“Eh Nad! Kau tunggu
siapa tu? Hish kau ni. Sebenarnya nak tolong abang ke tak?” Safri menegur
adiknya, Nadiya yang kelihatan tidak fokus dan matanya melilau-lilau mencari
kelibat seseorang.
“Urm… Abang… Faizal
dah lama tak datang makan burger kat sini kan…”
“Hah? Apa kau
cakap? Kau ni sebelum cakap, fikir dulu boleh tak? Kau dah mintak putus dengan
dia. Takkanlah dia nak makan kat sini lagi”
Nadiya diam. Dia
berlari ke tepi tangga dan duduk di situ.
“Nad. Apasal kau
nangis?”
“Nad. Kau jawab
soalan Abang. Takkanlah kau rindukan Faizal kot”
“Nad rasa Nad dah
buat salah dengan dia. Nad rindukan dia”
***
“Apa perkembangan
lu hari ni sebagai pengawas percubaan?” Azim bertanya kepada Faizal.
“Hmmm… Perkembangan
aku hari ni… Aku berjaya tegur seorang budak untuk simpan pinggan dia kat
besen”
“Itu je?”
“Itu jelah. Kan aku
bertugas kat kantin. Tapi kan. Aku rasa jadi pengawas pusat sumber lagi
seronok”
“Lu mahu tukar ke?”
“Urm. Takpelah Zim.
Aku akan terus jadi pengawas. Zim. Aku nak tegur kau something boleh?”
“Apa?”
“Kenapa kau suka
bercakap pakai ‘wa’ dan ‘lu’”?
“Wei. Itu style wa lah”
“Aku tahu. Tapi…
Nanti kau terbiasa pulak. Kau kan nak jadi doktor bila besar. Kang tak
pasal-pasal bila pesakit datang kau pi cakap kat dia lu sakit apa? Mari sini wa
check lu. Tak bagus kalau kau teruskan”
Azim tergelak.
“Yelah”
“Macam tak percaya
dah akhir tahun kan. Terima kasih sebab banyak tolong aku”
“Apa gunanya kawan,
kan?”
***
“Nad. Kau dari tadi
pegang telefon. Kau call siapa?” Safri bertanya kepada Nadiya.
“Nad… Call… Faizal…
Tapi Nad rasa dia balik Australia kot. Berkali-kali Nad call dia. Tapi… Dia
tutup handphone”
“Balik Australia
apanya? Baru dua hari lepas abang nampak dia kat rumah Sham. Mungkin… Dia nak
lupakan kau”
KRING KRING KRING
Telefon rumah
Faizal berbunyi.
“Hello. Rumah Faizal
Firdie” Nicky menjawab.
“Nicky! Ini kak
Nadiya. Boleh panggilkan Nick?”
Nadiya memberanikan
diri untuk cuba menghubungi Faizal menggunakan telefon rumahnya.
“Kakak… Ada telpon.
Kakak….” Nicky memanggil abangnya.
“Siapa sayang?”
Faizal yang berada di dapur bertanya pada Nicky.
“Kak Nadiya”
‘Hah? Nadiya?’
“Hello”
“Izal. Ini Nad”
“Ya. Aku tahu. Ada apa?”
“Boleh tak kita
jumpa?”
“Aku busy”
“Tapi Nad
betul-betul nak jumpa Izal. Penting”
“Aku dah cakap tadi
kan yang aku busy. Aku nak balik Sydney. Ada apa-apa lagi?”
“Tak” Nadiya
menyahut lemah.
Tut tut tut tut
Faizal meletakkan
gagang telefon.
“Nicky! Hurry up
pack your things okay. We don’t want to miss out our flight”
“Can I bring my
teddy?”
“Only one teddy
okay?”
“Okay” Nicky
mengangguk.
“Nick! Who’s
calling?” Suryati memanggil dari atas.
“No one Ma. Wrong number”
“Zal! Hello! Hello!”
Nadiya masih sukar
untuk percaya yang Faizal meletakkan gagang begitu sahaja. Tetapi salahnya juga
kerana telah menyakiti hati lelaki itu. Malah, Faizal menggunakan perantaraan ‘aku’.
Tidak lagi menggunakan ‘Izal’ seperti selalunya.
‘Dia akan balik
Sydney? Mungkinkah aku tak dapat jumpa dia lagi lepas ni?’
Nadiya menangis.
BERSAMBUNG…
No comments:
Post a Comment