CODE MUSIC ANDA

Friday, 24 January 2014

BAB 34

“Nah. Aku belanja” kata Faizal sambil menghulurkan air cendol kepada Umizza.

“Oh. Jadi kau mintak aku tunggu dekat kantin ni sebab nak belikan aku cendol la ya?” kata Umizza.

“Yelah. Peniaga air cendol tu baru aje buka kat depan sekolah kita. Aku rasa dah masuk tiga hari kot”

“Terima kasih Zal… Untuk cendol ni dan untuk bantuan yang kau berikan kepada keluarga aku”

“Sama-sama Miza. Kau kawan aku. Insyaallah kalau ada yang aku boleh tolong, aku akan tolong semampunya”

“Macam mana perniagaan kau sekarang? Kau ada jual air cendol tak?” tanya Umizza sambil tersenyum.

“Alhamdulillah. Berjalan lancar. Sambutan pun cukup baik. Air cendol? Ada! Tapi kan, aku perlu seorang kawan lagi untuk join. Kau nak join ke? Jadi bisnes partner aku?” Faizal tersengih.

“Aku? Kalau aku join kau, alamatnya pelanggan larilah tengok muka aku ni…”

“Ke situ pulak. Kau percaya kan pada Allah?”

Umizza mengangguk.

“Jadi kalau kau percaya, yakinlah ada hikmah yang besar di sebalik semua ini. Ustaz ada cakap, musibah itu penghapus dosa. Dan sebagai tanda Allah menyayangi hambaNya. Jadi… Allah berikan kau ujian ni bukan bermakna Dia tak sayangkan kau. Dia sayangkan semua hambaNya di atas muka bumi ini. Sebab tu dia mahu uji keimanan kau. Bersyukurlah sebab kau antara insan yang terpilih”

“Kau selalu beri dorongan kepada aku. Kau selalu beri kata-kata semangat. Terima kasih banyak-banyak Zal…”

“Sama-sama. Itulah gunanya kawan kan”

“Bertuah Azim sebab rapat dengan kau. Sampaikan kau selalu bantu dia”

“Apa maksud kau? Tak faham”

“Noi ada beritahu aku, duit hasil berniaga… Kau berikan share kau kepada Azim”

Faizal terkedu.

“Macam mana… Hish. Kenapa Noi cerita benda tu… Sikit jelah Miza yang aku beri kepada Azim”

“Sikit-sikit pun, itu hasil dari tulang empat kerat kau jugak Zal…”

“Mak dia sakit. Aku tak sampai hati tengok dia… Aku dah anggap dia macam adik beradik aku sendiri. Macam saudara aku sendiri. Dia sedih, aku pun sedih. Dulu dia yang tolong aku. Sekarang, giliran aku pula tolong dia. Lagipun, tak sempurna iman kita kalau kita tak sayang-menyayangi sesama Muslim”

“Kau tahu tak kau ni seorang yang sangat baik?”

“Bukanlah baik. Aku cuma harapkan redha Allah dalam segala hal yang aku buat. Insyaallah… Lagipun, rugilah kalau Azim jadi tak fokus dalam pelajaran sebab masalah kewangan. Dia tu pandai”

***

‘Tak fahamlah kenapa kau suka Peterpan tu. Aku dengar lagu-lagu band tu bukannya best pun’

Faizal menghantar SMS sekali lagi kepada Mila, gadis Tingkatan 1 yang baru dikenalinya. Kali ini, dia ingin mengajak Mila berdebat. Dia mahu tahu sejauh manakah kedegilan budak itu.

‘Kau tak suka, takpelah. Aku suka’

Begitulah jawapan balas dari Mila. Sepanjang petang, mereka berbalas mesej dan topiknya hanyalah Peterpan. Faizal tidak puas hati selagi Mila tidak mengaku kalah. Namun, dia hampa. Tidak seperti jangkaannya.

“Hoi! Pinjam buku rujukan Biology” Azim menyergah Faizal.

“Ok. Dalam laci tu”

Azim lantas mencari buku rujukan tersebut di dalam laci yang ditunjukkan oleh Faizal.

“Zal. Kau mesej siapa?”

“Mila…”

“Aik. Sejak bila kau rajin mesej dia? Bukannya nombor telefon kau yang baru ni kau belum bagi dekat sesiapa ke?”

“Kau cakap Mila yang mana ni bro?”

Azim pelik. Keliru.

“Mila mana lagi. Mila kitalah. Mila rumah sana”

“Hish. Bukan dialah. Belum ada kawan-kawan perempuan kita yang tahu nombor baru aku. Ini Mila yang sombong tu”

“Hah? Mila kawan Jaja tu?”

“Yelah. Siapa lagi?”

“Weh. Apasal kau mesej dia? Korang dah berbaik ke? Kau selalunya tak mesej perempuan. Aku rasa ini first time kau mesej perempuan selepas arwah Nadiya…”

“Kau jangan fikir lain pulak”

“Takpelah bro. Apa salahnya kalau kau berkenalan dengan dia. Mana tahu boleh terbuka pintu hati kau. Kau pun dah lama men-yingle…”

“Weh. Kalau aku nak cari pengganti, confirm-confirm la bukan budak Form 1 tak matang macam ni. Sesuka kau je bercakap. Hish. Aku nak jumpa Jaja! Mana budak tu?”

***

“Esok, abang akan tunggu kau depan sekolah kau. Depan pintu pagar. Tugas kau, kau kena keluar sekali dengan Mila. Kau kena tunjukkan kat abang, mana satu budak perempuan bernama Mila tu. Abang nak tahu muka dia” kata Faizal kepada Jaja.

“Hah?! Nak buat apa…?”

“Jangan banyak tanya. Kau nak makan chicken chop tak?”

“Nak! Nak! Nak!”

“Jadi, usaha untuk nampakkan Mila tu depan abang. Boleh?”

“Tapi kan… Kitorang habis sekolah pukul 1.10. Abang kan sekolah. Mana sempat… Sempat ke?”

“Yang itu abang boleh settle”

Azim yang mendengarkan semua itu menggeleng-geleng kepalanya. Tidak faham apakah niat Faizal yang sebenarnya.

“Hoi. Kau tak sekolah ke esok?” tanya Azim.

“Mestilah sekolah. Kenapa?”

“Aik. Bukannya kau nak terpacak kat depan sekolah Jaja ke besok?”

“Oh. Esok aku pergi sekolah. Pukul 12 aku cabut. Jadi, aku terpaksa ponteng kelas BM”

“Hah? Weh. Gila kau”

“Aku keluar ikut belakang. Jalan yang budak suka ponteng lalu…” Faizal tersengih. Azim semakin pelik melihat kelakuan sahabatnya.

“Yang kau nak jumpa budak tu sangat kenapa?”

“Bila aku dah tahu muka dia, senanglah sikit aku nak ajar dia. Dia belum kenal siapa aku”



No comments:

Post a Comment