CODE MUSIC ANDA

Wednesday, 1 January 2014

Bab 13 : Kisah Seorang Sahabat

“Abi… Meskipun Faizal dah khatam Al-Quran, Faizal masih boleh kan untuk membaca Al-Quran di depan Abi…? Masih banyak yang perlu Faizal pelajari. Kalau boleh, Faizal nak membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul juga. Faizal masih perlukan tunjuk ajar Abi…” luahan Faizal kepada Ustaz Mansor.

“Sudah tentu boleh. Abi bangga dengan kamu. Sebab kamu bersungguh-sungguh untuk belajar. Tetapkan sifat istiqamah dalam diri kamu”

“Abi… Faizal tak nak berbangga dulu. Apa yang Faizal tahu ni hanya sekelumit. Faizal rasa tenang apabila mendalami Islam”

“Baiklah. Abi tak ada halangan. Tapi Faizal… Ni Abi nak tanya… Kamu sihat ke?”

“Sihat. Kenapa Abi cakap macam tu?”

“Muka kamu pucat Zal oi… Betul ke kamu sihat ni?”

“Alhamdulillah Abi. Faizal sihat. Abi janganlah risau ya”


***

“Tuan puteri. Err…. Saya nak…”

“Nak apa?!” Nadiya berkata dengan nada marah.

“Amboi. Marah ke. Nad… Ni nasi apa?” Faizal bertanya.

“Nasi minyak. Nak?”

“Mestilah nak…”

“Nah!”

          Nadiya merajuk dengan Faizal. Merajuk dengan Faizal yang terlalu sibuk di sekolah barunya. Walaupun merajuk, dia masih mahu menyendukkan nasi minyak ke pinggan Faizal.

          Faizal kini berada di sebuah majlis perkahwinan yang terletak di Taman Seri Gombak. Faizal duduk di sebelah Nadiya yang kelihatan marah dengannya.

“Nad…”

“Apa?”

“Pandanglah putera Nad ni…”

Faizal masih cuba memujuk.

“Kalau tak nak pandang… Takpelah…”

“Izal semenjak kat sekolah baru ni. Jarang betul jenguk Nad” Nadiya meluahkan isi hatinya.

“Maaflah Nad. Izal beberapa bulan ni sibuk dengan kawad. Nad bayangkanlah. Sampai hari Sabtu pun ada latihan. Nad janganlah marah. Kan hari ni kita dah jumpa. I miss you too…” Faizal tersengih.

“Bila masa Nad cakap I miss you? Sibuk dengan kawad ke… Sibuk dengan awek-awek baru?”

“Awek baru? Janganlah main tuduh… Awek yang Izal ada cuma Nad aje. Dah tak ada orang lain. Sedih Izal kena tuduh macam ni”

Nadiya sempat sangsi. Iyalah, Faizal sangat tampan. Tidak mungkin tiada perempuan yang tidak suka kepadanya.


“Eeeee. Izal! Kenapa tak dihabiskan makanan tu?! Selalunya Izal yang paling pelahap sekali”

“Tak ada selera…”

“Izal nampak pucat. Demam ke?”

“Demam rindu…” Faizal berkata sambil ketawa. Semakin bertambah geram Nadiya kepada lelaki di hadapannya ini.

Faizal bangun dari tempat duduknya dan…

“IZAL!!!”


***


“Faizal must continuously go for medical check-up and taking medication as prescribed. I’m afraid. That it may cause him liver disfunction. But, I will try my best to give the best treatment for him”

         Faizal terbaring di biliknya. Sayup-sayup, dia mendengar suara Dr. Haikal berbicara kepada ibunya di luar pintu bilik yang separa tertutup. Dia telah jatuh pengsan di majlis perkahwinan tadi. Nadiya pula terpaksa menelefon ibu Faizal supaya datang menjemputnya.

‘Liver disfunction? Aku akan mati ke?’

‘Nad! Mesti dia kat bawah. Kasihan dia’


           Nadiya mundar mandir di ruang tamu rumah Faizal dengan keadaan yang sangat gelisah.

‘Apa dah jadi? Dia sakit ke? Kenapa sampai mak dia harus panggil doktor ke rumah?’

Pertanyaan muncul dari benak Nadiya.

“Nad…”

“Izal!”

Faizal yang lemah menuruni tangga semata-mata untuk menemui Nadiya.

“Izal… Izal dah ok? Izal…” Nadiya tidak jadi untuk menghabiskan ayatnya setelah dia melihat Faizal yang seperti orang keletihan duduk di sofa.

“Maafkan Izal… Izal nak tidur… Pening…”

“Ok! Izal tidur” Nadiya lantas membaringkan Faizal di sofa. Nadiya hanya duduk di lantai sambil menatap wajah Faizal yang sedang tidur.

‘Izal sakit apa ni? Demam ke’

Nadiya memberanikan diri meletak tangannya di dahi Faizal, tetapi tidak panas. Nadiya gundah.


***


“Izal… Makan sikit lagi. Sikit je lagi” Nadiya cuba untuk memujuk Faizal sambil menyuapkan nasi ke mulutnya. Malangnya, Faizal hanya mahu menjamah dua sudu nasi sahaja.

        Keadaan Faizal sudah berlarutan untuk beberapa hari. Nadiya gundah, tetapi takut pula untuk bertanya kepada Faizal akan apakah sakit yang dialaminya. Faizal juga seakan tidak larat untuk berbicara. Mukanya tampak sangat pucat. Sesekali hidungnya keluar darah. Dan matanya sedikit kekuningan. Selera makannya juga berubah drastik 360 darjah. Dia tidak lagi seselera seperti biasa. Ubatnya juga hampir 6 jenis yang perlu ditelan.

        Nadiya hanya menjenguk Faizal tatkala abangnya datang ke Gombak Sungai Chinchin. Jika tidak, dia hanya mampu berdoa supaya Faizal segera sembuh.


***


“Mak Cik… Saya ambil keropok ni satu…”

“Hoi!! Nadiya! Beli keropok ni untuk siapa?”

“Terperanjat aku! Kau siapa? Macam mana kau boleh tahu nama aku?”

“Mestilah aku tahu nama kau. Kau kan awek si Faizal Firdie penipu tu. Aku Along” Along menghulurkan tangannya ingin bersalaman dengan Nadiya.

“Aku tak salam dengan lelaki” Nadiya lantas berpaling dan berjalan keluar dari kedai runcit itu.
“Aku hairan. Kenapa budak cantik macam kau ni sukakan Faizal Firdie si penipu?”

“Kau diam. Kenapa kau panggil dia macam tu?”

“Hello!! Nama dia bukan Faizal Firdie ok! Nama dia…”

“Aku tahu nama sebenar dia! Aku tahu! Kau jangan ganggu aku!” Nadiya merasa sangat marah.

“Suka hati kaulah. Urm… Dia tengah terlantar sakit sekarang kan? Kesian kan. Weh hati-hati. Jangan sampai terjangkit”

Nadiya merasa hairan.

“Apa maksud kau?”

“Hah? Kau tak tahu? Pakwe kesayangan kau tu… Ada penyakit berjangkit. Aku tak ingat nama penyakit tu. Radang hatilah. Tapi penyakit dia macam Aids. Cara berjangkit pun macam Aids. Tapi lagi teruk lagi dari Aids. Bayangkan. Kau terkena air liur dia sikit pun. Penyakit tu akan terjangkit kat kau. Amacam? Masih nak bangga-banggakan dia?”

Nadiya terkejut. Seakan mahu menangis.

“Kau tipu! Kau sengaja nak burukkan dia!”

“Aku tipu? Cuba kau tanya dia sendiri kalau kau tak percaya! Dia tak bagitahu kau? Aku dah agak dah. Kau kena tipu dengan dia. Dahlah… Fikir masa depan kau… Jangan buang masa dengan dia. Tak ada harapan pun kau nak terus bersama dia”

“Bagi aku, si Faizal Firdie tu. Hanya orang asing kat sini”

Nadiya terpempan.





 BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment