“Baris!!
Kehadapan!! Pusing!!”
Faizal merasa lega kerana pasukan Kadet
Remaja Sekolah SMK Cheras Jaya(SMKCJ) telahpun selesai melakukan persembahan
kawad di pertandingan kawad kaki peringkat zon Cheras yang bertempat di SMK
Perimbun.
Sedar tak sedar, Faizal sudah
bersekolah di SMKCJ selama 4 bulan. Kehadiran Faizal di sekolah itu menjadi
buah mulut para pelajar terutamanya pelajar perempuan. Kebanyakannya terpesona
dengan wajah bersih Faizal dan rambutnya yang keperangan. Selama 4 bulan ini
jugalah ramai insan yang tidak dikenali menghantar mesej pesanan ringkas kepada
Faizal. Sehingga dia sendiri merasa hairan bagaimana mereka mendapat nombor
telefon bimbitnya.
Azim menyedari akan situasi itu. Dia menyedari
bahawa rakan yang dibawa masuk ke SMKCJ ini telah berjaya mencuri perhatian
ramai orang. Apatah lagi, sikap Faizal yang tidak sombong dan mudah tersenyum. Semakin
menggeliatlah para gadis! Setiap kali ada yang mahukan nombor telefon bimbit
Faizal, pasti Azim yang akan dicari. Jangankan hanya pelajar Tingkatan 2,
pelajar Tingkatan 4 pun ada yang ingin mengenali si Faizal! ‘Ish dasyhat betul
mamat ni’.
Selama 4 bulan inilah, Faizal secara
tidak sengaja menyertai Kadet Remaja Sekolah (KRS). Semuanya bermula apabila
Azim mula sibuk dengan latihan kawad kakinya bersama pasukan Kadet Bomba. Faizal
yang setiap hari menumpang motosikal Azim pergi dan pulang dari sekolah tiada
pilihan lain melainkan menunggu Azim selesai latihan kawad kaki. Sharmila akan
pulang sekolah bersama ibunya yang bekerja sebagai guru di sekolah tersebut. Manakala
Wan Elham hanya perlu berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya di Taman Cheras
Jaya. Faizal? Alamatnya mahu tak mahu dia harus menunggu Azim!
“Rasa aku belum
kenal kau lagilah. Aku Mior Akmal. Panggil aku Noisy” Akmal duduk di sebelah
Faizal dan mereka bersalaman.
“Oh… Aku Faizal
Firdie”
“Faizal? Kau kawan
Azim ke? Tiap hari aku nampak kau naik motor dengan dia”
“A’ah. Kitorang
sama-sama tinggal kat Gombak Sungai Chinchin. Apa nama kau tadi?”
“Panggil aku Noisy”
“Kenapa panggil kau
macam tu?” Faizal bertanya pelik.
“Nama panggilan
budak-budak kat sini memang pelik-pelik belaka” Akmal seraya ketawa.
“Noi… Noi… Sy… Err…
Kau kelas apa ya?”
“Aku? 2 D. Weh tak
nak join kawad ke?”
“Aku… Tak pandailah.
Tapi… Aku memang minat tengok kawad tu”
“Apa kata kalau kau
join kawad?”
***
Ya. Faizal akhirnya menyertai kawad
kaki KRS bersama Akmal, Haime dan Radzi. Antara individu yang rapat dengannya
di dalam pasukan itu.
Minggu pertama latihan kawad kaki adalah
yang paling sukar buat Faizal.
‘Ah! Susah gila! Aku
tengok ingatkan senang! Bila dah masuk ni, adoi letih gila kena jalan macam
robot! Panas pulak tu!’
“Kenapa kau kawad
macam tu?!”
“Ini kawad! Bukan tarian
zapin!!”
“Hentak kaki
kuat-kuatlah weh! Macam korang tengah marah!”
“Jahanam jahanam
formasi aku!”
“Faizal! Bumping
sekarang!”
‘Alamak. Aku kena lagi’
Begitulah antara
luahan-luahan kemarahan yang sering terpacul dari mulut Abang Aziz, bekas
pelajar SMKCJ. Menurut Akmal, Aziz sentiasa turun padang setiap tahun bagi
mengajar kawad kaki kepada pelajar-pelajar Cheras Jaya. Faizal sering menjadi
sasaran Aziz kerana sering terlupa langkah.
“Ok Zal. Kau ni
lupa sana. Lupa sini. Orang ke kanan. Kau ke depan. Abang tahu kau baru lagi. So
try lagi ok?” begitulah antara nasihat Abang Aziz kepadanya.
“Zal!! Kau bumping
sekarang!”
“Zal! Tali but tu! Kau
betulkan tali but kau!”
“Zal! Bumping lagi!”
“Zal! Ketuk ketampi!”
Sekelip mata nama Faizal menjadi
popular di kalangan pelajar KRS kerana sering didenda oleh Abang Aziz.
***
“Nak tarik dirilah…”
“Awatnya? Pertandingan
dah dekat ni” pujuk Radzi.
“Pertandingan
apanya? Letihlah. Hari-hari Abang Aziz akan jerit… Faizal!! Faizal!! Alamak…
Nanti pasukan kita kalah sebab aku buat silap. Aku jugak yang malu”
Radzi tergelak.
“Tengok. Kau pun
gelakkan aku” Faizal memuncungkan bibirnya.
“Kau tak rasa ke. Kawad
kaki ni menguji mental dan fizikal kita?” Akmal bertanya.
“Menguji? Aku dah
terlebih diuji ni. Cukup berat ujian ni”
Radzi dan Akmal
menyambung ketawa.
“Muka pun dah macam
India jual putu mayam ni… Aku sampai rumah je… Mesti aku cari katil… Terus aku
terlentang tak ingat apa dah. Aku ingat dulu macam macho je jadi KRS masa
kawad. Bila dah join, aku rasa macam nak demam” Faizal masih merungut.
“Rileklah weh. Kau kena
buktikan dengan Abang Aziz yang kau boleh buat!”
“Aku tak peduli
dah. Biarlah. Aku nak stop. KRS nak lingkup pun aku tak peduli”
Faizal nekad.
***
“Why? Why you want
to quit?” Suryati merasa cukup terkejut dengan keputusan anaknya untuk berhenti
dari latihan kawad kaki.
“I’m tired Ma. I don’t
think I can do it. I can’t even memorise the simple steps…”
“Lame excuses!”
“Ma. It’s not an
excuses! It’s true! I don’t have any experience in marching before… And it’s
quite hard to learn… Especially the
formation… Whenever I do mistakes, the commander will ask me to do bumping 20
times! The commander will just simply yell at us when the steps went wrong… And…”
“And your face
turns black” Nicky menyambung sambil ketawa mengejek. Faizal menjegilkan
matanya kepada adik kecilnya itu.
“Nick… Listen to me
this time. I used to admire your strong mentality really. You’re the type of
person whom very good handling with pressure. You’ve prove it to me. But now…
Why you want to give up so soon?! Marching is all about discipline and
teamwork. You said you don’t have any experience? Everything in this world
starting with zero. Since you were baby. You need to learn on how to crawl
first, then only you can walk. You can’t just walk. It’s not how the way people
do it. It must step by step. And continuously learning.
Why giving an
excuses, since with a little bit more effort, I know you can achieve your goal!
Just change how the way you think. I really wanted to see you grow. The meaning
of growth is not only depends on what you have achieve, but also your
personality. If simple things like this you can’t handle, how you supposed to
face a lot more difficult situation? You’re a boy with strong heart. Prove it
to me once again”
Kata-kata seorang
ibu yang cukup membuatkan Faizal berfikir panjang.
***
“Zal! Tahniah”
Abang Aziz menepuk-nepuk bahu Faizal.
“Tahniah apanya
bang? Pasukan kita kalah pun”
“Memanglah kalah. Yang
penting kita semua dah berusaha sedaya upaya. Kau pun… Gigih. Kena marah
hari-hari pun tetap teruskan jugak”
“Telinga saya ni
dah lali dah dengan jeritan abang tu. Lepas ni abang nak jerit pun jeritlah. Saya
akan terus berjuang untuk KRS kita!”
“Hah! Macam nilah!”
Perjuangan dan
usaha yang akhirnya membuahkan kenangan yang paling manis dalam hidup Faizal.