CODE MUSIC ANDA

Friday, 24 January 2014

BAB 46

“Nick. Your sister’s on the line. Nick…!” Suryati memanggil Faizal agar segera menjawab panggilan telefon dari kakaknya. Namun, tiada jawapan daripada Faizal. Dia terus menaiki tangga dan ingin melihat Faizal di biliknya. Tatkala pintu bilik dibuka, Suryati melihat anaknya sedang terbaring di lantai bilik air dan muntah di situ.

“Nick!!!”

Malam itu…

“Happy birthday bro. Hish kau ni. Ada ke sakit masa birthday sendiri” kata Azim sambil duduk di tepi katil Faizal yang terbaring lesu.

“Thanks Zim…”

“Kau kenapa pucat semacam ni?”

“Biasalah. Sakit rutin…”

Faizal melihat telefon bimbitnya dan dia tersenyum. “Zim… Mila wish happy birthday kat aku…”

“Dia tahu tak kau tengah sakit pening sekarang ni?”

“Tak. Zim… Kau rasa dia akan terima aku jugak ke kalau tahu yang aku sakit Hepatitis? Aku takutlah”

“Walau apapun keputusan dia nanti, kau tetap kena jumpa dia jugak bro” kata Azim memberi semangat kepada sahabatnya. Rasa pelik terbit dalam diri Azim semasa melihat wajah Faizal yang pucat lesi dan tidak bermaya. Kelihatan lebih teruk daripada kebiasaannya.

“Macam mana kalau dia cakap dia dah tak nak kawan dengan aku lepas tahu aku ada Hepatitis nanti? Ya Allah… Kalau dia cakap macam tu, aku terjun bangunan” Faizal menyuarakan kembali rasa takutnya.

“Dahlah bro. Jangan cakap macam tu…”

“Kenapa perut aku mengembung ni…?” Faizal bangun perlahan-lahan dan memicit-micit perutnya.

“Sebab kau banyak makan kot!” jawab Azim sambil tersengih.

“Aku tak selesalah… Sakit…”

“Perut kau sakit? Zal. Kau baring balik. Kau kena start jogging ni! Dah membuncit perut kau!”

Faizal menuruti nasihat Azim lalu merehatkan dirinya. Hal ini sekali lagi menambahkan kemusykilan dalam diri Azim. Kelihatan perut Faizal membuncit dan membesar. Namun, Faizal masih ternampak sangat kurus. Malah, lebih susut dari sebelumnya.

‘Apa yang tidak kena pada perut Faizal? Takkanlah sebab makan?’

Faizal juga sering mengadu sesak nafas dan sukar tidur. Seringkali Faizal tertidur dalam kelas. Azim mengerti jika sahabatnya itu sering jatuh sakit dan demam disebabkan oleh virus yang ada di dalam tubuhnya. Tetapi, penyakit itu semakin menjejaskan Faizal semenjak dua tiga bulan kebelakangan ini.

***

Azim mundar mandir di hadapan rumah Faizal. Sharmila juga sudah setia menunggu dan duduk di atas skuter Ego miliknya.

“Mana mamat ni?! Atotot dah pukul 7 Faizal oii… Lambat-lambat!” marah Azim. Dia masih menunggu di luar perkarangan rumah Faizal.

“Kalau sekolah kita dekat bawah bukit tu takpe jugak! Ini Cheras Jaya oii!” sambungnya lagi sambil menggaru-garu kepala. Sharmila memerhatikan gelagat Azim dan hanya berdiam diri. Dia juga risau kerana tidak pernah Faizal lambat bersiap seperti hari ini.

“Sorry! Sorry!” Faizal akhirnya keluar dari rumah dalam keadaan yang maha kelam kabut dan tergesa-gesa. Tali lehernya juga tidak dipakai. Songkoknya pula tidak dibawa. Suryati yang berdiri di tepi pintu menggeleng-geleng kepala melihat anaknya yang terkocoh-kocoh memakai kasut. Azim sudah bercekak pinggang menanti seperti bos.

“Ma! Pergi dulu!” kata Faizal lalu menyalami tangan ibunya.

“Hati-hati Nick” kata Suryati perlahan. Faizal lantas memakai topi keledar dan naik ke atas motorsikalnya. Mereka bertiga berlalu pergi dari situ.

Faizal memandu laju dan berada di posisi paling hadapan, diikuti oleh Azim serta Sharmila. Semasa berada di satu simpang, Faizal yang tidak menoleh ke kiri dan ke kanan memecut motorsikalnya dan…

BOOOMMMM

“Faizal!!!” jeritan Azim dan Sharmila serentak.

Faizal telah dirempuh oleh sebuah kereta Proton Wira dan terjatuh dihempap oleh motorsikalnya. Azim dan Sharmila berlari mendapatkan Faizal. Manakala, pemandu kereta Proton Wira itu juga keluar dari keretanya.

“Zal! Ya Allah!” Azim yang terkejut mengangkat motorsikal itu yang telah menghempap tubuh sahabatnya. Lalu dia cuba memegang bahu Faizal. Faizal mengerang kesakitan.

“Argh!! Kaki aku… Kaki aku…” erangan Faizal. Sharmila mula menitiskan air mata melihat Faizal yang kesakitan.

“Astaghfirullahalazim. Mari Pak cik bawakan ke hospital” kata seorang lelaki hatta pemandu kereta Proton Wira itu.

“Mila. Kau pergi sekolah. Tolong bagitahu cikgu tentang hal ni. Aku temankan Faizal. Aku tak pergi sekolah hari ni” arah Azim kepada Sharmila.

“Mila nak ikut…”

“Tak boleh Mila! Pergi sekolah!”. Azim dan Pak cik itu mengangkat Faizal dan memapahnya untuk masuk ke dalam kereta. Azim kembali ke motorsikalnya dan mengikuti kereta itu dari belakang. Faizal dibawa ke Gombak Medical Centre. Semasa Azim memapah Faizal memasuki klinik tersebut…

“Faizal! Apa dah jadi ni?” seorang doktor menegur mereka. Kelihatan di name tag doktor itu nama “HAIKAL”. Doktor tersebut lantas menyuruh jururawat membantu Faizal.

“Nurse! Help him! This is my patient!” arah doktor itu kepada jururawat bertugas. Azim terkebil-kebil.

“Doktor kau ke tu bro?” tanya Azim. Faizal mengangguk lemah.

***

Faizal mula sedar. Azim yang berada di sampingnya telahpun terlentok di tepi katil.

“Zim… Zim…” panggil Faizal. Azim mula membuka matanya perlahan-lahan. Faizal bangun dari pembaringannya.

“Adoi… Aduduudududu” Faizal mengadu kesakitan.

“Lutut kau cedera bro. Tangan kiri kau jugak. Nasib baik muka tak kena. Kalau tak… Hilang rupa handsome kau tu” kata Azim.

“Dah pukul berapa sekarang?”

“Pukul 2”

“Hah? Zim! Mila dah balik dari sekolah. Aku kena jumpa dia!” Faizal serta merta menjadi panik dan cuba bangun dari katilnya.

“Weh! Rilekslah! Doktor tak bagi baliklah!”

“Apasal tak bagi balik pulak? Aku accident je kan. Kaki aku dah dirawat dah pun. Kenapa nak tahan lagi?”

“Manalah aku tahu! Kau ingat aku ni doktor ke? Doktor Haikal tu tak bagi. Dia tahan kau kat sini”

“Doktor Haikal? Jap jap. Kita kat mana ni?”

“Aik. Cepatnya kau lupa. Kita kat GMC…”

“Hah? Kenapa kau bawak aku pergi GMC?? Takde hospital lain ke??”

Pertanyaan bertubi-tubi dari Faizal itu membuatkan Azim menjadi pening seketika.

“Alamak! Aku tak nak duduk sini! Doktor tu… Adoi! Aku dah lama tak pergi check up. Nanti dia bebel-bebel kat aku!”

“Manalah aku tahu bro. Tadi kau accident dekat-dekat sini je. Tu pasal la yang bawak kau ke sini…”

Seperti disebut-sebut, Dr. Haikal masuk di ruangan bilik Faizal.

“Doktor! Saya nak baliklah Doc! Saya dah ok kan? Tak ada apa-apa yang patah kan?” tanya Faizal bersemangat.

“Tak boleh Faizal. Saya kena tahan awak untuk beberapa jam lagi. Saya nak buat beberapa test”

“Test apa? Ala doktor… Lain kalilah test tu… Saya ada dating hari ni…”

Azim menepuk dahi tatkala mendengar Faizal melantunkan perkataan ‘dating’. ‘Selamba badak je mamat ni’.

“Tak boleh lain kali Faizal. Lepas saya habis buat test, dapat result, baru awak boleh balik” Dr. Haikal memberikan kata putus lalu beredar meninggalkan Faizal.

“Doktor! Doktor!! Ala…” Faizal memanggil doktor itu. Tetapi, tidak dihiraukan.

“Dah dia suruh buat test, buat jelah”

“Habis, lambatlah aku jumpa Mila nanti…”

“Bro, dah accident pun nak jumpa Mila lagi ke?”

“Aku kena jumpa Mila hari ni jugak!”

Faizal melihat kaki kirinya yang dibalut. Seluar sekolahnya telah dilipat tinggi, mempunyai kesan koyak dan darah. “Adoi! Macam mana nak jumpa Mila dengan seluar aku berdarah ni? Zim! Tukar seluar jom”

“Ya Allah. Kau ni. Bikin panaslah... Yelah yelah”




No comments:

Post a Comment