“Kakak! Nicky mahu
bantu!” kata Nicky bersemangat. Dia mahu membantu abangnya mencuci kereta pada
petang itu.
“Ok. Nicky cuci
kereta lama. Kakak cuci kereta baru” jawab Faizal pula sambil tersengih.
Nicky bercekak
pinggang. “Kok gitu? Mentang-mentang ada yang baru, yang lama dilupakan”
Faizal kehilangan
kata-kata. ‘Aik. Terkena aku’. Nicky lantas mengambil span yang sudah
dicelupkan dengan sabun lalu mengenakannya pada bahagian pintu kereta. Oleh
kerana badan Nicky yang rendah, dia hanya boleh mengenakan sabun pada bahagian
bawah kereta sahaja. Selebihnya dilakukan oleh Faizal.
Semasa Faizal
sedang leka membersihkan tayar kereta menggunakan berus, Nicky membuka pili
paip dan menghalakan pili paip itu ke arah Faizal.
DUUUSHHHH
“Hey! Basahlah! Ya
Allah budak ni…”
Nicky ketawa
terkekek. Faizal lantas memeluk geram dan menggeletek adiknya.
“Wah. Seronok
nampak…”sapa Fairuz.
“Eh Fai. Buat apa
kat sini?”
“Kenapa kamu sering
tanya soalan itu ke aku? Sudah tentu aku mahu menjenguk kamulah. Kamu sibuk
nampaknya”
“Ya. Quite busy
here”
“Oh… Hari ini hari
Sabtu. Mahu jalan-jalan ke Kuala Lumpur tak?”
Belum sempat Faizal
menjawab, Nana pula datang ke situ.
“Faizal~~~~!” sapa
Nana manja.
“Nana! Kau buat apa
kat sini?!” terkejut Faizal.
“Hari Sabtu! Jom
keluar! Jomlah jomlah jomlah…!” kata Nana sesekali dia menjeling kepada Fairuz.
“Nana! Aku tengah
busy ni!”
“Takpe! Aku boleh
tunggu sampai kau dah tak busy!”
“Hey! Kamu tak
dengar jawapan dia ke yang dia busy?!” Fairuz menarik tangan Nana.
“Weh lepaslah. Suka
hati akulah!” jawab Nana pula.
“Aku yang sampai
sini dulu! Aku yang ingin ajak dia keluar dulu. Kamu jangan ganggu kita!”
“Hello! Kau siapa
nak arah-arah aku?”
Fairuz dan Nana
sudah mula bercakaran sesama sendiri. Faizal cuba meleraikan pergaduhan
tersebut.
“Sudah sudah…”
“Kamu tak boleh
dekat-dekat sama Nick!” jerit Fairuz masih tidak puas hati.
“Apasal aku pulak?!
Kau yang menyibuk dekat sini!” Nana juga masih melawan. Faizal mula merasa
pening.
“Diam!!! Korang
berdua diam!! Nana! Fairuz! Balik! Aku tak nak tengok muka korang”
Fairuz dan Nana
terkedu melihat amarah Faizal.
“Apa korang tunggu
lagi? Aku cakap balik, BALIK!!”
Tiba-tiba air
disimbah ke arah Nana dan Fairuz. Mereka melihat Nicky yang memegang pili paip.
“Kakak Nicky bilang
kalian harus pulang…” kata Nicky.
Hendak ketawa Faizal
dibuatnya melihat keadaan dua gadis itu yang basah kuyup gara-gara adiknya.
“My blouse! Huh!”
Fairuz berlalu dari situ dengan perasaan yang geram.
“Err… Nana balik
dululah Zal…” Nana pula meminta diri. Rasa malu menghimpit dirinya.
Setelah kedua gadis
itu pergi, Nicky ketawa dan memeluk abangnya. Kemudian, dia meleraikan pelukan
itu dan bercekak pinggang. “Kakak! Cepat buat kerja! Kita ada banyak lagi nak
cuci ni!”
***
Faizal memegang
sekuntum bunga matahari kecil.
“Ok sunflower. Kau
kena bagitahu aku sama ada aku ni suka kat Mila ke tak”
Faizal mula
mencabut satu persatu kelopak bunga tersebut dan memulakan kiraannya.
“Aku suka Mila… Aku
tak suka Mila… Aku suka Mila… Aku tak suka Mila… Aku suka Mila… Aku tak suka Mila…
Aku suka Mila… Aku tak suka Mila… Aku suka Mila… Aku tak suka Mila…”
Sehinggalah ke
kelopak bunga yang terakhir… “Hah? Aku suka Mila?? Eh! Bengong punya bunga!”.
Faizal terus mencampak tangkai bunga itu. Kelakuannya diperhati oleh Azim dan
Radzi. Mereka lantas mendekati Faizal dan duduk di sebelahnya.
“Kenapa ni bro?
Main dengan bunga pulak. Azim ada bagitahu aku bro yang kau sekarang suka dekat
seorang budak Form 1 ni. Siapa nama dia Azim??” kata Radzi.
“Nama dia… Mila!”
jawab Azim pula.
“Oh! Jadi kau
memang suka la dekat Mila tu?!” seloroh Radzi.
“Ya…” jawab Faizal
lemah.
“Hah? Apa dia Zal??
Kau suka Mila??” Azim dan Radzi berkata serentak dengan nada terkejut. Faizal
tersedar yang dia terlepas cakap.
“Eh! Bukan! Bukan!
Maksud aku… Err… Aku suka! Eh salah. Aku tak suka!!”
Jawapan Faizal yang
maha kelam kabut membuatkan Radzi dan Azim ketawa berdekah-dekah dan membuat
kesimpulan bahawa rakan mereka itu sudah angau.
“Ha Ha! Faizal suka
Mila! Ha ha! Faizal suka Mila!!” ejek Radzi dan Azim.
“Mana ada!!”
“Oh… Bukan main
kutuk tapi hati sudah jatuh sayang aaa…”
***
“Betul Mila. Itu
yang kitorang dengar. Radzi dengan Azim jerit kuat-kuat yang Faizal sukakan U”
kata Ng.
“Betul ke korang
ni?” tanya Sharmila seakan tidak percaya.
“Hish Mila, telinga
kitorang ni tak pekak lagi. Memang dorang sebut Faizal sukakan Mila” kata
Umizza.
“Ya Allah! Mila
macam tak percaya! Seronoknya! Mila seronok sangat!” Sharmila melompat
keriangan dan memeluk kedua sahabatnya itu.
Salah faham terjadi
apabila Ng dan Umizza menyangkakan ‘Mila’ yang disebut-sebut oleh Faizal serta
rakan-rakannya itu adalah Sharmila, sahabat mereka. Sungguh berita itu cukup
menggembirakan hati Sharmila kerana setelah sekian lama memendam rasa, akhirnya
Faizal membalas perasaannya.
***
Selepas tamat waktu
sekolah, Faizal memandu motorsikalnya menuju rumah Mila yang terletak di
Segambut. Entah kenapa, dia mahu melihat wajah Mila pada hari itu. Meskipun
sekejap, sudah cukup baginya. Dia berhenti tepat di tepi jalan, lalu membuka
topi keledarnya. Ketika itu, Mila yang tidak memakai tudung sedang asyik
bermain dengan kanak-kanak di kawasan rumahnya.
Faizal memandang
tepat ke arah Mila. Namun, Mila duduk membelakanginya. Sedangkan Faizal berada
tidak jauh dari Mila. Tidak sampai 10 minit, Faizal kembali memakai topi
keledarnya dan beredar.
‘Aku tak perlukan
sunflower tu untuk pastikan perasaan aku pada kau. Aku memang cintakan kau’
No comments:
Post a Comment