Di suatu petang,
Shamsul yang bekerja sebagai seorang mekanik di sebuah bengkel membawa pulang
dua buah sport rim buruk. Dia lantas memberikannya kepada Faizal apabila Faizal
mencadangkan sport rim itu boleh dicantikkan dan dijual. Petang itu juga,
Faizal, Azim dan Wan Elham berkumpul untuk melaksanakan projek itu.
“Kau ingat tak masa
kau cakap dengan aku pasal bisnes bapak kau? Bisnes apa ya yang bapak kau buat?
Aku dah lupa” kata Wan.
“Bisnes
construction. Lebih kurang macam syarikat pemaju…” jawab Faizal.
“Tapi… Kau tak
minat nak bekerja dekat syarikat bapak kau kan? Kau pernah kata yang kau tak
suka bidang bisnes…”
Faizal mengangguk.
“Sebenarnya, bakat
bisnes tu dah mengalir dalam diri kau Zal. Otak kau pun otak bisnes. Contoh,
berniaga dekat pasar malam. Itu bisnes! Sekarang, kau cakap nak jual balik
sport rim ni! Ini pun bisnes! Kau memang ‘menghala’ ke bidang bisnes la bro…”
Faizal kelu.
“Entahlah… Aku pun tak tahu nak cakap apa…”
“Fikirlah
baik-baik. Siapa lagi yang nak teruskan usaha bapak kau kalau bukan kau,
sebagai anak dia? Mungkin kau rasa kau tak minat tapi kau ada bakat sebenarnya.
Kau memang ada bakat!”
Azim hanya diam
mendengar perbualan tersebut.
“Boleh tak aku nak
cat sport rim ni colour pink?” akhirnya Azim bersuara. Belum pun sempat Faizal
atau Wan menjawab, tiba-tiba…
“Nick!!”
Seorang gadis
cantik memanggil Faizal. Faizal menoleh lantas berdiri. Gadis itu ingin memeluk
Faizal.
“Ehhhhhh jangan!!!”
Faizal menghalang.
“Ok fine. Aku cari
kamu ke mana-mana… Rumah kamu susah dicari ya” kata gadis itu dengan loghat
Indonesia-nya yang cukup pekat.
“Fairuz, what are
you doing here?” tanya Faizal. Wan dan Azim terkebil-kebil. Tertanya-tanya akan
siapakah gerangan gadis itu.
“Wan. Kau nampak
tak apa yang aku nampak?” kata Azim.
“Nampaklah… Aku
belum buta lagi”
“Cantik Wan.
Bergetah… Seksi…”
“Woi! Jangan tengok
benda yang tak sepatutnya!”
“Bukan aku sengaja
bro! Ini free show!”
Gadis yang baru
sahaja tiba itu memukau sesiapa yang memandangnya. Bukan sahaja wajahnya yang
sangat cantik, juga pakaiannya yang agak ketat dan menjolok mata.
“Fairuz… Is it you?
Oh my God…” Suryati keluar dari rumah setelah menyedari ketibaan Fairuz.
“Aunty….” Fairuz
seraya memeluk erat Suryati dan mengikut Suryati masuk ke dalam rumah.
“Zal… Ada awek lawa
tak habaq mai na” kata Azim.
“Dia bukan awek
aku. Dia kawan aku masa kecik-kecik je…”
“Lawa tu bro. Tak
terjojol ke biji mata kau? Takkan tak ada feeling langsung?”
“Hah? Apa yang kau
cakap ni? She’s my friend. And forever will always be my friend…”. Faizal tidak
mempedulikan Azim atau pun Wan yang begitu teruja melihat kecantikan Fairuz.
Baginya, Fairuz hanyalah kawan semasa kecil. Tidak lebih dan tidak kurang.
“Nick…! Stop your
work! We have a guest!” Suryati memanggil dari dalam rumah.
“Ala… Apalah… Mama
jelah layan dia… Orang tengah busy ni…” rungut Faizal perlahan.
“Nick….” Suryati
memanggil lagi.
“Ok! Ok! I’m
coming!” jawab Faizal.
“Bro, macam tak
ikhlas je bro… Tak fahamlah. Ada cikaro cantik pun buat tak tahu je” kata Azim.
Faizal terus masuk
ke rumah.
“Nick. Change your
clothes please. It’s dirty…” perintah Suryati. Faizal menurutinya.
“Fairuz… Here
orange juice for you. It’s been a while since last time we meet… Papa kamu apa
khabar…?”
“Bisnes papa
merudum Aunty. We feel worry about it… Aunty I miss you so much”
“Oh so sweet. I
miss you too. And Felina of course. But you only miss me? How about Nick…?”
Suryati mengusik Fairuz.
“Yeah. I miss him…
A lot actually…” kata Fairuz sambil ketawa kecil.
“There you are…
Nicholas Firdie…”
Faizal menuruni
tangga dan menghampiri Fairuz serta ibunya.
“Ok. Mama buat
kerja di belakang dulu ya”
‘Eh Mama! Adoi!
Kenapalah tinggalkan aku dengan… Ah! Geramnya!’ geram hati Faizal.
“Nick. You look
much more handsome than the last time…” kata Fairuz.
“Kamu datang sini
buat apa?”
“Aku tak sekolah.
Actually digantung sekolah…”
“Hah?! Kenapa?”
“Ada kes sikit.
Nanti aku cerita ke kamu. Kamu apa khabar Nick? It’s more than a year since the
last time I talked to you. Kamu ke mana aja? YM tak ada reply. Not even
myspace. And your phone number can’t be reached also…”
“Someone hack my
YM. I can’t open it. And I’ve changed my phone number…”
“Ok. How about your
girlfriend…?”
“Fairuz… She’s
dead…”
“Oh. Sorry…”
Faizal terdiam.
“Nick. Sorry
again…”
“It’s okay”
“I would like to
spend time with you. Will you show me some nice places here? Will you?”
“Urm. Err…
Tengoklah nanti kalau ada masa ok”
“How about today?”
“Today? No. Aku
mahu berniaga hari ini. Later I inform you okay?”
Fairuz mula merasa
kecewa.
‘Why it is so hard
for you to just spend a day with me? Why it is so hard for me to win over your
heart? I’ve always want you. Since then, and now…’ getus hati Fairuz. Dia
berharap Faizal mengerti akan keinginan hatinya.
***
“Someone must be so
excited now since his sweet friend are here…” Suryati mengusik Faizal yang dari
tadi sibuk membuat kerja sekolahnya.
“Mama… I feel
nothing. Not feeling excited at all”
“She’s your friend.
I can see from her eyes that she’s so so in love with you. She’s living nearby
now with her sister. She’s beautiful. She came from a good family. She respect
me and…”
“Ma… What if I
choose someone that is not as rich and beautiful as Fairuz? I prefer someone…
Who is much moderate and lovely… Fairuz is just too sexy, too spoiled. Me and
her can only be friends”
“You like someone
else…?”
Faizal terdiam.
Tiada jawapan.
“Nick. You’re still
young. I will let you to choose whoever that you love. I’m also once fall in
love with your Papa and I know how was that feeling. But for now, I need you to
concentrate on your studies. Ok?”
“Sure Mom. I’ll
make you proud”
Kini, bayangan Mila
muncul di benak Faizal.
***
“Hi Aunty. Good
morning!” Fairuz mengunjungi rumah Faizal pada suatu pagi.
“Good morning
Fairuz. Come. Let’s have breakfast with us!”
“Aunty. Actually I
bring chocolate roll for you…”
“Oh so sweet.
Thanks dear. Come…”
Suryati membawa Fairuz
ke bahagian ruangan makan. Kelihatan Faizal dan Nicky sedang bersarapan.
“Nicky. Kakak
bawakan chocolate roll!” Fairuz lantas mencium dan memeluk Nicky.
“Kakak bawa cokolat
untuk Nicky…?”
“Yes sayang”
“Makasih kakak…”
“Sayang. Kenapa
kamu pakai baju sukan macam ni? And Nick also?”
“Kakak… Kita mahu
pergi jogging di Titiwangsa…”
“What? Jogging?
Nick, aku ikut…”
‘Alamak. Hancus.
Nicky Nicky. Yang jujur sangat tu kenapa? Kang aku cakap tak boleh, nampak tak
elok pulak’
“Okay” jawab Faizal
perlahan. Dia lantas bangun dari tempat duduknya.
“Cepat sikit siap!
Aku tunggu dalam kereta”
***
“Kakak… Tunggu
Nicky…” jerit Nicky sambil terkocoh-kocoh berlari mengejar abangnya.
“Nick. Kamu slow
sikit tak boleh ke?” tanya Fairuz.
“No. Biarkan. Siapa
lambat aku tinggal”
“Kamu! When did you
bought your car?”
“This month”
“Keretanya bagus.
Cantik…”
“Kereta lama
sekarang macam ada masalah sikit. So… Sebab tu Mama beli yang baru…”
“Jadi, ada
perempuan pernah naik kereta tu dengan kamu?”
“You’re the second
beside my mom”
Fairuz tersenyum
senang hati. “Nick. Kamu tak mahu pulang Indonesia?”
“No. Tak ada tempat
bagiku di sana”
“Kalau kamu tak
mahu pulang sana, jadi aku akan tinggal di sini. Sama kamu”
Fairuz seraya
menghampiri Faizal. Dia ingin mencium pipi Faizal. Tetapi…
“Kakak…! Ada
aiskrim! Nicky mahu!” Nicky menjerit tatkala melihat ada orang menjual aiskrim
di situ. Faizal berjalan menghampiri Nicky dan mendukung adiknya untuk membeli
aiskrim.
“Ok sayang… Kamu
mahu aiskrim apa?”
“Paddle pop
rainbow…”
Fairuz hanya
memerhati. Keinginannya tidak kesampaian.
No comments:
Post a Comment