CODE MUSIC ANDA

Friday, 24 January 2014

BAB 44

“Assalamualaikum. Encik Faizal”. Seorang lelaki memakai baju Fedex Express berdiri di hadapan rumah Faizal.

Nicky membuka pintu.

“Adik. Abang cari Faizal Firdie. Ada bungkusan untuk dia” kata lelaki itu.

Nicky bingung. Dia diam. Fairuz yang melihat perkara itu mendekati Nicky.

“Hai. Kamu cari siapa?” sapa Fairuz.

“Oh cik. Saya cari Encik Faizal Firdie. Ini saya ada barang untuk dia” kata lelaki tersebut.

“Ini memang rumah dia. Si kecil ini adiknya. But I guess tiada orang di rumah kerana abangnya sekolah” kata Fairuz.

“Kalau macam tu, cik boleh berikan barang ini kepada Encik Faizal?”

“Sure”

“Ok cik. Tanda tangan di sini ya”

Pemuda itu berlalu pergi dan meninggalkan bungkusan itu di tangan Fairuz.

“Nicky yuk. Kita masuk dalam”

“Kakak. Itu apa?” tanya Nicky kepada Fairuz.

“Entahlah sayang. Ini kakak Nicky punya. Biar dia yang buka”

“Kakak buka dong! Pasti kakak belikan Nicky mainan”

“Betul ni? Ok. Kakak buka ya”

Nicky mengangguk. Fairuz membuka bungkusan itu. Bungkusan itu mengandungi sebuah kotak baldu berwarna hitam berserta kad kecil. Kad itu tertulis…

For that someone you love…

Regards,
Astrid

Hati Fairuz mendesak menyuruhnya membuka kotak tersebut untuk mengetahui isi kotak itu. Apabila kotak itu dibuka…

“Rantai??”

Sementara itu di sekolah…

“Zal…” kata Sharmila.

“Hah? Apa dia Mila?”

“Mila… Mila… Nak makan dengan Faizal”

“Jomlah”

Sharmila tersenyum senang hati.

***

Hari itu, Sharmila bertugas di Blok C, Tingkat 2. Manakala, Radzi bertugas di Tingkat 3. Radzi mendekati Sharmila yang berdiri berdekatan dengan tangga.

“Hoi! Kau dari tadi aku tengok senyum-senyum apasal? Tengah angau ke? Dah dua kali lima angau kau ni dengan si Faizal dah!” sapa Radzi. Sharmila senyum.

“Mestilah Mila senyum. Senyum sebab Mila happy. Happy setelah sekian lama menanti. Dan akhirnya… Dia pun rasa apa yang Mila rasa”

Radzi berkerut.

“Dia rasa apa yang kau rasa? Siapa dia tu?”

“Ala Radzi ni! Buat-buat tak tahu pulak. Dahlah tak payah selindung-selindung lagi. Mila dah tahu semua!”

‘Apa yang minah ni merepek?’ getus hati Radzi.

***

“Cantik gila rantai ni. Mesti mahal kan Zal. Ish ish” kata Azim seraya melihat rantai emas putih yang dibeli oleh Faizal untuk dihadiahkan kepada Mila.

“Tapi Zal. Kau ni berani betullah. Kenapa kau dah belikan minah tu rantai sedangkan… Sedangkan kau belum jumpa dia lagi! Sedangkan kau tak tahu pun apa feeling dia untuk kau. Aku bukan nak doakanlah yang buruk. Tapi, kalau dia tak sukakan kau macam mana?”

“Cakap kau tu betul. Risiko besar betul aku belikan dia rantai ni. Tapi… Aku dah terlanjur sayangkan dia. Walau macam mana kuat pun aku cuba, aku tak dapat nak rewind perasaan aku ni. Sekiranya dia hanya menganggap aku sebagai kawan, aku akan hadiahkan rantai ni sebagai tanda persahabatan. Jika dia menganggap aku lebih dari kawan, maka rantai ni adalah tanda cinta aku dengan dia. Rantai ni akan tetap jadi milik dia”

“Ish ish my bro is very the romantic la…”

Faizal ketawa.

OHOK OHOK

“Hoi. Kau batuk-batuk ni. Dari siang tadi aku tengok. Dah makan ubat batuk ke belum?”

“Takdelah. Sikit je. Bro, apa pendapat kau tentang Mila?”

“Kau nak pendapat jujur?”

Faizal mengangguk.

“Aku rasa kau dengan dia macam langit dan bumi. Serius. Dia tu macam tak padan sangat dengan kau. Pertama, kau nampak rumah dia kan? Kecik. Confirm confirm bukan anak orang kaya. Kedua, dia tak berapa cantik kalau nak dibandingkan dengan perempuan-perempuan yang berebutkan kau. Aku rasa kau paling sepadan dengan Fairuz” kata Azim panjang lebar. Faizal hanya senyum.

“Yang kau nilai tadi dari luaran. Aku sama sekali tak pandang Mila dari segi luaran atau latar belakang. Mungkin dia bukan perempuan paling cantik yang pernah aku kenal, tapi… Wajah dia cukup menenangkan aku. Aku rasa sejuk je bila pandang dia. Tulang pipi dia… Hish. Menggoda. Aku suka tengok bila dia senyum… Bila dia ketawa. Dia cukup sempurna dan cantik”

“Jadi, apa yang buat kau suka dia sebenarnya?”

“Sebenarnya perasaan tu aku sendiri tak dapat nak jelaskan. Ia datang macam tu je. Dia tu first impression lain. Bila dah kenal lain”

“Maksudnya bro?”

“Mula-mula aku rasa dia tu degil sangat. Cakap dengan dia macam cakap dengan dinding. Lebih baik aku cakap dengan cicak dari cakap dengan budak telinga tebal macam tu. Lepas tu aku terfikir, dia budak lagi. Dia belum matang. Dia 3 tahun lebih muda dari aku. Tapi personaliti dia memang degil. Ya Allah degil yang amat-amat degil. Mula-mula memanglah rumit nak memahami dia. Lama-lama oklah. Kadang-kadang tu aku rasa perangai dia dengan aku sama je. Dia tu macam Faizal versi perempuan. Dia pendam perasaan. Tak nak cakap. Masa berbual, terserlah kelembutan dia. Sifat manja dia… Sensitif… Dan tabah. Perangai dia macam akulah!”

Azim ketawa. “Hah! Sesuai sangatlah tu bro!”

“Aku harap dia juga ada perasaan yang sama. Dan aku… Aku… Aku nak kahwin dengan dia”

“Hah? Sampai ke situ dah kau fikir?”

“Kau tahu tak, aku dah ready nak kahwin dengan dia. Kalau dia dah besar nanti, bila umur dia 20, aku nak tanya dia sama ada dia nak tak kahwin dengan aku. Kalau dia dah bersedia, aku akan terus masuk meminang. Masa tu umur aku 23…”

“Ish ish dashyat. Kalau dia tak nak? Macam mana kalau dia cakap, ayang, Mila tak nak la kahwin dulu. Mila nak belajar sampai dapat segulung ijazah…”

“Kalau dia cakap macam tu, so aku akan tunggu sampai dia habis belajar… Lepastu aku akan lamar dia sekali lagi. Jadi mengikut kiraan, paling lambat aku kahwin umur dia 24 dan umur aku 27”

“Ish ish bertambah dashyat. Kalau dia dah habis belajar, masa kau lamar dia sekali lagi, dia cakap pulak macam ni, ayang, tak boleh. Mila nak kerja dulu. Mila nak ada duit sendiri dulu, nak beli rumah, nak beli kereta…”

“Kalau itu jawapan dia, ini dah melampau!! Aku akan cakap kat dia, Mila ada dua pilihan. Nak kahwin rela atau kahwin paksa rela. Kalau tak pun, aku culik dia bawak lari ke Siam. Aku peduli apa!”

Azim ketawa mendengar jawapan Faizal itu.

“Tapi kau memang nak kahwin awal ke?”

“Kalau boleh, ya. Why not? Bila kau cakap pasal family Mila tak kaya tu… Ia membuatkan aku bertambah nak jaga dia! Nak jaga dia seumur hidup. Aku nak tanggung pelajaran dia. Kalau dia isteri akulah… Naluri kita sebagai manusia inginkan pendamping. Aku mahu Mila jadi pendamping aku. Pendamping yang halal. Jika dia isteri aku, aku takkan kisah untuk tanggung pelajaran dia, tanggung semua perbelanjaan dia. Apa yang aku nak kisahkan. Dia kan isteri aku. She’s part of me”

“Cara pemikiran kau lain kan Zal?”

“Kalau difikir balik, if she’s my girlfriend, aku tak suka nak heret dia ke sana ke mari tanpa ada ikatan. Aku tak suka. Aku dah boleh berfikir dengan matang tentang hal ni. Tiada istilah couple dalam agama kita. Aku dah berkenan dengan dia. Dan apa yang aku nak dari dia adalah kahwin. Aku nak tengok dia sambung belajar. Aku nak tengok dia berdikari. Aku juga nak belajar sampai ke menara gading. Tapi dalam masa yang sama, aku nak dia di sisi aku. Bernikah kerana sama-sama mencari redha Allah dan ketenangan. Setinggi-tinggi angan-angan aku pun, semua aku serahkan kepada Allah swt. Semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik kepada kami”

“Huyoo. Tabik springlah aku dengan kau…”

“Tapi Zim… Kahwin awal ni bergantung pada individu juga. Misalnya macam kau. Aku rasa kahwin awal tak sesuai untuk kau. Adalah sebaiknya kau bekerja dan membantu family dulu, baru kau berkahwin. Macam aku cakap tadi, benda ni bergantung pada individu. Lain orang, lain cara”

“Iya tak iya jugak. Betul cakap kau”

“Aku nak jumpa Mila, Zim. Aku nak dia tahu siapa aku. Aku nak cerita semua dekat dia”




No comments:

Post a Comment