CODE MUSIC ANDA

Friday, 24 January 2014

BAB 54

“Mama, I think it’s better if you rest at home. Poor Nicky alone. Tonight I will stay with Nick” Astrid berkata kepada ibunya.

“As… I want to stay with him…”

“Mama… It’s okay. I will take care of Nick”

“Mama… Cakap kakak tu betul. Mama rehat ya” Faizal mencelah.

Suryati merasa tidak sanggup untuk meninggalkan Faizal. Dia memandang wajah anaknya sayu. Faizal senyum kepadanya.

“Mama… I’m fine. Mama balik ya Ma… Kalau tidur kat hospital, nanti Mama letih…”

“Bagaimana kamu masih boleh tersenyum dan masih memikirkan keadaan orang lain sedangkan kamu sedang sakit Nick?”

“Mama… Nick sayangkan Mama. Mama ampunkanlah Nick untuk setiap kesalahan Nick. Halalkan makan minum Nick selama ni…”

“Jangan cakap macam tu. Kamu tak ada berbuat salah kepada Mama. Oh ya, esok kamu nak makan apa? Biar Mama masakkan sebelum Mama datang sini…”

“Tak payah susah-susah Ma…”

“It’s okay Nick. Tell me what you would like to eat…”

“Tak apa Mama… Nick cuma nak Mama datang sini awal esok. Mama datang awal ya”

“Baiklah”

***

“Okay Nicholas Firdie! I will accompany you tonight! So, don’t make such a noise ya!” kata Astrid sambil tersenyum.

“Kakak yang berdengkur kan. Not me”

“Eh! How dare you!”

Faizal dan Astrid ketawa.

“Have I ever told you that you’re the prettiest sister in the world?”

“No. You never told me. You always call me Jelek instead”

“I’m sorry. I didn’t mean it”

“It’s okay. I know you’re just kidding. Okay, I will read magazine first. Only then, I go to sleep. They don’t prepare any TV in this hospital. Aren’t they?”

“There’s TV outside…”

“Outside? Urm. It’s okay. I will just read the magazine. I will not leave you”

“Sis… I love you…”

“Aww. I love you too handsome boy”

“Tomorrow, can you wake me up?”

“Yeah. Sure. Okay. You go to sleep ya. Have a nice dream”

Faizal mengucap dua kalimah syahadah dan membaca doa tidur lalu memejamkan matanya.

***

Allahuakbar Allahuakbar

Azan berkumandang menandakan telah masuk waktu Subuh. Telinga Astrid mendengar namun matanya begitu berat untuk dibuka. Dia tidur di samping Faizal namun tidurnya tidak begitu lena. Sepanjang malam, hampir dua tiga kali juga jururawat datang untuk memeriksa tekanan darah Faizal. Lehernya juga sedikit letih kerana harus tidur dalam keadaan duduk.

TIT. TIT. TIT. TIT. TIT. TITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

Bunyi mesin itu membuatkan Astrid terjaga. Dia mendongak dan melihat ke arah sebuah mesin pernafasan yang terletak di sebelah katil Faizal. Serta merta dia menjadi panik. Mesin pernafasan itu menunjukkan denyutan nadi Faizal telah berhenti.

“Doktor!! Nurse!!!”

Astrid berlari ke luar wad dan meminta bantuan seorang jururawat. “Nurse!! Please help me! My brother…!”

***

“Maaf Cik. Faizal dah tak ada”

Begitulah kata seorang doktor wanita yang baru sahaja memeriksa Faizal. Astrid menangis dan masuk semula ke dalam wad. Jururawat mula menanggalkan setiap tiub yang ada di badan Faizal dan mahu menutup keseluruhan tubuh Faizal dengan selimut.

“Tak! Jangan! Jangan tutup!” Astrid menghalang jururawat itu.

“Nick… Nick… Wake up. You can’t leave me! Wake up Nick!! Wake up!!!” Astrid meraung semahunya sambil menggoncang-goncang tubuh Faizal. Dia menangis sambil memeluk adiknya itu.

PANGGGGG

Sebuah cawan jatuh ke lantai. Suryati bergegas ke dapur. Dia melihat Nicky sedang berdiri di atas kerusi untuk mengambil sebuah cawan yang diletakkan di atas almari. Nicky memandang ibunya dengan wajah takut.

“Nicky…”

“Mama… Nicky cuma nak ambil cawan Mickey Mouse Nicky…”

Suryati tunduk lalu mula mengutip serpihan-serpihan cawan yang bertaburan itu.

“It’s okay. Let me clean this”

KRING KRING KRING KRING

Suryati berlalu ke ruang tamu untuk mengangkat panggilan telefon itu.

“Hello. Yes As. Apa…?”

Hari Jumaat itu diawali dengan berita yang cukup menyedihkan. Suryati meletakkan gagang telefon itu. Dia terduduk. Air matanya deras mengalir. Bagaikan tidak percaya. Hatinya hancur luluh.

“Ya Allah anak aku…” rintih Suryati.

“Mama… Kenapa Mama nangis?” tanya Nicky yang kehairanan melihat ibunya.

“Come here darling”

Nicky datang menghampiri Suryati lalu Suryati memeluknya erat.

***

“Mama!”

Astrid berlari ke arah ibunya lantas memeluk Suryati apabila melihat ibunya sampai di hospital.

“Where’s Nick?”

“Let me show you”

Faizal ditempatkan di sebuah bilik. Jenazahnya telah pun ditutup sepenuhnya. Suryati berjalan perlahan-lahan menghampiri jenazah anaknya, diikuti oleh Pak Cik Sabidin dan Shamsul. Lalu dia membuka kain yang menutupi tubuh Faizal. Hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya sanubari Suryati apabila melihat wajah anaknya yang tidak lagi bernyawa.

“Ya Allah Nick…. Nick bangun nak… Jangan tinggalkan Mama… Kamu tak boleh tinggalkan Mama…”

Suryati merayu agar Faizal ‘kembali’ kepadanya. Dia memeluk dan mencium wajah anaknya itu.

“Yati. Jangan macam ni. Ikhlaskanlah. Kalau kamu meraung macam ni, Faizal akan jadi semakin merana” Sabidin cuba untuk menenangkan Suryati.

“Anak saya tak boleh mati…” Suryati menangis teresak-esak. Begitu juga dengan Astrid. Suryati memegang tangan Faizal. Dia tidak mahu melepaskan anaknya. Dia tidak mahu berpisah dengan anaknya.

“Ibu. Jangan macam ni Ibu” pujuk Shamsul pula. Astrid memeluk ibunya dan memintanya supaya bersabar. Dia membawa ibunya keluar dari bilik itu. Tiba-tiba, Suryati jatuh pengsan.

“Mama!!!”

***

“Assalamualaikum semua. Pagi ini saya baru dapat khabar yang salah seorang pelajar kita, Faizal Firdie telah pun kembali ke rahmatullah. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya”

Puan Rozita berucap di hadapan semua pelajar Cheras Jaya. Azim tercengang. Begitu juga dengan para sahabat yang lain. Dia hampir tidak percaya. Dia segera menemui Puan Rozita selepas tamat perhimpunan.

“Cikgu! Cikgu! Betul ke apa yang cikgu cakap tadi? Pasal Faizal?” tanya Azim dengan muka yang sangat cemas. Dia ditemani oleh sahabat-sahabat yang lain.

“Azim. Takkanlah saya nak main-main tentang hidup dan mati seseorang. Dia meninggal pagi tadi”

Azim tidak dapat menahan air matanya. “Cikgu… Boleh tak saya nak balik tengok dia?”

“Cikgu. Saya pun nak tengok Faizal” kata Noisy.

“Saya pun cikgu!” kata Wan pula.

“Saya pun!” sambung Awie.

Puan Rozita terkejut. “Tapi takkan awak semua…”

“Cikgu, saya merayu. Ini soal kematian… Cikgu tolonglah” Azim menyusun sepuluh jarinya merayu kepada pengetua itu.

“Baiklah. Tapi awak kena balik selepas waktu rehat”
Tanpa membuang masa, sahabat-sahabat bergegas ke Gombak untuk melihat jenazah arwah Faizal.

***

Pilu. Muram. Itulah suasana rumah Faizal kini. Semua sahabat-sahabatnya datang menjenguk. Tidak kurang juga guru-gurunya turut hadir. Selepas solat Jumaat, jenazah Faizal disembahyangkan oleh para penduduk. Jenazahnya akan dikebumikan di Indonesia pada petang itu juga.

“Yati. Van sudah sampai” kata Sabidin.

Wajah Suryati pucat. Tiada kesedihan yang mampu menandingi penderitaannya ketika itu. Dia menghampiri Faizal lalu mencium dahi Faizal buat kali terakhir. Diikuti oleh Astrid.

“Nicky. Cium kakak…” Suryati memanggil Nicky dengan lembut.

Nicky menangis. “Kakak…” Dia memegang pipi Faizal.

“Shhh… Nicky tak boleh nangis…” pujuk Suryati. Anak kecil itu mengesat air matanya lalu mencium pipi dan dahi abangnya. Lalu, dia memeluk tubuh abangnya dan air matanya tumpah juga.

“Kakak jangan tinggalkan Nicky…”

Nicky meraung dengan kuat dan Pak Cik Sabidin menariknya dari terus memeluk mayat Faizal. “Kakak…”. Bagaikan anak kecil itu mengerti bahawa dia telah kehilangan abangnya buat selama-lamanya. Tangisan Nicky menimbulkan rasa sebak dalam kalangan insan-insan lain yang hadir. Begitu hiba.

“Mila. Dah Mila. Jangan nangis” Umizza dan Puteri memeluk Sharmila yang sudah bengkak matanya kerana menangis. Manakala Nana pula menangis berjauhan dari rakan-rakannya.


Akhirnya, jenazah Faizal diangkat ke atas van dan van itu membawa Faizal pergi untuk selamanya…

BAB 53

Di suatu malam yang sunyi, Faizal yang tidak dapat tidur menghabiskan waktunya dengan solat sunat dan mengaji. Dia rindukan Al-Quran. Lalu, dia cuba untuk membaca sebanyak mana yang boleh. Setelah selesai membaca Al-Quran, dia menadah tangan memohon doa.

‘Ya Allah. Kau yang Maha Besar. Maha mengetahui. Maha penyayang lagi maha pemurah. Aku seorang hamba Mu yang lemah. Aku mohon kau sejahterakanlah ibuku, adik dan kakakku. Berikanlah mereka kesihatan yang baik. Peliharalah mereka dari kesesatan. Bimbinglah mereka ke jalan Mu. Ampunkanlah dosa-dosa ahli keluargaku. Kurniakanlah rahmat Mu kepada kami sekeluarga.

Ya Allah.
Jagakanlah Mila. Peliharalah setiap langkahnya. Kuatkanlah hati dan teguhkanlah imannya. Berikanlah dia jodoh dari kalangan-kalangan lelaki yang baik, yang akan setia menjaganya dan mencintai Mu dan Rasullullah. Berikanlah dia keturunan yang soleh dan solehah. Panjangkanlah umurnya dan murahkanlah rezekinya. Berikanlah pengakhiran yang baik dalam hidupnya. Sampaikanlah rinduku padanya meskipun hanya sekelumit. Biarlah semua orang tak tahu. Yang penting Allah tahu. Cukup bagiku.

Ya Allah.
Cukuplah engkau menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat. Aku ingin bertemu dengan Mu dan kekasih Mu, Rasullullah. Amin ya rabbal alamin’

Faizal berjalan keluar dan membuka pintu bilik Nicky. Dilihat adiknya sedang nyenyak tidur di samping Ariel yang tidur di sebelahnya. Faizal menghampiri Nicky lalu mencium dahi adiknya. Nicky terjaga.

“Nicky…”

Nicky bangun dan mengusap-ngusap matanya. “Kakak… Kakak tak tidur lagi?”

“Tak sayang. Kakak jadi bodyguard Nicky”

Nicky tersengih. “Malam ni sejuk”

“Sejuk?”

Nicky mengangguk.

“Baiklah. Nicky tidur. Kakak selimutkan ya. Mari kakak dodoikan”

Nicky menuruti kata-kata abangnya. Sepanjang malam, Faizal menemani Nicky…

***

“Azim, Ustaz nak tanya sikit ni” kata Ustaz Mansor kepada Azim yang menemuinya setelah selesai solat berjemaah Maghrib di surau.

“Ada apa Ustaz?”

“Macam mana keadaan Faizal? Dia dah dapat penderma ke? Beberapa hari lepas Ustaz ada tengok keadaan dia, tapi masih tak ada perubahan”

“Macam yang Ustaz cakaplah. Tak ada perubahan. Belum pun dapat penderma. Esok dia masud kena duduk wad. Kena inject”

“Aik? Inject pun kena sampai duduk dekat wad?”

“Inject bukan sebarang inject Ustaz. Bukan inject yang biasa tu. Ini inject kat perut”

“Ya Allah. Dengar macam dah teruk sangat tu. Azim… Kamu kan yang paling rapat dengan dia. Kalau kamu ada masa terluang tu, kamu temankanlah dia. Bagi sokongan dekat dia. Dia perlu sokongan dari kita semua. Supaya dia menjadi lebih bersemangat. Sejak dua menjak ni, bila Ustaz tengok wajah Faizal, hati Ustaz tak sedap”

Kata-kata Ustaz Mansor itu berlegar-legar di ruang fikiran Azim. Entah kenapa, hatinya tidak tenteram. Sepanjang malam dia memikirkan hal tersebut dan dia telah membuat keputusan.

***

Seawal jam 7 pagi, Suryati memimpin Faizal menuruni tangga dan mempersiapkan barangan yang perlu dibawa. Hari itu, Faizal akan dimasukkan ke wad untuk menjalani rawatan paracentesis.

“Kakak!” Nicky berlari ke arah Faizal sambil memegang anak patungnya. Faizal lantas memeluk Nicky. Pelukannya sangat erat.

“Kakak nak pergi mana? Kakak nak pergi jogging ke?” tanya Nicky.

“Err… Kakak nak keluar kejap dengan Mama”

“Kakak nak keluar? Nicky nak ikut…”

“Sayang… Tak boleh. Kakak keluar kejap je. Nanti kakak balik ya?”

“Janji?”

Faizal mengangguk. “Janji…”. Faizal kembali memeluk adiknya. Dia masuk ke dalam keretanya lalu melambai kepada adiknya. Faizal langsung tidak melepaskan pandangan matanya dari memandang Nicky. Seolah-olah itu adalah yang terakhir baginya.

“Assalamualaikum!” Azim tiba-tiba masuk ke dalam kereta Faizal dan duduk di tepinya. Faizal dan Suryati terkejut.

“Azim! Tak sekolah ke hari ni?” tanya Suryati.

“Tak. Ibu! Saya ikut Ibu dengan Faizal la” jawab Azim.

“Apa kau cakap ni Zim? Hari ni kan sekolah. Nanti kau ketinggalan pelajaran” Faizal pula mencelah.

“Ala kau diam jelah bro. Aku ikut kau hari ni”

Faizal akur. Azim telah memutuskan untuk berada di sisi Faizal hari itu. Dia ingin berada di sisi sahabatnya dalam saat-saat sukar seperti mana Faizal yang selalu bersamanya sewaktu ibunya mula-mula jatuh sakit dulu. Dia sudah terlalu banyak terhutang budi kepada Faizal. Dan Azim menyetujui kata-kata Ustaz Mansor. Faizal perlukan sokongan darinya.

Sampai sahaja di hospital, Faizal diletakkan di wad 4B dan menjalani pemeriksaan awal. Baju hospital dipakaikan ke tubuhnya. Tiub dipasang di tangan, manakala tiub pernafasan diletakkan di bahagian hidung Faizal. Dr. Haikal menjalankan kerjanya tanpa berlengah. Tidak sampai satu jam kemudian, Dr. Haikal memberitahu Suryati bahawa dia akan meneruskan rawatan paracentesis terhadap Faizal.

“Puan, saya akan teruskan paracentesis. Saya minta puan untuk tunggu di luar”. Suryati dan Azim keluar dari wad itu dan duduk di kerusi yang disediakan di luar wad.

Paracentesis adalah satu rawatan di mana perut pesakit akan disuntik dengan jarum yang saiznya sejengkal untuk mengeluarkan cecair asites yang terkumpul dalam perut pesakit. Faizal telah berulang kali mengadu sakit di kawasan perutnya. Ubat yang diambilnya juga tidak mendatangkan sebarang kesan. Sebagai alternatif terakhir, Dr. Haikal menyarankan agar rawatan paracentesis dilakukan dengan segera.

Dr. Haikal keluar dari wad Faizal 30 minit kemudian…

“Doctor, is everything alright?”

“Yes. Saya berjaya keluarkan cecair dari badan Faizal. Tapi… Denyutan nadi Faizal lemah”

“Tapi dia tak apa-apa kan doktor?”

“Buat masa ni, keadaan dia stabil puan”

“Doktor, masih belum ada ke penderma hati untuk anak saya?”

“Maafkan saya Puan. Belum ada. Bukan cuma anak puan. Ramai lagi pesakit di luar sana yang menunggu penderma organ. Kira-kira lebih dari 10 ribu pesakit. Dan angka ini semakin meningkat setiap hari. Saya harap puan banyakkan bersabar ya”

Suryati mengangguk lemah.

“Puan, saya pergi dulu. Puan boleh jenguk Faizal. Tapi jangan ajak dia banyak bercakap. Dia perlu berehat”

“Baiklah doktor…”

Suryati dan Azim masuk ke dalam wad Faizal. Mereka menghampiri Faizal dan Faizal membalasnya dengan senyuman.

“Macam mana keadaan kamu sayang? How you feel?” tanya Suryati sambil mengusap-ngusap ubun kepala Faizal. Faizal cuba bangun. “Argh…”

“Nick… Jangan bangun” pujuk Suryati.

“Ya Zal. Kau rehatlah” kata Azim pula.

“Bekas injection tu sakit Ma… Nick tak boleh gerak…” Faizal mengadu kesakitan. Suryati menyelak baju Faizal dan melihat bekas suntikannya. “Sakit Ma…” Air mata Faizal berlinang.

“Nick… Tenang sayang. Kamu kena baring dan tak boleh banyak bergerak”. Pilu hatinya melihat Faizal dalam keadaan begitu. Faizal menuruti kata-kata ibunya lalu memejam matanya.

***

“Mama, how’s Nick” tanya Astrid yang baru sahaja tiba di hospital.

“He’s sleeping now. Paracentesis done. But, he told me that it really hurts him”

“Supposed the paracentesis will cause no pain right Mama?”

“Maybe the procedure not suits him well. I don’t know… Nicky? Did you ask Shamsul to look after her?”

“Yes Mama. But, she’s non-stop asking about where we’re going…”

***

Faizal tersedar perlahan-lahan dari tidurnya.

“Zal… Amboi-amboi. Sedap kau tidur. Dah macam baby” usik Azim.

“Azim… Dah pukul berapa ni?”

“Dah pukul 3 bro. Mak dengan kakak kau dekat luar. Kau nak aku panggil dorang? Atau… Kau nak makan ke? Kau lapar?”

Faizal tersenyum. “Tak. Kenapa kau tak balik lagi Zim?”

“Takpelah. Aku temankan kau sampai habis waktu melawat nanti”

Faizal masih tersenyum. “Terima kasih Zim… Kau… Kau kawan terbaik yang aku pernah ada. Kawan aku… Dunia dan akhirat…”

“Bro. Dahlah. Jangan buat aku touching dekat sini…”

“Kau kawan aku susah dan senang… Kau kawan menangis aku. Kau kawan ketawa aku. Kau lebih mengenali aku lebih dari sesiapa pun dalam dunia ni”

“Kau pun sama Zal. Kau pun kawan terbaik yang aku pernah ada” Azim lalu memegang lengan Faizal tanda memberikannya sokongan.

“Tadi aku tidur lena sangat… Dah lama aku tak tidur lena macam tu…”

“Baguslah bro. Kalau kau nak makan, aku bagitahu Mak kau. Atau nurse”

“Takpe Zim… Boleh tak aku mintak tolong sesuatu?”

“Apa dia?”

“Aku nak sembahyang. Boleh tak kau tolong aku untuk berwudhu? Aku tak dapat bangun. Perut aku sakit…”

“Ok. Aku bantu kau sekarang”

Azim membantu Faizal untuk berwudhu. Dan membiarkan Faizal solat dalam keadaan terbaring di atas katil. Dalam masa yang sama, Wahab datang untuk melawat Faizal.

“Azim. Faizal mana?” sapa Wahab.

“Hoi opocot. Terkejut aku! Eh kau buat apa kat sini?”

“Nak tengok Faizal la. Aku langsung tak sempat nak jenguk dia. Aku dari sekolah tadi terus datang sini”

“Oh… Faizal ada kat dalam. Tapi kau tunggu jap. Dia tengah solat”

“Hah?” Wahab yang sedikit kurang percaya mengintai Faizal dari cermin di luar pintu wad. Dia melihat Faizal sedang mengangkat tangannya tanda melakukan takbir.

“Zim. Dia sembahyang baring ke?”

“Iye… Dia tak boleh bangun. Perut dia kena suntik tadi. Dengan jarum panjang bro!”

“Ee! Ngeri aku! Bagusnya dia. Jarang nak jumpa orang sakit masih ingat akan solat. Lebih-lebih lagi yang duduk hospital”

Azim terdiam. ‘Orang macam Faizal memang jarang nak jumpa’

***

“Aku gembira korang datang. Terima kasih. Terima kasih Wahab. Kirimkan salam aku dekat kawan-kawan yang lain” kata Faizal.

“No hal bro. Kau jaga diri kau baik-baik. Banyakkan sabar” Wahab memegang bahu Faizal. Faizal mengangguk.

Suryati dan Astrid masuk ke dalam wad itu.

“Wahab? Nak balik ke?” sapa Suryati.

“Ya Ibu. Waktu melawat dah nak habis” jawab Wahab.

“Terima kasih banyak-banyak Wahab. Ibu hargai kedatangan kamu”

“Ibu jangan risaulah… Hal kecik je ni…”

“Ibu, saya pun dah kena balik…” kata Azim. Dia menghampiri Faizal dan memeluknya. “Aku tahu kau kuat bro”.

“Azim, thanks” kata Faizal pula.

Azim dan Wahab menyalami tangan Suryati lalu meninggalkan ruang wad itu. Faizal tetap memandang kelibat Azim dan Wahab sehingga mereka berdua hilang dari pandangan.

“Nick… Mari makan sayang…” Suryati menghidangkan nasi berlaukkan ikan goreng kepada Faizal.

“Boleh tak Mama suapkan  Nick? Macam dulu-dulu? Nick rindukan suapan Mama…”


“Boleh. Of course you can…”

BAB 52

Kata-kata ibunya membuatkan Faizal terdiam sepi dan kini fikirannya menerawang jauh. Dia duduk di beranda biliknya. Sambil merenung langit yang indah. Masih dapat terlihat kepulan-kepulan awan. ‘Ya Allah… Kerdilnya diriku’

“Nick…”

“Kak…”

“What you’re thinking?”

“Thinking of hospital. I don’t want to go to the hospital… I hate hospital”

“You know… There are times that I feel Mom loves you more than me and Nicky. You know what? It’s true. She loves you. She always loves you more. Don’t disappoint her. Go to the hospital…”

“If say so, okay. I will not disappoint her. I feel blessed ‘cause surrounded by three beautiful ladies. You, Nicky and Mom. Who always be there for me. Comfort me with your love and support”

“I don’t want to lose you. I can’t bear to lose you…”

“Death is in God’s hand…”

“Do you still remember about the one bedtime story that Papa always told us? He told us that you were the sun, I was the moon and Nicky was the star. Sun, moon and star depends on each other and can’t be separated. Because without the sun, the moon and stars can’t shine. Moon and star needs the sun. So, you were the sun. If I lose you, how am I and Nicky? We will never be shine anymore. We will live in darkness”

Faizal memandang kakaknya sayu. Lalu, dia senyum.

“Even though in such darkness, the moon and stars will never ever leave the sun. They won’t go anywhere. If someday I’m not here anymore, I want you to know that I will always live inside you. Inside your heart. I pray to Allah everyday so that we can meet in hereafter. I love you so much”

Astrid yang sudah menitiskan air mata memeluk Faizal. “I love you too”

***

“Cantiknya adik kakak. Cuba butangkan baju tu” kata Faizal sambil tersenyum kepada adiknya.

“Kakak butangkanlah…” rengek Nicky pula.

“Nicky cuba belajar butang baju sendiri”

“Tak mahu!”

“Nicky… Sayang… Nicky kena belajar pakai baju sendiri. Pagi-pagi bangun mandi. Gosok gigi. Sikat rambut. Lepas tu pakai baju sendiri”

“Tak mahu. Kenapa kakak tak nak pakaikan baju Nicky lagi?”

“Sayang kena belajar buat semuanya tau”

“Kakak dah tak sayangkan Nicky. Kakak dah tak mahu jaga Nicky!”

“Bukan macam tu…”

“Kakak bohong! Sekarang kakak langsung dah tak main dengan Nicky! Terus kakak dah tak nak jaga Nicky. Kakak tak sayang Nicky!”

Nicky yang muram keluar dari biliknya meninggalkan Faizal.

“Nicky! Nicky!”

‘Ya Allah. Kau jagakanlah adikku. Aku cuma mahu mempersiapkannya agar dia berdikari semasa ketiadaanku nanti’

***

‘Kau akan menjadi suamiku kelak. Jika tidak di dunia, kau akan menjadi suamiku di akhirat’

Faizal leka membaca sebuah buku karya Hamka di belakang rumahnya yang berhadapan dengan kawasan hutan. Tatkala dia membaca petikan ayat itu, dia lantas menutup buku tersebut. Dia tidak sanggup untuk meneruskan pembacaannya. Sedangkan hatinya dipagut pilu.

‘Aku juga berharap kau akan menjadi pendamping aku di akhirat kelak. Tapi, tak mungkin. Kita tak ditakdirkan bersama. Aku nak kau teruskan hidup. Kahwin. Dapat anak. Dan berbahagia. Suami kau yang akan menjadi pendamping kau di dunia mahupun di akhirat. Mila, aku rindukan kau. Dapat ke kau rasa apa yang aku rasa?’

Faizal mula merasa sebak. Dia merenung langit. ‘Allah, kenapa setiap kali aku rindukan dia, bulan mesti penuh. Kenapa…?’

“Faizal…” satu suara menyapa dari belakang.

“Mila… Buat apa dekat sini?”

“Mila minta maaf sebab petang tadi Mila tak ikut budak-budak lain menjenguk Faizal”

“Eh takpelah Mila. Kan sekarang Mila dah datang jenguk” kata Faizal seraya tersenyum.

“Macam mana keadaan Faizal sekarang? Ni Mila bawakkan bubur kacang hijau. Masih panas. Faizal makanlah…”

“Terima kasih. Mila sangat baik…”

‘Andainya Mila yang berada di hadapan aku sekarang adalah Mila yang aku cintai, pasti hidup ini terasa indah’

Faizal merenung wajah Sharmila. “Zal… Zal ok?” tegur Sharmila.

“Hah? Ok. Ok”

“Pucatnya muka Faizal…”

“Biasalah Mila. Dah nak sampai kot…” sengih Faizal sambil menyuapkan bubur itu ke mulutnya.

“Faizal jangan cakap macam tu…”. Sharmila sebak. Dia mengesat air matanya yang tumpah.

“Mila… Kenapa nangis ni?”

“Mila sedih dengar apa yang menimpa Faizal sekarang”

“Mila janganlah sedih…”

“Mila sayangkan Faizal. Mila tak nak Faizal mati”

Faizal juga sudah mulai sebak. Dia menahan perasaannya lalu senyum kepada Sharmila.

“Mila… Pertemuan, jodoh dan ajal tu Allah dah tentukan. Faizal bersyukur sempat mengenali gadis sebaik Mila. Mila seorang yang cantik, berbudi bahasa. Pandai memasak pulak tu. Sudah pastilah Mila akan dapat bakal suami yang standing dengan Mila nanti”

“Untuk pertama kali dalam hidup Mila, Mila lupakan perasaan segan di depan Faizal. Mila rasa Mila takkan dapat lupakan Faizal…”

“Astaghfirullahalazim Mila… Kalau Mila betul-betul sayangkan Faizal, Mila percayalah. Jodoh Mila ada kat luar sana. Dia jauh lebih baik dari Faizal. Dia menanti Mila supaya Mila membalas cintanya. Setiap hari dia tengok Mila. Setiap hari dia tunggu Mila. Faizal nak Mila membuka hati Mila untuk orang lain satu hari nanti”

“Hah? Siapa yang tengok Mila?”

“Kalau dia adalah jodoh Mila, insyaallah Mila akan tahu”

Setelah Sharmila pulang, Faizal masih terdiam duduk merenung bulan. Matanya tak berkelip. Apabila teringat pada Sharmila, hiba hatinya apabila mengingatkan gadis itu amat menyayangi dirinya. Sudah terlalu lama dia memendam perasaan. Faizal membayangkan betapa terlukanya hati Sharmila.

“Nick… Why you don’t eat the porridge that Mila gave you?” tanya Suryati.

“It’s okay Ma. I’m full”

“Nick. Is everything alright?” Suryati duduk di sebelah Faizal.

“Ma, when you miss Papa, what did you do?”

“When I miss your Dad, I will pray to Allah. Mama meminta supaya Tuhan menyampaikan rasa rindu Mama kepada Papa…”