“Ya Allah. Kau
ampunilah dosa kedua ibu bapaku. Kau sayangilah mereka seperti mana mereka
menyayangi diriku. Berikanlah papa tempat yang baik di sisiMu ya Allah. Berikanlah
petunjuk kepada seisi ahli keluargaku.
Ya Allah. Ampunkanlah
aku. Ampunkan aku untuk setiap keluhanku. Ampunkanlah aku tatkala aku mula
meraguiMu. Ampunkan aku apabila aku mula mempersoalkan kehidupanku. Takdirku yang
telah Engkau tetapkan.
Aku lemah ya Allah.
Berikanlah aku kekuatan. Bimbinglah hatiku ya Allah”
“Kakak…”
Faizal yang masih
duduk di sejadah setelah selesai membaca Al-Quran dan menunaikan solat Isyak
menoleh kepada adiknya.
Dia bingkas bangun
dan melipat sejadahnya.
“Kenapa ni?”
“Kakak. Mama lambat
balik. Terus, kita mahu makan malam apa dong?” Nicky mengadu kepada abangnya sambil
mengusap-ngusap perutnya tanda lapar.
“Urm. Mari”
Faizal memimpin
tangan adiknya menuju ke dapur.
Di dapur…
‘Hish. Ikan tak
ada. Ayam tak ada. Telur pun tak ada. Mama…! I’m hungry’.
Faizal kebingungan.
‘Kebulur kebulur kebulur…’
Tiada apa di dalam
peti sejuk rumahnya. Hanya bebola ikan.
‘Fishball je. Alahai.
Tak boleh buat apa. Buat sup jelah’ getus hati Faizal
Faizal lantas mengambil bahan-bahan
untuk menyediakan sup bebola ikan. Dia sememangnya tahu cara menyediakan sup
dan nasi goreng. Memasak juadah-juadah yang mudah bukanlah sesuatu yang sukar
bagi Faizal. Malah, dia sendiri tidak mahu bergantung kepada ibunya soal makanan.
Jika ibunya tidak memasak atau tiada di rumah, dia sendiri yang akan masak. Malam
itu pula Faizal keberatan untuk makan di luar. Restoran sangat jauh dari
rumahnya.
“Kakak nangis ya?”
Nicky bertanya kepada Faizal tatkala melihat mata Faizal berair semasa memotong
bawang.
“Ni… Bawang ni…”
‘Ish. Takkan tak
ada sayur langsung sup aku ni?’
Faizal tidak suka masakannya tanpa
sayur. Dia tidak biasa makan tanpa sayur. Mujur, ada sebatang lobak merah yang
tersisa. Tetapi, Faizal masih merasa sayurnya tidak cukup. Dia mula menumis
bahan-bahan yang ditumbuk. Air, lobak merah dan bebola ikan ditambah ke dalam
periuk. Diikuti dengan lada sulah dan sedikit garam. Akhir sekali, Faizal
memasukkan daun sup ke dalam sup bebola ikannya.
“Nicky! Makan!”
Nicky berlari anak ke
arah dapur. Faizal menghidangkan nasi putih dan sup bebola ikan kepada adiknya.
“Kakak. Kok ini
aja?”
“Hish. Ucap Alhamdulillah.
Allah dah bagi kita rezeki untuk makan. Ada orang miskin kat luar sana makan
tempe je. Baca doa makan”
Nicky menadah
tangan. “Allahhumma bariklana…” Nicky mula teragak-agak.
Faizal membantu
adiknya membaca doa makan. “Allahhumma bariklana fima roza’ tana wakina
azabannar amin”.
***
“Kau dah lapar
sangat ke apa ni?”
“Tadi aku dah makan
nasi. Tapi lauk sup fishball cuma berapa ketul je. Mahu tak mengamuk sakan
perut aku meminta-minta makanan lagi!”
Faizal mengajak Azim makan di McDonald’s
Taman Seri Gombak. Azim pada mulanya enggan kerana sudah larut malam dan dia
juga merasa kenyang. Jam menunjukkan 1 pagi. Azim menggeleng-geleng melihat
Faizal yang seperti beruang panda kelaparan.
“Kau ni. Tak padan
dengan kurus. Tapi selera makan… Dah makan nasi boleh pulak telan McD lagi”
“Mama aku pun cakap
macam tu. Aku rasa normal je. Laparlah. Nanti aku tak boleh tidur. Aku nak
pergi gim la. Bina badan. Kalau muka dah handsome, badan dah sasa, hish. Tak pasal-pasal
jadi artis aku ni. Dan tak adalah orang label aku kurus lagi”
“Poyolah…” Azim
tergelak besar.
“Kau nampak kesan
parut kat dahi aku ni? Yang accident haritu? Ada macam Harry Potter tak?”
“Harry Potter
kepala lutut kau. Meh aku tambah garis kat muka kau. Senang je. Aku cakar-cakar
muka kau dengan pembaris. Biar muka kau ada banyak corak”
Faizal hanya ketawa
tanpa membalas jawapan Azim. Jika dibalas, alamatnya sampai ke esok pagi
perdebatan itu tidak akan habis.
***
“Hmm… Berhenti
Berharap…”
“Yes! Berhenti berharap.
Sheila On 7…”
Faizal mula memetik
pianonya dan berlatih untuk kelas muziknya di Yamaha School. Petikan piano
Faizal persis seperti lagu yang sebenar. Membuatkan Azim kagum mendengar alunan
piano itu.
Aku tak percaya lagi dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi sudut gelap hati ini
Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat tak ada cinta ku dapat
Kenapa ada derita bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam bila putih menyenangkan
Aku pulang tanpa dendam
Ku terima kekalahanku…
Aku pulang tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu…
Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita
Azim turut menyanyi
bersama Faizal.
“Huyoo. Kalau macam
nilah cara kau main piano, confirm-confirm la kau lulus ujian kat kelas muzik
kau tu…”
“Terima kasih Azim.
Aku pun harap macam tu”
“Aku perasan
sesuatulah. Kau suka lagu Sheila on 7 ke? Banyak kali aku dengar kau nyanyi. Semua
lagu SO7. Buku chord gitar kau pun. Semua lagu SO7”
Faizal mengangguk
dan tersenyum.
“Aku dari dulu sukakan
SO7. Muzik, lirik. Dan nyanyian Duta. Aku tak dengar lagu artis-artis Indonesia
lain selain SO7. Bagi aku, SO7 ni power la. Dorang ada cara tersendiri dalam
menyampaikan lagu. Tak sama macam artis lain. Macam Dewa. Dewa pun unik. Linkin
Park. Coldplay. Band-band yang one of a kind”
“Patutlah lagu kau
semua SO7 punya… Aku tengok kau hafal chord gitar lagu-lagu SO7”
“Mana ada” Faizal
ketawa kecil.
“Ek eleh. Kau main
lagu Sephia rilek je kau main. Kau ada bakat bro”
“Betul ke? Segan aku.
Janganlah puji. Malu”
“Ni aku menyampah
ni. Asal puji je, habis naik bulu ketiak”
Faizal ketawa.
BERSAMBUNG…
No comments:
Post a Comment