CODE MUSIC ANDA

Saturday, 4 January 2014

Bab 17 : Kisah Seorang Sahabat


            Faizal sekeluarga akhirnya tiba di rumah mereka jam 10 malam. Mereka mengambil teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Berakhir sudah percutian Faizal ke kampung halamannya, Sydney, Australia. Kini, Faizal merasa tersangatlah letih. Dia ingin segera bersolat dan merebahkan dirinya ke katil. Seakan mahu terkatup matanya. Seakan mahu tercabut pinggangnya.

“Nick…” Suryati datang ke bilik tidur Faizal.

“Yes Ma”

“I found this envelope. It’s written for you. Someone put it at our door”

Suryati memberikan sampul surat yang tertulis ‘Untuk Faizal’ kepada anaknya.

“Hmm… From who?” Faizal merasa pelik. ‘Dari mana datang benda ni?’

“I… Don’t know. Maybe from your secret admirer” Suryati tersenyum.

“Hmm… I read it tomorrow”. Faizal meletakkan sampul surat itu di meja kecil bersebelahan dengan katilnya, lalu menyalami tangan ibunya.

“Good night Ma. I love you”.

Suryati berlalu meninggalkan bilik Faizal. “Nick, tomorrow we need to go and buy your school shirts. School will be started soon”.

Senyap. Tiada jawapan dari Faizal. Faizal sudahpun terlena.

***

‘Patutnya dia dah sampai rumah sekarang. Takkanlah dia tak baca lagi surat aku tu?’

Nadiya gelisah. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.

       Dia masih menunggu satu panggilan. Setia Nadiya memegang telefon bimbitnya. Tetapi hampa. Tiada panggilan atau sms untuknya.

         Semenjak kali terakhir Nadiya dan Faizal bercakap di telefon, tidak jemu Nadiya bertanya kepada abangnya apakah Faizal sudah pulang. Hampir dua minggu Nadiya menunggu. Namun, abangnya sering memberi jawapan yang dia tidak melihat kelibat Faizal. Sehinggalah Nadiya menyangka bahawa Faizal tidak akan kembali ke Malaysia.

         Suatu hari, Safri mendapat maklumat bahawa Faizal akan pulang pada hari Jumaat. Alangkah bahagianya rasa hati Nadiya. Rindunya kepada Faizal tidak pernah berpenghujung. Lalu, dia menulis sepucuk surat dan menyelitkan di pintu rumah Faizal. Dengan harapan, Faizal akan membaca surat itu dan menghubunginya. Tetapi, sehingga lewat malam, Nadiya masih belum menerima apa-apa panggilan. Dia hampa dan sedih.

‘Agaknya macam ni ke sedihnya Izal dulu masa aku cakap aku tak nak kawan dengan dia lagi?’

        Nadiya mencari nama Faizal di dalam senarai nama pemanggil. Lalu, dia menekan butang hijau.

‘Sorry. The number you have dialed cannot be reached at the moment. Please try again later’

‘Izal…. Izal kat mana…?’

***

            Faizal membelek-belek songkok. Satu persatu dicuba ke kepalanya. Semuanya dirasakan kurang sesuai. ‘Hish. Kenapa besar-besar ni?’

           Sedang Faizal sibuk meneliti dirinya di cermin…

“Izal…”

Faizal menoleh.

“Nad?”

Suryati dan ibu Nadiya datang menghampiri Faizal dan Nadiya.

“Tak sangka kita boleh jumpa dekat sini” ujar ibu Nadiya. Faizal lantas menyalami tangan ibu Nadiya.

“Urm. Kamu sudah selesai belanja? Faizal sudah selesai. Semua baju sekolah dia dah beli. Kasut pun sudah. Dia hanya mahu pilih songkok” Suryati berkata kepada ibu Nadiya.

“Oh. Saya pun dah selesai. Nadiya ni saya belikan kain je. Saya yang akan jahit sendiri nanti”

“Kalau macam tu… Baliklah bersama kami. Biar Faizal yang hantarkan kamu dan Nadiya ke rumah ya”

“Eh tak apalah Yati. Kami boleh naik bas aje”

“Tak mengapa kok. Ngapain susah-susah naik bas kalau ada saya di sini? Yuk Nick. Kita pulang bersama mereka”

        Faizal tiada kuasa untuk membantah. Jika membantah, dia akan membuat ibu Nadiya tersinggung pula. Dalam perjalanan pulang, Nadiya yang duduk di kerusi hadapan sesekali mencuri menatap wajah Faizal. Dia rindukan Faizal. Tetapi tiada tindak balas dari Faizal. Faizal hanya diam dan fokus pada pemanduannya. Langsung tidak sedikit pun menoleh kepada Nadiya.

“Bagus ya Faizal. Kecil-kecil dah pandai bawak kereta” ibu Nadiya berkata kepada Suryati.

“Iya. Sememangnya mudah. Kalau saya mahu ke mana-mana, minta aja dia hantarkan” Suryati membalas.

“Kamu tak rasa bahaya ke? Faizal belum ada lesen lagi”

“Tidaklah. Anak-anak seumuran Faizal di negara saya semua sudah bisa pandu mobil”.

                Isu Faizal, budak berumur 14 tahun yang sudahpun keluar ke mana-mana dengan menaiki kereta menjadi bualan mulut jiran-jiran. Mereka beranggapan Faizal masih terlalu muda. Teramatlah muda untuk memiliki sebuah kereta. Hal itu disangkal Suryati. Baginya, ia sememangnya sesuatu hal yang janggal di Malaysia. Tetapi tidak di negaranya, Australia. Kebanyakan remaja barat pastinya boleh memandu pada usia yang muda. Dia juga tidak risaukan Faizal dan dia yakin Faizal mampu menjaga dirinya dengan baik.

“Terima kasih sebab hantarkan kami balik” ibu Nadiya bersalaman dengan Suryati.

“Zal… Hati-hati bawak kereta”

Faizal senyum dan menyalami tangan ibu Nadiya. “Baik mak cik”.

         Faizal membawa keretanya pergi dari situ. Rasa sesak dadanya berdekatan dengan Nadiya. Mahu tercabut segala isi jantungnya. Dia sangat rindukan gadis itu. Tetapi… Nadiya telah melukakan hatinya.

‘Izal… Mesti Izal dah baca surat tu. Tapi… Izal dah tak pedulikan Nad…’
Faizal tidak mempedulikannya. Langsung tidak memandangnya. Nadiya terkilan dan sedih.

***

Izal,

Maafkan Nad. Nad dah banyak sakitkan hati Izal. Nad tak tahu macam mana nak perbetulkan keadaan. Bila Izal tak ada depan mata Nad, Nad rasa ada sesuatu yang hilang dari hidup Nad. Nad rindukan Izal. Nad sayangkan Izal… Tolong maafkan Nad…

-          Nadiya


“Senang macam tu ya Nad? Bila Nad rasa tak suka, jijik dengan Izal, Nad cakap suruh Izal lupakan semua. Sekarang apa maksud surat ni?” Faizal bertanya serius kepada Nadiya.

“Izal… Tolong maafkan Nad. Nad menyesal buat macam tu…” Nadiya bersuara lemah.

“Kalau Izal maafkan Nad, so? What’s next?”

Nadiya kehilangan kata-kata. Fikirannya menjadi buntu dengan soalan yang keluar dari mulut Faizal.

“Nad… Izal dah lama maafkan Nad. Tapi, kita berdua takkan boleh balik sama macam dulu. Mungkin betul cakap Nad. Kita berdua ni cuma cinta monyet je”

“Izal dah tak sayangkan Nad…?”


***

“Apa weh?! Kau sekarang bercinta balik dengan si Nadiya tu?!” Azim terkejut.
Faizal hanya mengangguk.

“Weh. Dulu dia yang mintak putus dengan kau. Sekarang senang-senang je kau terima dia balik. Senangnya harga diri kau dipijak-pijak” Azim merasa tidak puas hati.

“Zim… Setiap orang tak lari dari buat kesilapan dan setiap orang berhak diberi peluang kedua. Begitu jugak dengan Nadiya. Mungkin dia dah sedar yang dia silap”

“Aku cuma tak nak kau frust tertonggeng macam dulu. Bukannya apa. Hidup kau ni panjang lagi. Janganlah kau tertumpu pada dia je. Lagipun, bercinta balik dengan ex kita ni ibarat membaca sebuah buku yang kita pernah baca sebelum ni. Walau dibaca banyak kali sekalipun, ending-nya tetap sama”

Faizal terdiam. “Zim… Aku sayangkan dia… Aku tak boleh tipu perasaan aku. Aku balik Australia atau pergi jauh pun, dia tetap ada dalam bayangan aku”

“Kau memang degillah. Aku cakap apa pun tak guna. Aku nasihat ni sebagai kawan. Kalau dia mintak putus lagi, kau jangan cari aku pulak nak mengadu”

Geram rasanya hati Azim. Bagaimana Faizal semudah itu menerima Nadiya semula? Tak ingatkah dia akan bagaimana Nadiya tidak menerima penyakitnya dulu?

‘Ah! Faizal memang baik tak bertempat! Baik sangat!’ getus hati Azim.

***

“Ehem ehem ehem…” Radzi dan Haime menegur Faizal yang baru sahaja sampai ke bilik Pengawas.

“Apa?”

“Ada pengawas baru pakai songkoklah” Haime mencelah.

“Sekolah bagi kan kalau pakai songkok?” Faizal sedikit takut.

“Bagilah. Tapi dak-dak sekolah kita mana ada pakai songkok. Sekolah kita ni bukannya sekolah agama…”

“Biarlah dia pakai songkok. Bagus apa! Ok semua pengawas! Mana yang lain?” Cikgu Nazruddin, ketua guru disiplin masuk ke dalam bilik pengawas.

       Hari pertama persekolahan bagi tahun 2004. Tahun kedua Faizal di SMK Cheras Jaya. Faizal memasuki Tingkatan 3. Alhamdulillah. Dia masih berada di kelas Amanah. Kelas pertama. Keputusan akhir tahunnya di Tingkatan Dua juga mendapat keputusan yang baik. Tiada subjek yang gagal. Hal itu menyebabkan Faizal semakin yakin untuk meneruskan perjuangannya di Malaysia. Dia tidak akan berputus asa.

Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt. Kini, Faizal menyandang jawatan pengawas. Entah boleh ke tidak dia menjalankan tanggungjawab itu. Tetapi, dia berjanji kepada dirinya sendiri untuk mencuba dan tidak akan mudah mengalah. Hubungannya dengan Nadiya juga telah pulih. Faizal merasa hidupnya ceria kini. Dia berharap segalanya akan kekal begitu.


BERSAMBUNG…






No comments:

Post a Comment