Azim melihat Faizal
sedang duduk bertenggek di atas motornya…
“Tak tidur lagi
bro?” tanya Azim.
“Tak. Bulan penuh
malam ni. Dekat-dekat ni musim bulan mengambanglah”
“Ha’ah. Cantik
bulan tu” Azim duduk di bangku berdekatan dengan Faizal.
“Zim… Kau tahu tak,
apa yang akan kita rasa setiap kali kita merenung bulan?”
“Entah. Apa dia?”
“Kalau kita
merenung bulan, secara automatik kita akan rasa rindu. Zim, malam ni aku dah
bersalah pada Mila. Tadi, aku marah dia”
“Hah? Baru siang
tadi kita buat mission impossible kita. Kenapa tup tup kau marah dia pulak?”
“Aku cakap dengan
dia yang aku fikir, dia lain dari perempuan lain. Rupanya tak. Aku cakap dia
hipokrit”
“Hah?! Apasal kau
cakap macam tu?”
“Kau ingat tak
lelaki yang mendekati dia kat depan rumah dia tadi? Aku rasa tak patut dia
mesra dengan lelaki bukan muhrim macam tu… Aku ingat itu boyfriend dia. Tapi
rupanya, Jaja bagitahu aku yang itu abang angkat dia… Lepas aku cakap dia
hipokrit, dia terus tak balas mesej aku. Aku tunggu tapi dia senyap je. Aku
call dia tapi dia tak angkat. Dia dah marah dengan aku”
“Jap jap. Kau marah
dia sebab lelaki tu? Sebab lelaki yang tegur dan ketawa dengan dia? Oh man. Are
you jealous?”
“Aku?! Jealous?! No
way! Aku cuma nak tegur dia jangan mesra sangat dengan lelaki…”
“Lelaki yang kau
ingat boyfriend dia? Oh man! Muka kau merah kot!”
“Muka aku merah?
Mana ada! Mungkin sebab sini panas kot…”
“Sini tak panas
bro. Tapi hati kau yang panas. Zal zal… Kau dah fall in love man…”
“Shut up! Dia tu
dahlah kerek. Bila masa pulak aku nak fall dekat dia! Dahlah pakai tudung pun
tak betul. Tak reti nak pin lawa-lawa sikit!”
“Ok. Habis tu boleh
tak kau bagitahu aku kenapa kita intai dia tadi?”
“Sebab… Err… Sebab…
Sebab aku nak kenal je. Nak tahu je”
“Nak tahu apa? Bro,
apa yang kau buat tadi lain dari yang lain. Itu bukan nak tahu namanya. Itu
bukan nak kenal namanya. Sampai kau ambil gambar dia. Sampai…”
“Zim! Jangan
bagitahu orang yang aku intai budak perempuan kat pasar malam tadi!”
Azim tergelak.
“Dahlah Zal.
Bunga-bunga asmara dah tumbuh dekat taman hati kau bro!”
“Taklah…”
“Tak payahlah kau
cuba mengeringkan benang yang basah atau pun cuba menarik rambut keluar dari
tepung. Susah doh nak cari rambut dalam tepung!”
“Peribahasa kau
salahlah…”
“Dahlah. Dahlah.
Kau tak payah cakap apa-apa lagi. Kau boleh tipu semua orang. But not me bro.
Not me… Tak lama lagi, baby blue Yamaha 125 ni akan ada pemboncengnya”
“Diamlah kau! Kau
balik sekarang!”
Azim ketawa besar.
***
“Kakak! Kakak! Kita
main yuk” Nicky menarik tangan Faizal.
“Nicky… Kakak
letih. Baru balik ni. Nanti baru kita main ya”
Faizal baru sahaja
pulang dari sekolah. Namun, Nicky merengek mengajak Faizal untuk bermain
bersama. Faizal membaringkan badannya di sofa. ‘Ya Allah. Kenapa lemah sangat badan
aku ni? Padahal aku tak buat apa-apa pun tadi…’
“Kakak… Ayo kita
main guli… Kakak…”
Panggilan Nicky
tidak bersahut. Faizal memejamkan matanya.
“Kakak. Nicky
bosan. Dari tadi Nicky main seorang-seorang” bebel Nicky. Tetapi, abangnya
tetap lena tidur. Lama juga Nicky menunggu Faizal supaya bangun. Apabila dilihatnya
Faizal baring meniarap di sofa, muncul sesuatu di benaknya. Nicky lantas naik
ke atas meja…
“ULTRAMAN!!!! POWER
RANGERS!!!!”
Sambil membuat
aksi-aksi Ultraman, Nicky melompat dari atas meja dan jatuh tepat di pinggang
Faizal.
“AHHHHHHHHHH!!!!!!”
Faizal menjerit kesakitan.
Nicky segera bangun
dari badan Faizal.
“Mak!!! Patah
pinggang aku!!! Arghhhh…..” Faizal memegang pinggangnya. Dia merasa sangat
sakit.
“Kakak sakit ya…?”
“Baru nak tanya
sakit?!!! Mestilah sakit!!”
Nicky mula menangis
teresak-esak. “Nicky ingat tak sakit…”
Faizal tidak sampai
hati melihat adiknya menangis sebegitu. Dia terus memeluk dan mencium adik
kecilnya. “Dahlah… Jangan nangis… Kalau nangis, buruk…”
‘Dahlah gaduh
dengan Mila. Adik aku pulak lompat kat aku. Malangnya nasib aku…’
Faizal memeriksa
telefon bimbitnya, manalah tahu jika Mila sudah tidak marah lagi kepadanya. ‘1
missed call. Siapa ni? Mila!! Dia call aku masa aku tidur tadi’
***
Wahab mengambil
keputusan untuk menyertai Faizal berniaga di pasar malam. Dia ingin mencari
pengalaman. Sedikit sebanyak, dengan berniaga sebegini dapat mengisi masanya
dari melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
“Weh. Apa pasal
dengan Faizal tu? Dari tadi dia termenung. Tersengih. Tersenyum. Kenapa agaknya
ya?” kata Awie.
“Ha’ah. Aku pun
perasan. Takkanlah dia dok tersenyum pandang mak cik apam balik dekat depan
tu…” kata Wahab.
“Betullah. Kalau
dibiarkan dia tersenyum-senyum seorang-seorang, kang nanti tak ada pulak
pelanggan datang” jawab Noisy.
Noisy memegang bahu
Faizal. Faizal terperanjat.
“Zal! Kau
mengelamun apa?!”
“Hah? Takdelah…”
“Takde apa? Dari
tadi kau berdiri kat sini, lepas tu termenung, entahlah kau fikirkan siapa”
“Urm. Sorry. Aku…
Tak ada apalah…”
Faizal tersenyum
dan mengelamun kerana teringatkan Mila. Hubungannya dan Mila sudah semakin
membaik meskipun terkadang bergaduh. Hatinya berbunga-bunga apabila Mila sudah
tidak memarahinya lagi. Dia berjanji pada dirinya sendiri yang dia tidak akan
memanggil Mila dengan panggilan sebegitu lagi.
No comments:
Post a Comment