‘Jaja dah bagi kat
aku. Mana aku tahu adik kau pun nak. Tak payahlah mintak dengan aku. Aku pun
tak kenal kau siapa’
Faizal menahan
geram. Dia mengetap bibir. Panas rasa hatinya tatkala membaca mesej balasan
dari Mila, rakan sekelas Jaja.
‘Kasarnya. Kerek
betul. Oi budak form 1. Tak reti cakap baik-baik ke? Tak nak bagi sudahlah. Aku
ni dahlah terpaksa tebalkan muka gara-gara nak mintak gambar artis je! Tak reti
sopan santun betul!’ gerutu hati Faizal.
‘Kau ni pun satu.
Dah macam budak-budak. Mengalahkan adik aku. Pasal gambar artis pun nak berebut
ke? Apa kata kau beli je majalah tu?’.
Rasa geram dalam hati Faizal masih
belum hilang. Faizal dan gadis itu masih berbalas mesej. Tetapi, tiada
tanda-tanda bahawa gadis itu akan mengalah dengannya. Apa yang membuatkan
Faizal tidak faham, ini hanyalah berkenaan gambar sahaja! Namun, gadis itu
masih berkata tidak. Sungguh dia hairan dengan kedegilan gadis yang baru
dikenalinya itu.
***
“Yeay ini Peterpan!
Beli dong kak…”
Nicky merengek
supaya Faizal membelikannya cakera padat artis bernama Peterpan – Bintang Di
Surga.
‘Artis baru ke ni?’
Sesampainya di
rumah, Nicky terus meminta Faizal supaya memainkan cakera padat itu.
“Nicky nonton
videonya di Astro kak… Lagunya best… Angkat jempol”
‘Sejak bila adik
aku pandai minat-minat artis ni?’ getus hati Faizal.
Semasa lagu itu
dimainkan, Nicky juga menggoyang-goyangkan kepalanya menghayati lagu-lagu band
dari Indonesia tersebut. Faizal pula hanya melihat adiknya dengan penuh rasa
kehairanan.
“Assalamualaikum.
Hoi. Rileks nampak” sapa Azim lalu masuk ke dalam rumah Faizal.
“Waalaikumsalam.
Tak adalah bro. Ni baru belikan cd untuk adik aku”
“Eh? Ini yang
Peterpan tu kan?”
“Ha’ah. Kenapa?”
“Oh. Band ni
popular gila sekarang. Kau bukaklah radio Era. 24 jam kau akan dengar lagu
Peterpan Mungkin Nanti je”
“Apa kau cakap?
Popular gila? Dengan suara yang sumbang, lirik tak teratur, music arrangement
yang serabut, itu kau kata popular gila?”
“Hoi! Amboi kau
kritik… Tapi boleh tahanlah bro lagu-lagu dorang… Macam Sheila On 7 jugak”
“Weh. Kau jangan
samakan band dongengan ni dengan SO7 ok? Hah! Yang aku kritik tadi belum habis
lagi. Muka vokalis dia… Hish aku tak tahulah kenapa aku tak berkenan betul
dengan muka…”
“Itu Ariel kak… Dia
ganteng kok…” Nicky memotong cakap abangnya. Azim lantas ketawa.
“Kau tengok tu Zim!
Tak faham betullah aku! Belum termasuk hal semalam aku bergaduh dengan budak
form 1! Gara-gara band ni”
“Budak form 1?
Budak form 1 mana?”
“Nama dia Mila. Dia
kawan satu kelas dengan Jaja. Kau tahu kan, Jaja suka beli majalah. Jadi ada la
banyak gambar-gambar Peterpan kat majalah-majalah tu. Adik aku nak gambar tu.
Tup tup Jaja bagi kat si Mila ni. Aku cuba la sms budak ni. Cakap pasal adik
aku nak gambar tu. Aku ingatkan dia akan bagi tau. Sebab… Ala setakat gambar
je! Kau tahu tak apa yang dia reply kat aku?”
Azim mula ketawa
kecil. “Apa dia reply?”
“Dia cakap, manalah
aku tahu. Jangan tanya aku. Hah! Kerek nak mampus Ya Allah sabar jelah! Aku
reply dia lagi, cakap baik-baik. Tapi budak tu kan… Tak tahulah apa angin dia!
Pertahankan sangat gambar tu! Naik geram aku. Rasa nak tumbuk-tumbuk muka dia!”
Azim ketawa lagi.
“Kau kenapa gelak?
Gara-gara gambar Peterpan tu… Aku kena bantai dengan budak form 1! Siapa tak
sakit hati?”
Azim menggeleng-geleng
kepala.
“Kau ni Zal. Benda
kecik pasal budak form 1 sampai merah muka kau gara-gara marah…”
“Mestilah marah!
Aku rasa kan, budak perempuan tu jenis yang suka menjawab. Aku pulak paling tak
suka perempuan rajin menjawab! Kalau dia ada depan mata aku, aku…
Astaghfirullahalazim… Tengok! Bertimbun dosa aku hari ni mengumpat budak tu!”
“Rilekslah…”
“Tak boleh doh! Aku
geram! Sepanjang 16 tahun aku hidup di muka bumi Allah ni, tak ada seorang pun
perempuan cakap dengan aku macam tu!”
***
Seperti dirancang, Faizal, Noisy dan
Awie memulakan perniagaan kecil-kecilan mereka menjual air di pasar malam
bermula pada hari Jumaat. Tanpa diduga, mereka mendapat sambutan yang cukup
memberangsangkan pada hari pertama itu. Tidak sia-sia mereka mendapat tapak
yang agak jauh dari rumah. Hasilnya berbaloi dan mula menambahkan semangat di
dalam diri mereka bertiga untuk meneruskan perniagaan itu.
“Alhamdulillah…
Korang tengoklah duit yang kita dapat ni… Satu ringgit~~~ Dua ringgit~~~ Tiga
ringgit~~~” seloroh Awie sambil bernyanyi.
“Alhamdulillah…
Syukur kepada Allah…” Faizal mengucapkan syukur kerana usaha mereka berjaya.
“Zal! Weh! Hidung
kau!” Noisy sedikit terperanjat.
“Hidung kau
berdarah lagi!” Awie pula terperanjat.
Faizal lantas mengambil tuala
untuk menutup hidungnya. Akhir-akhir ini, kerap kali hidungnya berdarah. Dia
juga sering mengalami pendarahan semasa memberus gigi. Terlalu kerap sehingga
menimbulkan kerisauan dalam hati Faizal.
‘Ya Allah. Kenapa
dengan aku ni…?’
No comments:
Post a Comment