CODE MUSIC ANDA

Friday, 24 January 2014

BAB 51

‘Hari ini, Faizal sudah menunjukkan satu lagi simptom. Kesan dari hatinya yang rosak. Simptom itu adalah cerebral edema. Selain terdapat cecair berlebihan di abdomennya, cecair yang berlebihan itu juga telah menyebabkan tekanan dalam otak Faizal. Menyebabkan dia merasa keliru, terganggu dan mengalami tekanan emosi. Puan, sebaik-baiknya Faizal diberi rawatan di hospital. Cerebral edema mampu mengakibatkan pesakit koma. Apatah lagi dalam keadaan Faizal yang seperti tadi. Selain itu, dia perlu menjalani paracentesis’

Kata-kata Dr. Haikal itu terngiang-ngiang di telinga Suryati. Dia mengemas bilik Faizal yang bersepah dan menitiskan air mata melihat keadaan anaknya yang terbaring kaku akibat suntikan sedatif itu.

“Mama… Don’t cry…”

“Nick needs to go to the hospital. We must talk to him. We must make sure that he will go to the hospital. You heard what doctor said right? He can be in coma if we let him in that condition”

Astrid mengangguk sayu. Lalu, menyambung kerjanya membersihkan bilik Faizal. Dia juga merasa aneh akan bagaimana rantai itu boleh hilang. Mujur, ibunya tidak tahu punca Faizal mengamuk adalah kerana seutas rantai.

***

‘Bukan ke kau paling sayang dengan gitar ni Zal? Tadi sedap-sedap je kau campak gitar ni ke dinding. Dah pecah tepi gitar ni’ Azim berkata dalam hati sambil membelek-belek gitar Faizal. Dia duduk di tepi katil Faizal yang masih tertidur.

“Mila…. Mila….” Faizal masih memejam mata. Namun, dia memanggil nama Mila.

‘Mengigau ke budak ni?’ getus hati Azim. “Zal! Bangun Zal…” Azim cuba membangunkan Faizal perlahan-lahan. Faizal membuka mata.

“Mila!” Dia memanggil nama Mila lalu bangun dan berjalan ke pintu biliknya. “Mila…”

“Zal! Kau kenapa panggil nama Mila?”

“Mana Mila? Tadi dia ada kat sini”

“Mana ada Mila kat sini”

“Tapi…”

“Zal, kau mimpi je tu”

“Astaghfirullahalazim…” Faizal mula menangis lagi.

“Ya Allah bro… Kau jangan macam ni. Kau baru terbangun gara-gara kena suntik”

Faizal melilau melihat sekeliling biliknya yang sudah bersih. “Rantai tu ada jumpa tak Zim?”

“Tak ada. Mak dengan kakak kau dah kemas bilik ni. Tapi, tak jumpa apa-apa”

“Aku letak kat laci tu… Baru beberapa hari lepas aku nampak…”

“Sabarlah bro. Jangan macam ni. Kau tak boleh stres”

“Aku ingatkan tadi aku nak bagi kat kau. Aku nak kau simpan rantai tu. Kalau aku tak sempat, aku nak kau kirimkan rantai tu untuk Mila. Untuk hari jadi dia nanti. Tapi…”

Azim memegang bahu Faizal. Simpatinya menggunung. “Apa kata kau beli balik rantai tu?”

“Rantai tu susah nak dapat… Aku dah betul-betul kehilangan dia…”

“Ya Allah. Dah bro. Kalau kau terus seksa jiwa kau macam ni, nanti kau bertambah sakit. Kau betul-betul yakin ke dengan keputusan kau tak nak jumpa Mila?”

Faizal memandang wajah Azim, lalu mengangguk lemah.

“Macam mana kalau Mila pun sukakan kau jugak? Kau pernah terfikir tak macam mana kalau dia sayangkan kau? Betapa sedihnya dia kalau tahu yang kau tinggalkan dia macam ni”

“Malah aku yang tak nak dia sedih tengok keadaan aku macam ni! Bayangkanlah Azim. Dia sangat muda. Aku kenal dengan dia baru beberapa bulan. Dan sekarang, aku nak kucar kacirkan hidup dia. Aku tak nak heret dia dalam kesedihan yang aku alami. Aku rela tanggung semua ni sendiri. Aku tak nak dia sedih. Biarlah aku yang sedih. Jangan dia”

“Biarkanlah dia yang buat keputusan bro! Biarlah dia yang putuskan sama ada dia mahu tetap bersama kau atau tidak! Kau jangan buat semua keputusan ni sendiri! Kau kata kau sayangkan dia tapi kau pentingkan diri! Fikirlah perasaan dia!”

“Aku sayang dia! Sebab aku sayang dialah aku buat semua ni. Aku tak sanggup nak lukakan dia. Aku tak sanggup. Aku tak boleh…”

‘Ada betulnya apa yang Faizal cakap. Mila pun belum tentu mempunyai perasaan yang sama. Tetapi, mendiamkan diri juga salah!’ gerutu hati Azim.

“Bro. Kalau itu keputusan kau. Ok fine. Dahlah bro. Ini ujian Allah buat kau. Aku kesiankan mak kau. Dia menangis tak henti-henti tengok kau mengamuk macam tadi. Tenangkanlah hati. Doa banyak-banyak”

***

“Ya Allah. Sembuhkanlah anakku…” Suryati memohon dalam doanya. Begitu sedih hatinya mendengarkan simptom terbaru yang diperkatakan oleh Dr. Haikal. Malah sehingga boleh mengakibatkan koma. Faizal berada di luar pintu dan berjalan perlahan ke arah ibunya yang masih berteleku di atas sejadah.

“Nick…”

Faizal lantas menyalami tangan ibunya. “Mama forgive me. Forgive me… Ampunkan Nick”. Air mata Faizal tumpah lagi, entah buat kali yang keberapa. Suryati memeluk erat anaknya.

“Sudahlah sayang. Lupakan apa yang terjadi. Apa yang Mama mahu hanyalah kamu sembuh… I can take you to Australia to see some experts and get a donor for your liver…”

Kata-kata itu membuatkan Faizal pelik. Dia melepaskan pelukan itu. “Mama… Mama tahu yang…”

Suryati mengangguk. “I know everything. Everything. Sampai hati kamu tak beritahu Mama, Nick. Sampai hati kamu”

“Mama… Bukan itu maksud Nick… Nick cuma tak nak Mama sedih”

“Jadi kamu fikir apa perasaan Mama sekarang? Kamu fikir yang Mama tak sedih? Anak Mama sedang sakit dan dia langsung tak beritahu! I’m your mother. Ibu seperti apa Mama jika Mama sendiri tak pernah sedar yang kamu sakit teruk selama ni…”

“Mama. Don’t say that. You’re the best Mom I could ever had. Maafkan Nick. Maafkan Nick”

“Kenapa Nick? Kenapa kamu nak tanggung semua beban seorang diri? Why don’t you share it with me? Or your sister? Why? Why you’re keep hurting yourself?”

Faizal hanya tunduk.

“I’ve always tell you that you’re not alone. Right?”

“I wish I can make you proud. I wish I can get straight A in my exams. Being a manager one day. Be a son like you wanted all this time. But, I keep making you sad instead of making you happy. I’m a useless child”

“No. You don’t have to be a manager or get straight A’s to make me proud. I’ve already proud of you since the day you were born. You’re my sweet child… My world. My life. You have such a strong and good heart. Which I could not ever seen it in other boys at your age. Nick, let’s go to the hospital”

“Ma… No…”

“In the hospital, you can get a better treatment…”

“Getting treatment or not, Nick tetap akan mati”

“Nick! If you love me, please. Do this for me. I want you to get a treatment at hospital…”



No comments:

Post a Comment