CODE MUSIC ANDA

Sunday, 5 January 2014

Bab 19 : Kisah Seorang Sahabat


“Happy birthday to you… Happy birthday to you… Happy birthday to Nicky… Happy birthday to you…”

       Nadiya, Faizal dan Suryati membawakan kek hari jadi untuk Nicky. Nicky yang khusyuk menonton televisyen merasa terkejut dan gembira dengan sambutan mengejut dari abang dan ibunya itu.

“Happy birthday sayang. Now blow the candle. Make a wish” Suryati berkata kepada anak kecilnya itu.

“Yeay!!” Nicky menjerit keriangan tatkala dicium oleh ibunya.

Nicky memeluk dan mencium pipi Faizal. “I love you kakak”

“Kakak ada hadiah untuk Nicky” Nadiya lantas memberi sebuah anak patung Doraemon kepada Nicky.

“Terima kasih kakak cantik”

“Sama-sama sayang”. Mereka berdua berpelukan.

Faizal gembira melihat hubungan baik antara Nadiya dan adiknya, Nicky.

***

“Terima kasih tolong Izal carikan kek tu. Dahlah. Tak payah basuh pinggan tu. Nanti Izal buat” Faizal berdiri di sebelah Nadiya yang tekun membasuh pinggan. Faizal pula masih memakan sepotong kek.

“Takpelah. Nad kenalah biasakan diri buat kerja kat rumah bakal suami Nad…”. Faizal tergelak besar. Nadiya menjadi malu dan memukul-mukul bahu Faizal.

“Apa Nad? Cuba cakap lagi sekali… Bakal apa tadi…?”

Muka Nadiya merah padam. Faizal masih ketawa.

Faizal mencalitkan kek di hidung Nadiya.

“Eeeee Izal….!!”

Nadiya membalas dengan mencalit kek dan terkena kaca mata yang dipakai Faizal.

“Hoi! Spek mata Izal la!”

***

“Tak baik buat pembakaran terbuka!”

Nadiya bercekak pinggang melihat Faizal membakar sampah di belakang rumah.

“Nad. Izal sapu dedaunan yang gugur ni siang tadi. Berat la kalau nak bawa ke tong sampah kat bawah. Dahlah jauh”

“Alasan je tu!”

      Nadiya dan Faizal berada di kawasan belakang rumah. Kawasan belakang rumah Faizal dilitupi hutan tebal. Gelap. Dan banyak pokok. Maklumlah, kawasan rumah Faizal terletak di atas bukit.

“Izal. Belakang rumah Izal ni seramlah…”

“Memangpun. Banyak hantu raya malam-malam”

Nadiya memukul bahu Faizal lagi. “Eeee mulut tu janganlah celupar sangat”

Faizal ketawa. “Tapi best kalau tidur waktu malam. Rasa sejuk je Nad”

“Hmmm… Izal… Apa benda yang paling Izal impikan dalam hidup ni?”

“Urm. Apa kata Nad bagitahu dulu apa yang Nad paling impikan?”

“Ok. Nad nak mengembara ke serata dunia. Bak kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Nad nak tengok dunia di luar sana”

“Kalau macam tu, biar Izal yang bawak Nad mengembaralah”

Nadiya tersenyum.

“Hah! Lagi satu! Nad sukakan pantai. Nad akan menjelajah semua pantai-pantai cantik yang ada kat Malaysia ni! Pergi bercuti kat pulau-pulau…”

“Ok. Nad bagitahu je Izal pulau mana yang Nad nak pergi. Pulau Langkawi ke. Pulau Redang ke. Pulau Tioman ke”

“Izal. Kalau boleh, Nad nak wujudkan impian Nad ni tanpa bergantung pada Izal. Nad nak gunakan pendapatan Nad sendiri. Nad tak nak gunakan duit Izal. Rasanya tak puas kalau bukan datang dari usaha Nad sendiri. Tapi semestinya, bila Nad nak pergi melancong nanti, Izal yang akan jadi peneman Nad”

Faizal senyum kepada Nadiya. Sungguh Nadiya mempunyai impian yang besar.

“Cuba Izal bayangkan yang sekarang ni kita berada kat tepi pantai. Sampah daun yang dibakar tu adalah unggun api kita. Hutan depan kita ni pulak adalah laut yang terbentang luas”

“Hish Nad ni. Sampah dengan asap berkepul-kepul ni pun dia boleh bayangkan sebagai unggun api…”

“Izal cubalah bayangkan…”

“Yelah yelah…”

“Izal tutup mata. Cuba bayangkan”

Faizal dan Nadiya sama-sama menutup mata dan membayangkan suasana pantai.

“Kita boleh lihat ombak menghempas pantai. Angin bertiup lembut. Kita buat barbeque kat tepi pantai. Masa tu… Kita berjalan-jalan tepi pantai tu. Dan melihat matahari terbenam”

Nadiya lantas membuka matanya.

“Eh! Izal tak bagitahu lagi apa yang Izal impikan!”

“Izal impikan keredhaan Allah”

Nadiya terkedu. “Maksud Izal?”

“Izal impikan, Allah meredhai perjalanan hidup Izal. Jika ditakdirkan Izal mati awal, Izal nak hidup Izal dipenuhi dengan amal dan bekal untuk hari akhirat. Meskipun Izal didatangi berbagai ujian dan cabaran, tapi jika Allah selalu meredhai Izal, meskipun Izal tak bahagia di dunia, biarlah Izal gapai kebahagiaan di akhirat. Jika hayat Izal panjang tapi Izal hanya berkelakuan songsang dan tidak beramal, Izal mohon kepada Allah agar dia matikan Izal. Supaya Izal tidak terus melakukan dosa. Izal hanya nak tempat yang baik di sisi Allah dan Rasulullah di syurga nanti, meskipun Izal tak layak diberikan tempat di sana”

Faizal menoleh kepada Nadiya.

“Kenapa Nad menangis?”

“Sebab inilah Nad sayangkan Izal. Sebab kesederhanaan Izal. Dan ketulusan Izal. Nad harap Nad akan selama-lamanya menjadi pendamping Izal. Nad doakan Izal akan dapat kebahagiaan di dunia dan akhirat”

“Terima kasih sweetheart. Jom Izal hantarkan Nad balik. Dah lewat ni”

***

         Faizal membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Sakit. Pedih bibirnya.  Tatkala matanya dibuka, cahaya lampu menyakitkan pandangan Faizal. Dia memegang kepalanya. Ada satu balutan.

‘Aku kat mana?’

“Nick. Thanks God. You’re finally conscious. Let me call the doctor”

‘Doktor?’

        Faizal masih belum sepenuhnya memahami apa yang berlaku. Tiba-tiba, ingatannya kembali. Malam tadi, semasa dia menghantarkan Nadiya pulang, kereta Faizal dirempuh oleh sebuah kereta berwarna hitam dan Faizal gagal mengawal pemanduannya. Dan dia tidak ingat apa-apa lagi selepas itu.

‘Nad? Mana Nad?’

          Faizal cuba untuk bangun. Tulang-tulangnya terasa remuk. Sakit-sakit badannya. Faizal mahu mencari Nadiya. Dia mencabut tiub yang dipasang di tangannya. “Argh!!!!”

          Dengan bersandarkan dinding hospital, Faizal berjalan lemah. Cuba mencari di manakah Nadiya. Dia merasa pening akibat luka di kepalanya.

‘Nad… Nad dekat mana?’

          Pergelangan tangan Faizal mula mengeluarkan darah akibat tiubnya yang dicabut. Faizal menemui kaunter pertanyaan.

“Nurse… Nurse nampak Nadiya tak?”

Jururawat itu merasa pelik dengan Faizal yang keluar dari wad.

“Awak kena balik ke wad. Mari saya bantu”

Semasa jururawat itu cuba membantu Faizal…

“Saya tak nak!!! Saya cari Nadiya!”. Faizal melawan. Jururawat wanita itu memanggil dua orang jururawat lelaki untuk membawa Faizal kembali ke wad.

“Lepaslah!!!” Faizal masih melawan.

“Ya Allah! Anakku!” Suryati dan Dr. Haikal yang mencari Faizal kerana tiba-tiba hilang dari wad cukup terkejut melihat Faizal diheret oleh jururawat.

“Kenapa ni?!” Dr. Haikal bertanya kepada jururawat lelaki itu.

“Dia berjalan sampai ke depan doktor. Dari tadi dia sebut nama Nadiya”

Dr. Haikal mahu menyuntik Faizal dengan sedatif manakala dua orang jururawat lelaki itu masih memegang tangan Faizal yang meronta-ronta.

“Lepaslah! Aku cakap lepas! Lepaslah! Kau pekak ke apa?!”

Faizal melihat Dr. Haikal menghalakan jarum itu ke tangannya. Dengan sekuat tenaga, dia melawan sehingga jarum itu terpelanting dari tangan Dr. Haikal.

Lantas Suryati memeluk Faizal. Air mata Suryati mengalir melihat keadaan anaknya itu.

“Nick. Kamu nak ke mana?”

“Ma… Orang nak cari Nad…”

Suryati memegang wajah Faizal.

“No. You can’t find her”

“What do you mean? She’s here right? She’s fine right? I want to see her!”

Suryati memeluk Faizal kembali. “Nick. Listen to me. She’s gone”

Faizal menggeleng-geleng kepalanya tanda tidak percaya. Air mata mula membasahi pipinya. “No!!! You lied!! You lied!! I want to see her”

Faizal ingin berlari keluar tetapi ditahan oleh kedua jururawat itu. Gara-gara cuba melawan, habis segala apa yang berada di hadapan Faizal ditendang olehnya. Akhirnya, Faizal terduduk.

“Nick… You can’t find her. She has been buried this morning. Bertenanglah anakku”

“No…. It can’t be. Please…”

         Dr. Haikal ingin menyuntik Faizal apabila dilihatnya Faizal sudah tidak melawan lagi. Tetapi, Suryati menghalang. Suryati merasakan adalah baik jika Faizal dapat menangis dan mengeluarkan segala luka di hatinya.

        Faizal menangis di pelukan ibunya. Dia meraung sekuat-kuat hati. Terasa kelam dunianya kini. Betulkah apa yang baru terjadi? Betulkah apa yang baru didengarnya? Nadiya tak mungkin mati. Nadiya tak mungkin meninggalkannya.

‘Nad…. Jangan tinggalkan Izal. Jangan tinggalkan Izal untuk kali yang kedua!’


BERSAMBUNG…

No comments:

Post a Comment