CODE MUSIC ANDA

Sunday, 12 January 2014

Bab 24 : Kisah Seorang Sahabat

“Awak masuklah Zal” Cikgu Madzirah berkata kepada Faizal.

“Saya? Err…”

“Ok. Awak masuk. Nanti saya letak nama awak”

        Belum sempat Faizal menberi jawapan, Cikgu Madzirah telah memberi kata putus bahawa dia akan mendaftarkan Faizal untuk pertandingan nyanyian solo dan padu suara yang diadakan di Cheras Jaya. Faizal menggaru-garu kepalanya. ‘Nak nyanyi lagu apa? Praktis pun tak ni. Mahu terkeluar kencing aku kat atas pentas. Aku ni dahlah gugup’.

“Macam mana bro?” Noisy menghampiri Faizal.

“Kau ni memanglah. Kau nak dajalkan aku ke? Kenapa kau bagitahu Cikgu Mad yang aku boleh nyanyi? Tak pasal-pasal dia suruh aku masuk contest tu”

“Ala rileklah. Inilah peluang kau nak jadi artis” Noisy seraya ketawa.

“Artis? Aku tak tahu pun nak nyanyi lagu apa. Lagipun, aku tak biasa nyanyi depan ramai orang”

“Pertandingan tu tertutuplah. Tak ramai orang tengok. Ala manalah tahu ada rezeki kau menang nanti…”

            Kata-kata Noisy meleset. Tidak betul sama sekali. Petang itu, ramai pelajar berhimpun untuk menyaksikan pertandingan nyanyian itu. ‘Ramai ni! Pertandingan tertutup apanya…?’. Faizal merasa gemuruh.

“PESERTA SETERUSNYA… FAIZAL FIRDIE BIN YUNUS… KELAS 3 A”

Para pelajar bertepuk tangan gemuruh. Rakan-rakan sekelas Faizal turut berada di situ untuk menyaksikan Faizal menyanyi. Begitu juga Nana dan Puteri. Puteri bertepuk tangan riang.

“Zal! Go Go Go!”

Nana menggeleng-geleng kepala melihat gelagat adiknya.

“Hish. Tak payah excited sangatlah…”

“Kak. Dia nak nyanyi tu!”

        Nana berlagak di hadapan Puteri seolah-olah dia tidak mengagumi Faizal. Hakikatnya, hatinya turut bergetar tatkala duduk berdekatan dengan lelaki itu. Dia tidak menafikan Faizal mempunyai pesona yang tersendiri. Dan semestinya, dia tidak menafikan Faizal mempunyai suara yang merdu.

         Nyanyian Faizal mendapat tepukan yang gemuruh. Seperti dijangkakan, Faizal mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Noisy yang bertugas sebagai master of ceremony(mc) sudahpun dapat merasai dari awal lagi yang Faizal boleh memenangi pertandingan tersebut. Dia akui Faizal mempunyai bakat menyanyi dan bermain gitar.

“Congrats bro!” Noisy menepuk-nepuk bahu Faizal.

“Terima kasih Noi. Semua ni berkat kau jugak. Dalam hamper ni, kau ambil la keropok-keropok ni sikit”

“Tak payahlah Zal. Aku tak harapkan apapun. Cuma… Mungkin next time kita boleh jamming sama-sama”

“Insyaallah. No problem”

***

“Kau tiap-tiap malam tuisyen dengan aku, kau kena bagi aku upah tau! Belanja makan tu wajib!” Azim berseloroh.

“Urm. Boleh. Tapi…” Faizal teragak-agak untuk berkata-kata.

“Zim… Kalau aku cakap sikit, kau jangan terasa ya”

“Apa kau nak cakap?”

“Kau tak boleh berbuat baik kepada orang, lalu kau meminta upah”

            Kata-kata yang keluar dari mulut Faizal benar-benar buat Azim terpempan. Dia sama sekali tidak menyangka teguran sebegitu datang dari Faizal. Tiada siapa pernah menegurnya sebelum ini.

“Betullah kata orang. Keikhlasan itu memang sukar dicari. Kalau kau rasa aku belajar dengan kau setiap malam macam ni menyusahkan kau. Aku mintak maaf. Aku akan cuba belajar sendiri dekat rumah. Cuma… Kalau ada kawan macam ni, aku ada orang untuk bertanya soalan. Lebih-lebih lagi kau pandai. Kalau kau rasa tak nak, kau cakap jelah…”

“Selama ni aku perasan, semua benda yang orang mintak tolong dengan kau, kau mesti mintak upah. Kita mestilah lakukan sesuatu dengan ikhlas. Kalau kau berterusan begini, kau akan selalu mengharapkan balasan”

Azim terdiam. Dia tersinggung. Namun, kata-kata Faizal itu benar!

“Aku juga tahu, kau bagi nombor telefon aku dekat sesiapa yang minta. Dan… Kau mintak sesuatu dari dorang sebagai upah. Aku akan tutup nombor telefon tu. Aku nak beli simkad baru. Aku tak nak kau bagi nombor telefon baru aku ni dekat sesiapa. Melainkan dengan izin aku. Kalau dorang tanya, bagi nombor telefon rumah aku je”

“Sorry bro. Aku takde niat pun. Aku suka kau belajar setiap hari dengan aku. Ok. Aku takkan sebarkan nombor telefon kau lagi”. Azim mengakui kesalahannya.

“Takpe. Aku bukan nak bersikap kedekut. Aku tak kisah pasal belanja makan. Aku tegur ni sebab kita sahabat. Sahabat kena saling mengingati. Apa yang kau buat ni tak elok”

             Pahit bagi Azim untuk menelan teguran secara langsung dari Faizal. Sepanjang dia berkawan dengan sesiapa, tiada seorangpun dari kalangan rakannya yang berani menegur Azim tentang sikapnya. Ini adalah pertama kali. Faizal menegurnya tanpa sembunyi. Faizal berterus-terang kepadanya. Kebenaran yang pahit. Betul juga kata orang. Begitu mudah kita menyalahkan orang lain. Tetapi tatkala diri sendiri ditegur, sukar pula untuk mengaku. Namun, teguran Faizal yang jujur dan penuh hormat itu sentiasa berada di ingatan Azim. Dia nekad untuk tidak bersikap seperti itu lagi.

***

               Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) semakin hampir. Cikgu-cikgu sudah mula mengadakan kelas tambahan hampir setiap petang. Program latih tubi diberikan kepada para pelajar sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan itu. Semakin hampir kepada tarikh peperiksaan, Faizal merasa semakin gementar. Dia tidak yakin pada dirinya. Faizal mempunyai kelebihan dalam subjek Bahasa Inggeris. Subjek Science dan Mathematics antara yang digemarinya. Dia sering mendapat gred B dalam kedua subjek itu.

               Faizal mengalami kesukaran dalam subjek-subjek lain. Dia lemah dalam aspek karangan Bahasa Melayu. Entah kenapa, dia sering ketandusan idea untuk menulis karangan semasa peperiksaan. Subjek Sejarah pula cukup dibenci kerana terlalu banyak perkara yang perlu dihafal. Namun, itu semua bukanlah alasan untuknya tidak belajar bersungguh-sungguh. Dia sering berdoa agar diberikan kemudahan semasa menuntut ilmu.

              Apabila Faizal perlu menghabiskan masanya setiap petang di sekolah, Azim juga mulai perasan sesuatu akan diri sahabatnya itu. Selepas solat Zohor di surau sekolah, Faizal pasti akan membaca Al-Quran. Paling sedikit pun, Faizal akan membaca selembar muka surat Al-Quran. Terkadang, Azim perasan Faizal menutup matanya tatkala mengaji seakan-akan dia menghafal akan baris ayat tersebut.

“Dia sangat suka baca Al-Quran. Suara dia merdu semasa menyanyi dan mengaji!” ujar Radzi.

“Ha’ah. Bagus doh. Dulu dia bukannya pandai ngaji. Tapi sekarang, dialah yang paling rajin. Tiap hari bukak Al-Quran” Noisy berbisik perlahan.

            Azim hanya diam. Dia mengiyakan kata-kata Radzi dan Noisy dari dalam hati. Faizal sememangnya mencintai Al-Quran.

‘Allah bagi dia suara yang merdu. Yang dia bukan pakai untuk menyanyi sahaja. Tapi juga untuk mengaji. Aku harap dia akan lebih pandai agama di kemudian hari kelak’

***

              Pihak sekolah mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan PMR. Seawal jam 6.30 petang, para pelajar dan ibu bapa yang turut hadir sudah mula berhimpun di dataran SMK Cheras Jaya.

“Mana Faizal doh? Kau tak gerak sekali dengan dia ke?” tanya Haime.

“Tak. Dia gerak dengan mak dia…” Azim menjawab. Semua rakan-rakan seperjuangan telahpun sampai. Namun, bayang-bayang Faizal masih belum kelihatan.

Tiba-tiba…

“Hah! Tu Faizal!” Awie menunjuk ke arah Faizal yang berjalan beriringan bersama ibu dan adik kecilnya.

“Huyoo mak dia minah salleh doh…” Awie sedikit teruja.

Faizal menghampiri rakan-rakannya. Belum pun sempat dia mengucapkan salam…

“Sepohon kayu daunnya rimbun~~~
Lebat bunganya serta buahnya~~~
Walaupun hidup seribu tahun~~
Kalau tak sembahyang apa gunanya~~”

Rakan-rakan Faizal tiba-tiba menyanyikan sebuah lagu untuknya. Faizal pelik seribu.

“Err… Kenapa korang nyanyi…” Faizal bertanya pelik. Mereka yang lain ketawa.

“Cuba kau tengok pakaian kau” Haime berkata.

Faizal lantas meneliti dirinya. “Apa yang tak kena?”

“Kitorang tengok kau dari jauh tadi. Peh kitorang tengok muka kau macam muka penyanyi Saujana je! Mana kau dapat jubah ni?”

“Penyanyi Saujana? Siapa tu? Jubah ni Ustaz yang ajar aku ngaji yang bagi…”

“Tulah kau. Lagu cintan cintun Belaian Jiwa kau tahu pulak. Ni lagu Sepohon Kayu kau tak tahu. Nantilah kitorang tunjuk kat kau. Tapi memang kau nampak macam penyanyi tulah!” Awie berseloroh. Sahabat yang lain ketawa.

Penampilan Faizal yang berjubah labuh dan memakai kopiah hitam menjadi tumpuan sahabatnya. Tidak jauh dari situ…

“Nampak tu Mija?? Handsomenya. Muka dia berseri-seri!” Puteri berkata riang.

“Yelah. Handsome. Kau pun sukalah kan” Umizza menjawab.

“Sukalah! Siapa yang tak suka lelaki macam dia?”

‘Alamak. Peningnya. Sharmila suka dia. Puteri suka dia. Dua-dua kawan aku. Pening!!’ getus hati Umizza.

             Majlis tersebut berjalan dengan lancar. Sebelum jamuan ringan diadakan, Pengetua Puan Rozita menyampaikan ucapan. Di dalam ucapannya, dia memberi peluang kepada para pelajar untuk memohon restu kepada ibu bapa yang turut hadir dalam majlis itu. Faizal bingkas bangun. Lalu dia berucap…

“Assalamualaikum. Saya nak menjemput mama saya… Ma… Datang Ma…” Faizal memanggil ibunya. Kini, semua mata tertumpu kepada Faizal dan ibunya. Suryati yang sedikit terkejut dengan tindakan berani anaknya mara ke hadapan.

Faizal menyalami tangan ibunya.

“Mama… Faizal nak minta ampun dan maaf kepada Mama. Halalkan makan minum Faizal. Faizal mohon restu dan doa dari Mama”

Air mata Suryati mengalir melihat ketulusan hati anaknya. Dia mengangguk dan memeluk Faizal.

“Faizal pun nak minta maaf pada cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Kalau ada tersalah bahasa… Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan. Terima kasih sebab banyak membantu Faizal…”

Malam itu, hanya dua orang pelajar sahaja yang berani tampil ke hadapan. Sungguh tindakan Faizal itu menyentuh hati ibunya.

“Mama doakan anak Mama lulus dengan cemerlang” Suryati senyum kepada Faizal.

“Terima kasih Ma. I will try my best to make you proud”

***

‘Nad… Maafkan Izal. Dah lama Izal tak singgah kubur Nad’

          Faizal menziarahi kubur Nadiya. Sudah lama rasanya dia tidak pergi ke situ. Hatinya dipagut pilu. Matanya berkaca. Terasa semua kenangan terbayang di hadapan matanya kini.

‘Ya Allah. Betapa aku merindukan dia. Kau tempatkanlah dia di kalangan orang-orang mukmin’

           Faizal redha. Masa tidak dapat diundurkan kembali. Orang yang dia kasihi telah pergi buat selamanya. Tidak mungkin akan kembali lagi. Dia yang masih hidup perlu tetap berjuang. Nadiya pasti bersedih jika Faizal meratapinya. Faizal bersyukur dia dapat membahagiakan Nadiya pada saat-saat terakhir hidupnya.

‘Nad sayangkan Izal. Sebab kesederhanaan Izal. Dan ketulusan Izal. Nad harap Nad akan selama-lamanya menjadi pendamping Izal. Nad doakan Izal akan dapat kebahagiaan di dunia dan akhirat’

Kata-kata terakhir dari Nadiya…



Bebas aku bebas dari belenggu
Bebas sekarang bebas
Bebas sudah tuntas beban jiwaku
Tuntas sekarang tuntas…

Faizal menyanyi riang. Peperiksaan sudahpun berakhir. Dia menarik nafas lega. Beban tekanan yang menghimpit dadanya sudah hilang.

“Lagu apa kau nyanyi?” Azim bertanya pelik.

“Jom balik. Makan cendol jom!”

“Mana nak cari cendol?”

Azim terpinga-pinga.

“Weh Zal. Kau ni setiap hari ada je benda kau nak makan. Kalau hari ni McD, besok pizza, besok sate, besoknya lagi cendol. Hish tapi badan kering jugak!”

Faizal terus berjalan laju.

“Hoi! Tiap kali aku cakap, cuba kau dengar sikit! Ni buat dek je!”

****

“Assalamualaikum!!!”. Kedengaran sahabat-sahabat Faizal mengucapkan salam dari luar rumah. Mereka telah merancang untuk mengadakan sesi jamming di rumah Faizal hari ini.

“Waalaikumsalam! Nicky! Tolong bukak pintu!”. Faizal menyahut dari dapur. Nicky lantas menuruti perintah abangnya.

Noisy, Radzi, Awie dan Haime sudah sedia tercegat di depan pintu. “Hai adik comel” Awie mengusik Nicky.

“Zal! Kau buat apa doh?” Noisy bertanya.

“Jap! Masak ni!” Faizal menyahut.

Faizal meletakkan tiga gitar elektriknya di ruang tamu, bersebelahan dengan piano. Haime dan Radzi terpukau melihat koleksi gitar Faizal.

“Huyoo cantik ni. Confirm mahal”

Manakala Noisy ke dapur untuk melihat apa yang dilakukan oleh Faizal.

“Masak apa bro?”

“Sambal ikan bilis. Aku belum makan tengah hari lagi. Kalau kau nak makan dulu, marilah kita berjimba-jimba”

Noisy ketawa kecil. ‘Makan pun dia kata berjimba’

“Hoi Zal! Sejak bila kau main masak-masak ni?” Awie menyergah.

“Masak cincai-cincai bolehlah. Nanti senanglah nak kahwin…” Faizal berkata sambil tersengih. Noisy dan Awie menyambutnya dengan ketawa.

“Baguslah… Nanti kahwin, kau yang masak. Isteri kau duduk rileks” Noisy menambah.

“Ha’ah. Aku masak, dia layan aku ehem-ehem je”

“Boleh tahan bongok jugak otak kau ni doh…”

“Ni sebab kawan dengan koranglah ni! Korang yang ajar aku kan! Korang kalau nak makan dulu, jomlah”

           Rakan-rakan Faizal tidak menolak ajakan itu. Meskipun hanya nasi putih berlaukkan sambal ikan bilis dan tempe, namun cukup menyelerakan bagi mereka. Apatah lagi diberi makanan percuma. Faizal cuba menghubungi Azim, tetapi tidak berjawab.

“Boleh tahan sedap jugak kau masak!” Awie berseloroh.

“Mak aku selalu minta aku tolong dia waktu dia masak. Hah sekaligus aku pun ambillah ilmu sikit-sikit”

“Sebenarnya aku pun  suka masak. Aku rasa nak ambil kursus masak-masak macam Chef Wan la. Aku tak minat bidang lain. Apatah lagi Sains” Noisy berkata.

“Muka gangster macam kau minat masak?” Radzi ketawa.

“Eleh. Muka je gangster. Hati naluri aku kau mana tahu! Serius lah aku suka masak! Nampaknya dah dua benda persamaan aku dengan Faizal!” Noisy menambah.

“Kalau macam tu, lain kali kita masak together-gether la”

“Boleh je Zal…”

Setelah selesai makan, mereka memulakan sesi jamming mereka.

“Teror lah kau. Banyak betul chord gitar dalam buku kau ni” Radzi berkata sambil membelek-belek buku Faizal.

“Apa kata kita main lagu ni? Far Away?” Radzi memberi cadangan. Dia mula mengambil gitar tong yang dibawanya dari rumah. Manakala Awie menggunakan gitar elektrik Fender Telecaster milik Faizal dan Haime pula menggunakan gitar elektik Ibanez. Noisy hanya melihat.

“Weh. Dah semua gitar Faizal korang kaut, habis tu dia nak pakai gitar apa? Takkan la nak main 3 gitar elektrik serentak weh?” Noisy bertanya.

“Takpe Noi. Aku ada idea” Faizal menjawab lantas membuka pianonya.

“Eh jap jap! Ini chord gitar je! Kalau tambah dengan piano, macam mana bunyi lagunya nanti?” Haime bertanya pelik.

“Boleh je. Jom kita start” Faizal tersenyum lalu mereka memulakan dendangan lagu tersebut. Nicky pula duduk di sebelah Faizal.

This time, this place
Misused, mistakes
Too long, too late
Who was I to make you wait
Just one chance
Just one breath
Just in case there’s just one left
‘cause you know, you know, you know

Nyanyian pertama dimulai oleh Faizal dan disambut oleh rakan-rakannya yang lain. Mereka bernyanyi bersama-sama.

That I love you…
I have loved you all along
And I miss you
Been far away for far too long
I keep dreaming you’ll be with me
And you’ll never go
Stop breathing if I don’t see you anymore…

On my knees, I’ll ask
Last chance for one last dance
‘cause with you, I’d withstand
All of hell to hold your hand
I’d give it all
I’d give for us
Give anything but I won’t give up
cause you know, you know, you know

That I love you…
I have loved you all along
And I miss you
Been far away for far too long
I keep dreaming you’ll be with me
And you’ll never go
Stop breathing if I don’t see you anymore…

          Mereka sama sekali tidak menyangka paduan antara gitar dan piano itu begitu baik sekali. Meskipun pada mulanya Haime sempat merasa ragu. Tetapi tatkala lagu itu didendangkan, alunannya sungguh merdu. Malah, sekali sekala Faizal ada membetulkan petikan gitar rakan-rakannya yang salah. Kini mereka sedar betapa Faizal cukup berbakat dalam bidang muzik.

***

TOK TOK TOK

“Azim!! Assalamualaikum Zim!”

Azim membuka pintu.

“Ya Allah. Kenapa susah sangat nak jumpa kau ni? Aku call tak berangkat. Rumah selalu tak ada orang. Ni kenapa tak siap lagi? Budak-budak dah on the way tu”

“Zal. Aku tak pergilah…”

“Kenapa? Kau… Azim kau kenapa? Ada masalah? Cuba cakap dengan aku” Faizal memegang bahu Azim.

“Urm. Mak aku sakit”

“Hah? Sakit apa? Kenapa kau tak cakap dengan aku?!”

“Dia terkena strok. Separuh badan lumpuh. Tu yang aku selalu tak ada dekat rumah. Aku ulang alik hospital. Aku tolong ayah aku niaga kat pasar malam…”

“Ya Allah. Kenapa kau tak bagitahu aku?? Ok sekejap, aku bagitahu budak-budak yang aku tak jadi ikut. Aku nak lawat mak kau”

“Weh! Takpe, korang dah plan baik-baik punya. Kau pergi je” Azim melarang.

“Weh! Tenuk rabun! Macam mana aku nak pergi bersuka ria kalau sekarang kawan aku tengah susah? Takpelah aku…”

“Kau pergi je doh!! Aku tak kisah! Jangan sampai aku potong kau kang. Takpe, kau pergi je”

“Betul ni? Ok. Balik nanti aku nak lawat mak kau”

“Ya… Betullah. Dah pergi”

           Jam 8 pagi dua buah van bertolak dari Gombak dan tiba di Sungai Congkak, Hulu Langat sekitar jam 9.30 pagi. Aktiviti perkelahan itu baru sahaja dirancang beberapa hari sebelumnya. Oleh kerana abang-abang senior seperti Shamsul dan Khairansyah turut serta, kebanyakan rakan-rakan yang lain diberikan kebenaran oleh ibu bapa mereka. Aktiviti tersebut disertai oleh 9 lelaki dan 7 perempuan. Meskipun Faizal keberatan untuk menyertai aktiviti itu setelah mendapat tahu akan musibah yang menimpa Azim, namun dia gagahkan juga memandangkan dia telah menyediakan ayam untuk aktiviti barbeque.

             Seakan tidak sabar, rakan-rakan terus terjun ke dalam sungai. Faizal pula memulakan proses memunggah bahan-bahan untuk dibakar. Faizal dibantu oleh Sharmila, Umizza, Puteri dan Nana.

“Kau perap ayam ni dari rumah ya? Sepatutnya la kan, budak perempuan yang buat barang-barang untuk masak ni…” Nana berkata.

“Eh tak apalah. Aku ok je. Bukannya susah nak perap ayam ni. Tolong aku cucuk lidi kat udang ni” Faizal meminta bantuan Nana.

“Meh Puteri tolong cucukkan!!” Puteri lantas mencelah dan duduk di sebelah Faizal apabila dia melihat kakaknya cuba mendekati Faizal.

Sharmila, Umizza dan Ng yang sibuk membentang tikar mengintai ke arah Faizal.

“Mila… Jangan geram-geram ya. Itu you punya boyfriend dihimpit oleh dua adik beradik gedik” Ng mengusik Sharmila.

“Dua orang tu memanglah. Pantang nampak … Eeee… Banyak lagi budak lelaki lain kat sungai tu!” Sharmila meluahkan rasa marahnya.

“Dahlah tu Mila. Janganlah sebab lelaki kau nak gaduh dengan Puteri” Umizza cuba menenangkan keadaan.

Sementara itu di tempat Faizal pula…

“Puteri! Kau pergilah mandi! Biar akak yang tolong Faizal!” Nana memarahi Puteri.

“Biarlah! Puteri nak buat! Akak pergilah mandi dengan Rico pakwe akak tu!”

“Rico pakwe kau Nana? Apasal tak cakap?” Faizal memandang Nana sambil tersenyum.

“Hah? Mana ada! Hoi Puteri! Kau cakap jangan sembarangan tau!”

“Memang betullah kan. Actually Puteri tak tahu siapa sebenarnya pakwe akak. Akak kan suka tukar ganti macam dorang tu barang spare part”

Nana menjegilkan matanya kepada Puteri. Sakit rasa hatinya apabila adiknya cuba memburukkan imejnya di hadapan Faizal. Dia tidak mahu Faizal memandang serong kepadanya.

“Haiya ini apa pasal bertekak? Kang tak sedap pulak barbeque aku…” Faizal berkata.

“Dialah yang mulakan!” Puteri menunjuk kepada Nana.

“Akak la yang salah sekarang?!”

“Astaghfirullahalazim. Sudah sudahlah. Kang aku cucuk mata korang pakai lidi ni kang…”

“Zal… Bila kau cakap pasal mata, boleh tak kau pandang aku kejap?” Nana berkata lembut kepada Faizal.

Faizal memandang Nana. Nana meneliti wajah Faizal. Faizal pelik. Puteri pelik. Nana lantas memegang kedua pipi Faizal. Sharmila yang melihat adegan itu kini seperti cacing kepanasan.

“Mija! Dia pegang pipi Faizal!” Sharmila geram.

“Sabar-sabar!”

Faizal menepis tangan Nana. “Apa ni?!”

“Aku tengok mata kaulah!”

“Kenapa dengan mata aku?!”

“Mata kau warna hijau. Tapi ada coklat jugak! Mata kau menawanlah!” Nana memuji Faizal.

“Iya tak iya. Zal… Sebenarnya apa warna mata Zal?” giliran Puteri pula bertanya.

“Hazel…” Faizal menyahut perlahan.

“Hazel? Tak pernah dengar pun! Puteri nak warna mata macam Zal jugak!” Puteri berkata riang.

“Nah. Cungkil mata Zal ni. Ambiklah…”

Mereka ketawa bersama.


***

Gitar dipetik. Lagu mula didendangkan.

“Siapa yang petik gitar tu?” Awie cuba mencari.

Tidak jauh dari mereka, Shamsul memetik gitar dan dia dikerumuni oleh 7 orang pelajar perempuan Cheras Jaya. Umizza mula memainkan serulingnya.

“Cis. Bila masa pulak dia bawak seruling?” tanya Haime tidak puas hati.

Ng berdiri. Dia mula menyanyi.

Ng:
I lie awake at night
See things in black and white
I’ve only got you inside my mind
You know you have made me blind

Sahabat-sahabat lelaki tercengang dan terpana melihat Ng menyanyi solo di hadapan mereka. Selepas itu, Nana pula berdiri untuk menyanyi.

Nana:
I lie awake and pray
That you will look my way
I have all this longing in my heart
I knew it right from the start

          Semasa Nana menyanyi, sahabat-sahabat lelaki memuji kecantikannya yang luar biasa. Berkulit cerah dan rambut panjang ikal mayang… Dia sungguh mempesona. Nana adalah gadis paling cantik dalam kumpulan mereka.

Semua menyanyi bersama:
Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you…

“Cis. Weh! Ambik gitar cepat! Kita tak boleh kalah dengan perempuan ni! Apa pasal la abang Sham bersekongkol dengan dorang?” seloroh Awie. Manakala yang lain terpesona dengan nyanyian pelajar-pelajar perempuan itu.

Ng:
I used to write your name
And put it in a frame
And sometimes I think I hear you call
Right from my bedroom wall

Nana:
You stay a little while
And touch me with your smile
And what can I say to make you mine
To reach out for you in time

Semua menyanyi bersama:
Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you…

              Ng menganggap ‘Pretty Boy’ dalam lagunya itu adalah Faizal. Jauh di sudut hatinya, dia berterima kasih kepada Faizal. Awal perkenalan mereka, dia mendapat tahu bahawa Faizal mengikuti kelas piano di Yamaha School. Dalam diam, Ng juga meminati bidang muzik. Ng minat bermain biola. Tetapi, hal ini dikekang oleh ayahnya yang menganggap belajar muzik tidak memberikan apa-apa faedah. Ng akur dengan keinginan ayahnya. Namun, setelah dia berbicara dengan Faizal, Faizal meyakinkan Ng agar melakukan apa yang dia minati.

              Kini, hampir setahun Ng menjadi pelajar kelas biola di Yamaha School bersama Faizal. Mereka berdua berjaya meyakinkan ayah Ng bahawa belajar muzik itu bukanlah sesuatu yang tidak berfaedah. Ng juga sangat gembira berpeluang untuk belajar di sana. Sungguh dia menganggap kehadiran Faizal sedikit sebanyak mengubah hidupnya.

              Nana pula… Entah mengapa dia juga merasakan lagu itu dituju untuk Faizal. Meskipun Puteri juga meminati Faizal, Nana tidak dapat menafikan lelaki itu cukup menarik hatinya. Nana ingin ‘menawan’ hati Faizal!

            Nyanyian mereka mendapat tepukan gemuruh, bukan-bukan sahaja dari kalangan sahabat malah dari pengunjung-pengunjung Sungai Congkak lain yang turut terpegun mendengarkan nyanyian itu.

BERSAMBUNG...


No comments:

Post a Comment