CODE MUSIC ANDA

Friday, 24 January 2014

BAB 28

“Zal. Kau dah ok ke? Masih muntah-muntah lagi?” Azim bertanyakan pada Faizal keesokkan harinya di sekolah.

“Rasa pening-pening lalat. Tapi dah ok sikit” Faizal menjawab lemah.

“Hah? Faizal kenapa? Tak sihat?” Sharmila turut bertanya kepada Faizal.

“Ni hah, semalam dia muntah-muntah…” Azim menjawab.

“Takdelah Mila. Dah ok dah…”

“Tapi muka Faizal pucatlah…”

“Jangan-jangan kau ni mengandung tak?”

Faizal dan Sharmila serentak memandang kepada Azim.

“Kau ingat aku ada ovari ke?!” marah Faizal.

“Manalah tahu. Kau ni bukan boleh percaya sangat…”

“Mengarutlah kau! Lelaki mana boleh mengandung!”

“Habis tu? Kenapa muka kau cuak Zal?”

“Mana ada aku cuak!”

Azim ketawa. Sharmila hanya menggeleng-geleng kepala.

“Eh. Umizza mana? Apasal dah berhari-hari dia tak datang sekolah?” tanya Azim.

“Iya tak iyalah. Dia sakit ke?” Faizal menambah.

“Oh… Mila pun baru tahu. Miza ditimpa bencana. Rumah dia kebakaran. Yang Mila dengar, separuh badan dia pun terbakar. Terkena api” jelas Sharmila.

“Hah?!!” Faizal dan Azim melopong.

             Berita mengenai kejadian yang menimpa Umizza benar-benar memeranjatkan sahabat-sahabatnya. Pada hari yang sama juga, majlis pelantikan pemimpin-pemimpin pelajar akan diadakan di Cheras Jaya. Sebelum majlis tersebut dimulakan, Faizal sempat mengutarakan hasratnya kepada rakan sejawatan, Raja Rusmawati, pengetua Cikgu Rozita dan guru disiplin, Cikgu Nazruddin.

Semasa majlis pelantikan tersebut…

“Assalamualaikum semua. Saya ingin menyampaikan berita salah seorang pelajar 4 Amanah iaitu Noor Umizza ditimpa musibah. Rumahnya telah habis terbakar. Keluarga Noor Umizza telah banyak kehilangan harta benda akibat dari kebakaran tersebut. Marilah kita bersama-sama menyumbang seikhlasnya untuk membantu rakan kita. Pada hari ini, Raja dan Faizal akan pergi ke setiap kelas bagi mengutip derma untuk disumbangkan kepada Umizza” ucapan dari Cikgu Rozita selaku Pengetua.

***

“Mila! Nak mintak tolong!”Faizal berkata kepada Sharmila.

“Hah? Tolong apa?”

“Sebenarnya Faizal terfikir nak belikan baju sekolah untuk Miza. Tapi kalau Faizal dengan Azim yang pergi cari sendiri, silap-silap hari bulan boleh terambil saiz yang salah. Mahu tak Mila ikut kitorang carikan pakaian buat Miza?”

“Ya Allah. Boleh sangat tu Faizal! Macam mana dengan duit kutipan derma?”

“Alhamdulillah memberangsangkan. Insyaallah Cikgu Rozita akan sampaikan kepada keluarga Miza. Yang Faizal dengar dia tinggal dekat rumah Mak Long dia sekarang…”

“Ok. Kalau macam tu, bila kita nak pergi cari baju tu?”

“Petang ni?”

“Ok”

***

“Apa ke lambat benor si Sharmila Radzuan tu?!” Petang itu, Faizal dan Azim sudah siap untuk pergi mencari barang keperluan buat sumbangan untuk Umizza. Mereka merancang untuk pergi ke Kuala Lumpur dengan menggunakan kereta milik Faizal. Kini, hanya Sharmila yang ditunggu-tunggu. Azim mula merasa marah.

“Sabarlah Zim. Dah namanya perempuan…” Faizal cuba menenangkan Azim. Seraya itu juga Sharmila berjalan menghampiri mereka.

“Hah panjang umur! Kau buat apa lama sangat hah! Pakai mekap ke? Tak nampak mekap pun kat muka kau! Bedak setepek adalah!” Azim memarahi Sharmila.

“Eeee. Sorrylah!”

“Dah dah! Jom gerak”

         Faizal lantas memandu kereta Kembara miliknya menuju Kuala Lumpur. Sesampainya di sana, mereka singgah di Kamdar untuk membeli baju sekolah.

“Zal! Rasanya saiz baju ni ngam dengan Miza!” Sharmila menunjukkan sehelai baju pengawas kepada Faizal dan Azim.

“Err… Faizal tak pastilah. Urm. Ngam kot saiz tu. Mila pilihkanlah ya”

“Ok! No problem!”

“Mila, carikan dua helai baju dan kain, dua helai tudung dan dua pasang kasut. Faizal nak pergi beli beras kejap tau”

Sharmila melopong.

“Eh. Kenapa…?”

“Banyaknya! Siapa nak bayar semua baju dia tu?” Sharmila bertanya pelik.

“Urm. Mila ambil dulu. Kejap lagi Faizal datang balik”

***

Faizal dan Azim selesai membeli empat plastik beras seberat 10 kilogram dan memunggahnya ke dalam kereta.

“Weh. Dari kau beli beras, beli baju macam ni, baik kau bagi duit cash terus kat Miza! Dah dia dapat duit, dia bolehlah beli. Tak payahlah kita susah-susah macam ni…” rungut Azim.

“Azim… Family dia tengah susah sekarang… Kau jangan cakap macam tu. Dia kawan kita…”

“Yelah. Sorry…”

“Dah. Jom kita pergi jumpa Mila”

***

“Mila? Dah selesai?”

“Dah! Semua barang tu kat cashier. Insyaallah mudah-mudahan apa yang Mila pilih boleh ngam dengan Miza”

“Insyaallah…”

Faizal berlalu ke kaunter untuk membayar barang-barang tersebut. Sharmila merasa sedikit terkejut.

‘Hish. Bukan sikit tu. Banyak yang dia kena bayar’

Sharmila bertambah terkejut tatkala melihat Faizal mengeluarkan beberapa keping not RM50 dari dompetnya.

‘Banyaknya duit mamat ni’

         Setelah selesai berbelanja, tanpa membuang masa, mereka bertiga singgah di rumah Mak Long Umizza. Ibu bapa dan ibu saudara Umizza menyambut mesra kedatangan mereka bertiga. Tetapi, bayang Umizza tidak kelihatan.

“Pak Cik. Mak cik. Hanya ini yang termampu kami berikan. Saya harap sedikit sebanyak dapat membantu keluarga Pak Cik” Faizal berkata kepada ibu bapa Umizza.

“Terima kasih banyak-banyak kepada kamu bertiga. Ini pun sudah terlampau banyak. Baru sahaja tadi pengetua sekolah kamu datang. Dia bagi duit kutipan derma. Sekarang, kamu bertiga pula. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak kepada kamu bertiga. Pak cik dan Mak cik hargai sangat-sangat”

“Sebenarnya pak cik! Faizal yang beli semua ni! Saya dengan Mila temankan dia je” Azim mula membuka bicara. Faizal menjegilkan matanya kepada Azim dan memberi isyarat supaya Azim menutup mulutnya.

“Hah? Nak Faizal yang beli semua ni? Betul ke Faizal?”

Faizal mengangguk dan menunduk malu.

“Subhanallah. Terima kasih Faizal. Pak cik hargai sangat-sangat. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki kamu sebab dah bantu Umizza hari ini. Pak cik takkan lupa”

“Pak cik… Jangan cakap macam tu. Malu saya. Saya cuma pakai duit mak saya…”

“Kalau macam tu, sampaikan rasa terima kasih dari Pak cik kepada mak kamu juga. Hanya Allah swt yang mampu membalasnya”

Faizal senyum mendengar kata-kata ayah Umizza.

“Pak cik. Miza mana?” tanya Sharmila.

“Miza… Miza dah tak nak keluar jumpa siapa-siapa lagi. Bukan sahaja badannya, tapi mukanya juga terjejas teruk. Dan… hanya sebelah matanya dapat diselamatkan” kata ibu Umizza sambil tidak dapat menahan tangisnya.

Sharmila, Azim dan Faizal saling berpandangan.

“Semasa kebakaran tu, hanya Miza seorang je ke yang ada kat rumah Mak cik?” tanya Azim.

“Ya. Badannya melecur teruk…” jawab ayah Umizza.

“Urm. Pak cik, boleh tak saya nak bercakap dengan Umizza? Kalau dia tak nak keluar dari bilik dia, boleh saya cuba bercakap dengan dia dari luar bilik dia?” kata Faizal.

Ibu dan ayah Umizza memberikan keizinan. Lalu, Faizal berjalan ke arah bilik Umizza yang berhampiran dengan kawasan dapur. Faizal juga sempat melihat kawasan sekitar rumah Mak Long Umizza.

‘Ya Allah. Daif rumah ni. Kesian Miza’

Tatkala berada di hadapan pintu bilik Umizza, Faizal mengetuk perlahan pintu tersebut.

“Miza… Miza… Miza… Kau dengar tak?”

“Pergi!!!”

Faizal terdengar satu suara menyahut dari dalam bilik.

“Miza… Kau dengar kan? Aku ni… Faizal… Aku datang dengan Mila, dengan Azim. Kitorang bawakkan baju sekolah baru untuk kau. Miza… Aku tahu betapa berat ujian yang menimpa kau sekarang. Percayalah Miza. Allah takkan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan orang itu. Mungkin aku tak berada di tempat kau. Mungkin aku tak rasa apa yang kau rasa. Tapi aku nak kau tahu yang kawan-kawan kau akan terus membantu kau. Kitorang takkan biar kau bersedih dalam keadaan macam ni. Kau boleh harapkan kitorang. Esok Noi dengan Awie nak datang sini. Sekarang aku balik dulu. Fikirkanlah kata-kata aku tadi. Baliklah ke sekolah. Jangan berhenti kejar impian kau Miza. Kau kena kuat. Assalamualaikum”

***

Setelah Faizal, Sharmila dan Azim beransur pulang, Umizza tergerak hati untuk melihat baju sekolah baru yang diperkatakan oleh Faizal. Dia melihat di atas meja terdapat beberapa peralatan sekolah seperti baju dan alat tulis, serta plastik beras.

“Miza… Faizal yang belikan barang ni semua. Baik sungguh budak tu. Nampaknya dia orang berduit…” kata ibu Umizza.

‘Ya Allah. Semua ni dia belikan untuk aku?’ Air mata Umizza menitis melihat baju sekolah baru untuknya.

‘Faizal… Terima kasih…’






No comments:

Post a Comment