“Kakak! Kakak!
Bangun kak!” Nicky cuba menggerak-gerakkan abangnya yang lena tidur.
“Kakak…! Nicky mahu
makan kepci… Tadi kan kakak sudah janji…”
Faizal masih
senyap.
Nicky tidak putus
asa. Dia naik ke atas katil. Dia menarik bantal Faizal. Tiada respon.
Dia memegang pipi
Faizal. Tiada respon.
Dia menarik tangan
Faizal. Juga tiada respon.
Kaki Faizal pula
ditarik. Masih tiada respon. “Kaki kakak berat…”
Sehinggakan tali
pinggang Faizal juga cuba ditarik oleh Nicky.
“Kakak….!!!”
“Ya Allah! Apa
ni?!” Faizal akhirnya membuka mata apabila Nicky menjerit di telinganya.
“Nicky mahu makan
kepci!”
“Dah lewat malam
mana ada KFC! KFC dah tutup! Ayam dah habis!”. Faizal mengambil semula
bantalnya.
“Bohong. Mana ada
ayam habis… Nicky mahu makan kepci! Nicky mahu makan kepci! Nicky mahu makan
kepci!”
Faizal tidak
mempedulikan adiknya. Nicky mula menangis.
“Ya Allah. Ya… Ya…!
Kakak bangun sekarang…”
Faizal bangun jua
meskipun hakikatnya dia merasa teramat letih. Badannya semakin lemah semenjak
dua tiga bulan kebelakangan ini.
“Kakak… Pakai baju
cepat kakak…” Nicky menarik-narik tangan abangnya supaya cepat bersiap.
Setelah bersiap, Faizal membawa Nicky
keluar untuk makan KFC menggunakan kereta barunya. Tetapi, Faizal sendiri tidak
pasti restoran KFC mana yang masih dibuka pada lewat malam sebegitu. Dia cuba
menelefon Azim tetapi tiada jawapan.
‘KFC mana yang ada
24 jam? Setahu aku kat Jalan Ipoh tu je. Tapi takkan aku nak ke sana. Jauh.
Alamak. Terpaksa jugaklah’
***
“Dah kenyang?”
tanya Faizal kepada Nicky. Nicky mengangguk.
“Kenyang. Makasih
kakak…”
“Sama-sama. Jom
balik”
Keluar sahaja dari
restoran KFC Jalan Ipoh, Faizal melihat sekumpulan pelumba motorsikal haram
berpusu-pusu melalui jalan tersebut. Kelihatan kumpulan itu membawa motorsikal
mereka dengan laju dan bertempiaran seakan-akan lari dari dikejar sesuatu.
Tiba-tiba…
BOOOMM
Sebuah motorsikal
Yamaha RXZ telah hilang kawalan, melanggar penghadang jalan lalu terbabas.
Manakala pelumba motorsikal haram yang lain tidak mempedulikan rakan mereka
yang terjatuh itu dan terus melarikan diri. Faizal seraya melintas jalan dan
mendekati pemuda tersebut.
“Encik. Encik tak
apa-apa ke?” tanya Faizal sambil cuba memegang badan pemuda yang terbaring di
hadapannya. Pemuda itu mengadu kesakitan.
“Ya Allah! Wahab!
Mari aku bawak kau pergi hospital”
Setelah menyedari
pemuda itu adalah Wahab, Faizal terus memapah Wahab dan membawanya ke Damai
Service Hospital yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian. Manakala, ada
seorang pemuda membantu menyorong motorsikal Yamaha RXZ milik Wahab dan
memarkir motorsikal itu di hadapan hospital. Wahab mengalami kecederaan di
tangan dan kaki. Mujur lukanya tidak parah.
“Wahab. Kau ok ke?”
tanya Faizal kepada Wahab.
“Kenapa kau tolong
aku?”
“Kenapa kau cakap
macam ni? Takkan aku nak biarkan kau tertiarap dekat jalan tu?”
“Kita berdua
bukannya baik pun. Kau kan tahu aku yang jatuhkan kau kat tangga!”
“Wahab. Jangan
sombong sangat boleh tak. Hal kat sekolah dengan apa yang berlaku sekarang
lain. Kau accident. Tak mungkin aku biarkan kau macam tu je. Kau tunggu
sekejap. Aku akan hantar kau balik rumah”
“Weh tak payahlah.
Aku boleh balik sendirilah”
Wahab berdegil. Dia
cuba bangun namun kakinya sakit.
“Aku dah kata aku
hantar kau balik!! Kenapa kau sombong sangat hah??! Kau duduk diam!” marah
Faizal sambil menyuruh Wahab kembali duduk di bangku. Kelakuan mereka berdua
diperhati oleh jururawat yang bertugas.
Faizal mengeluarkan
telefon bimbitnya lalu mendial nombor telefon Azim.
***
Azim dan Wan Elham
masuk ke dalam Damai Service Hospital dengan wajah yang panik. Lantas mereka
mencari-cari kelibat Faizal.
“Zal! Kau kenapa?
Siapa yang sakit?”
“Zim! Wan! Terima
kasih sebab datang. Aku nak kau tolong aku…”
“Apa dia? Kau cakap
je apa. Insyaallah aku tolong”
“Wahab. Tadi dia accident
depan mata aku. Kaki dia luka. Aku nak hantar dia balik. Tapi aku terfikir,
motor dia macam mana pulak. Takkan nak biar je dekat sini. Dia takkan boleh
bawak motor. Hmmm… Apa kata aku hantar dia balik naik kereta. Lepastu, korang
ikut aku. Wan tolong bawakan motor Wahab sampai ke rumah dia. Dan kita balik
sama-sama”
Azim mula
mengerutkan dahi. Dia menarik tangan Faizal.
“Apa kau cakap?
Wahab accident? Kau call aku tengah-tengah malam macam ni sebab nak suruh aku
tolong dia bro?” tanya Azim tanda tidak puas hati.
“Zim… Takkan kita
nak biar dia macam tu je…”
“Ya Allah geramnya
aku dengan kau ni Zal. Apasal kau baik sangat hah? Dia tu dahlah sombong.
Berlagak. Lantak dialah. Suruhlah dia call mak bapak dia!”
“Azim… Dahlah.
Jangan merungut macam ni. Tak baik. Jom kita tolong dia”
“Rumah dia jauhlah.
Kau ni memanglah bro…”
“Azim… Please…”
Azim terpaksa akur.
Faizal memapah
Wahab untuk naik ke dalam keretanya. Manakala Nicky pula sudah nyenyak tidur.
“Adik kau dah
tidur…” Wahab berkata perlahan.
“Takpelah… Dah
lewat ni”
“Sorrylah kalau aku
susahkan kau dengan Azim”
“Jangan cakap macam
tu. Sekarang, kau kena tunjukkan dekat aku jalan ke rumah kau”
“Dekat dengan
sekolah…”
No comments:
Post a Comment