CODE MUSIC ANDA

Thursday, 2 January 2014

Bab 16 : Kisah Seorang Sahabat

“Steve! Please don’t let Nicholas to go for snorkeling! He’s only 14! And… There is a whale sharks down there!”

       Suryati menyuarakan bantahannya kepada abang kandungnya, Steven Aldwin. Kini, Faizal mengikuti rombongan kumpulan World Wide Fund for Nature (WWF) ke terumbu Ningaloo. Suryati adalah salah seorang ahli komuniti tetap bagi WWF malah setiap tahun dia akan menghulurkan sumbangannya kepada badan itu. Tetapi, ini adalah pertama kali dia mengikut aktiviti luar yang dianjurkan. Faizal dan Astrid pula mendaftar sebagai sukarelawan muda untuk WWF-Australia. Kebanyakan sukarelawan muda yang lain adalah terdiri daripada pelajar universiti. Faizal antara yang termuda.

       Para sukarelawan menaiki bot untuk menuju ke tengah laut bagi aktiviti menyelam di terumbu Ningaloo. Puas Suryati menasihatkan Faizal agar tidak turun menyelam. Dia risaukan keadaan kesihatan Faizal yang tidak menentu. Dia juga risaukan anak sulungnya Astrid yang sedikit fobia dengan laut. Yang paling teruk lagi, dia risaukan haiwan ikan yu paus yang terdapat di terumbu itu!

“Ma… Don’t worry okay. I’ll be fine” pujuk Faizal kepada ibunya.
“Yeah. Swimming with a whale sharks is definitely a safe activity” Steven menambah.

Tiada apa lagi mampu dikatakan. Suryati menurutkan kehendak anaknya itu.

        Para sukarelawan dipakaikan mask, snorkel dan sirip menyelam. Mereka tidak dibekalkan dengan tong oksigen kerana terumbu itu tidak terlalu dalam. Mereka diberikan taklimat bahawa aktiviti itu adalah untuk program pemeliharaan penyu. Supaya generasi muda disedarkan betapa pentingnya untuk menjaga habitat semula jadi agar ia tidak pupus.

“Are you ready for adventure?!” Gerard, wakil WWF memberikan semangat kepada para sukarelawan yang berdiri di tepi bot dan bersedia untuk menyelam.

“YES!!!” serentak itu juga mereka semua menjawab. Dan masing-masing mula terjun ke dalam air laut.

Astrid menjadi panik. Dia takut akan laut. Serasa mahu muntah di situ.
Lalu, dia merasakan tangannya ditarik oleh seseorang.

      Faizal menariknya dan membawanya ke terumbu karang. Mereka menyelam berdekatan. Rasa takut Astrid mula berkurangan. Sepanjang masa dia memegang tangan Faizal.


        Batu-batu karang di dasar laut memukau pandangan. Dengan ikan-ikan berwarna warni. Cukup indah dan cantik. Inilah kedamaian yang Faizal impikan. Faizal terfikir, kalaulah ikan itu dipanggang mesti sedap.

‘Eh! Ikan harimaulah!’

‘Penyu!!!!’

       Faizal keriangan kerana akhirnya dia dapat melihat seekor penyu. Apa yang Faizal tahu, penyu adalah salah satu haiwan yang diancam kepupusan menurut WWF. Selain itu, haiwan-haiwan lain yang diancam kepupusan adalah harimau dan beruang panda. Penyu diancam kepupusan kerana sikap manusia yang suka membuang sampah sarap dan kadang kala, penyu akan tersangkut pada jaring. Sebab itulah program seumpama ini diadakan supaya manusia lebih peka akan alam sekitar. Terutamanya golongan remaja.

      Tumpuan Faizal kepada penyu itu hilang apabila di hadapannya kini adalah seekor ikan yu paus yang panjang lebih kurang sedepa tangannya. Semua para sukarelawan mengelilingi ikan itu. Faizal juga tidak mahu terkecuali. Dia menarik tangan kakaknya dan berenang di tepi ikan besar itu. Astrid mulai panik. Kalaulah boleh menjerit, dia pasti sudah menjerit.

       Faizal mengikuti ikan itu dari tepi hampir 5 minit. Kelihatan ikan-ikan kecil bertenggek di bawah ikan yu paus itu dan mengikutinya. Ikan yu paus itu berenang hampir ke permukaan air. Malah, orang-orang yang berada di atas bot pun dapat menyaksikan ikan itu. Sukarelawan yang lain turut terpegun dengan ikan itu yang tetap tenang berenang di hadapan mereka.

‘Subhanallah. Sungguh menakjubkan’

       Ikan yu paus adalah seekor ikan yang mempunyai bentuk badan seperti ikan yu, tetapi tabiat makannya seperti paus yang sukakan plankton. Menurut taklimat yang disampaikan Gerard, ikan yu paus terdedah kepada ancaman kepupusan meskipun belum disenaraikan di dalam kategori itu. Faizal berharap ikan itu akan terus hidup untuk seribu tahun akan datang. Supaya remaja lain sepertinya berpeluang untuk melihat keajaiban itu.

       Itulah pengalaman yang sangat berharga dan tidak mampu dijual beli. Faizal berharap dia akan dapat datang ke terumbu Ningaloo lagi.

***

           Faizal menunggang kuda hitam miliknya yang bernama Black di ladang milik keluarga Aldwin. Faizal dan Black berlatih menggunakan stable stable kuda yang terdapat di ladang itu. Black adalah seekor kuda baka Andalusia yang sangat patuh pada arahan dan mempunyai pergerakan yang lincah. Sebelum kuda itu menjadi milik Faizal, Black asalnya adalah milik William James, seorang atlet sukan kuda lasak. Setelah mengambil keputusan berhenti dari sukan lasak,William menyerahkan kuda tersebut kepada keluarga Aldwin. Semenjak itu, Black ‘terikat’ kepada Faizal. Seakan mempunyai ikatan yang istimewa, hanya Faizal dan Steven yang berani menunggang Black.

         Bagi keluarga Aldwin, Black mempunyai sifat agresif yang sememangnya tidak sesuai untuk ditunggangi oleh penunggang yang tidak mahir. Tetapi hal ini tidak bagi Faizal. Faizal cukup serasi dengan kuda itu. Meskipun seisi keluarganya mengatakan Black tidak sebegitu jinak.

         Black, bekas kuda sukan lasak nampaknya tidak mempunyai masalah untuk berlatih dengan stable stable kuda. Black mempunyai langkah yang besar dan mampu mengangkat kaki dengan tinggi. Namun, kejadian Black ‘memberontak’ dan agresif sehingga menjatuhkan Astrid dari tunggangannya masih tidak dapat dilupakan oleh Astrid dan seisi keluarga. Sehingga mereka membuat keputusan untuk tidak membenarkan sesiapa menunggangi Black, jika tidak berpengalaman. Satu hal yang Steven pasti, Black patuh kepada Faizal.

“I think. Nick can handle that horse very well” kata Victoria, salah seorang rakan Faizal.

“Don’t you forget. Nick has known that horse since he is 10” jawab Steven.

“Nick! Please help me with the sheep!” Steven memanggil Faizal supaya membantunya untuk memasukkan sekumpulan kambing biri-biri yang sibuk meragut rumput kembali ke dalam kandang. Suasana pula sudah lewat petang.

        Faizal meninggalkan stable kuda dan beralih ke arah sekumpulan kambing biri-biri itu. Steven menghulurkan Faizal sebatang rotan panjang. Faizal yang menunggang Black menggunakan rotan panjang itu untuk menepuk-nepuk punggung kambing biri-biri agar kembali ke dalam kandang. Manakala Steven sudah bersiap sedia menunggu di hadapan pintu kandang. Kalau diikutkan hati Steven, dia mahu Faizal tetap tinggal di Hunter Valley bagi membantunya menjaga ladang. Steven tahu bahawa Faizal sangat sukakan alam semulajadi, haiwan dan suasana kampung seperti Hunter Valley. Malah, Faizal tidak kisah tatkala Steven meminta bantuannya untuk membersihkan najis kuda. Namun, Steven akur jika Faizal sudah memulakan pembelajaran di Malaysia. Flynn, sepupu Faizal pula enggan jika disuruh menjaga bangsal kuda.

“That’s the real Aussie’s cowboy” Victoria memuji Faizal.
“What? He’s just showing off…” Astrid mencebik.
“He’s getting more and more handsome each day” Victoria menambah.
Astrid masih mencebik. “Oh come on…. He’s not that handsome. Hahahaha”
“It’s true. He’s not look like a 14 year old boy. He’s matured already. Very attractive. And sexy”
Astrid melopong. “What you say?? You call that skinny boy sexy? You make me laugh…”


          Semua kambing biri-biri telah kembali ke dalam kandang. Kelihatan Kimberly yang menunggang kuda putih bernama Abel kembali ke ladang.

“Where have you been Kim?” Faizal menegur.
“River…” Kimberly berlalu dan mengenyitkan matanya kepada Faizal.

        Terdapat 6 ekor kuda di ladang tersebut. Kebanyakan kuda-kuda lain adalah dari baka Kiger Mustang. Tetapi, Black dianggap kuda yang paling utama kerana saiznya yang besar dan keagresifannya.

        Sebelum pulang, Faizal memeriksa bangsal kuda. Takut pula jika ada pintu yang tidak tertutup rapi. Kelihatan Nicky sedang seronok memberikan rumput-rumput kering kepada kudanya.

“Kamu makan ya. Nanti aku kasi lagi. Aku besar nanti aku mahu tunggang kamu” ujar Nicky kepada kuda itu. Mahu tergelak Faizal dibuatnya.

       Faizal menjenguk Black. Black sedang duduk. Tetapi setelah melihat Faizal, Black lantas berdiri dan mendatangi Faizal. Faizal memegang kepala Black.

“I think there’s a special bond between you and Black” Steven berkata.
“Oh uncle… Urm… It seems like Black understand to every word I said…”
“Yeah. I can see that… Nick. Let’s go home. You haven’t dinner yet”

Faizal seraya mengajak Nicky pulang.

“Belikan Nicky topi koboi macam ni…” Nicky menunjuk kepada topi koboi yang dipakai oleh Faizal.

Faizal mengangguk dan senyum kepada adik kesayangannya itu.


BERSAMBUNG…



No comments:

Post a Comment