“Zal!”
“Opocot! Terkejut
orang! Hish Puteri ni”. Faizal menggeleng-geleng kepala tatkala Puteri
mengejutkannya dari belakang.
“Jom kita pergi
kantin sama-sama!”
“Urm. Puteri
pergilah dulu dengan kawan-kawan yang lain ya”
“Ala…! Zal tak nak
makan ke? Nanti lapar kang masa kelas tambahan…”. Puteri masih cuba memujuk
Faizal.
“Zal puasa sunat.
Hari ni kan hari Khamis…”
“Oh…”
“Kalau macam tu, Zal
nak gerak pergi surau dululah. Nanti kita jumpa masa kelas tambahan”
Faizal terus berlalu meninggalkan
Puteri. Itu bukanlah kali pertama Faizal menolak ajakan Puteri. Terlalu sukar
rasanya bagi Puteri untuk mendekati Faizal. Malah, mengajak Faizal makan pun
seringkali tidak berjaya. Dia menyukai Faizal. Tetapi nampaknya, Faizal
bukannya jenis yang mudah ditawan hatinya.
***
“Kak. Puteri dah
putus asa. Rasanya, Faizal memang tak sukakan Puteri”. Puteri bersuara lemah
kepada kakaknya, Puteri Rauzanah atau nama panggilannya Nana.
Nana tergelak kecil.
“Kenapa? Dia tak
layan kau ke?”
“Hmm… Kak, nak
bercakap berdua dengan dia susah gila! Dia tu tak sombong. Tapi… Dia juga bukan
jenis ‘melayan’!”
“Bukan jenis
melayan? Semua lelaki mesti melayan punyalah. Lebih-lebih lagi, kalau perempuan
yang mendekati diorang dulu. Nak kata kau ni tak cun, cun apa! Mungkin dia rasa
dia tu kacak sangat kot. Mungkin dia jenis yang berlagak”
“Kak… Dia tak macam
tu. Kalau akak kenal dia, akak akan perasan dia jenis yang… Cakap dengan suara
perlahan… Dia rendah diri kak…”
“So, kau suka dia
sangat la ni?”
“Urm. Entahlah kak.
Puteri tak tahu nak cakap macam mana. Kalaulah Puteri dapat rapat dengan dia…
Boleh mesej dengan dia setiap hari. Boleh keluar berdua ke…”
“Oh. Akak akan buat
impian kau tu jadi kenyataan”
“Hah? Apa akak
cakap?”
“Senang je. Akak
akan try untuk kenal dengan dia. Akak akan tengok sejauh mana perangai dia yang
kononnya tak ‘melayan’ sangat tu! Akak yakin dia tu mesti bajet kacak. Dia
ingat semua orang sibuk kejar dia”. Nana berkata yakin.
***
“Hai!”
Nana duduk di
sebelah Faizal yang tekun menelaah pelajaran di pusat sumber. Faizal memandang
Nana dan senyum kepadanya.
“Hai”. Faizal
kembali memandang bukunya dan meneruskan latihannya. Masih banyak bab yang
perlu diulangkaji.
‘What?! Dia cuma
cakap hai? Dia tak nak tanya nama aku ke?’ getus hati Nana.
“Urm. Kau ingat aku
tak?” Nana memulakan bicara.
Faizal memandang
tepat ke wajah Nana. Mereka bertentang mata.
“Ingat. Kau kakak
Puteri kan? Kita first time jumpa kat rumah Noi. Dan kita banyak terserempak di
sekolah juga”
Nana seakan
terpukau melihat wajah lelaki di hadapannya ini. ‘Alamak! Cantiknya mata dia!’
“Hah! Betul tu! Aku
ingat kau dah lupa pasal tu. Nama aku Rauzanah. Kau boleh panggil aku Nana. Kau
Faizal kan?”
“Ya”. Faizal senyum
kepada Nana tetapi matanya lebih fokus kepada bukunya.
“Kau satu kelas
dengan adik aku Puteri. Betul kan?”
“Puteri cerita
dengan kau ke?”
“Mestilah. Kau kan
agak famous sekarang. Semua orang kata kau ni handsome…”
“Subhanallah. Aku
tak anggap macam tu pun. Semua ni pinjaman dari Allah semata-mata. Bila-bila
masa Dia boleh tarik balik semua nikmat ni”
‘Aik? Rendah diri
pulak. Eleh’. Nana masih sukar percaya lelaki yang muda setahun daripadanya ini
cukup merendah diri.
“Nana. Azim dah
panggil aku tu. Aku nak balik sekarang. Assalamualaikum”. Faizal berlalu
meninggalkan Nana.
‘Waalaikumsalam.
Ya… Dia tak sombong. Tapi… Dia juga tak melayan’
***
“Zal! Dahlah tu!
Siang malam kau ni asyik bukak buku je! Tak letih ke?”. Azim menegur Faizal
yang membaca buku teks Science di ruang tamu rumahnya.
“Eh Azim! Kau nak
air?”
Belum sempat Azim menjawab, Faizal
pantas pergi ke dapur dan mengambilkan air teh ‘O’ ais untuk Azim. Begitulah
sifat Faizal yang cukup mesra dengan sesiapa sahaja yang datang ke rumahnya.
“Petang tadi kan
kau dah study. Malam relakslah…”
“Takdelah… Petang
tadi aku buat latihan je. Sekarang baru aku nak membaca”
Azim
menggeleng-geleng kepala mendengarkan jawapan Faizal.
“Aku tahu kau ni
rajin. Tapi takkanlah 24 jam nak hadap buku woi…”
“Aku takutlah. PMR
nak dekat ni. Entah apa aku nak jawab nanti. Trial exam aku…”
“Boleh tahan apa
result trial exam kau!”
“Zim… Aku tak
tahulah sama ada aku boleh buat ke tak. Aku bukannya pandai macam kau”
“Memanglah kau tak
pandai macam aku. Aku ni kan genius! Hahahaha. Kau tu kura-kura. Tapi cikgu ada
cakap. Ini bukan soal kepandaian. Kalau tak ada usaha, orang yang pandai pun
boleh jadi bodoh. Kita tawakal ajelah. Tadi aku nampak kakak Puteri duduk
sebelah kau tadi”
“Ya. Tiba-tiba dia
duduk sebelah aku”
“Apasal? Dia nak
tackle kau ke?”
“Hah? Tackle? Tak
adalah… Dia cuma cakap hai. Tegur-tegur sikit je. Kan aku dengan dia pernah
jumpa sebelum ni tapi tak pernah tegur”
“Yeke? Banyak orang
memburu kau Zal”
“Buru apanya? Kau
ingat aku ni rusa kat hutan ke nak diburu?”
“Maksud aku bukan
itulah. Maksud aku, gadis-gadis Cheras dah jatuh hati kat kau”
“Kau merepeklah…”
“Kau kata aku
merepek?! Betullah. Dorang semua mintak nombor handphone kau dari aku! Kau aje
yang jual mahal… Kau ni kira beruntung. Tinggal nak pilih je mana yang berkenan
di hati. Come on lah bro…”
‘Nak pilih macam
mana kalau memang tak ada yang berkenan?’ getus hati Faizal.
“Nadiya dah pergi.
Dia tak akan kembali bro”
Mata Faizal
mencerun memandang Azim. Tajam.
“Err… Kalau aku salah
cakap, sorrylah. Sejak kejadian kemalangan tu, kau dah tak pernah keluar. Kelas
muzik pun Mak kau hantar. Kalau keluar pun, setakat makan McD kat Taman Seri
Gombak. Selain dari tu, kerja kau ni mengurung diri je. Macam burung dalam
sangkar. Kereta kau tu… Dah jadi perhiasan semata-mata. Sampai bila kau nak
macam ni?”
“Macam mana aku nak
happy? Macam mana aku nak enjoy sana sini sedangkan aku dah menyebabkan sebuah
keluarga berduka cita? Kau faham tak? Sebab akulah Nadiya mati! Sebab aku!
Kalaulah aku tak ajak dia ke sini malam tu, dia tak akan mati! Dia akan tetap
berada di samping aku sekarang. Aku dah buat keluarga dia bersedih dengan
tindakan aku. Macam mana aku nak lupakan semua tu? Macam mana aku nak
senang-senang ganti tempat dia? Aku tak boleh. Setiap malam aku akan
termimpi-mimpi kejadian malam tu”
Faizal meraup mukanya. Dia sedih
tatkala Azim mula mengungkit kisah Nadiya. Ya, kejadian itu sememangnya banyak
mengubah dirinya. Zahirnya nampak tenang, namun hatinya Tuhan sahaja yang tahu.
“Kau pernah dengar
tak, ajal dan jodoh di tangan Allah? Kau tak ada jodoh dengan dia. Dan dah
ditakdirkan jugak ajal Nadiya dah sampai. Kalau Allah dah tetapkan dia
meninggal malam tu, meskipun dia tak bersama kau, dia akan meninggal jugak.
Walau apapun, kita tak boleh tolak dah semua tu kalau dah tertulis…”
“Tapi…”
“Tengok! Masih tak
habis-habis lagi nak salahkan diri sendiri!”
“Memang betul la
kan. Aku rasa aku dah tak boleh bukak pintu hati aku lagi”
“Eleh. Cinta akan
mengetuk pintu hati kau tanpa kau sangka-sangka. Caye la cakap aku”
***
“Anaconda The Hunt
for the Blood Orchid. Huyoo macam best je cerita tu. Jom kita beli tiket!”
Azim berjaya mengajak Faizal untuk
keluar berjalan-jalan di KLCC. Meskipun kaki Faizal mengikut langkah Azim,
tetapi hatinya enggan. Mukanya kelat seribu.
“Zim… Kita
baliklah. Aku tak ada mood la nak tengok wayang”. Faizal enggan.
“Kau ni memanglah!
Kalau kau nak balik, baliklah seorang! Balik layan perasaan kau tu!”. Azim mula
naik darah.
“Tak sangka jumpa
korang!” Umizza riang menegur Faizal dan Azim. Pada waktu yang sama, Umizza
bersama Ng dan Puteri turut berada di KLCC untuk berjalan-jalan. Namun, Umizza
mula merasa pelik dengan wajah Faizal dan Azim yang masam.
“Eh. Kenapa ni?”
“Yalah. You dua orang
kenapa?” Ng menambah.
“Dia nilah! Tak
habis-habis nak layan mood dia je! Bosan aku! Suka hati kaulah nak buat apa!”.
Azim menghamburkan kemarahannya.
“Ok! Aku nak balik!
Malas aku nak tengok muka kau!”. Kini, giliran Faizal pula memarahi Azim. Dia
pantas berlalu dari situ.
“Faizal!” Puteri
mengejar Faizal.
“Put… Zal nak
baliklah”
“Put???”
“Ha’ah Put. Kenapa?
Shortform kepada Puteri”
“Hish Zal ni. Ok.
Nak panggil Put pun suka hatilah. Tapi Zal jangan macam ni. Jomlah tengok
wayang sekali. Tak baik bermasam muka dengan Azim…”
Sementara itu…
“Zim. Kenapa ni?
Boleh pula kau bertekak dengan Faizal…” Umizza cuba bertanya kepada Azim.
“Dia tulah. Aku
tahulah dia tu suka duduk kat rumah sejak awek dia meninggal. Tapi tak payahlah
sepanjang masa asyik nak layan perasaan je”
“Kita kan tahu apa
yang jadi dekat dia. Dia perlukan masa…”
Faizal dan Puteri
mendekati Umizza, Ng dan Azim.
“Ok! Jom kita
tengok wayang! Siapa nak belanja popcorn?”. Puteri berkata riang. Akhirnya,
dapat juga dia meluangkan masa bersama Faizal.
“Eh. Kau dah tak
jumpa jalan balik ke?” Azim memerli Faizal.
“Sorrylah. Aku
terlalu ikutkan perasaan…” Faizal mengakui kesalahannya.
“Ayang… Ayang
maafkan abang ya. Malam nanti abang bagi layanan mesra punya sedap kaw kaw kat
Ayang…” Faizal meletakkan tangannya di bahu Azim.
Azim
menggeleng-geleng kepala. Seperti hendak ketawa dibuatnya. “Kau ni bongoklah
bro…!” Azim lantas menonjol kepala Faizal.
“Dahlah! Jom kita
beli tiket. Dah ramai orang ni!”
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment