CODE MUSIC ANDA

Sunday, 12 January 2014

Bab 25 : Kisah Seorang Sahabat

“Zim… Sabar ok… Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku” Faizal cuba memujuk Azim yang sedang bersedih.

“Entahlah weh. Sedih tengok mak aku tak boleh gerak macam tu. Sekarang ni, keadaan ekonomi keluarga aku tengah meruncing. Kalau setakat nak harap duit ayah aku meniaga pasar malam, memanglah tak cukup. Belum kira duit ubat-ubat mak aku. Adik aku ada tiga orang lagi. Kang bila sekolah start nanti, susahlah ayah aku”

“Mesti ada jalan keluar untuk semua ni. Kau jangan risau. Banyakkan berdoa dan ingat Allah ya”

***

“Zim! Zim!” Faizal berlari riang ke arah Azim.

“Hoi! Kenapa ni? Sampai tercungap-cungap! Cuba cerita kat aku slow-slow”

“Aku dapat kerja. Kerja part time. Jomlah. Kau boleh dapat duit poket. Aku boleh dapat pengalaman. Nanti bolehlah bantu ayah kau sikit-sikit”

“Kerja apa tu? Aku berminat! Aku nak kerja!”

“Cuci kereta. Car wash”

“Car wash??”

            Faizal dan Azim mula bekerja cuci kereta di sebuah car wash yang terletak di Cheras. Faizal yang pada mulanya merasa teruja sama sekali tidak menyangka bahawa pekerjaan itu sangat memenatkan. Di car wash tersebut, hanya ada 4 orang pekerja. Hari Sabtu dan Ahad misalnya, berduyun-duyun buah kereta masuk untuk mendapatkan khidmat cuci kereta. Sampaikan 10 buah kereta datang sekaligus. Faizal merasa teramat letih. Bagai nak tercabut tulang rasanya.

              Selepas solat Isyak, Faizal terus akan membuat terjunan gaya bebas dan kuak lentang di atas katilnya. Letih tidak terhingga. Nicky naik ke atas katil Faizal dan melompat-lompat.

“Eh jangan ganggulah! Orang penat ni! Shuh shuhhh!” Faizal memarahi adiknya.

“Aaa…. Penat… Nak urut…” rengek Faizal. Faizal mula tertidur. Dia terjaga apabila menyedari ibunya mengurut bahu dan tangannya.

“You know that you don’t have to work. Kita bukan orang susah” Suryati berkata kepada Faizal.

“Ma, poor Azim. His family is having trouble now. His mom is ill and they lack of money and…”

“Yeah. He needs to work. But not you Nicholas Firdie!”

“Mommy… I know. But, I want to accompany him. As a friend, I can bear to see him working alone. At difficult times like this, I should stay by his side. Give him support. So that he know that he’s not alone. At least, he can share his problem with me…”

Suryati menggeleng-geleng kepala.

“Ma… Nak tidur… Kupu-kupu…”

“What kupu-kupu?”

“Kupu-kupu kat kipas…”

“Where’s kupu-kupu??” Suryati melihat kipas di dinding. Hairan. Tiada kupu-kupu. Dia menoleh ke arah anaknya. Faizal sudah lena.

          Tanpa mereka sedari, kata-kata Faizal itu didengari oleh Azim. Sedari tadi, Azim tercegat di hadapan pintu bilik Faizal. Tersentuh hatinya mendengar kesanggupan Faizal untuk selalu memberikannya dorongan.

***

Faizal bertanya “Encik nak tanya sewa jet ski berapa ya?”

“10 minit RM70. Kalau 1 jam RM200”

‘Hah? Dua ratus satu jam? Kenapa mahal sangat? Kenapa mencekik darah sangat? Baru Port Dickson. Belum pulau-pulau lain lagi’ gerutu hati Faizal.

          Faizal mengeluarkan RM200 dari dompetnya. Dia tetap menyewa jet ski tersebut meskipun dirasakannya agak mahal.

“Kakak… Mau naik juga” rengek Nicky.

“Ok. Kejap tau sayang. Kakak mahu rempit dulu”

Faizal memakai jaket keselamatan lantas memandu jet skinya ke tengah-tengah laut.

“Nick!! Jangan laju-laju ya Allah anak aku” Suryati menjerit melihat Faizal memandu jet ski dengan sangat laju tetapi jeritannya tiada guna. Faizal tidak mungkin dapat mendengar. Nicky setia menunggu abangnya datang menjemputnya untuk menaiki jet ski.

“Kakak… Nicky mau naik…” dia terduduk di tepi pantai.

Faizal melihat adiknya sudah mulai bersedih. ‘Ya Allah adik aku’. Lalu, Faizal menghampiri Nicky. Nicky menjerit keriangan.

“Nick. Jangan laju-laju. Jangan ke tengah!” pesan Suryati.

“Baik Ma”

        Faizal membawa adiknya menaiki jet ski. Seperti dijanjikan kepada ibunya, dia tidak membawa jet itu dengan laju dan dia memandu di kawasan-kawasan tepi pantai sahaja. Sepanjang masa Nicky ketawa seronok.

“Weh. Itu bukan Faizal ke?” Awie menjerit memberitahu kawan-kawannya.

“Mana?!” Radzi bertanya.

“Itu… Yang bawak jet ski…” Awie menunjuk kepada jet ski yang ditunggangi Faizal.

“Betullah. Memang dia. Tak sangka dia kat sini jugak. Weh apa kata kalau kita ‘kasi goreng’ sama dia? Alang-alang dia dah ada kat sini…” Radzi mula berfikiran tidak baik.

“Kasi goreng?” Awie bertanya tanda tidak faham.

“Kasi goreng rangup-rangup”  Radzi mula mengatur rancangan.

Pulang sahaja ke hotel, Faizal memeriksa telefon bimbitnya. Skrin telefon bimbit Nokia 7610 itu menunjukkan satu SMS diterima masuk.

‘Zal. Kitorang kat Teluk Kemang. Jom lepak!’

***

“Ma, my friends are here. Can I see them? They wanted to meet me at one restaurant located at Teluk Kemang. Can I?”

“Yes. Sure. Me and Nicky will just have our dinner at the hotel’s restaurant. Here. Take this”. Suryati menghulurkan wang kertas bernilai RM300 kepada Faizal.

“Ma. No need. I still have RM50 in my pocket. This is too much for me…”

“Nick, just take it. The jet ski is already cost you RM200. I’m sure the food here is quite expensive too”

“Thanks Ma. I’m promise you that I will not wasting this money”

Faizal lantas menyalami tangan ibunya dan beredar.

***

‘Seri Mesra Ikan Bakar. Hah betullah restoran ni’

Faizal memasuki restoran tersebut yang sudahpun dipenuhi orang ramai. Dia mencari-cari kelibat rakan-rakannya.

“Zal!” Awie melambai.

Kelihatan Awie, Radzi, Haime, Noisy dan Azrin menunggu Faizal di sebuah meja.

“Hish. Tak bagitahu pun kau nak pergi PD. Kalau tak, boleh kita jalan sekali” Radzi memulakan bicara.

“Oh. Sorry guys. Ini family holiday je. Tak terfikir pulak korang pun pergi”

“Azim mana? Mak dia ok ke?” Noisy mencelah.

“Masih macam tu. Tapi dah keluar hospital…”

“Zal. Kitorang dah order makanan siap-siap tau. Kitorang agak-agak je makanan yang kau suka. Bukannya apa bro. Kat sini servis lambat. Kalau malam macam ni, alamatnya berjanggutlah kita tunggu makanan kalau order lambat” Haime berkata kepada Faizal.

“Takpelah. Aku tak kisah…”

        Apabila makanan dihidang, Faizal merasa sedikit tersentak. ‘Bukan main budak-budak ni order…’. Hampir 8 jenis lauk pauk dipilih seperti ketam masak merah, ayam goreng kunyit, jenahak bakar dan sotong goreng tepung. Mereka menikmati juadah enak yang ada di hadapan mereka.

“Hoi Zal! Handphone baru ke?” Radzi bertanya sambil membelek-belek telefon bimbit Faizal.

“Ha’ah. Handphone 3310 aku dah terpisah isi dan kulit. Adik aku campak ke dinding. Bagus betul adik aku tu”

“Ini yang ‘Nokia daun’ tu kan? Smart doh yang ni. Tak macam ‘Nokia telur’. Melonjong sangat bentuknya” Awie menambah.

“Best lah yang ni…” Radzi sedikit teruja melihat telefon bimbit baru itu. Namun, nak beli tak mampu.

Tatkala bil diberikan kepada mereka…

“Hah? RM240? Errr… Macam mana ni weh… Alamak alamak. Mahal sangat ni. Aku ingat berapa puluh je…” Radzi berpura-pura panik.

“Ayoyo. Habislah kita…” Awie menambah.

“Korang ada duit nak bayar tak?” Faizal bertanya.

“Itulah pasal bro. Tak sangka mahal macam ni. Habislah kita…”

Noisy hanya diam. Tidak sanggup rasanya untuk dia berkata-kata. Dia tidak mahu turut bersandiwara.

“Urm. Takpelah. Aku bayarkan” Faizal memberi cadangan.

“Hah? Betul ke Zal? Terima kasih bro! Kitorang janji nanti kitorang bayar dekat kau!” Awie memeluk Faizal dan memberi isyarat kepada Radzi. ‘Plan berjaya!’

Faizal membayar secara wang tunai RM240. Lalu, mereka beredar pulang.

“Boleh tak korang tolong hantar aku ke hotel? Lepas ni, korang terus gerak KL kan?”

“Boleh je. Jom!”

Apabila mereka sudah menurunkan Faizal di hotelnya…

“Rancangan tiptop. Habis rangup Faizal malam ni” Awie tersengih.

“Bagus tak idea aku? Kita dapat balik malam ni perut kenyang!” Radzi ketawa besar.

“Tengoklah hotel dia. Hotel mahal ni. Dia memang berduit” Awie menambah.

“Lain kali kita ‘pau’ dia lagi. Amacam?”

“Weh korang. Kalau dia berduit pun, kita tak boleh ambil kesempatan macam ni. Dia baik dengan kita. Apa kita buat ni salah. Tak patutlah…” Azrin meluahkan rasa tidak puas hatinya. Noisy setuju dengan Azrin. Tetapi, dia mendiamkan diri.

“Tak patut? Patut tak patut pun kau makan jugak sampai kenyang kan?” Radzi menjawab. Azrin kelu.

“Kalau aku tahu, aku akan cari restoran yang lagi mahallah!”

           Sungguh rancangan mereka untuk mengenakan Faizal malam itu berjaya. Radzi sengaja memilih restoran itu kerana dia sememangnya tahu harga makanan di situ lebih mahal dari harga biasa. Malah, mereka sengaja memesan makanan lebih awal dan memilih menu yang mahal. Dan akhirnya berpura-pura yang mereka tidak cukup duit.

***

“Ma… Forgive me…” Faizal bersuara kepada ibunya yang cuba menidurkan Nicky.

“What’s wrong Nick…”

“You give me RM300. Now, only RM60 left…” Faizal bersuara perlahan, merasa serba-salah kepada ibunya.

“Oh. Do you buy clothes at Teluk Kemang?”

“No. I… I mean… My friends and I are having dinner and… I paid…”

“What?! You paid?”

“Ma. Don’t get me wrong. They don’t have enough money. But, they will pay back to me…”

“There’s something wrong here…” Suryati mula mengesyaki sesuatu.

“Nick. Did your friends choose that restaurant?”

“Yes. Why Ma?”

“They chose that restaurant. How come they didn’t even realize that they can’t afford to pay the food? I mean… They should look at the prices before they make an order right? Nick. My son. I don’t care about the RM240. What I care right now, do they being honest with you?”

Faizal tersenyum.

“Ma… Don’t think like that okay… They won’t do such things to me. Ok. I haven’t done my Isyak. Good night Ma”

Suryati senyum pahit. Dia mula mengesyaki sesuatu yang tidak baik.

‘Nick have such a good heart. He won’t feel suspicious on his friends. But I know. There’s something wrong somewhere…’ getus hati Suryati.


 BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment