CODE MUSIC ANDA

Wednesday, 1 January 2014

Bab 14 : Kisah Seorang Sahabat

“Izal. Nad rasa kita dah tak payah berkawan rapat lagi. Mungkin lepas ni Izal tak payah datang jenguk Nad. Atau sms. Atau call”

Faizal terkejut.

“Kenapa Nad? Kenapa… Tiba-tiba macam ni? Izal ada buat salah ke? Izal ada sakitkan hati Nad? Nad bagitahu Izal…”

“Tak. Cuma Nad rasa kita ni masih budak-budak sekolah lagi. Jadi… Lebih baik kita tumpukan pada sekolah dan pelajaran”

“Nad… Izal tak percaya! Mesti ada sebab lain!”

“Kan Nad dah cakap tadi!”

“Tipu!”

“Siapa yang tipu sekarang?”

“Apa Nad cakap ni…”

“Izal yang tipu Nad…”

Faizal semakin keliru.

“Kenapa Izal tak bagitahu Nad yang Izal ada penyakit berjangkit?”

            Akhirnya terpacul jua kata-kata itu dari mulut Nadiya setelah dia mendiamkan diri dari Faizal hampir seminggu lamanya. Puas Faizal cuba menghubunginya, tetapi Nadiya buat tidak tahu sahaja. Hatinya terguris setelah mengetahui lelaki yang sangat disayangi selama ini mempunyai penyakit sedemikian rupa dan tidak berterus terang kepadanya.

“Sebab ni ke Nad dah tak nak kawan dengan Izal lagi…”

“Jadi betullah kan. Betullah apa yang Nad dengar. Izal ada penyakit”

“Sampai hati Nad!” Faizal mula mengalirkan air mata. Bagai tak percaya dia apabila Nadiya seolah-olah jijik dengannya.
“Izal yang teruk! Kenapa tak bagitahu Nad?!”

“Sebab Izal takut… Takut Nad akan tinggalkan Izal… Dan sekarang… Perkara yang Izal takutkan tu betul-betul terjadi. Nad tak faham apa yang Izal lalui…”

“Dah. Stop. Mulai sekarang kita dah… Tak ada apa-apa. Izal baliklah. Nad tak nak teruskan hubungan yang Nad tahu takkan ke mana”

“Semudah itu ke Nad? Nad tak sayangkan Izal ke.,,?” Faizal masih cuba untuk melembutkan hati Nadiya.

“Sayang? Ini cuma cinta monyet je! Izal tak fikir ke apa akan jadi pada kita berdua 10 tahun akan datang?! Izal nak aniaya Nad? Sebab Nad tak duduk dekat dengan Izal. Jadi Izal bolehlah selindung-selindung dari Nad! Izal nak ke Nad dapat penyakit Izal?!”

Kali ini, Faizal benar-benar kecewa dengan apa yang diucapkan oleh Nadiya.

“Kalau itu permintaan Nad. Izal akan ikut. Tapi Nad perlu tahu yang semua kata-kata Nad tadi tu salah. Izal tak ada niat langsung untuk aniaya sesiapa. Terutama Nad. Apa yang Izal rasa… Apa yang Izal buat untuk Nad… Semua ikhlas. Izal gembira berkawan dengan Nad. Izal harap Nad pun gembira. Selamat tinggal Nadiya”

         Faizal beralah. Bagaimana dia mahu meyakinkan gadis itu? Memang benar dia sakit. Sakit yang membawa kemudaratan kepada orang yang bakal menjadi teman hidupnya. Tetapi… Semudah itukah Nadiya membuang dirinya? Bagaikan Faizal langsung tidak bermakna. Faizal masih cuba untuk mencari jawapan.

         Haruskah dia menyalahkan Nadiya? Tidak. Siapa yang mahukan lelaki sepertinya. Ya Allah. Kau Maha Mendengar setiap keluhan hambaMu. Berikanlah aku jalan.


***

“Woi! Baru wa tahu lu boleh main piano gak. Terer la lu. Gitar boleh. Piano pun boleh”

Azim menyergah Faizal yang dari tadi dilihatnya asyik bermain piano. Namun, Faizal hanya mendiamkan diri.

“Lu bisu ke? Weh. Wa tahu hati lu tengah berkecai terbelah empat. Tapi takkan la lu nak terus patah hati layan perasaan macam ni… Bunga bukan sekuntum tapi berkuntum-kuntum bro. Nanti wa boleh carikan bunga matahari untuk lu”

Faizal masih diam.

“Weh. Noisy buat parti kat rumah dia. Semua dak dak datang bawak makanan. Nanti kat sana kita kongsi-kongsi makanan yang kita bawak. Macam berkelah la. Tapi dia nak buat sesi karaoke lagi. Kat sana nanti pun banyak kuntum-kuntum bunga ada. Lu tinggal pilih je. Bunga taik ayam ada. Bunga ros putih. Ros merah. Ros kuning…”

“Diamlah. Aku tak ada mood”

“Boleh pulak lu bercakap. Wa ingat lu bisu tadi. Sampai bila lu tak ada mood? Jangan kerana itu bunga satu kuntum, rosak kumbang-kumbang sebelanga. Dah! Lu siap! Wa tak nak dengar alasan dari mulut lu! Lu tak nak bawak makanan pun tak pe! Wa ada bawak!”

Faizal ditariknya ke bilik untuk bersiap.

“Huyoo!!!!! Banyaknya baju lu! Cantik-cantik pulak tu!” Azim sedikit excited.

“Huyooo!!! Fender telecaster! Ibanez! Yamaha ni…..” Azim bertambah excited apabila ternampak 3 gitar elektrik kepunyaan Faizal tersusun rapi di sudut bilik tidur.

“Wa tak ada nampak lu main gitar ni pong”

“Aku jarang main”

“Baik lu bagi wa….”

“Banyak cantik gigi kau!!”

“Rilek la. Naik angin nampak. Weh. Budak-budak tu pun suka gitar. Kalau diorang tahu pasal gitar lu punya, mesti dorang serbu rumah lu”

Faizal hanya menumpukan perhatian dengan baju-bajunya. Tiada kuasa baginya untuk melayan kerenah Azim. Sudahlah dipaksa.


***
“Besar jugak rumah Noi” Faizal berkata kepada Azim.

“Tahu takpe. Tapi… Lu lagi kaya kan”

“Shhhh… Diamlah”

        Faizal dan Azim kini berada di rumah Mior Akmal, ataupun akrab disapa Noisy atau Noi yang bertempat di Balakong. Noisy menjemput semua rakan-rakannya di Cheras Jaya. Masing-masing membawa makanan dari rumah dan berkongsi makanan tersebut. Ada yang bawa kuih muih, gula-gula, ayam panggang dan air tembikai.

‘Wau. Bagus juga budak-budak ni bergotong-royong bawa makanan’ getus hati Faizal.

“Zal. Aku ingat kau tak datang tadi. Azim cakap hati kau tengah berkecai empat” Noisy menyapa Faizal.

“Err… Kau jangan percaya cakap tenuk tu. Aku bawak kek pisang je Noi…”

“Eh ok apa kek pisang. Lepas makan. Karaoke!”

         Pelik juga Faizal kerana bayang-bayang ibu dan ayah Noisy tidak kelihatan. Bebas pula untuk Noisy melakukan sesi karaoke di rumahnya ini. Yang kelihatan hanyalah pembantu rumah Noisy.

***

“Ok member-memberku sekalian! Perut ada kenyang?” Noisy memulakan bicara.

“Kenyang!!!” seluruh isi rumah bergema menyahut pertanyaan Noisy.

“Ok! Jom start karaoke! Semua tulis nama dalam kertas ni! Kita buat pairing. Kita buat cabutan dan korang kena duet!”

Semua orang menulis nama mereka di atas kertas kecil dan meletakkan kertas kecil itu ke dalam bekas yang disediakan.

“Aku tak tulis nama aku” Faizal berbisik kepada Azim.
“Apa la lu. Tulislah..”
“Tak nak!”

Cabutan mula dilakukan.

“Pasangan pertama. Hahahahaha. Puteri dengan…. Azrin Ngokngek!” Noisy mengumumkan nama pasangan pertama.

‘Hish. Sesuka hati dia je letak ngokngek kat belakang tu’ Faizal bermonolog.

“Puteri mana woi…? Puteri ada dua ok” sahut seorang gadis cantik yang tidak dikenali Faizal.

“Oh yelah. Lupa. Bukan kau ok cik Nana. Puteri Liyana!!” Noisy menjawab pertanyaan Nana.

“Zim… Muka Nana tu seiras dengan Puteri…” Faizal berbisik kepada Azim.
“Mestilah! Dorang adik beradiklah”
“Hah?”
“Yang Nana tu, Puteri Rauzanah. Budak form 3. Geng-geng Wan la. Puteri Liyana adik dialah…”
“Oh…”

Puteri Liyana dan Azrin ‘ngokngek’ kini sudah sedia untuk menyanyi.

“Weh. Aku lupalah nak bagitahu lebih lanjut. Korang tak boleh pilih lagu. Lagu apa yang dimainkan, korang kena nyanyi gak. Aku tak peduli. Pasangan yang paling best akan dinilai oleh aku dan Bibik aku. Ok? Ada paham?! Pasangan yang menang akan dapat…. Jeng jeng jeng… Dua bungkus maggi kari, dua Pringles dan dua air botol Coca Cola!!” Akmal berkata riang.

“Bapak kejam kau…” ujar Azrin.

“Bapak aku tak kejam. Aku je yang kejam” Noisy membalas.

“Tunggu la aku buat parti nanti” Azrin menggeleng-geleng kepala.

Faizal dan Azim ketawa. Seisi rumah turut ketawa. Pelik bercampur seronok.

‘Budak-budak ni. Macam-macam hal betullah. Ada jugak pertandingan karaoke macam ni’ Faizal bermonolog.

Apabila lagu dimainkan, seisi rumah terkejut kerana lagu dangdut yang dimainkan. Faizal dan Azim ketawa bagai nak pecah perut mereka.

Puteri Liyana:
Duh aduh abang
Ku tunggu-tunggu
Bosan menunggu
Empat kali malam minggu
Lama-lama hati yang rindu
Bisa-bisa jadi cemburu

Azrin:
Duh aduh sayang
Janganlah bimbang
Janganlah ragu
Tak usah engkau cemburu
Ku tak mau mendua cinta
Apa lagi bermain gila

Puteri & Azrin:
Segantang dua gantang
Bunga dan kumbang
Kalau perawan dan bujang
Cinta dan sayang
Bulan haji akan datang
Panggil pak penghulu datang

Duet yang pertama itu mendapat tepukan yang gemuruh. Malam itu sungguh meriah disertai dengan duet-duet oleh :-

Sufri & Farah – Hati Ini Telah Dilukai
Asnawi & Najwa – Dua Insan
Fikri & Sabrina - Mawarku
Azim & Azney – Memori Daun Pisang
Rico & Sharmila – Bintang Kehidupan
Ezmir & Nana – Jangan Menangis Sayang
Wan Elham & Nadiha – Dua Insan Bercinta
Izzaty, Yang, Ng, Umizza & Adibah – Manisnya Senyumanmu
Pojey, Haime, Radzi – Jangan Lafazkan

“Zal! Kau tak nyanyi ke?” Noisy menyedari Faizal tidak turut serta.

“Errr….”

“Ini mau kena denda ni…” kata Asnawi atau Awie.

“Aku… Aku…” Faizal pucat.

“Weh. Dia tahu main gitar punya. Kita kasi dia nyanyi sorang. Tanpa muzik. Cuma gitar” seloroh Azim.

“Weh. Kau! Aku potong kau kang!” marah Faizal kepada Azim.

“Nah. Ambik gitar buruk aku ni” Noisy memberikan gitarnya kepada Faizal.

Semua mata tertumpu kepada Faizal.

“Ish. Handsomenya. Aduh. Kenapalah aku tak teman dia nyanyi je?” Nana berbisik perlahan.
“Akak! Dia satu kelas dengan Puteri lah!” Puteri membantah.
“So?”
“So dia muda setahun dari akak”
“Setahun je ok. Takdelah banyak manapun. Handsome. Malaikat maut betul! I want to be his girlfriend!!”

“Err… Aku tak boleh fokuslah. Korang pandang aku macam ni…” Faizal berkata.

“Kau tak nyanyi, kau tak boleh balik bro!” Radzi membalas.

Faizal memetik gitar itu dan mula menyanyi.

Seindah…
Tiada lagi kau ku ingatkan
Sayang kau hilang
Menanti biar sampai akhir hayat
Ku di dunia ini

Kau tahu betapa
Ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa

“Merdunya…. Handsome pulak tu” Nana memuji.

Semua orang begitu asyik mendengar nyanyian Faizal yang syahdu dan merdu.
Faizal pula teringatkan Nadiya. Dia pernah berjanji pada Nadiya yang dia tak akan menyanyi pada orang lain selain Nadiya. Malam ini, dia memungkiri janjinya.

Oh angin
Sampaikan lagu ku padanya
Yang sedih pilu
Terimalah lagu ku jadi
Teman hidupmu untuk selamanya

Kau tahu betapa
Ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa

Kau tahu betapa
Ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa

Semua lelaki bergabung suara dan turut menyanyi untuk korus terakhir. Mereka bertepuk tangan.

“Sangat merdu. Kan Miza?” tanya Sharmila kepada Umizza.
“Ya. Tapi dia macam sedih je”

“Ok kengkawan! Bibik aku cakap kan… Dia suka nyanyian Faizal! Tapi Faizal tak cukup syarat sebab tak duet. Jadi pemenangnya…. Puteri dan Azrin!! Syabas! Bravo! Lagu dangdut minang weh!”

Malam yang sedikit sebanyak mengurangkan sedih pilu di hati Faizal. Dan jalinan persahabatan mula tersemai.


BERSAMBUNG...


No comments:

Post a Comment