Faizal memulakan bicara. Sedar bahawa sebelum ini dia
tidak berterima kasih pada Azim.
“Ala rileklah. Wa tara
ambil hati punya. Wa bukan jenis touching-touching punya orang. Tapi lu kalau
boleh jangan cari pasal dengan Along la. Nama dia Along. Perangai pun macam Ah
Long!!”
Faizal mengerutkan
dahi. Tak faham dengan bahasa yang dituturkan Azim.
“Hah? Orang
touching tu apa? Perangai macam Along? Maksudnya…?”
“Lu tak paham ke?”
Faizal menggeleng.
‘Kan dia ni asal
Indon. Bahasa aku buat dia confuse kot’
“Nanti wa
ceritalah. Weh! Apa pasal dengan buku lu? Lu mandikan ke buku tu?” tanya Azim
seraya melihat buku Faizal.
“Jatuh… Kat air…”
Mereka membuat kerja sekolah
bersama-sama. Masing-masing terdiam dan khusyuk pada buku masing-masing.
“Weh. Salah jawapan
tu” Azim berkata pada Faizal.
“Yang mana?”
“Ni” Azim
menunjukkan kesalahan Faizal. Sekaligus, dia mengajar Faizal cara yang betul.
“Terima kasih. Kau
pandai Math lah”
“Mestilah. Wa dalam
perut mak wa lagi wa dah belajar nombor bulat”
Faizal ketawa geli
hati. ‘Budak ni gila’
“Eh, buku rujukan!”
Faizal mengambil buku rujukan Pendidikan Islam di hadapan matanya. ‘Inilah buku
yang aku cari-cari’
Faizal membuka buku
rujukan tersebut.
Sharmila binti Radzuan
“Alamak. Sorry. Saya
main ambil je”. Faizal meletakkan semula buku tersebut. Tersedar akan
keterlanjurannya.
“Eh takpelah. Kalau
awak nak guna, awak gunalah” kata Sharmila sambil tersenyum.
“Sebenarnya saya
nak cari buku rujukan macam ni. Tapi tak tahu kat mana”
“Hah! Kat KL! Saya selalu
pergi Pustaka Minerva kat sebelah Sogo tu. Macam-macam jenis buku rujukan awak
boleh dapat. Sabtu ni kita boleh pergi sana. Kan Zim?”
“Asal aku pulak?”
Azim naik hairan.
“Jomlah kita pergi.
Kesian Faizal”
“Ah malas aku. Weh lu
cari je kat sebelah Sogo. Sebelah Sogo, depan Sogo, ada banyak kedai buku kat
situ. Kat Mid Valley pun ada” terang Azim.
“Sogo….?”
“Lu tak pernah
pergi Sogo ke?”
Faizal menggeleng.
“Ala Azim. Kita tunjukkanlah
Sogo kat Faizal. Jomlah. Dari boring duduk rumah…” Sharmila masih berusaha
memujuk.
“Ok. Nanti kitorang
temankan lu. Tapi, lu kena belanja wa dengan Mila makan sate 10 cucuk seorang.
Amacam?”
“Azim!!!!” Sharmila
merasa geram dengan permintaan Azim. ‘Kau pun pembuli Azim!’
“Boleh” jawab
Faizal.
“Betul boleh?!
Pasti?”
“Betul. Boleh”
“Betul boleh??! Lu yakin?
Ke lu nak mintak talian hayat jap?”
“Aku kata boleh,
bolehlah. Kau nak aku cakap bahasa Indon ke?”
Azim terdiam. ‘Budak
ni kalau menjawab boleh tahan juga’
BERSAMBUNG….
No comments:
Post a Comment