“Zim! Zim!”
Azim buat-buat
tidak dengar.
“Zim! Kau pekak
ke?!”
“Kau tak nampak ke
aku tengah sibuk ni?!” marah Azim.
“Kenapa kau
tiba-tiba macam ni…?”
“Tak ada apalah
Zal. Kau baliklah. Aku tengah tak ada mood ni”
“Zim… Kau kenapa?
Ada masalah ke? Cuba kau cakap dengan aku. Ini pasal mak kau ke?”
“Bukan… Bukan pasal
mak aku…”
“Habis tu?”
“Zal. Kalau kau nak
bersama dia, kau jagalah dia. Kau jangan abaikan dia. Kau bagilah sepenuh kasih
sayang kau dekat dia. Kau memang layak untuk dia. Kau ada duit, ada rupa. Tak
macam aku ni. Anak peniaga tebu je” kata Azim dengan nada sedih.
Faizal mengerutkan
dahi. Dia menggaru-garu kepalanya. “Apa kau cakap ni?”
“Ika. Kau dengan
dia rapat kan? Kalau dia sukakan kau, kau janganlah kecewakan dia”
“Ika? Maksud kau?
Weh! Aku dengan Ika tak ada apa-apalah! Tapi… Kau… Eh jap jap. Jadi budak yang
kau suka tu… Ika??”
“Iyalah! Kan aku
dah cakap dengan kau dulu yang aku suka Najwa Zulaika! Kau dah lupa ke?”
“Kau cakap dengan
aku Najwa Zulaika. Manalah aku tahu Najwa tu Ika…”
“Najwa Zulaika
dengan Ika tu samalah bro. Kau ni slowlah…”
“Oh… Hahaha. Jangan
risaulah. Aku dengan Ika cuma kawan je. Sama macam aku dengan Nana. Sama macam
aku dengan Fairuz. Tak lebih, tak kurang. Takkanlah aku nak suka kat dia sedangkan
aku suka kat…”
“Suka kat?”
“Err…”
“Budak Form 1 tu
kan? Budak Form 1 serabai tu?”
“Weh, mulut kau
cantik sikit bro. Apa kau ingat Ika tu lawa sangat ke? Dahlah hidung dia
kembang, gigi tak rata, banyak jerawat lagi”
“Weh Zal! Kutuk tu
sikit-sikit jelah bro!!”
“Kau tahu tak,
result aku merudum. So, Mama aku dah mulalah membebel”
“Mungkin sejak dua
menjak ni, kau semakin malas kot”
“Kau kenal aku kan.
Kau rasa aku semakin malas ke?”
“Pada pendapat aku,
tak. Mungkin subjek form 4 kau tak boleh nak adapt kot”
“Entahlah. Aku dah
cuba sehabis baik. Aku tak rasa aku makin malas pun. Cuma… Dalam kelas aku
selalunya tak boleh fokus…”
“Hah! Mesti kau tak
fokus sebab budak Form 1 tu kan?”
“Bukan. Tapi… Sejak
akhir-akhir ni aku selalu rasa macam nak tidur je. Tiap-tiap petang mesti aku
tidur. Sampai Mila pun cakap aku ni asyik tidur. Badan aku letih sangat-sangat.
Tapi aku bukannya buat apa-apa pun sampai boleh jadi letih macam tu. Aku
sendiri tak faham”
“Mungkin kesan ubat
yang kau makan kot Zal. Ubat tu buat kau mengantuk”
“Mungkin juga…”
***
Waktu sekolah sudah
tamat. Faizal segera mengemas begnya untuk beransur pulang.
“Kau nak balik ke?
Apasal tak stay je? Ada sukan tara. Kau tak nak pergi ke?” tanya Azim.
“Pergi. Tapi aku
nak balik dulu. Ada hal. Urm. Kau dengan Mila stay ke?” kata Faizal.
“Staylah. Jauh nak
balik. Kan Mila?” jawab Azim. Sharmila hanya mengangguk.
“Oklah. Kalau macam
tu, aku balik dululah. Assalamualaikum” Faizal meminta izin untuk pulang.
“Zal! Jap! Aku ikut
kau baliklah” Azim lantas mengejar Faizal.
“Tadi kau kata nak
stay je…”
“Aku dengan Mila
ikut kau balik. Nanti kita datang sekolah balik. Kau bawak kereta baru la bro…”
ajak Azim.
“Amboi! Amboi!
Banyak cantik muka kau. Takkanlah aku nak bawak kereta ke sekolah. Kang nanti…”
“Jomlah Zal… Nanti
balik lepas sukan tara tak adalah panas sangat…” sahut Sharmila pula. Azim
gembira Sharmila menyokongnya.
“Yelah yelah. Tapi
kalau kena saman dengan polis, kalau ada roadblock, korang bayar”
Seperti
dipersetujui, mereka bertiga terlebih dahulu memandu motorsikal masing-masing
dan pulang ke rumah mereka. Kemudian, selepas makan tengah hari dan bersiap,
mereka bertiga pergi ke sekolah semula untuk aktiviti sukan tara dengan
menggunakan kereta Toyota Harrier milik Faizal.
Selepas tamat sukan
tara, mereka menuju ke arah kereta yang diparkir berdekatan dengan kawasan
sekolah.
“Korang. Korang ada
rasa nak makan ayam tak hari ni?” tanya Faizal sambil tersengih.
“Zal nak pergi
makan dulu ke?” tanya Sharmila pula.
“KFC jom” jawab Faizal.
“Dah mula dah nafsu
makan dia…” kata Azim sambil menggeleng-geleng kepala.
“Adik aku tadi ada
mintak aku belikan KFC. Tapi kan, bila dah sampai restoran KFC tu, tak
lengkaplah kalau kita tak berjimba sekali” kata Faizal sambil ketawa.
“Boleh. Mila pun
lapar ni” jawab Sharmila.
“Ok. Jom” Azim juga
sudah memberikan lampu hijau.
“Hai Zal… So
betullah kata orang yang kau beli kereta baru? Wow” sapa Ika yang lalu di
hadapan mereka.
“Eh Ika. Err… Ini
kereta maklah. Bukan kereta aku” jawab Faizal.
“Yeke…?”
“Yelah. Nak balik
ke Ika?”
“Mestilah nak
balik. Lagi nak tanya”
“Rumah Ika dekat je
ke?”
“Ha’ah kat belakang
tu je”
“Oh. Apa kata Ika
ikut kitorang makan KFC kat Jusco? Hari ni Azim nak belanja!” kata Faizal
bersemangat sambil memegang erat bahu Azim. Azim mengerling tajam kepadanya
mohon penjelasan. Ika masih teragak-agak untuk membuat keputusan.
“Jomlah. Nanti aku
hantar kau balik. Dahlah Azim nak belanja hari ni. Orang tua-tua kata, rezeki
jangan ditolak”
“Betul ke Azim?
Betul aku boleh ikut?” tanya Ika. Itu adalah pertama kali Ika menegur Azim.
Bagaikan terkena panahan elektrik, Azim menjadi sedikit tergagap-gagap.
“Err… Aaa… Bo…
Boleh!” jawab Azim.
“Oklah…” Ika
akhirnya mengangguk sambil tersenyum.
Faizal memandu
keretanya menuju Jusco Cheras Selatan dan mereka berempat makan di restoran
KFC. Di restoran tersebut, Faizal mengajak Sharmila untuk duduk di meja
berasingan serta membiarkan Ika dan Azim makan di meja berdua sahaja. Azim
sempat mengerling kepada Faizal dan sahabatnya itu mengenyit matanya.
“Good luck bro…”
kata Faizal perlahan. Sharmila memerhati Faizal yang dari tadi tersenyum-senyum
memandang Azim.
“Kenapa Zal?” tanya
Sharmila.
“Dorang tu cute
kan? Sampai tergagap-gagap Azim dibuatnya”
“Oh. Faizal buat
semua ni supaya Azim dengan Ika rapat ke?”
“Yes…”
***
“Tadi korang cakap
apa je?”
“Mana ada cakap
apa. Aku tunduk pandang ayam. Dia pun pandang ayam dia”
“Hah? Macam tu je?”
“Aku seganlah Zal…”
“Sejak bila kau
pandai segan-segan ni? Dengan member-member laki kau bukan main celupar kalau
bercakap. Lebih-lebih lagi kalau dengan aku. Tapi bila makan berdua dengan Ika,
mulut tu terus terkunci, macam ada emas tersumbat kat tekak!”
“Bro. Kau tak tahu
betapa dup dap dup dap nya aku tadi… Serius jantung aku ni…”
Faizal menggeleng-geleng
kepalanya.
“Kau pun apa
kurangnya bro. Dok mengintai je si Mila tu. Bila nak berdepan?”
“Kenapa kaitkan dia
pulak ni?”
“Apasal kau
blushing?”
“Bila masa pulak
aku blushing???!”
No comments:
Post a Comment