“Ika. Mintak tolong
boleh tak?”
“Apa dia Encik
Faiizalll?”
“Kalau aku tak
sempat ambil keropok aku, kau simpankanlah. Nanti habis waktu rehat, aku
ambillah dari kau. Kelas kita kan sebelah-sebelah je…”
“Amboi. Sedap je
kau kan…”
“Tolonglah… Waktu
rehat aku busy. King Girl suruh aku monitor pengawaslah…”
“King Girl?! Siapa
tu?”
“Raja!
Hahahahahaha…”
“Hoi! Aku bagitahu
Raja nanti kau panggil dia macam tu! Yelah. Aku simpankan”
Begitulah keakraban Faizal dan Ika di
sekolah. Hampir setiap hari Faizal meminta Ika yang bertugas di koperasi
sekolah menyimpankan keropok untuknya. Sehinggakan Ika sudah lali. Jika bayang
Faizal tidak kelihatan di koperasi, Ika akan tetap menyimpan keropok itu,
kerana Faizal pasti akan menuntutnya selepas waktu rehat. ‘Kerja aku ni
penyimpan keropok mamat tu jelah’. Faizal tidak menyedari bahawa Ika adalah
gadis yang disukai oleh Azim selama ini.
***
“Cikgu tak masuk
lagi?” Faizal berkata kepada Azim yang baru sahaja masuk ke kelas selepas tamat
waktu rehat.
“Kau pergi mana?
Lambat masuk. Bukannya kau keluar awal ke tadi?”
“Ada kerja sikit
dengan King Girl…”
Azim tergelak.
“Boleh-boleh je kau panggil dia macam tu Zal... Tapi aku tengok dia macam kerek
sikitlah”
“Hmm… Adalah
sikit-sikit perangai dia macam tu. Takpelah. Eh! Keropok aku!” Faizal lantas
mengeluarkan sebungkus keropok yang diletakkan dalam laci mejanya.
“Ika hantar tadi.
Baik betul dia sampai hantarkan keropok kat kau” Azim cuba berlagak tenang.
“Iya tak iyalah.
Aku lupa ambil kat koop tadi. Tu yang dia hantar tu. Tapi… Kelas dia kan
sebelah je”
‘Kelas
sebelah-sebelah pun tapi kalau tiap-tiap hari dia simpankan keropok untuk kau,
apa kejadahnya tu?!’ gerutu hati Azim.
***
Di
suatu hujung minggu, Faizal bersama Pak Cik Sabidin dan ibunya pergi ke Batu
11, Jalan Gombak untuk mengunjungi Rumah Anak-Anak Yatim Pondok Penyayang
Raudhah. Itu adalah pengalaman pertama kali bagi Faizal mengunjungi rumah
anak-anak yatim kerana sebelum ini dia sibuk dengan kelas muziknya dan tidak
berkesempatan untuk mengikuti program-program seperti itu.
Ketibaan mereka di situ disambut
oleh Ustaz Mokhtaruddin, pengasas rumah anak yatim itu. Ustaz Mokhtaruddin
membawa mereka bertiga melihat kawasan sekeliling rumah anak yatim tersebut.
Alangkah terkejutnya Faizal apabila melihat rumah perlindungan itu begitu daif
dan mengalami banyak kerosakan.
Terdapat kebocoran di bumbung asrama
dan ruangan makan pula cukup menyedihkan. Ustaz Mokhtarudin menjelaskan rumah
anak yatim itu terjejas teruk akibat banjir. Faizal juga dapat melihat beberapa
kawasan yang kotor akibat banjir yang diperkatakan.
‘Patutlah banjir.
Dekat dengan sungai’
Sepanjang berada di sana, Faizal
dapat bertemu dengan beberapa penghuni rumah yang sebaya dengannya. Mereka
sempat berbual dan berkongsi cerita. Ada yang kehilangan kedua ibu bapa akibat
kemalangan, ada yang cacat penglihatan, malah rumah itu turut memberi
perlindungan kepada ibu tunggal dan remaja. Terutamanya remaja perempuan yang
mengandung di luar nikah. Faizal insaf. Rumah tersebut banyak berjasa kepada
penghuninya. Tidak cukup dengan membantu anak-anak yatim, tetapi turut
menempatkan golongan kurang upaya, remaja bermasalah dan ibu tunggal.
‘Ya Allah. Kesian
mereka. Rumah ini sahajalah tempat mereka berlindung’.
Sebelum pulang, Suryati menghulurkan
sekeping sampul berisi cek kepada Ustaz Mokhtaruddin sebagai tanda sumbangan
darinya. Manakala Faizal sempat mengangkut beberapa kampit beras untuk
digunakan oleh penghuni rumah tersebut.
“Ustaz. Saya balik
dulu” Faizal berkata sambil menyalami tangan Ustaz Mokhtaruddin.
“Terima kasih
Faizal sekeluarga. Semoga Allah swt sentiasa merahmati keluarga kamu”
“Terima kasih
Ustaz. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat membantu Insyaallah. Saya pulang
dulu”
“Baik nak Faizal..
Hati- hati”
***
“Zal. Sebelum balik
makan dulu kat kantin. Aku lapar sangat ni. Kang tak sampai pulak kat Sungai
Chinchin”. Azim mengajak Faizal untuk makan terlebih dahulu di kantin sekolah
sebelum beransur pulang.
“Zim. Aku… Aku tak
terasa macam nak makanlah”
“Aik. Sejak bila
kau menolak ajakan makan ni? Selalunya kau yang beria-ria kalau bab makan-makan
ni”
“Hari ni aku rasa
lain macamlah”
“Apasal? Kau tak
sihat ke?”
“Err… Takpelah.
Kalau kau lapar sangat, aku temankan kau. Tapi… Makan cepat sikit”
Di kantin…
“Hmm… Boleh tahan
nasi goreng ni. Zal, tak nak makan ke?” Azim bertanya kepada Faizal. Faizal
hanya menggeleng. Azim mula merasa pelik melihat Faizal yang dari tadi memegang
dahinya.
“Weh. Kau kenapa?”
“Entahlah. Pening…”
BLRRRP
Faizal berlari ke arah sinki dan muntah
di situ. Mukanya serta merta berubah pucat. Azim mengikuti Faizal dan
mengurut-ngurut bahagian belakang badan sahabatnya itu.
“Kau kenapa ni? Nak
pergi jumpa doktor tak?”
Faizal menggeleng.
“Habis tu?”
“Nak balik…”
“Ok! Kita balik.
Tapi kau boleh bawak motor ke?”
Faizal mengangguk
lemah.
“Serius ke boleh
bawak motor? Kau jangan main-main. Rumah kita bukan dekat. Dengan panas terik
macam ni…”
“Takpe. Aku boleh”
“Weh… Kau ni
sebenarnya kenapa? Sakit kau datang lagi ke?”
“Takpe. Aku ok.
Mungkin… Aku salah makan kot. Jom…”
Azim mula merasa
curiga.
Faizal menyangkakan
dia hanya salah makan. Tetapi sebenarnya…
No comments:
Post a Comment