“Izal. Nad macam
budak kampung ke? Dari tadi ada orang pandang-pandang Nad…” Nadiya gusar. Dia
seraya melihat penampilan dirinya. Takut pula jika ada yang tidak kena. Nadiya
hanya mengenakan baju kurung biasa dan meletakkan sekuntum bunga di telinganya.
Nadiya memang suka berpenampilan begitu.
“Urm. Mungkin Nad
buang la bunga ni…”. Nadiya ingin mencabut bunga yang diletakkan di telinganya.
Dia merasa malu kerana ada yang memandangnya dari tadi.
“Eh tak payahlah
Nad. Kenapa nak buang? Nad cantik sangat. Biarlah apa orang nak kata”. Faizal
memujuk.
“Izal tak rasa Nad
macam budak kampung ke?”
“Tak langsung. Dah.
Jangan fikir yang bukan-bukan. Makan burger tu”
Faizal dan Nadiya
berada di McDonald, 1 Utama Shopping Centre.
“Lepas ni, Nad
temankan Izal pergi Yamaha School ya?” Faizal bertanya kepada Nadiya.
“Ok. Jauh tak?”
“Taklah. Dekat je
dari sini. Dalam 10 minit”
Nadiya sudah sedia
maklum bahawa Faizal mahu mendaftar untuk Yamaha Piano Course di Yamaha School.
“Izal… Kan Izal dah
pandai main piano. Kenapa Izal nak ambil kelas lagi?” tanya Nadiya hairan.
“Nad… Izal setakat
boleh main je. Tapi, banyak lagi ilmu tentang piano yang Izal belum tahu.
Terutamanya skil untuk tulis not. Yang itu Izal memang fail. Kalau boleh, Izal
nak tamatkan kesemua 12 level dalam pembelajaran piano”
“Belajar piano pun
ada level ke?”
“Yes. Ada 12 level.
Level 1 hingga 3 adalah Introductory. Level 4 hingga 8 adalah Intermediate.
Level 9 hingga 12 pulak adalah Advanced. Belajar piano ni bukan setakat tekan
piano je. Teknik-teknik mendengar bunyi pun ada. Maksudnya, kita membaca not
muzik yang tertulis dalam buku, sambil tu kita mendengar apa yang pemain piano
tu mainkan”
“Oh. Dengar macam
susah je”
“Kalau kita dah set
awal-awal dalam kepala kita yang benda tu susah, maka susahlah jadinya nanti.
Bagi Izal yang paling penting, kita mestilah minat pada perkara yang kita nak
buat tu. Dan pastikan benda tu berbaloi untuk dilakukan”
“Jadi belajar piano
ni berbaloi ke?”
“Absolutely yes!
Kalau Izal dah complete kesemua 12 level, dah ambil exam dan ada Bachelor of
Music in Performance Piano, Izal boleh dapat kerja sebagai pemain piano dalam
orkestra misalnya. Ataupun menjadi guru muzik. Ataupun menjadi pemain piano
solo pun boleh. Jadi belajar piano ni menjamin karier untuk Izal di masa
hadapan. Bukanlah sesuatu yang membuang masa” terang Faizal panjang lebar
sambil tersenyum.
“Izal nak ambil
ijazah dalam bidang piano???”
“Urm. Belum pasti
lagi sebenarnya. Tengoklah macam mana nanti”
***
‘Hish. Nak masuk
kelab apa ni?’
Faizal sedang khusyuk membaca senarai
Kelab & Persatuan yang terdapat di papan kenyataan. Faizal sudah pun
mendaftar untuk KRS sebagai badan beruniform dan bola keranjang sebagai kelab
sukan dan permainan. Tetapi persatuan? Dia masih keliru dan tidak tahu untuk
mendaftar di kelab yang mana.
“Woi! Apa kau
tengok tu?” Noisy menyergah Faizal.
“Woi! Terperanjat
aku! Aku tak tahu la nak masuk kelab apa…”
“Senang je. Ok. Aku
nak tanya kau. Apa subjek yang kau paling benci sekali? Subjek yang kau benci
sangat-sangat?”
“Urm. Sejarah la”
“Hah! Kalau macam
tu, kau masuk la kelab Sejarah!” Noisy seraya tergelak besar.
“Apa punya cadangan
la tu? Tak boleh pakai langsung” Faizal mencebik.
“Apasal kau tak
tanya Azim je? Mana budak tu?”
“Dia masuk
persatuan Sains dan Matematik…”
“Dah tu? Kenapa kau
tak ikut dia?”
“Alamak Noi. Sains dan
Matematik. Hish. Dengar nama pun aku dah stress”
Noisy tergelak. “Azim
budak pandai Zal. Sampai kelab pun masuk yang jenis-jenis skema punya. Jomlah. Ikut
aku”. Noisy lantas menarik bahu Faizal.
“Pergi mana weh? Aku
tak nak kelab Sejarah!”
“Aku tak cakap pun
nak bawak kau pergi kelab Sejarah”
Faizal dibawa oleh
Noisy ke satu bilik…
“Wah…”
Faizal sedikit melopong melihat bilik
itu dilengkapi beberapa buah gitar tong dan sebuah dram. Itulah Bilik Muzik SMK
Cheras Jaya yang dikhususkan untuk Kelab Muzik dan Kebudayaan. Bilik itu
dipenuhi dengan pelajar lelaki. Nampaknya, mesyuarat awal tahun masih belum
dimulakan kerana guru penasihat belum tiba.
“Apasal dengan muka
excited tu? Aku dah agak dah kau mesti suka...” Noisy berkata kepada Faizal.
“Tak sangka. Sekolah
ada dram. Tapi kan. Bukannya kelab muzik dan kebudayaan ni untuk dikir barat,
boria tu semua?”
“Betullah cakap kau
tu. Kelab ni ada dikir barat, boria. Band pun ada weh. Kalau waktu hari guru,
selalunya ada la budak yang buat persembahan. Masa tu, dak-dak pinjam la gitar
elektrik kat sesiapa yang ada. Kat sini ada gitar tong buruk je”
“Oh. Kelab ni tak
ada budak perempuan ke?”
“Ada. Jangan cakap tak
ada”
Kelihatan Cikgu Johari masuk bersama beberapa
pelajar perempuan sekitar 8 orang.
‘Eh ada jugak budak
perempuan’ getus hati Faizal.
“Assalamualaikum
semua! Wah! Tahun ni ahli kita nampaknya lebih ramai dari tahun lepas. Ok. Sebelum
kita mulakan kepada pengundian jawatan-jawatan penting, Cikgu nak bagitahu yang
tahun ni kita akan buat lebih banyak aktiviti. Antara yang tengah
berlegar-legar dalam kepala otak Cikgu ni… Cikgu nak buat pertandingan
menyanyi. Kalau bulan Akademik misalnya, kita boleh menganjurkan pertandingan
menyanyi lagu Inggeris untuk Minggu BI. Dan… Mungkin kita akan berkolaborasi
dengan kelab Drama untuk buat persembahan”
‘Macam best je
kedengarannya. Aku masih susah nak percaya ada dram kat sekolah ni!’ Faizal
bermonolog.
***
“Izal… Kita makan
kat tempat lainlah” Nadiya berkata kepada Faizal. Mereka berdiri di hadapan
sebuah restoran di KLCC.
“Nando’s. Kenapa Nad?
Jomlah kita cuba” Faizal menjawab sambil membaca nama restoran itu.
“Izal nampak tak? Macam
restoran mahal je. Nad tak ada duit la. Kang kena sampai RM100 macam mana? Siapa
nak bayar? Tak pasal-pasal kita kena cuci pinggan kat sini. Nanti…”
“Shhhhh… Kita cuba
nak? Takpe, Izal ada. Izal boleh bayar”
“Eeeee… Asyik-asyik
Izal yang bayar. Semua Izal bayar! Bila masa pulak giliran Nad! Nanti Izal
fikir Nad ni nak kat Izal sebab Izal banyak duit. Macam tu ke? Nad malulah.
Izal… Makan kat McD je ok?”
Faizal
menggaru-garu kepalanya.
“Nad… Selagi Izal
mampu, selagi itulah Nad tak payah keluar duit setiap kali kita keluar makan.
Boleh?”
“Tak boleh! Ada ke
macam tu? Sepatutnya kenalah saling membantu. Itulah fungsi pasangan kan?”
“Pasangan?” Faizal
tersenyum. Nadiya malu sendiri.
Akhirnya, Nadiya
mengikuti Faizal dan masuk ke restoran itu.
Tatkala pelanggan
memberikan mereka menu, Nadiya berkerut seribu.
“Ok. Nad nak order
apa? Eh kenapa ni Nad?” tanya Faizal kepada Nadiya.
“Urm. Nad tak tahu
macam mana nak order… Nad tak faham menu ni”
“Marilah. Izal
orderkan”
Nadiya hanya
melihat sahaja Faizal memesan ¼ chicken, cesar salad, potato wedges dan chips.
‘Harga air pun dah
RM8. Makanan pulak berbelas-belas ringgit!’
Nadiya tersangatlah tidak selesa makan
di restoran itu. Sudahlah mahal, makanannya pula lebih kebaratan, dan yang
pasti, Faizal yang membayarnya lagi. Sungguh dia tidak mahu Faizal berterusan
membayar makanannya meskipun lelaki itu langsung tidak kisah. Nadiya kini
merasa ada perbezaan di antara dirinya dan Faizal. Beza di antara seseorang
anak yang lahir dalam keluarga kaya dan keluarga miskin.
Nadiya seorang anak yatim. Ayahnya meninggal
dunia semasa dia masih bersekolah rendah. Ibunya hanya seorang pekerja kantin. Mujur
abangnya membuka kedai burger kecil-kecilan untuk menambah pendapatan. Mereka hanya
tinggal di sebuah apartmen kecil. Faizal juga tahu akan tempat tinggal Nadiya. Dan
sekarang, di hadapan Nadiya adalah Faizal Firdie. Seorang yang lahir memang
sah-sah semua benda ada depan mata! Setakat nak makan pun, Faizal main redah
sahaja. Bukan nak tengok-tengok harga dulu. Malah, dia ke sana sini menggunakan
kereta. Banyak kali Nadiya melihat Faizal mengisi petrol kereta dan paling
kurang pun Faizal akan menggunakan RM50! Sedangkan Nadiya sendiri datang
sekolah berbekalkan RM3 atau RM4 paling banyak. Bagaimana Faizal yang sebaya
dengannya sering mempunyai duit untuk mengisi petrol kereta?
“Izal… Nad nak
tanya sikit boleh?”
Faizal tersenyum.
“Tanya banyak pun
boleh”
“Izal memang tak
biasa ya kalau makan di restoran biasa? Maksud Nad… Macam restoran Melayu. Yang
makanannya murah. Yang ada sambal belacan… Ikan goreng… Ulam-ulam?”
Faizal tergelak
kecil.
“Oh… Nad nak makan
ikan goreng dengan sambal belacan ke ni? Kenapa dari tadi tak cakap?”
“Mana Nad tahu. Ingat
Faizal tak makan makanan macam tu. Izal macam asyik makan burger, pizza, chips
chips…” Nadiya membebel.
Faizal tergelak.
“Nad. Izal ni apa
pun telan. Semua Izal ngap”
“Bukannya apa. Izal
kan anak orang kaya. Mungkin Izal memang tak jejak kat warung-warung biasa…”
“Nad, kalau Nad
anggap macam tu, maksudnya Nad belum betul-betul faham sikap Izal. Izal tak kisah.
Nak makan dekat kedai mamak pun boleh. Cuma mungkin… Dari kecik Izal asyik
makan makanan barat. So, dah terbiasa. Tapi Nad jangan sesekali sebut soal anak
orang kaya atau bukan. Allah swt bukannya nilai hambanya dari segi harta. Jadi siapalah
Izal yang hanya manusia biasa ni untuk membeza-bezakan diri Izal dengan orang
lain?”
“Nad faham”
‘Nad faham. Nad gembira
mendengar Faizal tak seperti apa yang Nad fikirkan’
Kerendahan hati
Faizal membuat Nadiya kagum.
“Bila kita mati
nanti, harta dan duit tu tak dibawa sekali. Hanya kain putih jadi peneman. Nad…
Bila Nad nak pakai tudung?”
Nadiya sedikit
terkejut.
“Izal suka tengok
Nad selalu letak bunga kat telinga. Nad seorang yang cantik. Tapi… Lebih cantik
kalau Nad pakai tudung”
“Urm. Nad tak biasa
pakai tudung”
“Nad kena cuba. Itu
perintah Allah. Satu kewajipan untuk tutup aurat. Jangan dilambatkan benda yang
baik. Kita tak tahu berapa lama kita hidup dalam dunia ni”
“Izal buat Nad
takut. Ok. Nad akan fikirkan”
No comments:
Post a Comment