“Zal! Buat apa
tu?!” Nana menyergah Faizal dari belakang.
“Ya Allah! Terkejut
aku!”
“Handsome, kau
tengah buat apa ni…?”
“Aku tengah… Kau
kenapa tengok aku macam tu?” tanya Faizal kerana hairan melihat Nana yang
begitu asyik memandang wajahnya.
“Kau handsome. Aku
rasa macam nak makan kau”
“Jangan pandang
macam tulah. Malu orang tengok!”
“Ala biarlah. Kau
ni macam angel yang turun dari kayangan. Mata kau… Bibir kau… Hidung kau… Semua
serba sempurna…”
“Jangan tengok aku
macam tulah! Rimas!”
Nana ketawa. Faizal
berkerut seribu.
“Urm. Zal…”
Wahab menghampiri
Faizal dan Nana.
“Eh Wahab… Ada apa
ni?”
“Urm… Aku baru
sedar yang aku masih belum berterima kasih dekat kau sebab tolong aku malam tu.
Siap hantarkan sampai rumah lagi”
“Oh, pasal tu.
Sama-sama. Jangan risau. No big deal”
“Dan… Aku pun nak
mintak maaf jugak. Sebelum ni kita ada bertekak mulut. Aku sampai jatuhkan kau
kat tangga… Aku betul-betul mintak maaf”
“Aku dah lama
maafkan kau. Aku dah lupa semua tu. Boleh aku tanya sesuatu?”
“Ok. Apa dia?”
“Kau memang kaki
rempit ke?”
“Nak kata rempit
sejati tu taklah. Cuma kadang-kadang kalau aku ikut member lepak, aku join la.
Malam tu, kitorang kena kejar dengan polis”
“Oh macam tu. Aku
sebenarnya baru je mula berniaga dekat pasar malam. Jual air. Hari Jumaat tapak
kitorang kat Taman Melawati. Hari Sabtu pulak dekat Pantai Dalam. Aku perlu
lagi seorang member untuk join berniaga. Aku cadangkan ni pun kalau kau
berminatlah. Sekurang-kurangnya boleh elakkan kau dari merempit. Boleh dapat duit
lagi” terang Faizal sambil tersenyum.
“Wau. Hebat jugak
kau ya. Dah berniaga… Urm… Ok. Aku akan fikirkan cadangan kau tu. Thanks la
sebab ajak aku”
“Baik. Aku akan
tunggu keputusan kau”
***
Di suatu petang
Ahad…
“Zal. Kita nak buat
apa kat pasar malam Segambut ni” tanya Azim.
“Kita ada misi hari
ni”
“Misi? Misi apa?
Ini pasar malam la weh. Apasal? Kau nak bukak tapak kat sini ke?”
“Misi kita hari ni
tak ada kena mengena langsung dengan berniaga”
“Hah? Habis tu?”
“Kau tunggu je”
Faizal membawa Azim
ke sebuah pasar malam yang terletak di Segambut tanpa memberitahu Azim akan
tujuan mereka ke situ. Mereka sampai di pasar malam tersebut pukul 6 petang dan
duduk menunggu di dalam kereta.
“Aku tak fahamlah.
Kita pergi pasar malam. Tapi kita duduk dalam kereta. Kita tunggu apa
sebenarnya? Kalau kita nak masuk ke pasar sekarang pun, bukannya banyak kedai
dah bukak. Takkan kita nak duduk dalam kereta sampai pasar malam ni dipenuhi
orang kot!” bebel Azim. Faizal hanya senyum.
Pandangan Faizal
tertumpu kepada seseorang.
“Zim… Dia dah
sampai. Tengok tu”
“Siapa? Itu Jaja”
“Dan Mila”
Azim memandang
Faizal mohon penjelasan.
“Dorang dah masuk.
Jom turun Zim”
Faizal memakai cap
dan cermin mata hitam, lalu berjalan masuk ke pasar malam itu.
“Weh. Aku tahulah
spek tu harga satu ribu ringgit bro. Tapi takkanlah pergi pasar malam nak pakai
spek mata hitam!” marah Azim.
“Aku pakai ni
supaya Mila tu tak dapat cam aku la”
“Hah! Ni lagi satu!
Kita datang sini sebab nak… Nak intai… Ya Allah Zal! Apa yang ada dalam kepala
otak kau ni bro?!”
“Shhhhh… Diamlah.
Jom ikut dia”
Azim tiada kuasa
untuk melawan lagi. Kakinya kini berada di Segambut. Mahu tidak mahu, dia harus
ikutkan sahaja keinginan Faizal. Meskipun dia merasakan apa yang mereka lakukan
langsung tidak masuk akal.
Faizal dan Azim
mengekori Jaja dan Mila dari belakang. Sehinggalah pada pusingan terakhir…
“Macam-macam jenis
makanan yang Jaja beli. Tapi Mila… Dia beli keropok lekor je” kata Faizal.
“Tapi kenapa kita
intai dia ni? Kita nak jadi spy ke apa ni? Mission Impossible? Ala-ala Tom
Cruise?”
“Dia dah nak balik
tu… Tapi aku rasa Jaja dah bagitahu dia aku ada kat sini. Jom cepat ke depan”
Faizal menarik Azim. Semasa Mila sedang asyik membeli keropok lekor, tanpa dia
sedari Faizal dan Azim sudah pun berlari ke kedai di hadapan. Faizal
mengeluarkan sebuah kamera digital dari dalam poketnya. Azim bertambah pelik
dan terkejut.
“Weh… Nak buat apa
tu dengan kamera tu?” tanya Azim.
“Nak tangkap gambar
Mila”
“Hah? Nak buat apa
doh…?”. Azim masih tidak faham. Faizal mengambil gambar pertamanya dari
bahagian hadapan. Kamera itu mengeluarkan cahaya flash. Mila seakan sedar dan
menoleh ke belakang, walhal hakikatnya Faizal bersembunyi di tepinya.
“Woi sorok-sorok!
Alamak! Aku lupa tutup flash la!”. Azim menepuk dahi. Faizal memeriksa
kameranya dan mengambil gambar lagi. Lantas Faizal mengekori Mila dan Jaja yang
telah menyeberangi jalan raya untuk pulang.
“Adoi. Nak kemana
lagi kita ni?”
“Aku nak tahu mana
rumah dia. Zim! Dia asyik tengok belakang je! Dia tahu aku ada kat sini la”
“Tapi kita jauh
dari dia. Dia takkan perasan kita”
Mereka mengikuti
jejak Mila sehingga sampai di rumah gadis itu. Rumah Mila terletak di seberang
jalan, tidak jauh dari lokasi pasar malam. Faizal memerhati Mila dari seberang
jalan.
“Aik. Itu ke rumah
dia? Lebih kecik dari rumah aku. Nampaknya dia bukan anak orang kaya la Zal”
kata Azim.
Seorang lelaki
mendekati Mila dan mengajaknya bergurau senda. Kelihatannya, Mila seakan-akan
cukup mesra dengan lelaki itu. Faizal merasa geram. Dia berpaling dan berjalan
laju dari situ.
“Weh! Nak kemana?”
“Balik!!”
‘Tadi semangat
sangat ambik gambar semua. Sekarang, muka dia terus masam. Apa kena la mamat
ni? Dah terkena penyakit sawan Iban ke apa ni?’ gerutu hati Azim.
No comments:
Post a Comment