CODE MUSIC ANDA

Friday, 24 January 2014

BAB 35

‘Dahsyat. Depan loji pun boleh buat sekolah’ gerutu hati Faizal apabila melihat kedudukan sekolah Jaja yang bersebelahan dengan loji kumbahan.

Seperti dirancang, Faizal kini berada di hadapan sekolah Jaja yang terletak di Segambut. Dia memarkir motorsikalnya di tempat meletak motorsikal luar sekolah tersebut.

‘1.10. Come on. Siaplah kau Mila’

Faizal melihat jam tangannya. Dia berdiri di hadapan pagar sekolah itu. Sekali sekala dia mundar mandir menunggu para pelajar keluar. Bayang Jaja masih belum kelihatan.

Akhirnya, subjek yang ditunggu-tunggu tiba juga. Jaja yang baru sahaja keluar berdiri di tepi pintu pagar dan mencari-cari kelibat Faizal. Faizal melambai ke arahnya. Jaja berlari ke arah Faizal.

“Abang! Dia jalan dengan kawan dia tau! Kawan dia pendek! Dia tinggi! Mila tu kulit putih. Kawan dia gelap, pastu kawan dia ada tahi lalat besar kat muka. Ok! Jaja balik dulu!”

Belum sempat Faizal berkata, Jaja sudah pun berlari dari situ.

‘Hah? Macam tu je klu dia? Kang aku salah orang nanti’

Faizal berjalan sampai ke hadapan pintu pagar. ‘Ok Zal, fokus! Fokus! Tahi lalat kat muka…’

Para pelajar berpusu-pusu keluar dari sekolah. Semakin susah bagi Faizal untuk mengecam yang mana satukah Mila.

‘Ah. Malas aku! Dahlah panas! Dia tu tak reti keluar awal sikit ke? Buat apa lama-lama kat dalam?’

Faizal menjadi tidak sabar. Dia ingin pulang sahaja dan membatalkan niatnya. Semasa dia baru hendak berpaling…

“Mila! Cepatlah!”

Terdengar satu suara perempuan memanggil nama Mila. Faizal kembali mengalihkan pandangannya ke arah pintu pagar tersebut. ‘Budak tu ada tahi lalatlah! Jadi dia mesti kawan…’

Tatkala itu juga seorang gadis tinggi lampai berkulit putih keluar dari pintu pagar dan berjalan bersama rakan yang memanggilnya tadi. Apa yang digambarkan oleh Jaja sangat tepat. Tanpa Mila sedari, Faizal berdiri hanya beberapa meter darinya.

‘Jadi dialah budak tu…? Ya Allah. Subhanallah’

***

“Nah. Jaja rasa betullah apa yang abang nampak tu Mila! Tapi untuk memastikannya lagi, abang tengok gambar kelas ni masa kitorang darjah 1 dan 2. Ni dia”

Jaja menunjukkan gambar kelas lamanya bersama Mila kepada Faizal. Faizal cuba mengecam wajah itu. Senyuman terukir di wajahnya.

“Kenapa kau senyum-senyum Zal?” tanya Azim.

“Hah? Bila masa aku senyum?! Memang sahlah tu Mila!”

“Mari aku tengok” Azim pula ingin melihat gambar lama itu.

“Boleh tahan. Cute. Ini masa darjah 1. Aku rasa muka dia yang sekarang mesti cute juga. Betul ke Zal?” tanya Azim kepada Faizal. Faizal buat-buat tidak dengar.

“Jadi Jaja dengan dia dah lama kenal?”

“Lama dah. Dari sekolah rendah lagi…”

Faizal ketawa kecil. “Kau tengok cara dia duduk. Rambut pendek dia. Comel la. Tengok kaki dia”

“Apa Zal? Comel?” Azim bertanya sekali lagi.

“Err… Azim. Aku nak ambil makanan kat dapur. Lapar”

***

‘Ya Allah. Apasal mata aku tak nak lelap ni…?’

        Malam itu, Faizal tidak dapat melelapkan matanya. Sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Sudah letih dia berpusing ke kiri dan ke kanan, namun matanya masih segar. Hakikatnya, Faizal tidak dapat melupakan bayangan wajah Mila yang kini menganggu tidurnya. Meskipun dia menelungkupkan kepalanya di bawah bantal, dia masih tidak dapat melupakan wajah itu.

         Faizal lantas membuka pintu di beranda biliknya, lalu melihat kawasan sekeliling rumahnya dari atas beranda tersebut. Dia mendongak ke langit.

‘Subhanallah. Cantiknya bulan sabit tu. Ada sebutir bintang pula. Indahnya’

‘Mila… Wajah dia lembut. Ah! Apa aku cakap ni?’

Faizal sudah mulai menyukai Mila semenjak melihat wajahnya buat pertama kali pada hari itu. Tetapi, dia menafikan sekeras-kerasnya. Dia tidak bersedia untuk bercinta buat kali kedua setelah pengalaman pertamanya dulu berakhir dengan penderitaan. Dia hanya mahu fokus pada pembelajarannya, bukan perempuan.

Namun, cinta datang tanpa kita duga. Cinta mengetuk pintu hati seseorang tanpa kita menyangkanya.








No comments:

Post a Comment