“Hal yang saya nak
bagitahu awak ni sangat serius. Awak sedar tak yang dah berbulan-bulan awak tak
pergi medical check up?” tanya Dr. Haikal dengan wajah serius.
“Saya… Err… Busy…”
“Busy? Busy ke
malas?” tanya Dr. Haikal lagi. Azim yang duduk di sebelah Faizal hanya diam.
Faizal tunduk.
“Faizal, saya nak
tanya awak. Tolong jawab dengan jujur sejujur jujurnya. Sejak kebelakangan ni,
awak ada rasa tak sesuatu yang berbeza dengan badan awak?”
“Maksud doktor?”
“Ada tak awak alami
sesuatu yang berbeza? Berbeza dari simptom-simptom yang awak alami sebelum
ini?”
“Aaa… Saya… Saya
sekarang cepat letih. Susah nak tidur. Tak selera…”
“Ada muntah-muntah?”
Faizal mengangguk.
“Perut awak
mengembung. Rasa sakit tak?”
Faizal mengangguk
lagi. “Doktor, kenapa dengan saya? Bukankah semua tu memang simptom-simptom
Hepatitis?”
“Tadi, masa saya
rawat luka awak, saya nampak perut awak yang membuncit. Saya boleh lihat muka
awak yang sangat pucat. Jadi, saya dah jalankan beberapa test terhadap awak.
Dan saya dah pun mendapat result…”
Kerisauan mula
terbit dalam hati Faizal. Dia memandang Azim.
“Faizal, awak
mengalami kegagalan hati akut”
“Apa…?” jawab Faizal
lemah.
“Virus yang berada
dalam badan awak telah menyebabkan hati awak gagal berfungsi. Fasa akut. Fasa
akut ni adalah serta merta. Bermaksud ia boleh menyerang dalam masa beberapa
hari. Tapi dalam kes awak, saya rasa ia mengambil masa berbulan-bulan”
Faizal terdiam.
Wajahnya sedih.
“Apa yang awak
cakap tadi tentang simptom-simptom yang awak alami, itu memang betul. Tetapi
masih ada banyak lagi kesan dari kegagalan hati. Contoh yang awak alami
sekarang adalah cecair yang berada di ruang abdomen awak. Cecair itu adalah
asites. Sebab tu awak rasa sakit. Saya perlu beri awak makan ubat Diurex. Jika
ubat itu tidak membantu, awak harus menjalani paracentesis. Paracentesis tu…
Saya kena suntik perut awak untuk keluarkan cecair”
“Doktor… Saya… Saya
boleh sembuh ke?”
“Faizal, kes awak
sekarang adalah emergency. Perlu ditangani dengan segera. Awak perlukan
penderma hati sebab hati awak dah rosak. Tapi saya perlu beritahu awak yang
sekarang ni teramatlah susah untuk dapatkan penderma…”
“Doktor, mungkin
doktor boleh checkkan hati saya sama ada sesuai tak dengan Faizal…” Azim
memberi cadangan.
“Saya hargai niat
baik awak tu Azim. Tapi Faizal perlukan seluruh hati, bukan separuh bahagian
hati. Hanya boleh didapati dari penderma organ yang telah meninggal dunia”
“Macam mana kalau
saya tak dapat penderma?” tanya Faizal sayu. Air matanya sudah berlinang di
pipi.
“Kalau awak tak
dapat penderma dalam masa sebulan ni, risiko adalah kematian…”
“Jangka hayat saya
hanya sebulan…?”
“Zal. Sabar Zal…”
Azim memegang bahu Faizal.
“Faizal, saya akan
cuba sedaya upaya untuk bantu awak. Tapi awak kena mulakan rawatan dengan
segera. Awak kena beri kerjasama”
“Doktor… Baiklah
saya akan buat rawatan. Tapi tolong jangan beritahu Mak saya… Please doktor…
Please…”
“Baiklah Faizal.
Tentang luka awak, awak kena selalu buka balutan dan cuci luka itu. Sebab
gara-gara hati awak sudah rosak, ia akan menyebabkan darah tidak beku”
***
Faizal berjalan
lemah keluar dari bilik Dr. Haikal. Kakinya sedikit tempang. Azim cuba
membantunya, tetapi dia tidak mahu. Berkali-kali Faizal mengesat air matanya.
Sungguh berita itu membuatkan dunianya menjadi kelam. Faizal terus berjalan
menuju motorsikalnya.
“Zal. Kau tak boleh
bawak motor ni. Aku call Mak kau jap” kata Azim.
“Jangan. Mak aku
tak boleh tahu tentang hal ni”
“Ok. Aku call Abang
Sham la”
Faizal terus naik
ke atas motorsikalnya dan dia memandu laju meninggalkan Azim yang
terpinga-pinga. “Zal! Tunggu! Kau nak ke mana hah?!”
Azim mengikuti
Faizal. Berkali-kali dia menjerit memanggil Faizal dari atas motorsikal namun
jeritannya tidak diendahkan. Azim bertambah risau kerana Faizal bukanlah
memandu menuju rumahnya.
Akhirnya, Faizal
berhenti di tepi jalan berdekatan dengan rumah Mila di Segambut. Dia mengadu
kesakitan sambil memegang kakinya. “Argh… Sakitnya ya Allah…”
“Bro, kita nak buat
apa kat sini?” tanya Azim.
“Aku tak tahu…”
jawab Faizal hiba. Lemah, namun dia gagahkan jua turun dari motorsikal dan
berjalan kaki menuju rumah Mila. Dengan kaki yang tempang, wajah yang terluka,
Faizal teruskan berjalan sehinggalah sampai tepat di hadapan pintu rumah Mila.
Azim yang melihat adegan itu merasa tidak sanggup. Kasihan melihat sahabatnya
yang sering dirundung malang itu.
Faizal ingin
mengetuk pintu rumah Mila. Dia telah pun mengangkat tangannya. Kemudian, Faizal
membatalkan hasratnya. Dia mula menangis seperti anak kecil di hadapan rumah
Mila. Keadaan di sekeliling rumah Mila begitu sunyi sehinggakan tiada siapa
yang menyedari kehadiran Faizal melainkan Azim. Faizal akhirnya berpatah balik.
Ketika itu juga,
Mila membuka pintu dan keluar dari rumah untuk mengangkat kain. Azim telah
terlebih dulu menarik Faizal ke tepi sehinggakan Mila sendiri langsung tidak
sedar. Faizal dan Azim melihat Mila sehinggalah dia masuk semula ke rumahnya
dengan kain baju penuh di tangan. Sepanjang masa itu juga, Faizal tidak
berhenti menangis. Betapa hancur jiwanya hanya Tuhan yang tahu.
“Marilah kita balik
Zim…”
No comments:
Post a Comment