Di suatu malam…
Faizal mengalami
sakit batuk yang tidak berhenti. Dia langsung tidak dapat melelapkan matanya.
Begitu perit terasa dadanya. Dia bangun dan duduk di beranda biliknya, lalu
mengurut-urut dadanya menggunakan minyak angin. Dari atas balkoni itu, dia
melihat bayang-bayang seseorang sedang berjalan dalam keadaan terhuyung hayang.
‘Kalau tak salah,
itu Fairuz. Apa dia buat kat luar malam-malam buta macam ni?’
Tanpa membuang
masa, Faizal lantas keluar dari rumahnya untuk melihat keadaan Fairuz yang
mencurigakan itu. Alangkah terkejutnya Faizal apabila melihat Fairuz sedang
berjalan sambil minum air tin Carlsberg.
“Fai!
Astaghfirullahalazim! Kenapa kau minum air haram ni?!” kata Faizal. Dia
merampas air tin itu dari tangan Fairuz lalu mencampaknya ke tanah. Fairuz yang
kelihatan khayal melihat Faizal dengan mata kuyu sambil tersengih.
“Nick….” Fairuz
berkata lemah sambil memeluk Faizal.
“Ya Allah Fai!
Kenapa dengan kau ni? Aku hantarkan kau ke rumah kau sekarang”
Faizal seraya
memapah Fairuz dan menghantarnya sampai ke depan rumah. Dia mengetuk pintu
rumah Fairuz.
TOK TOK TOK
Tiada jawapan. ‘Ya
Allah. Mana pulak kakak dia ni…?’
Akhirnya, pintu
dikuak. Felina muncul dari balik pintu. “Fai! Kenapa dengan kamu ni?”. Felina
terkejut lalu membiarkan Faizal yang memapah Fairuz untuk masuk ke dalam rumah.
Faizal lalu membaringkan Fairuz ke atas katil di dalam bilik Fairuz.
“Terima kasih Zal
sebab tolong Fai. Maaflah menyusahkan tengah-tengah malam macam ni” kata
Felina.
“Takpe kak.
Kebetulan saya belum tidur lagi. Saya pulang dulu”
Semasa berjalan
kaki pulang ke rumahnya, hati Faizal bergolak dan penuh dengan tanda tanya.
‘Kalau tak silap aku la kan, kat sebelah katil Fairuz tadi tu, pregnancy test.
Ke aku salah tengok ya? Tapi aku yakin la dengan apa yang aku nampak!
Astaghfirullahalazim. Ampunkan aku Ya Allah atas syak wasangka ku ini’
***
Di sekolah semasa
waktu rehat…
“Faizal! Faizal tak
makan hari ni kan?” sapa Sharmila kepada Faizal yang sedang sibuk meneliti isi
sebuah fail.
“Oh taklah. Takpe.
Faizal makan kat rumah jelah” jawab Faizal sambil memberikan senyuman kepada
Sharmila.
“Ok! Sebab tu Mila
belikan ni” kata Sharmila riang sambil memberikan sebungkus keropok lekor
kepada Faizal.
“Ya Allah. Susahkan
Mila je”
“Hoi Mila! Bertugas
sekarang kat blok C! Zal! Kau marah sikit dengan dia!” sergah Radzi.
“Biarlah. Lagi 5
minit waktu rehat dah nak habis! Kau pun kenapa jalan-jalan kat sini? Nak marah
Mila, tapi dia yang tak bertugas” jawab Sharmila.
“Aku bertugaslah
tadi! Tapi aku tengok kau tak ada. Tu pasal la aku blah!” Radzi seraya
mengambil satu keropok lekor dari tangan Faizal.
“Jangan ambiklah!
Mila beli untuk Faizal! Dia tak makan lagi!” marah Sharmila.
“Aku ambik satu je
la! Faizal memang setiap hari tak makan pun time rehat. Kau tengok betapa
busynya encik abang kita ni! Dia seorang je yang buat kerja. Raja tu dok goyang
kaki”
“Takpelah Radz.
Makanlah” kata Faizal.
“Hah? Zal! Mila
beli untuk Faizal!”
“Mila, terima
kasih. Tapi, kalau Radzi nak rasa sikit, apa salahnya. Terima kasih tau”
Radzi mula pergi
dari situ dan dia sempat mengambil lagi satu keropok lekor dari plastik
tersebut.
“Kalau boleh,
Faizal makanlah. Jangan tak makan. Nanti sakit kang…”
“Oh… Sayang jugak
Mila dekat Faizal kan…”
“Mestilah sayang.
Sama macam Faizal sayangkan Mila”
Sharmila tersenyum.
Faizal pelik. “Apa dia Mila?”
“Faizal ada
bagitahu Radzi dengan Azim kan yang Faizal sukakan Mila? Mila nak bagitahu
Faizal yang Mila pun sayangkan Faizal jugak…”
Kata-kata Sharmila
itu membuatkan muka Faizal berubah kelat. Radzi tiba-tiba ketawa besar dari
belakang.
“Radzi! Kenapa
gelak?” tanya Sharmila.
“Hish. Mila Mila…
Hahahaha”
“Kenapa?”
“Oh. Jadi Faizal
nilah yang kau cakap orang yang rasa apa yang kau rasa? Adoi. Mila. Lain kali
jangan main serang je boleh tak? Orang yang encik Faizal suka ni memanglah
namanya Mila. Tapi bukan kau. Dia budak form 1 sekolah Segambut” kata Radzi
sambil ketawa mengejek. Sharmila mula mengalirkan air mata dan memandang
Faizal. Dia berlari pergi dari situ.
“Mila!!” Faizal
menjerit memanggil Sharmila. Namun, Sharmila tidak mempedulikannya.
“Woi Radzi. Kenapa
kau cakap dengan dia macam tu?”
“Memang betul apa!
Minah tu perasan”
‘Ya Allah. Kawan
aku semua mulut tak ada brek’ rungut hati Faizal. Faizal berjalan mencari Sharmila.
Sharmila sedang menangis di dalam tandas perempuan Blok C yang sangat sunyi dan
jarang ada orang lalu lalang di situ. Faizal setia menunggu di luar tandas.
“Mila! Sampai bila
nak duduk dalam tu? Faizal takkan berganjak dari sini”
Akhirnya, Sharmila
keluar dengan mata sembap.
“Mila. Jangan macam
ni”
“Mila malu. Mila
ingat…” Sharmila menyambung tangisnya.
“Jadi Mila memang
sukakan Faizal?”
Sharmila
mengangguk. “Dari dulu. Tapi… Mila cuma perasan… Mesti lepas ni Faizal dah tak
nak tengok muka Mila…”
“Siapa cakap? Dah
laplah air mata tu. Faizal tak boleh tengok orang perempuan menangislah”
“Mila malu… Faizal
baliklah kelas dulu…”
“No. Kita balik
kelas sama-sama. Mila tak perlu malu. Setiap orang ada hak untuk menyayangi.
Cuma kadang-kadang pilihan kita salah. Apakan daya kita. Hati kita yang pilih
macam tu”
“Mila jangan peduli
apa yang Radzi kata. Nanti Faizal potong anu dia buat sate”
Sharmila sedikit
senyum mendengarkan kata-kata akhir Faizal. “Faizal ni kotorlah…”
“Hah kan dah
senyum… Jom masuk kelas ok?”
Sharmila
mengangguk.
***
Faizal melihat
Fairuz sedang duduk di luar rumahnya. Namun, Fairuz kelihatan sangat murung dan
pucat.
“Fai. Kamu ok? Kamu
baik-baik aja kan?” tanya Faizal.
Tiada angin, tiada
ribut. Mata Fairuz berlinang.
‘Eh? Kat sekolah
Mila menangis. Kat rumah Fairuz pulak. Ada keslah hari ni’
“Fai, kenapa ni?
Cuba cerita dekat aku”
Fairuz masih
terdiam.
“Kalau kamu ada
masalah… Kamu ceritalah pada aku. Siapa tahu aku mungkin dapat membantu.
Janganlah kau minum air syaitan semata-mata untuk melupakan masalah itu”
Fairuz memandang
Faizal. Tajam. “Kamu tak perlu memberi syarahan agama pada aku! Tak berminat
aku nak dengar. Kamu bukannya tahu masalah aku. Kamu bukannya tahu apa yang
terjadi padaku!”
“Ok Fai. Aku cuba
nak membantu. Bukan aku sengaja nak sakitkan hati kamu. And yes. Aku tak tahu
apa masalah yang menimpa kamu. But trust me, tiada orang yang tidak mempunyai
masalah dalam dunia ini. Tapi itu bukanlah alasan untuk kamu terjebak dengan
benda-benda yang tak baik. Benda yang haram di sisi agama”
Fairuz mula
mengeluarkan rokok dari poketnya dan merokok di hadapan Faizal.
“Fai! Sejak bila
kamu pandai merokok?” marah Faizal sambil cuba merampas rokok itu dari tangan
Fairuz. Mereka bergelut.
“Kamu jangan
berlagak alim di depan aku! Semua lelaki sama! Jangan kamu bercakap tentang
hukum hakam agama di depan aku sedangkan kamu juga baru belajar agama di sini!
I will do whatever that I want and I don’t need your advise!” Fairuz sudah mula
berdiri dan berjalan masuk ke dalam rumahnya.
“Whatever it is,
you’re my friend. Maafkan aku kalau kata-kata aku tadi menyinggung kamu. Tapi
sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menegur kamu. Masih belum terlambat untuk
bertaubat. Mengucaplah Fai. Kamu masih muda…”
“Nick. Kamu pulang
sahaja lebih baik” sahut Fairuz lalu masuk ke dalam rumah dan menutup pintu
dengan kuat.
‘Berbuih mulut aku
bercakap tapi tak didengarnya. Dunia dunia. Apa nak jadi dengan budak-budak
zaman sekarang?’
***
“Jadi Faizal
sukakan orang lain yang bernama Mila tapi bukan kau?” tanya Puteri. Sharmila
mengangguk. Kini, para sahabat duduk bersama di samping Sharmila.
“Alamak. Melepaslah
kita…” kata Nana sambil menongkat dagu.
“Melepas kita ke
atau akak yang melepas?” tanya Puteri kepada kakaknya. Nana mengerutkan dahi.
“Korang, Faizal
kawan kita maa. Cuba U fikir, kalau dia bercinta dengan salah seorang dari kita
yang merupakan kawan rapat dia, mesti ada antara kita yang iri hati dan dengki.
Lebih baik kita semua jadi kawan dia sahaja…” kata Ng.
“Betul tu. Betul
kata Ng. Faizal adalah kawan kita. Kita mesti support dia” ujar Umizza.
“Puteri dah lama
tahu susah nak dapat Faizal tu. Kita hanya boleh jadi kawan dia. Dahlah Mila.
Sabar ya” pujuk Puteri. Mereka semua memeluk Sharmila sebagai tanda memberi
sokongan.
No comments:
Post a Comment