CODE MUSIC ANDA

Friday, 24 January 2014

BAB 40

“Korang semua! Attention attention!”

Faizal mengajak sahabat-sahabat terdekatnya untuk berkumpul di dewan terbuka selepas tamat waktu sekolah. Sahabat yang dijemput olehnya adalah Nana, Puteri, Radzi, Haime, Azrin, Noisy, Awie, Ng, Umizza, Sharmila, Wahab, Wan Elham dan Azim.

“Ada apa Zal? Benda macam mustahak je” kata Awie.

“Memang mustahak. Aku jemput korang ni sebab malam esok aku ada buat jamuan dinner makan-makan kat rumah aku. Korang datang ok?”

“Hah? Malam? Oit. Rumah kau jauhlah. Pendalaman!” sahut Nana.

“Kitorang ok je. Boleh naik motor. Tapi bagi awek-awek kita ni, mungkin dorang susah sikit Zal…” kata Haime.

“Ala… Aku nak sangat korang datang. Aku buat acara ni untuk korang je. Yang lain-lain aku tak jemput. Special untuk yang rapat dengan aku…”

“Bukan kitorang tak nak datang. Tapi jauh itu yang jadi masalah. Lagipun, malam! Boleh tak kau buat siang?” jawab Umizza.

“Dah namanya dinner, mestilah malam Miza! Ok. Macam ni. Apa kata untuk yang duduk kat Cheras especially girls datang sekaligus naik teksi? Nana, kau boleh tunjukkan jalan kan? Bila balik pulak, aku akan hantar. Boleh?”

“Wow. I rasa oklah. I nak makan kat rumah U. Macam mana? Jomlah” sahut Ng bersemangat.

“Ok, no problem” jawab Umizza. Sahabat-sahabat perempuan sudah mendapat kata sepakat.

“Yang lelaki, aku rasa korang tak ada masalah kan untuk datang esok? Korang kan ada motor…” tanya Faizal.

“Boleh je Zal. Kau siapkan makanan banyak-banyak!” seloroh Awie.

***

“Tada! Ini rumah Faizal!” Nana menunjukkan rumah Faizal kepada Ng, Puteri dan Umizza. Seperti dirancang, mereka pergi ke rumah Faizal bersama-sama dengan menaiki teksi.

“Eh? Rumah dia dekat kawasan kampung, tapi rumah batu” jawab Ng.

“Assalamualaikum!”

“Waalaikumsalam! Mari masuk….” Suryati menyambut kedatangan sahabat-sahabat Faizal dengan senyuman.

“Duduk dulu ya. Faizal tengah solat Isyak. Ibu siapkan meja dulu ya…”

Nana, Ng, Umizza dan Puteri kagum apabila buat pertama kalinya mengenali ibu Faizal. Meskipun dia seorang minah salleh, tetapi caranya begitu mesra. Malah, fasih berbahasa Melayu. Mereka tidak melepaskan peluang untuk meninjau sekitar rumah Faizal. Rumah Faizal begitu luas dan ringkas, namun menarik. Terdapat piano di ruang tamunya, malah ruangan makan dihiasi lampu chandelier yang begitu cantik. Luar rumahnya pula dipenuhi tanaman-tanaman seperti orkid dan aloe vera.

“Assalamualaikum Ibu”

Sharmila baru sahaja sampai diikuti sahabat-sahabat lelaki yang lain.

“Amboi! Cantik kau malam ni. Bibir tu calit lipstik ke?” usik Awie. Sharmila tersipu malu.

“Faizal mana? Tak turun lagi?” tanya Noisy.

“Tak… Ibu cakap dia tengah sembahyang…” jawab Puteri.

“Huyoo! Empuknya sofa ni!” Wahab kelihatannya begitu teruja.

Seterusnya, Azim pula tiba. Tetapi, Azim dengan selamba masuk ke ruangan makan dan naik ke bahagian atas.

“Eh? Selamba badak mamat tu” kata Wahab.

“Jangan hairanlah Hab. Azim dengan Faizal teman sepoket berdua maaa” sahut Wan. Sahabat yang lain menyambutnya dengan ketawa.

“The food is ready. You guys would like to eat first?” sapa Suryati mesra.

“Eh takpelah Ibu. Kami tunggu tuan tanah kedaong dulu” jawab Noisy.

“Tuan tanah what…?” Suryati berkerut.

“Maksud saya, kami tunggu Faizal!”

Seraya itu Faizal turun bersama Azim dan Nicky. Azim memimpin tangan Nicky yang memakai baju gaun ala-ala pari-pari yang mempunyai sayap di belakangnya. Manakala, Faizal hanya berkain sarung, memakai kopiah dan berbaju melayu.

“Thanks sebab datang. Jom kita berjimba-jimba di ruangan makan tuan tuan dan puan puan. Encik encik. Ibu ibu” pelawa Faizal.

“Zal. Tak faham aku. Adik kau bukan main fairy princess. Yang kau ni? Pak ustaz!” usik Awie. Faizal hanya tergelak.

Kini, mereka semua duduk di meja makan.

“Ok! Aku sediakan makanan western. Yang ini, nasi Mediterranean. Ini favourite family aku. Nasi ni dimasak dengan mentega dan sayur-sayuran. Ada ayam bakar, fish and chip dan sotong goreng…  Sotong ni aku yang masak tau. Berikan komen korang” terang Faizal panjang lebar.

“Apa pasal la sotong goreng kau ni macam kuih cekodok je bentuknya?” tanya Azim kehairanan.

“Weh! Aku masak ni guna cara aku yang tersendiri tau! Sotong tu dah dipotong kecik-kecik. Rangup. Cuba try. Cicah dengan mayonis. Meh meh aku suapkan. Bukak mulut tu ayang. Abang suapkan” kata Faizal sambil menyuapkan sotong itu ke mulut Azim. Rakan yang lain tertawa melihat adegan ‘romantis’ itu.

Azim menjulingkan matanya.

“Azim! Azim! Kau kenapa?!” Faizal panik.

“Sedap gila bro!!” seloroh Azim sambil tertawa.

Para sahabat mencuba sotong goreng buatan Faizal.

“Macam mana?” tanya Faizal dengan muka teruja.

“Oh my God! Sedapnya Zal…!” puji Umizza.

“Yalah. Banyak sedap. You really can cook. You’re the man” sahut Ng pula. Yang lain menyetujui pendapat Ng.

“Sotong tu kan… Macam… Macam… Cair dalam mulut kita. Berjus-jus!” kata Awie sambil mengunyah dengan mata tertutup. Dia cuba menghayati masakan tersebut.

“Actually Nick loves to cook. Dia bisa masak sendiri. Jadi Ibu tak risau…” kata Suryati.

“Apa pendapat Ibu kalau Faizal kahwin dengan orang Sunda? Ibu nak tak berbesan dengan orang Sunda?” tanya Azim bersemangat. Faizal menjegilkan matanya kepada Azim dan menendang kaki Azim.

“What? Sunda?” Suryati memandang Faizal. Tajam.

“Mama jangan pedulikan…”

“Ibu! Faizal sebenarnya nak kahwin lepas SPM!” tambah Azim lagi.

“Hoi!! Eh mana ada Ma. Tapi kan Ma, kalau kahwin awal kan bagus. Betul tak Ma? Abi cakap kalau kahwin awal, syaitan akan menangis” jawab Faizal sambil menggengam kuat bahu Azim tanda marah.

“Kamu nak kahwin awal semata-mata nak buat syaitan menangis? I don’t believe you…”

“Kamu miang Nick!”. Rakan-rakan yang lain mula mentertawakan Faizal. Wajah Faizal merah padam.

Setelah selesai acara di meja makan, Faizal menghidangkan kek brownie sebagai pencuci mulut kepada rakan-rakannya.

“Alamak. Kenyang betul malam ni” kata Puteri.

“Alhamdulillah. Makanlah lagi selagi terdaya Put” sahut Faizal.

“Terima kasih banyak-banyak sebab datang. Aku buat semua ni sebagai tanda aku sangat menghargai korang. Each and everyone of you. Aku tak pernah anggap korang sekadar kawan, aku anggap korang seperti saudara aku sendiri. All of you is my brothers and sisters. Kalaulah korang tahu betapa pahitnya hidup aku dekat sini masa aku baru-baru jejak Malaysia. Macam-macam orang hina aku dan Mama aku. Bermula dengan aku kenal korang semualah, aku rasa beban aku serta merta hilang. Aku dah tak rasa tertekan lagi. Dan aku bersemangat setiap hari untuk ke sekolah. Meskipun sekolah jauh. Terima kasih sekali lagi sebab menjadi kawan aku. Aku harap, sampai bila-bila pun. Kita semua takkan putuskan silaturrahim ni. Sampai bila-bila pun, aku harap kita kekal sebagai satu keluarga. Biarlah kita semua berasal dari latar belakang yang berbeza. Itu semua tak penting. Yang penting, hati kita. Tanya pada hati kita. Jika ada salah seorang antara kita yang susah, kita semua akan rasa susah tu. Dan setiap kegembiraan juga, kita akan rasai bersama. Aku sayang korang”

Faizal meluahkan hasrat hatinya. Matanya berkaca. Serentak itu juga sahabat-sahabat lelaki memeluk Faizal dan sahabat-sahabat perempuan berpelukan sesama mereka. Mereka saling mengungkapkan kata maaf terhadap salah silap masing-masing dan berkata sayang kepada satu sama lain. Ikatan persahabatan yang begitu indah.

***

“Zal, aku, Noi, Azrin dengan Awie nak berterus terang dengan kau. Sebab semalam, aku dah sedar. Aku sedar kau seorang insan yang baik. Aku rasa tak tenang kalau aku tak cakap hal yang sebenarnya dengan kau” kata Radzi.

“Apa yang kau cakap ni Radzi? Ada apa?” tanya Faizal pula.

“Kau ingat tak yang masa kau pergi holiday kat PD dengan family kau? Lepastu kitorang ajak kau pergi makan kat Teluk Kemang?”

“Ya. Ingat… Kenapa ya?”

“Sebenarnya kitorang rancang untuk kenakan kau malam tu. Kitorang nak pau duit kau. Jadi, kitorang pilih tempat mahal. Dan kitorang order makanan siap-siap. Semua tu untuk kenakan kau. Maafkan kitorang Zal…”

“Pau? Pau tu bukannya kuih putih bulat-bulat tu ke?” tanya Faizal dengan muka pelik.

“Pau tu tipu duit kau. Maksudnya, kitorang tipu kau” terang Radzi.

“Ya Zal. Maafkanlah kitorang. Kitorang menyesal…” kata Awie.

Wajah Faizal serta merta berubah.

***

“Saya tak sangka mereka buat saya macam ni Abi. Saya percayakan mereka. Saya sama sekali tak berprasangka buruk. Saya… Ok… Kalau Radzi yang nak kenakan saya, saya boleh terima lagi. Tapi yang sukar nak percaya tu, Noi pun terlibat. Padahal Noi cukup rapat dengan saya. Sampai hati dorang!” luah Faizal kepada Ustaz Mansor di surau.

“Faizal… Mereka dah mengaku kesalahan mereka. Adalah sebaiknya kamu memaafkan. Ingat, sifat pemaaf itu antara sifat-sifat terpuji Rasullullah saw”

“Sakit hati saya Abi. Saya tak boleh terima. Mereka mempermainkan saya”

“Janganlah kamu menyimpan dendam dalam hati kamu. Tak baik Zal. Kamu tahu tak, salah satu cara untuk mendapat keikhlasan sejati di dalam diri adalah dengan memaafkan orang lain setiap hari sebelum tidur. Abi yakin, dari kali pertama Abi lihat kamu, kamu mempunyai hati yang baik. Dan kamu bukan pendendam. Malah kamu tak pernah membenci Along. Abi tahu…”

“Astaghfirullahalazim… Along macam mana sekarang Abi?”

“Kali terakhir Abi lawat dia dekat sekolah juvana tu, muka dia lebam-lebam. Abi rasa dia kena pukul dekat sana…”

“Masyaallah kesian dia. Tak ada cara ke untuk keluarkan dia dari sana Abi? Kalau perlu duit jaminan, saya boleh tolong…”

“Tak perlu Zal. Along dah berbuat silap dan dia perlu belajar dari kesilapan itu. Tengok tu. Betul kan kata-kata Abi? Kamu langsung tak berdendam pada Along…”

“Saya dah lama maafkan dia Abi. Saya dah anggap Abi seperti ayah kandung saya, dan Umi seperti ibu saya. Jika Abi adalah ayah saya, maka Along adalah adik beradik saya juga. Kan Abi?”

“Faizal… Kamu anak muda yang sangat menakjubkan”



No comments:

Post a Comment