“Hoi! Kau nak pergi
mana?!” Faizal menyergah Azim.
“Oh mak kau
bertelur beranak opocot!” Azim terkejut. Faizal ketawa.
“Bongok! Bagilah
salam dulu! Adoi!” Azim memarahi Faizal.
“Kau nak pergi
meniaga kat pasar malam ke? Nak ikut!”
“Hish. Kau jangan
nak cari nahas boleh tak? Kau ingat meniaga jual air tebu tu tak penat ke?”
“Aku tak kira. Aku
nak ikut”
Faizal tidak
mempedulikan kata-kata Azim. Dia lalu masuk ke dalam van Azim.
“Pak cik! Saya ikut
tau!”
“Eh Zal. Betul ke
kamu nak ikut ni?” tanya Ibrahim, ayah Azim.
“Betul! Saya nak
cari pengalaman. Manalah tahu nanti boleh jadi pengusaha tebu ke…”
Azim menepuk
dahinya. ‘Kau tu dah kaya. Ada hati nak jadi pengusaha tebu’
“Mari kita gerak!”
Sesampainya di pasar malam, Faizal
membantu Azim dan ayahnya membuat persiapan untuk jualan. Bermula dengan
mengangkut mesin air tebu yang sangat berat dan besar. Kemudian, mengupas
kulit-kulit tebu. Faizal mula merasa betapa mencabarnya kerja sebagai peniaga
air tebu. Nampak sahaja mudah, walhal hakikatnya tidak. Dia membayangkan betapa
cekalnya ayah Azim melakukan semua ini setiap hari demi mencari rezeki untuk
anak-anak. Berbeza dengan dirinya yang langsung tidak mengenal erti susah demi
sesuap nasi. ‘Ya Allah. Kau jauhkanlah aku dari sifat riak’. Faizal
beristighfar.
“Zal. Cap kau tu
dah buruk. Belilah baru. Duit ada maa” Azim berkata kepada Faizal.
“Cap ni Nadiya yang
belikan…”
“Oh. Aku faham…”
Mereka mula sibuk melayan
pelanggan-pelanggan yang silih berganti. Ramai pula pelanggan mereka malam itu.
Syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi. Faizal juga mendapat pengalaman apabila
dia cuba memerah tebu, tanpa diduga hampas tebu sangkut di bahagian pemerah.
Mesin berhenti tiba-tiba. Merah padam mukanya. Takut. Panik. Nasib baik tiada
apa yang rosak pada mesin itu.
Malam itu mengajar
Faizal akan jerit perih seseorang dalam mencari rezeki yang halal demi
keluarganya. Meskipun penat, namun berbaloi baginya menimba ilmu seperti itu.
***
Azim bersiul riang.
“Weh. Cepatlah
bukak kertas result tu!” Azim berkata kepada Faizal.
“Tak nak”
“Bukaklah!”
“Tak nak!”
“Bukak!!”
“Tak nak!!!”
“Hish. Nanti lambat
laun kau kena bukak jugak kertas tu…”
Faizal menggeleng laju. Hari itu,
keputusan PMR diumumkan. Azim memperoleh 8A. Namun, keputusan Faizal masih
belum diketahui. Dia melipat kertasnya dan masih belum melihatnya. Sedangkan
rakan-rakan lain sudah sibuk bertanya sesama sendiri akan keputusan
masing-masing.
“Bak sini!” Azim
merampas kertas itu.
“Bagi balik!”
Faizal cuba merampas kertas tersebut.
“Yunus. Cuba kau
duduk diam. Meh aku nak tengok”
Tatkala Azim
membuka lipatan kertas tersebut…
“Alamak… Dari muka
kau aku dah tahu dah… Mesti teruk kan…” Faizal mula menggaru kepalanya dan
takut.
“Kau ni bongoklah.
Kau tahu tak result kau macam mana? 7 A!!!”
Faizal terkejut,
lalu melihat keputusannya.
“Kalau kau tengok
dari tadi kan senang! Ini tak! Sampai naik letih aku tunggu kau bukak result
kau!”
“Azim! Betul ke
result ni aku punya? Ya Allah Alhamdulillah…” Faizal meraup mukanya.
“Weh. Janganlah
nangis gila! Aku yang 8A ni pun rileks je. Kau kurang 1A pun nak nangis”
Faizal memeluk
Azim.
“Zim. Terima kasih
sebab banyak tolong aku. Aku seronok sangat. Tak percaya…”
“Iya sama-sama. Tak
payah peluk aku. Hish hish”
Mereka melompat
keriangan dan pulang sambil bernyanyi gembira.
***
Motorsikal Yamaha
125ZR berwarna putih biru diparkir. Kelihatan seorang pelajar berbaju pengawas baru
sahaja tiba di kawasan SMK Cheras Jaya.
“Ika. Siapa tu?”
Puteri bertanya.
Tatkala pelajar itu
membuka topi keledarnya…
“FAIZAL??!!” Puteri
dan Ika saling berpandangan.
“Kau ni syaitan
minad dholimin betul! Mentang-mentang motor baru kau tinggalkan aku kat
belakang! Tahulah motor aku EX5 je! EX5 pun, motor ni yang menghantar kau ke
Cheras Jaya dulu tau!” Azim membebel. Faizal ketawa.
“Dah. Jom masuk”
Faizal laju
melangkah masuk ke bilik pengawas.
“Hai pengawas baru”
Faizal menegur Sharmila.
“Hai penolong ketua”
“Hish. Tak payah
sebutlah Mila”
“Mila nervous”
“Apa yang nak
nervous sangat tu?”
“Yelah. Mila tak
suka sangat kerja-kerja mengawas awas ni…”
“Rileks ok. Jom. Perhimpunan
dah nak start”
Hari berganti minggu. Minggu berganti
bulan. Bulan berganti tahun. Tahun 2005. Tahun yang meninggalkan seribu kesan
kepada Faizal dan sahabat-sahabatnya. Faizal akan belajar di kelas Sains Tulen
bersama Azim,Sharmila, Ng dan Umizza. Manakala Puteri memasuki kelas Akaun
memandangkan keputusan PMR yang kurang baik. Dia juga dilantik menjadi Penolong
Ketua Pengawas sesi pagi, manakala jawatan Ketua Pengawas disandang oleh
pelajar perempuan Tingkatan 5, Raja Rusmawati. Berkemungkinan besar Faizal akan
menjadi Ketua Pengawas di tahun berikutnya, memandangkan sekarang dia baru
Tingkatan 4.
Oleh kerana Faizal sibuk dengan
urusan pengawas, dia lambat masuk ke dalam kelas. Yang tinggal hanyalah 3 meja
kosong di kelas 4 Amanah. Sharmila duduk di meja barisan terakhir itu. ‘Siapa
lagi dua orang ni?’ getus hati Sharmila sambil melihat dua meja kosong di
sebelahnya.
Azim memasuki kelas.
“Aik. Aku duduk
tepilah”. Azim duduk di meja tepi. Kini, tinggallah satu meja kosong di tengah,
antara Azim dan Sharmila.
‘Hah? Tinggal Faizal
yang tak masuk lagi. Jadi tempat sebelah aku ni…’ getus hati Sharmila.
Hati Sharmila
berdegup kencang menanti Faizal.
Tiba-tiba…
Seseorang meletakkan
beg di atas meja. Sharmila menoleh ke arah beg itu. Lalu, pandangannya tertumpu
kepada lelaki pujaannya yang kini berdiri di sebelahnya. Faizal mula membuka
kot pengawas dan songkoknya lalu selamba duduk di kerusi.
‘Faizal!! Oh my
God!’
Muka Sharmila merah
padam.
“Laparnya. Siapa ada
keropok? Boleh mintak sikit” Faizal berkata lantang.
‘Alamak Oh my goddd
dia sebelah aku! Tahun ini adalah tahun yang paling best!! Aku dapat duduk
sebelah Faizal!!’ hati Sharmila berkata riang.
BERSAMBUNG…
No comments:
Post a Comment